Assalamu'alaikum.
Nak poie mano tu?
Dia ni dah takde tempat nak tuju agaknya sampaikan dipanjatnya pokok serai kayu aku tu. Sabar je la dengan siput babi ni.
p/s: Siput babi ni makan ke pucuk serai kayu tu ehh?
.
Assalamu'alaikum.
Nak poie mano tu?
Dia ni dah takde tempat nak tuju agaknya sampaikan dipanjatnya pokok serai kayu aku tu. Sabar je la dengan siput babi ni.
p/s: Siput babi ni makan ke pucuk serai kayu tu ehh?
.
Assalamu'alaikum.
Blouse sempoi lagi. 🥰
Blouse sempoi kali ni aku buat cuff pada hujung tangan baju. Dah lama tak buat cuff. Tu yang asah balik skill yang dah mula tumpul. 😁😁😁
Kain warna mustard dari kain como crepe. Aku beli online dari Shadiwan Tailor. Cari la nama dia kat fb.
p/s: Upah jahit blouse sempoi ada cuff macam ni bermula dari RM35. Kena tengok jugak pada jenis kain, saiz dan labuh baju
.
Assalamu'alaikum.
Seluar pelikat dari tukang jahit kampung je. 😁
Ni seluar pelikat yang aku jahit untuk kastemer. Seluar ni saiz besar. Upah jahit cuma RM28 je. Ni custom made ya. Bukannya jahit pukal. Sebab tu harga jahit tu agak mahal la sikit.
p/s: Nak tempah? Boleh je. Yang penting, bukan scammer. 😊
.
Assalamu'alaikum
Cerita fasal kebun lagi. 😁
Aku nak clear-kan gambar tanaman aku dalam handphone. Jadi, aku letak la gambar tu kat dalam blog ni. Ni la untungnya bila ada blog. Haha.
Macam-macam pokok ada. Jom la tengok sama-sama. Hiks.
p/s: Okay, dah boleh delete gambar dan video dalam handphone tu. 🤭🤭🤭
.
Assalamu'alaikum.
Kacang panjang merah.
Dah lama tak post gambar kacang panjang merah ni kat dalam blog. Merajuk kawan tu sampai tak nak dah keluarkan buah dia. 🤭🤭🤭
p/s: Sedap kacang ni. Rasa dia manis dan rangup. Mungkin sebab aku takde sembur racun serangga. Bajapun aku guna yang organik yang aku buat sendiri.
.
Assalamu'alaikum.
DIY: Paip pvc untuk hidroponik.
Ni kisah pagi semalam. Hajatnya nak tanam sayur #hidroponik guna batang paip pvc ni. Jadi, kenalah sediakan tempatnya dulu. Gigih aku tebuk lubang tu guna pisau yang dipanaskan atas dapur gas. Sambil masak, sambil panaskan pisau tu bawah kuali. Boleh jugak jimatkan gas. 😁😁😁
Lubang tu sebenarnya aku dah tebuk separuh dah minggu lepas. Ada la dalam 4 lubang yang dah siap tapi tergendala sebab banyak pulak kerja lain yang aku kena buat. Jadinya, pagi ni aku sambung la tebuk lagi 5 lubang guna pisau panas tu. So, hasilnya takde la kemas macam guna alat penebuk drill ke apa entah namanya tu. Lepas tu, gigih pulak aku asah keliling lubang tu guna pengikir tu. Tak tau la apa nama benda alah tu. Yang pasti, ianya adalah peninggalan Omak dan Abah aku. So, aku jaga la dengan sebaiknya. 😊😊😊
Bila dah siap yang sebatang tu, adik aku tolong tebuk lubang untuk paip kedua guna penebuk dia. Hari tu, benda alah tu dia cari tapi tak jumpa. Tu yang aku tebuk guna pisau panas. Berhari-hari jugak la nak siapkan lubang tu. Guna penebuk dia tu, sekejap je la siapnya. Itupun bergegar-gegar tangan dia dok tekan penebuk tu. Aku tolong pegang batang paip tu je. 😝😝😝
Sekarang semuanya dah siap dah. Tinggal nak masukkan air baja dan semai benih sayur je. Sementara tu, tunggu la gam kat end cap tu betul-betul kering. Mudah-mudahan takde la air tu keluar ikut end cap tu. Risau jugak ni. Hope everything will be okay. Aku tengah bersemangat nak cuba tanam sayur hidroponik guna batang paip ni. Jangan pulak ada yang buat spoiler.
p/s: Jom la kita tanam sayur. Daripada bazir masa layan drama korea sampai bersambung-sambung ceritanya, baiklah layan tanam sayur. Bukannya kenyangpun layan drama semua tu. ✌✌✌
.
Assalamu'alaikum.
Jom masuk dapur!
Rasanya dah agak lama aku tak letak entri berkaitan masak-masak ni. Aku ada je masak tapi kadang tu rasa malas pulak nak masukkan dalam blog ni. 😁😁😁
So hari ni, aku letak la video dan gambar yang aku masak tadi. Alah, aku buat masak lemak cili padi ayam berencahkan kentang je. Alhamdulillah, rezeki Allah untuk aku dan kaum kerabat kat rumah ni
p/s: Korang masak apa hari ni?
.
Assalamu'alaikum.
Rombongan sempena Hari Koperasi Negara 2022 di MIECC.
Semalam, aku ikut rombongan pergi ke MIECC, The Mines, Sri Kembangan sempena dengan berlangsungnya program Hari Koperasi Negara 2022.
Bas kami bergerak dalam pukul 8.45 pagi. Berhenti sekejap di masjid Raub sebab ada yang nak ke tandas. Lepas tu, dalam pukul 11 pagi, berhenti pula di hentian rehat Gombak untuk sarapan dan ada urusan tandas. 😁😁😁 Aku tak makanpun kat sini sebab aku ada bawa bekal nasi dengan lauk ayam goreng dan air susu panas dalam termos. Dalam bas, baru aku buka bekal dan makan. Alhamdulillah. 🥰🥰🥰
Jika ada rezeki umur yang panjang dan rezeki badan yang sihat dan kuat, lain kali boleh la pergi lagi tapi lokasinya tak tau di mana. 😊
Korang yang belum pergi tu, boleh la pergi untuk memeriahkan hari koperasi ni. Banyak booth yang ada. Korang bawak je la duit secukupnya. 🤭🤭🤭 Nanti takut menyesal pulak tak beli apa-apa. Event ni masih lagi berlangsung sampai esok (Ahad).
Support jugak la booth koperasi sekolah yang ada kat situ. Aku singgah di dua booth je. Ada yang jual buah jambu batu dan mangga dalam cup. Satu cup cuma RM3. Ada juga koperasi sekolah yang jual sotong kering dan barangan hasil dari laut termasuk ikan bilis dan udang kering. Sepeket sotong kering tu RM6 je. Mana-mana tiga peket, RM15. Support la murid-murid tu berniaga. Bagi semangat kat dorang biar ada minat untuk berniaga di masa hadapan. Aku tak ingat koperasi sekolah apa. Gambarpun lupa nak ambil. Maaf ya adik-adik. Acik lupo tekau. 😁😁😁
p/s: Simpan semua cerita, gambar dan video kat sini sebagai kenang-kenangan. 🥰🥰🥰
.