Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, May 14, 2011

Perjalanan ini...


Perjalanan hidup kita tidak sama antara satu dengan lain. Semuanya berbeza-beza. Semuanya mempunyai liku, bucu, selok dan belok. Semuanya bergantung kepada cara kita sendiri bagaimana untuk meneruskan perjalanan yang terbentang di depan mata. Mahu pilih jalan yang lurus ataupun yang bengkang-bengkok, terpulanglah..

Sedari kecil perjalanan hidup kita diatur oleh orang tua iaitu ibu bapa kita. Ada yang kurang bernasib baik, yang terpaksa meneruskan perjalanan sendiri tanpa bimbingan keluarga. Ada juga yang menumpang kasih dengan orang lain dan seterusnya akur pada perjalanan hidup yang telah dijadualkan untuk mereka. Dalam apa bentuk sekalipun perjalanan hidup kita ini, berfikirlah dengan sewaras-warasnya jika ingin membuat keputusan tanpa dibelenggu rasa terhutang budi.

Hari ini merupakan hari menyambut kelahiran seorang adik 'angkat' aku. Satu-satunya orang luar yang aku angkat sebagai adik. Sebetulnya, aku kurang menggemari perkataan 'angkat' ini. Ianya seperti menjerumuskan aku ke dalam perumpamaan 'isi bakul angkat sendiri'. Jika tidak mampu untuk mengangkat bakul berserta diri kita itu, kenapa mesti nak berangkat-angkat dengan orang lain..?

Aku menganggap dia sebagai kawan. Kawan rapat walaupun jarang ber-sms. Kawan akrab walaupun cuma dua kali atau tiga kali setahun mendengar suara melalui telefon. Aku hormati dia yang sehingga kini menganggap bahawa akulah yang menjadi punca pertemuan antara dia dan suaminya yang kini mencecah usia hampir 17 tahun perkahwinan mereka. Segala-galanya adalah ketentuan. Aku hanyalah sebagai 'orang tengah' sahaja. Itu sudah jodoh kamu dik. Tak perlulah terus-menerus melahirkan rasa terhutang budi kamu itu.


p/s: Semoga perjalanan hidupmu diberkati Allah selalu. Semoga tiada kesakitan yang mengiringi perjalananmu itu. Andaikata perjalanan kamu diuji, kuatkanlah hatimu, teguhkanlah imanmu, kerana sesungguhnya Allah sayang akan kamu...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)