Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, October 20, 2013

Kawan-kawan saya.. :)

Assalamualaikum...

Kawan-kawan saya.. :)


Mereka semua adalah kawan-kawan saya.. Mereka cantik.. Mereka memikat hati.. Mereka sangat menyenangkan jiwa.. Mereka memukau pandangan mata.. Mereka punya kelebihan tapi mereka tetap merendah diri.. Mereka tidak angkuh.. Mereka juga tidak meminta yang berlebihan.. Cukuplah sekadar diberi sedikit makanan dan minuman untuk mereka menyambung kehidupan..







Saya sayang kawan-kawan saya.. Dan saya tahu bahawa mereka juga sayangkan saya biarpun saya tidak mendengar ungkapan sayang itu.. Sebab itulah mereka berusaha untuk menggembirakan hati saya dengan mengeluarkan bunga yang cantik dan dengan cara menggemukkan diri mereka... hahahaha....


p/s: Sayang tak perlu diucap merata-rata... Cukuplah kita, dia dan DIA sahaja yang tahu.. :)

Tak semua yang tak menjadi itu tak boleh diperbaiki.. :D

Assalamualaikum...

Tak semua yang tak menjadi itu tak boleh diperbaiki.. :D


Malam tadi aku buat agar-agar jagung ni.. Buat sebab sayangkan dua ketul tongkol jagung yang dok ada dalam peti sejuk tu.. Sebelum jagung tu semakin mengeras, baik aku transform-kan dia menjadi agar-agar jagung..




Jagung tu aku asingkan sebab mak aku kata dia nak buat jejemput.. Tunggu punya tunggu, tak buat jugak.. Aku boleh je buat jejemput jagung tu tapi takut nanti tak kena pulak dengan cara dan selera mak aku tu. So, aku biar je la dulu.. 




Petang semalam, mak aku keluarkan tongkol jagung ni dari peti sejuk. Dok camtu jugak, tak gerak-gerak.. Akupun apa lagi.. Malam tu terus je aku parut jagung ni dan rebus untuk dijadikan agar-agar..




Dan dapat la sebanyak yang ada dalam gambar ni semua...





Masalahnya, bila agar-agar ni dah sejuk, bila aku rasa je, rasa dia tak berapa nak manis.. Rasa dia nak kata tawar, takde la tawar sangat sebab aku rasa dah banyak dah aku letak gula.. Tapi manis dia tu macam kurang sikit la.. Macam manis buah.. Nak makanpun macam tak sedap je.. huhu.. Padahal masa agar-agar ni masih atas api, aku dah rasa cukup manis dah.. 





So, baru sekejap ni aku cairkan balik agar-agar ni. Aku tambah lagi gula dan masukkan sikit agar-agar bertali sebab nak bagi dia kenyal dan kental sikit.. Ni tengah tunggu agar-agar ni keras.. Ini bermakna walaupun pada awalnya agar-agar jagung ni tak berapa nak menjadi, itu tak bermaksud yang kita tak boleh nak modified dia.. *ayat tak boleh blah.. haha...


p/s: Resepi ikut sukahati sendiri je nak buat, macam gini la jadinya.. hehh.. hehh.. hehh... 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)