Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, November 17, 2009

TITISAN PELUH yg terakhir....

Assalamualaikum....

Budak2 IPT dah mula cuti ekk..?? Habis la aku...huhu....!! Apsal lak ni kan. Ya la, lepas ni konpem line tenet makin lembab dari sekarang ni. Sebab?? Sebab anak sedara aku akan bawa laptop dia kat sini, pastu dia manjang la dok donlod citer tah apa2 tu. Maknanya, aku kena kongsi line dengan dua lagi pc. Dah la server memang merangkak je.... haishhh....
---------------------------------------------------------------------------------------------
Lupakan pasal tu. Meh tengok apa yang aku buat petang tadi. Haha... semalam aku kata aku dah lama tak keluar rumah kan. Jadi, petang tadi akupun keluar la untuk menyapu daun2 dan mencantas dahan2 bunga dan apa yang patut dicantas la haihhhh... Banyak jugak peluh yang meleleh keluar. Ada laa dalam segelas kot.... muahahaha.....


Sikit je kan?? Siapa kata sikit. Kat depan nun ada lagi 3 longgok yang sedang menunggu giliran...



Ni siapa yang nak tolak ni?? Nasib baik dekat je tempat nak buang. Kalau la jauh, mau somput dado den....huhukkk....

Dan ini adalah pokok kaktus ya. Lokasinya betol2 dekat selekoh nak belok kat rumah aku ni. Iya, rumah aku kat simpang tiga. Bukannya kat Simpang Pertang bak kata TIJAH tu huhuhu. Kalau korang rasa kulit korang tebal, pastu korang bajet korang terer merempit, silalah buat aksi terbang tu ekk. Jangan sampai korang tercium pokok kaktus ni sudah la..... ekekeke....


Kalau berani, siyom la....hahaha...(kat depan yang nampak pagar tu adalah kawasan klinik kerajaan)

Masa aku tengah sibok menyapu tu, makcik2 jiran aku datang. Dorang borak2 je dengan mak aku sambil makan rambutan. Aku tak join sebab keje akupun belum habis lagi. Abang aku lak dok sibuk cantas pokok rambutan yang dah tak berapa elok batangnya. Lega aku. Sebab..? Semak laa banyak sangat pokok ni. Dah la banyak nyamok...!!! eeeuuuwwwwwww.....

p/s: Siyes, aku suka je kawan dengan makcik2 ni. Banyak yang aku belajar dari dorang. Pasal semalam tu, biarkan aje la. Takkan kerana "itu" aku nak putuskan hubungan dengan jiran yang dah bertahun2 aku kenali. Kalau boleh, aku taknak ada rasa dendam walaupun kadang2 perasaan jahat tu datang menjengah hati aku. Sabar.... sabar.... sabar....

Monday, November 16, 2009

PERLUKAH AKU TERUS BEGINI...??

Assalamualaikum....

Kali ni tiada cerita ataupun gambar tentang makanan lagi. Aku telah di'sound' oleh Hatim dan juga Linda supaya berhenti buat cerita mengenai makanan ni. Jadi, sebagai menghormati permintaan mereka berdua itu, maka tiadalah lagi cerita dan juga gambar yang berkaitan. Sebenarnya, server tenet aku sangatlah lemah. Tu yang malas nak upload gambar tu.. Miahahaha.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Korang percaya tak yang aku dah lama tak keluar rumah. Maksud aku, keluar lepak2 sambil bersidai kat tembok ataupun kerusi besi kat depan rumah. Kalau dulu, itulah kerja sambilan aku. Ya la, duduk lepak2 kat dalam rumah sambil tengok tv pun bosan jugak. Tu yang saban petang aku duduk kat luar dengan mak aku, konon2 nak ambil angin petang la. Pastu memang konpem la akan datang sorang dua jiran untuk cukupkan korum.... ahakkk....

Bila dah berkumpul ni, faham2 aje la kan. Kadang2 akupun ikut sama dalam "perbincangan" kaum2 ibu merangkap nenek2 ni. Nak cari pengalaman hidup kenalah belajar dari orang2 yang lebih dulu makan garam. Samada topik perbualan mereka itu menjurus ke arah kebaikan ataupun menyimpang ke arah "kemengumpatan", aku join aje la. Nak buat macam mana. Takkan la tetiba je aku nak angkat kaki. Makcik2 ni mudah perasan kalau dorang tengok aku lain macam je... Maklum la, akukan spesis jujur. Jadi, raut wajah aku akan mudah berubah jika
ada sesuatu yang aku tidak berkenan.. Huahuahua... jujur konon... caittt...!!! (jujur la... tak caya sudah...!!)

Tapikan, sejak dari awal puasa hari tu, aku dah mula jarang lepak2 ni. Mungkin sebab masa puasa tu aku sibuk dengan jahitan aku, dan itu juga penyebab aku malas nak keluar. Bukanlah tak keluar langsung. Melampau la tu kan. Seingat aku la, dari puasa hari tu baru 5 kali je aku lepak2 kat depan rumah ni. Makcik depan rumah akupun dah mula berbunyi. Dia kata apa tau. Dia kata, lama tak nampak ngko. Demam ke? Cehh....asal aku tak keluar je mesti dorang suspect aku demam la, sakit la, tak sihat la..... huhu...

Walau apapun, terima kasih la sebab itu tandanya dorang ambil berat pasal aku. Mesti la, sebab aku yang selalu telefon talian 15454 jika bekalan letrik terputus sehinggakan nama akupun operator TNB tu dah cam. Lepas tu, kalau telefon rumah dorang tak berbunyi (kira rosak la tu)...aku jugak yang dorang cari. Dan aku dengan rela hati akan segera membantu. Apalah sangatkan membantu warga2 emas ni. Bukannya selalu. Lagipun bukan ke aku ni "catwoman"..... ekekekeke....

Kadang2 tu kan, aku sengaja duduk diam2 kat bilik jahit aku ni. Aku dengar je suara dorang kat luar, tapi aku buat tak tau je. Biar je la dorang tu borak2 dengan mak aku. Pastu nanti dorang akan tanya, "Zimah mana..?" Dan mak aku akan jawab.. "ado kek dalam tu ngadap bondo tu la". Jadi, aku sudah selamat dari menyertai perbincangan mereka untuk hari itu... ha.... ha... ha...

Cuma satu je persoalan sekarang ni. Selama manakah aku mampu bertahan duduk berkurung dalam rumah tanpa bercampur dengan jiran tetangga dengan alasan tidak mahu terbabit dalam sessi perbincangan kemengumpatan mereka. Aku bukan lah baik sangatpun sampai nak kata tak suka atau tak pernah mengumpat ni. Cuma ada masa2nya aku jadi bosan jika asyik bercakap benda yang sama berulang2 kali. Ingat aku ni ASTRO ke dok ulang2 siaran je....

p/s: Ada tak sesiapa yang nak bagi cadangan kat aku? Wajarkah aku berterusan begini atau perlukah aku kembali seperti dahulu. Haiiyaa..!! Hilop sushah.. matipun sushah....(kata apek dalam citer madu 3..)

Sunday, November 15, 2009

CUBA DULU.....tak cuba mana nak tau...!!

Assalamualaikum....

Sebagai memenuhi permintaan dari Erna dan cikELA, aku letakkan kat sini resepi kek yang aku buat hari tu. Orang lain kalau nak ambil resepi ni pun boleh jugak. Tapi kalau dah buat kek ni nanti, hantar2 la barang sepiring dua kat rumah aku ya. Macam laa resepi aku ni best sangat. Muahahahah. Maksud aku tu, sedekah2 la kat jiran kiri kanan jika kek tu menjadi. Kalau tak menjadi jangan bagi...!! Nanti kena ngumpat lak. Ahakk...

KEK DARI MATA AZYMA (nama takleh blah bebb... hikk...)

Bahan2:

250g tepung gandum
220g gula aising (manis2 buah)
6 biji telur ayam (asingkan kuning dan putih)
1 buku buttercup
1 penutup esen vanilla (penutup botol tu)
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu makan pewarna hijau (untuk kek yang kaler hijau tu ya..)

Cara2:

1) Ayak tepung bersama2 dengan baking powder dan soda bicarbonate. Ketepikan dahulu.

2) Pukul putih telur dahulu sehingga benar2 kembang. Kemudian ketepikan juga.

3) Selepas itu barulah pukul gula aising bersama dengan buttercup. Pukul sehingga kembang.

4) Masukkan esen vanilla. Pukul lagi.

5) Masukkan kuning telur. Teruskan memukul sehingga adunan sebati dan kembang.

6) Selepas itu masukkan putih telur yang telah siap2 dipukul tadi. Kaup2kan adunan biar rata. Tak perlu pukul lagi.

7) Barulah masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan2 supaya adunan kek benar2 bersatu.

8) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau dan satu lagi biarkan warna asal.

9) Masukkan kedua2 adunan berselang seli ke dalam loyang pembakar yang telah siap digriskan. Masukkan adunan sehingga habis semuanya.

1o) Bakar kek sehingga masak. (Lebih kurang 45 minit-1 jam) dengan suhu 180 darjah. (Oven haruslah dipanaskan dahulu. Jika tidak, masa pembakaran akan jadi lebih lama lagi)

p/s: Untuk kek coklat pulak, tepung gandum cuma 240g. Manakala gunakan coklat serbuk van houten sebanyak 5/6 sudu makan penuh. Dan tak perlu pewarna hijau. Bahan2 yang lain adalah sama sahaja. Cuma kalau nak letak dalam cup, jangan bakar lama sangat, kena pandai agak2 la timing dia. Maybe dalam 15-20 minit kott.... huhuhu...

(harap2 menjadi la ya kek yang akan korang buat nanti. Apa2pun, cubalah dahulu okay...)

Saturday, November 14, 2009

SESSI MEMBUAT KEK

Assalamualaikum....

Muahahahaha...apa hal lak ni kan. Asyik dok buat post pasal makan2
je ni. Ni la keje aku kalau boring datang. Kadang2 kalau boring, aku
lepak2 depan tb je, ada ketikanya pulak aku lepak2 atas katil sambil
layan jiwa yang kacau (kehkehkeh....). Tapi semalam aku boleh lak
buat kek ni haa. Yang ni boleh la dimasokkan dalam kategori boring
yang ada hasilnya.... huahuahua.... Jangan jelezzz.....!!



Proses memukul butter dengan gula. Naik lenguh tangan aku pegang hand-mixer tu....huhu....



Sebelum tu, kena pukul putih telur sampai kembang dahulu....




Kek yang telah siap untuk dibakar dalam oven....



Beginilah rupanya selepas ditransformasikan.....siap ada kesan cucuk botox tu...muahahaha....



Lagi satu jenis kek. Aku buat kek coklat dan pump guna pump untuk ising...(raya hari tu tak sempat nak test pump tu...hehe...)



Dan inilah hasilnya. Memang kalah la kek aku ni kalau nak compare dengan kek kat secret recipe tu kan....huhuhu....

p/s: Mencuba itu adalah lebih baik dari mengeluh. Mengeluh itu mungkin
lebih baik dari mengata. Oleh itu, jangan mengeluh dan mengata. Cuba
aje sampai berjaya.....hahakkk...(cuba benda yang baik2/elok2 aje laa...)
.

Friday, November 13, 2009

AKHIRNYA....

Assalamualaikum.....

Fuhhh....tarik nafas jap. Lega rasanya bila baju2 ni dah siap. Punya la
lembab giler aku nak menyudahkan baju2 ni. Bukan masalah cuaca
yang lembab, tapi masalah aku sendiri yang teramat la malasnya nak
menjahit. Nasib baik kastemer aku ni jenis tak kisah, sampaikan dia
sendiripun tak ingat berapa helai baju yang dia hantar.....hahaha.....


Nak padankan butang dengan warna bajupun ambil masa.....huhu...



Okay tak blouse yang aku jahit ni.... Bagitau dengan jujur ya....(nyuruk japp...)

Aku sekarang dalam proses menyiapkan baju kurung dia pulak. Kena
buat cepat2 ni sebab dia nak pakai raya haji nanti. Dah la kain dia tu
ada batu. Nak kena kutil dulu batu2 tu. Kang kalau terkena kat mesin
aku, abeh patah jarum. Nak kena caj lebih ni.....muehehehe....




p/s: Boleh tak sesiapa bagitau aku berapa harga bagi sehelai blouse
macam kat dalam gambar tu, harga sepasang baju kurung biasa/riau,
dan harga sepasang kebaya highneck. Aku nak compare dengan harga
yang ada kat sini...Bukan harga redimed ya. Ni harga tempahan/upah.
Macehh....
.

Thursday, November 12, 2009

SOTO = SEMUDAH 1...2...3...


Assalamualaikum.....

Ni semalam punya cerita. Semalam aku buat soto. Aku tengok mak aku
dah siap2 keluarkan rangka2 ayam, maknanya dia nak buat sup la tu.
Jadi, aku tolonglah buatkan. Bukan senang aku nak masuk dapur ni
tau.....muehehehehe....


Sambal kicap yang tak berapa nak pedas....(jaga usus bebb....huhu...)



Guna yang segera je senang. Tak payah nak himpit2 dah....hikk....



Sup rangka ayam yang sudah siap untuk di slurpppp.....kan.....



So'on goreng. Jangan kenakan air sebelum goreng, nanti dia takmo kembang...

p/s: Jemput makan semua. Bila teringin nak makan, buat aje la. Tak
payah nak tunggu raya ataupun pergi cari kat pasar malam. Lagipun
yang kat pasar malam tu dia punya pak aji naik moto punya la banyak.
Jangan sampai BOTAK sebelum waktunya sudah la ya....muahahahaha..
.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)