Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, August 31, 2014

Tersuka Tanpa Sengaja...

Assalamu'alaikum...

Tersuka Tanpa Sengaja... 


Aku dah selesai dah baca kisah yang ada dalam novel Tersuka Tanpa Sengaja (TTS) yang merupakan karya terbaru dari penulis muda yang menggunakan nama Pena Kayu ni.. Novel pertama penulis adalah Doa Cinta Seorang Lelaki (DCSL).. Yang ni pun aku dah beli dari ejen IKP.. Dah lama habis baca dah pun dan aku suka novel DCSL tu..


Beli online dengan ejen IKP.. Dapat fridge magnet hero Tersuka Tanpa Sengaja.. Dah tampal kat pintu peti sejuk dah pun.. Boleh tengok setiap hari.. weeeee.... :p


Novel Tersuka Tanpa Sengaja ni merupakan novel keluaran bulan Ogos dari IKP yang dijadikan combo bersama dengan novel dari penulis Wawa Taufik iaitu Lamaran Untuk Teman Hati atau LUTH.. Aku tak baca lagi LUTH tu ya.. Sabar.. Ikut giliran.. hehe..





Mula-mula baca prolog Tersuka Tanpa Sengaja ni, air mata aku dah meleleh dah.. Bukan setakat meleleh je, siap dengan meremang bulu roma lengan lagi tu.. ahahh...




Bila dah mula baca, tak boleh nak berhenti la pula.. Baca dan terus baca sehinggalah hati menjadi sakit ya amat.. 


Kenapa pula sakit hati ya..? Nak tau kenapa, kenalah beli dan baca sendiri.. Apa yang pasti, sakit hati ini ada kaitan dengan prolog yang menyentapkan tadi.. 


p/s: Aku tak berapa rajin nak buat review yang meleret-leret seperti dulu.. Cukup sekadar aku bagitau yang akupun dah tersuka tanpa sengaja dengan kisah doktor manja dalam novel ni... kehkehkeh..

Google bunga raya..

Assalamu'alaikum...

Google bunga raya..

Aku suka kat google ni.. Asal ada je perayaan, event atau hari tertentu, pasti ada gambar menarik yang dikongsikan.. Macam hari ni, hari kemerdekaan negara kita, gambar yang keluar adalah gambar bunga raya yang melambangkan bunga rasmi kebangsaan..



p/s: Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 57 untuk Malaysia.. MERDEKA..!!! MERDEKA..!!! MERDEKA...!!!

Saturday, August 30, 2014

The Unsung Hero dan Darah Merah Melakar Sejarah...

Assalamua'alaikum...

The Unsung Hero dan Darah Merah Melakar Sejarah...

The Unsung Hero:

Ini merupakan novel keempat daripada penulis Melur Jelita.. Siapa yang belum pernah baca novel-novel karya Melur Jelita yang terdahulu tetapi teringin nak baca HERO ni, boleh la baca kat sini ya..  Tapi aku tak bacapun sebab aku memang kurang suka baca novel online tak kira la siapa penulisnya... Aku sekadar baca apa yang Melur Jelita share kat page fb beliau...


Aku dah dapat dah novel HERO ni.. Aku beli online je dan ikut apa yang ada kat page Melur Jelita tu tapi aku belum mula baca lagi HERO ni.. Tak nak la terburu-buru.. Takut nanti tak faham apa yang dibaca.. Tapi aku yakin dan pasti bahawa karya Melur Jelita ni sudah tentunya superb dan best seperti karya terdahulu.. Yang penting, aku dah peluk-peluk dan siyom-siyom HERO aku ni.. Wangi sungguh bau HERO aku ni.. hehehe...





Darah Merah Melakar Sejarah:







Walaupun nama barisan pelakon utama drama ini tidak sehebat pemenang anugerah dotdotdot tapi aku tetap teruja nak tengok.. Tengok dia punya preview tu pun dah meremang bulu roma.. Lagi pulak aku ni memang suka tengok cerita perang yang ada askar-askar ni tak kira la samada cerita Melayu atau Inggeris daripada melayan cerita kepop atau cerita hantu.. Tengok uniform dorangpun aku dah jatuh cinta dah... hehh.. 


Al-Fatihah untuk arwah abah dan semua anggota tentera yang telah pergi mengadap Ilahi.. Moga Allah tempatkan kalian bersama golongan yang soleh lagi beriman.. Jasa kalian tetap dikenang sampai bila-bilapun.. Hanya mereka yang buta hati saja yang tidak tahu menghargai pengorbanan dan jasa tentera...


p/s: Di sini lahirnya CINTA... Di sini lahirnya KITA.. Di sini MALAYSIA tercipta.. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke 57.. Aku bangga jadi anak tentera..!

Thursday, August 28, 2014

Pencerahan status kat fb... hehh...

Assalamu'alaikum...

Pencerahan status kat fb... hehh...

Ini antara beberapa status yang aku post kat wall fb aku dua tiga hari ini.. Saja nak kongsikan kat dalam entry ni pulak sebab status aku tu tak berapa complete.. Whatever la samada ada orang nak baca ataupun tidak entry ni.. ahakk...


1-
Setelah sekian lama aku tak masuk dan beli novel dari kedai yang biasa aku masuk tu, hari ni aku beli 3 buah novel daripada puluhan novel yang ada kat situ.. Aku beli ikut rasa hati, bukan kerana nama penulis ataupun kerana review/sinopsis.. Ikut nasib la... Jika kena dengan selera, alhamdulillah, boleh simpan dalam almari.. Jika tak kena, selamat jalan romeo bakal kena letgo.. hehh..


SOLD... Moga selamat sampai ke Sabah..



2-
Malam ni plan nak baca lagi sebuah.. Harap-harap aku boleh simpan novel tu dalam almari sebab novel pertama beliau aku boleh terima dan masih ada rasa sayang nak lepaskan walaupun dia punya typo kat dalam tu ada berterabur sikit kat sana sini.. ahahh..


3-
Sepatutnya baca yang kedua tapi boleh pulak ulang baca balik yang pertama.. Ater, bila masanya nak habiskan pending.. ahahaa..


4-
Sambung baca novel kedua dari penulis yang sama.. Sepatutnya baca malam tadi tapi boleh pulak dok repeat baca novel yang pertama tu sampai habis.. ahahh... Habiskan dulu baca novel yang beli kat kedai hari tu..





Dan inilah dia novel yang diperkatakan pada perenggan nombor 2-4 di atas iaitu dua buah novel dari penulis Iza Safiya.. Novel Jangan Lupakan Aku tu aku beli dan baca tahun lepas.. Masih ingat sikit-sikit kisah di dalamnya.. Manakala novel Sorry, Aku Bukan Dia tu yang aku baru beli kat kedai buku beberapa hari yang lepas.. Dan aku baru je selesai baca novel yang sebelah kanan tu.. Best..


Aku nampak banyak perubahan antara kedua-dua buah novel penulis ni.. Novel Jangan Lupakan Aku tu terlalu banyak typo dan ada beberapa ayat yang lari dari perenggan.. Namun, jalan ceritanya masih boleh difahami.. Dan aku jugak suka dengan gaya bahasa yang penulis gunakan.. 


Manakala novel keduanya pula iaitu Sorry, Aku Bukan Dia tu memang aku suka sungguh.. Rasa macam sayang pulak nak habiskan baca.. Selalunya buku yang tak berapa tebal macam ni, sehari semalam aku dah boleh habis baca dah.. Tapi untuk novel ni, makan masa dua tiga hari jugak la nak jumpa perkataan TAMAT tu.. hehe.. 


Macam-macam rasa ada masa baca novel Sorry, Aku Bukan Dia ni.. Rasa keliru yang bertimpa-timpa serta rasa teruja yang tak kunjung reda menjadikan aku sabar untuk meneruskan pembacaan hingga ke akhirnya.. Takdepun rasa nak selak muka surat belakang dan curi-curi jeling dia punya ending.. ahahh... Fall in love pulak dengan watak si Hazry Mikail.. kehkehkeh... Nak tau kenapa, silalah beli sendiri dan baca serta hayati sendiri kisah ini.. 


Moga penulis ini semakin matang dalam karya beliau dan moga maju jaya.. Keluarkan novel setahun sebuahpun dah memadai dah.. Tak perlu nak kejar kuantiti atau royalti.. Yang penting, jaga kualiti dan menulis dengan ikhlas.. 


p/s: Buat masa ini, kedua-dua buah novel ni berada di dalam zon selesa kerana selamat dari kena letgo.. 

Wednesday, August 27, 2014

Antara gelak dan ajar...

Assalamu'alaikum...

Antara gelak dan ajar... 

Buah cempedak di luar pagar...
Ambil galah tolong jolokkan...
Orang yang tak tau, kenalah tolong ajar...
Jangan pulak dia kita gelakkan..


Buah cempedak yang jiran bagi.. Terima kasih.. Alhamdulillah..


p/s: Gelak itu lebih mudah dari ajar.. Sebab tu ramai yang pilih gelak dari ajar.. hehh...


Jadi tukang terjemah sekejap... ahahaa...

Assalamu'alaikum...

Jadi tukang terjemah sekejap... ahahaa...

Aku ni jenis yang tak gemar nak Like banyak sangat pages kat fesbuk.. Grup pun aku pilih mana yang aku rasa berbaloi untuk di-join.. Bukannya sekadar main terjah je join atau like segala benda yang ada kat fb tu..


Kat bawah ni antara apa yang ada kat satu page yang aku like tu.. Opkos la yang berkaitan dengan kucing.. hehehe.. Nak cari info, nak cari terapi, nak gelak sensorang tengok gambar kucing atau apa saja yang dorang share.. Biarlah orang nak kata gila gelak sensorang daripada gila menembak orang.., ye tak.. hehe..



Ramai jugak yang tak berapa nak faham dengan mesej kat gambar atas ni.. Mujurlah ada bidan terjun yang jadi tukang terjemah walaupun terjemahan dia tu takde la betul sangat.. ehhh...!!!





p/s: Like yang paling banyak aku dapat sepanjang berfesbuk.. Tak sangka sungguh... ahahaha... 

Tuesday, August 26, 2014

Ehhh, biar betul..!! Tapi macam betul je.. ahahh...

Assalamu'alaikum...

Ehhh, biar betul..!! Tapi macam betul je.. ahahh...

Betul ke bagai apa yang dikata..? Samada betul ataupun tidak, janganlah kita percaya.. Benda macam ni mungkin sudah dibuat kajian ataupun mungkin sekadar suka-suka sahaja.. Jangan keterlaluan percaya sebab takut nanti jatuh kepada syirik pulak.. 




Lumrahnya, mana ada orang yang nak mengaku akan keburukan masing-masing, kan..? Lebih-lebih lagi jika merasakan bahawa diri itu dah cukup perfecto sangat dah.. *sambil temukan hujung ibu jari tangan dengan hujung jari telunjuk.. Ada ke patut kata suka hancurkan benda-benda kat sekeliling... Memang tak laaa...  ahahh... *kan tak mengaku namanya tu.. kehkehkeh..


p/s: Yang pakai jam kat tangan kiri, boleh copy and paste.. So, aku dengan rela hati mengikut arahan yang diberi.. muahahahaha... 

Main bulu ayam sampai tertidur.. errr...

Assalamu'alaikum...

Main bulu ayam sampai tertidur.. errr...

Salah satu hobi budak bulus tiga ekor kat rumah ni adalah bawak masuk samada daun rambutan yang dah kering atau bulu ayam ke dalam rumah.. Lepas tu berebut-rebutlah mereka bertiga main benda alah tu.. 






Buktinya, si Combi yang tidur setelah kepenatan bermain dengan bulu ayam.. Siap tak lepas lagi bulu ayam tu.. haha.. Lena betul dia tidur sampai tak dengar bunyi klik kamera enpon aku ni haa.. ahahh...





p/s: Ingatkan budak-budak je yang tidur pegang mainan.. Rupanya kucingpun sama jugak.. hehehe..

Menjengah kembali Pustaka Pertama...

Assalamu'alaikum..

Menjengah kembali Pustaka Pertama...

Ni adalah kedai buku yang selalu aku masuk suatu masa dahulu.. Lokasinya di sini.. 




Sebenarnya sudah agak lama aku tak menjengah kedai buku ni.. Dan semalam aku kembali menjengah.. Bukan sahaja menjengah, malahan membeli tiga buah novel yang mengikut kata hati.. Mujur juga ikut kata hati.. Buatnya ikut nafsu..?? 


ASST, MYPI dan Pergilah Air Mata pun ada.. Sila grab sebelum kehabisan stok.. Sempat lagi tu aku promot dua-dua buku Melur Jelita dan novel Hanni Ramsul kat orang yang dok jenguk rak buku ni..


Kalau dulu susah bukan main nak tengok novel baru keluar kat kedai ni.. Tapi sekarang ni dah ada dah.. Tokey kedai tu pun cakap, banyak betul la novel sekarang ni.. ahaha...





Memang banyak..!! Sampai bersusun-susun kat atas tangga... Dalam pada tu, yang bersusun bertimpa-timpa kat tangga tu la yang aku tarik keluar satu.. Novel apa, biarlah rahsia dulu.. ahahh...




Novel dari penerbitan Idea Kreatif pun ada jugak.. Tahniah sebab walaupun IKP masih baru, tapi novelnya sudah berada di kedai ini.. Masa ambil gambar ni, aku cuma nampak novel Kalau Sayang Katalah Sayang karya Fazuin tu je.. Bila dah upload gambar, baru la perasan kat bawah tu ada satu lagi novel IKP iaitu Dia Kekasih Hati karya Sarnia Yahya... Mungkin sikit hari lagi masuk pula novel dari karya Syah Shah, Hani Fazuha, Farah Husain dan yang lain-lain.. 




Ni salah satu daripada tiga buah novel yang aku beli.. Aku dah habis baca dah..  Okay, boleh hadam sampai habis.. Novel ni sesuai untuk orang muda atau orang lama yang berjiwa remaja.. 




p/s: Siapa yang berminat nak beli novel Encik Sayang dan Miss Sweetheart karya Sara Aisha ni, boleh inbox atau PM aku kat page fb aku ni.. Harga beli RM24.. Harga letgo RM19 termasuk caj pos laju untuk Semenanjung.. Pos laju ya, bukannya pos daftar.. :)

Sunday, August 24, 2014

Tiba-tiba je dia runtuh..

Assalamu'alaikum....

Tiba-tiba je dia runtuh..

Awning kat pintu dapur rumah aku tiba-tiba je runtuh.. Kejadian berlaku masa aku dengan abang aku dok kalut angkat kain sebab hari nak hujan.. Masa tu takde la angin ribut ke, apa ke.. Cuma angin biasa je.. Tup-tup terdengar bunyi prappp...




Syukurlah awning tu tak menimpa kitorang berdua.. Dia tersangkut kat batang wayar letrik tu.. Baru je pasang dua hari sebelum raya hari tu.. Dah tercabut dah.. Cepat-cepat abang aku pergi cari benda untuk menampung berat awning tu.. Kalau dibiarkan lama, bimbang lain pulak jadinya nanti.. Letrik tuuuu....




Solusinya adalah dengan menggunakan tangga ni.. Tak tau la untuk tempoh berapa lama.. Maklum la, baru je lepas raya.. Baru je lepas balik dari Nilai.. Mana la nak cekup bajet lagi..




Takpe la.. Yang penting kitorang selamat.. Tak dapat bayangkan jika awning tu jatuh kat kepala kitorang.. Mujur ada tangga besi ni.. Dapat la membantu untuk sementara waktu.. Sekurang-kurangnya dapat la kumpul bajet untuk baikpulih mana yang patut..




p/s: Musibah nak datang, bukannya dia nak bagi petanda... Pasrah je la.. Lain la jika nak datang beraya, boleh gak SMS ataupun wasap berasap.. ahahh..

Saturday, August 23, 2014

9-3-2014..

Assalamu'alaikum...

9-3-2014..

Gambar diambil ketika hampir senja.. Tak tau kenapa ambil gambar ni tapi tangan gatal jugak nak klik sana klik sini kamera enpon cap ayam ni..








Masa tu dok sembang-sembang sekejap dengan makcik depan rumah.. Tanya dia, tu line apa..? Selalunya line macam tu bila jet pejuang melintas lalu meninggalkan asap kat belakang.. Tapi takde la pulak dengar bunyi jet pejuang tu lalu.. Biasanya bila jet tu lalu, mau terangkat bumbung rumah dek bunyinya yang berdesup..



Friday, August 22, 2014

Antara sebab kena letgo...

Assalamu'laikum...

Antara sebab kena letgo...

Suka hati kita la nak tulis kisah apa, nak buat cerita apa.. Ingat senang ke nak cari idea dan siapkan satu manuskrip.. Cuba la buat dulu.. Tengok boleh buat ke tak.. Jangan pandai komen je.. Asal tak kena dengan jiwa je, mula la nak letgo.. - penulis


Suka hati kita la nak beli ke tak, nak letgo ke, nak simpan sampai reput ke, nak baling ke dinding ke.. Ingat senang ke nak cari duit nak beli novel.. Bila dah keluarkan duit, dah tentulah nak hasil yang kena dengan jiwa.. Mestilah nak karya yang asli.. Bukan karya yang diciplak dari mana-mana sumber.. Kalau dah ceritanya hampeh, dah tak boleh nak teruskan baca, tak kan nak simpan jugak.. Letgo je la.. - pembeli/pembaca


- Salah satu isu 'panas' yang sering berlaku di antara penulis novel dan pembeli/pembaca novel.. 


Kita tak tau sebab sebenar kenapa orang letgo atau jual balik novel mereka.. Mungkin mereka memang dah takde bajet untuk beli novel baru.. Atau mungkin mereka sangat-sangat memerlukan duit untuk masa yang terdekat.. Dan mungkin juga almari buku mereka dah takde ruang.. Ataupun mungkin kerana nak pindah ke tempat lain.. 


Atau mungkin juga mereka ingin menyumbang atau menderma kepada organisasi tertentu dalam bentuk wang ringgit tapi duit yang ada di tangan tidak mengizinkan untuk mereka berbuat demikian..


Atau, mungkin di-letgo-kan sebab menyampah dengan si penulis yang berlagak bagus..?? Bila tengok je novel tu, terus teringat pada si penulis.. Mana kita nak tau, kan... 


Ada orang tak nak derma atau sedekahkan novel-novel mereka kepada pihak yang memerlukan atas sebab tertentu. Mungkin kerana isi cerita novel yang tidak bersesuaian.. Nak pilih balik mana buku yang sesuai sudah tentu mengambil banyak masa.. 


Dan, rasanya lebih baik menyumbang dalam bentuk wang ringgit jika ada rasa ragu-ragu dengan bahan bacaan yang hendak disumbangkan itu.. Jadi, tak salah untuk letgo novel mereka..


p/s: Komen lebih-lebih nanti kata novel sekian sekian ceritanya bla bla bla, takut si penulis melenting pulak.. Lebih baik jangan cakap banyak.. Letgo-kan aje... Atas sebab apa novel tu kena letgo, itu bukan urusan kita nak tanya lebih-lebih..

Thursday, August 21, 2014

Saat Hilang Cintamu..

Assalamu'alaikum...

Saat Hilang Cintamu..

Done with Saat Hilang Cintamu by Acik Lana... Okay, aku boleh hadam cerita ni dengan baik.. Boleh baca sampai habis.. Cumanya bab-bab terakhir tu banyak sangat penggunaan perkataan 'sayang'.. Sikit-sikit sayang.. Sikit-sikit sayang.. Rasa macam sedikit terganggu proses pembacaan dengan panggilan 'sayang' yang berlebihan tu.. Apapun, novel ni masih boleh dikekalkan sebagai koleksi peribadi.. 




Aku tak nak review lebih-lebih.. Skil me-review aku sudah jatuh menjunam ke dasar laut.. Dah tak boleh nak gali lagi dah.. ahahh.. 


Jadinya, jika ada yang nak order novel Saat Hilang Cintamu ini, boleh la masuk kat blog Acik Lana ni dan ikut je arahan yang dia beri kat situ.. Sinopsis cerita ni juga ada kat situ.. Silalah usha dulu apa yang patut sebelum buat pilihan.. 


Aku bukan fanatik Acik Lana.. Aku juga tak join grup beliau kat fb.. Tapi aku masih lagi boleh terima cerita yang beliau garap.. Mungkin sebab aku dah mula selesa dengan gaya bahasa yang beliau gunakan.. Cumanya novel kali ni aku takde la merembes-rembes menitiskan airmata.. ahahh...


p/s: Sebenarnya aku suka novel yang bila baca je dia punya ayat, dah boleh buatkan dada aku ketat.. Baca je dia punya gaya bahasa, dah boleh buatkan aku tersedu-sedan menahan tangis.. hehh.. Yang pasti, ianya bukanlah sebuah novel kisah sedih dari awal hingga akhir.. 

Tuesday, August 19, 2014

Kenduri siang malam...

Assalamu'alaikum...

Kenduri siang malam...

Tak pernah aku serajin ini.. Siang pergi kenduri, malamnya pun pergi kenduri lagi.. Tapi itu yang aku buat pada hari Sabtu yang baru lepas ni.. ahahh..


Jumaat lepas aku ke rumah kakak kat Nilai.. Pergi sana sebab malam minggu tu ada kenduri kawen anak sepupu kat Bangi Golf Resort Clubhouse.. Kebetulan siang Sabtu tu, anak buah abang ipar akupun ada kenduri kat dewan Majlis Perbandaran Seremban.. Jadi, siang tu pergilah sekejap kat dewan MPS tu..





Ni dah balik dari kenduri kat MPS tu, Tengah tunggu nak masuk simpang kanan tu.. 


Balik dari dewan MPS tu, singgah pulak ke Terminal One.. Ambil abang long aku yang naik bas dari Batu Pahat.. Diapun nak ikut pergi kenduri anak sepupu kat Bangi tu.. 


Malam tu kami berkonvoi empat buah kereta dari Nilai.. Yang lain-lain tu gerak dari rumah masing-masing.. Abang aku dah tersalah masuk jalan sebab informer bagi salah info.. Sampai ke tol Kajang kitorang pergi.. hehehe.. Mujurlah ada GPS.. Akhirnya sampai jugak kat depan dewan clubhouse tu.. Aku siap cakap kat mak aku; kalau tak jumpa tempat ni, kita meronda la sampai kolumpo.. hahaha...





Tak pernah pergi clubhouse atau tempat macam ni.. Jadinya, bila ada saudara mara yang buat kenduri kendara, masa ni la nak ikut serta.. Sekurang-kurangnya dapat la masuk tempat macam ni.. Nak pergi sesaja, takde kerja la pulak, kann... ahahaha...






Petang Ahad pulak, pergi beraya ke rumah sepupu.. Malamnya semua tidur awal.. Masing-masing melepek kepenatan... Isnin gerak balik ke sini pulak.. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan izin Allah.. Syukur... Momokpun tak meragam.. Dia elok je tidur.. Sesekali je berbunyi.. 


Momokpun ikut balik Nilai.. Mana boleh tinggal.. hehh..


p/s: Sedikit demam.. Mungkin sebab banyak pulun air batu.. Lepas tu balun pulak cendol dengan air tebu.. Memang mendapat la, kannnn... ahaha...

Thursday, August 14, 2014

Jom beraya bersama #NNRaya...

Assalamu'alaikum..

Jom beraya bersama #NNRaya... 

Baca bagi habis dulu ya kat read more tu ya...







Tanam dari apa..?

Assalamu'alaikum...

Tanam dari apa..?

Dia takde biji.. Dah banyak kali jumpa macam ni.. Terfikir jugak dalam hati.. Jika dah takde biji, dia tanam guna apa..? Ni kena tanya kat Kak Erna ni.. hehehe...




Buahnya kecil sahaja.. Besar lagi tapak tangan.. Lebih kurang sama besar dengan buah mangga manis tu.. Cuma kadang-kadang, ada jugak la saiz yang besar sikit..




Ni pokok dia.. Dah mula meninggi dah.. Jika dah terlalu tinggi, macam mana nak ambil buahnya nanti.. Nak jolok, buatnya jatuh ke bawah, habis la lebam dan benyek.. Kena jolok waktu mengkal.. Jadinya, risiko untuk benyek tu kurang sikit la.. Nak panjat guna tangga...? Panjat kerusi tu pun kepala lutut dah menggigil.. ahahhh...




Hasilnya.. Jika beli, mau dekat dua tiga ringgit jugak kot banyak macam ni.. 




p/s: Betik ni bagus buat masker tepek kat muka.. Tapi aku tak rajin la pulak.. Rajin makan je.. ahahh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)