Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, August 20, 2010

LELAKI DAN JAM TANGAN

Assalamualaikum...

KALAU mahu mengenal lelaki, lihatlah jam yang dipakainya. Lelaki cenderung mempunyai selera jam tangan yang berbeza. Selain sebagai penunjuk waktu, jam tangan juga boleh menggambarkan perwatakan pemakainya. Benarkah begitu? Mari kita lihat kebenarannya.

Jam tidak berangka:
~> Model jam tangan berjarum tanpa angka menggambarkan pemakainya sangat teliti dalam merumuskan konsep tetapi tidak ingin semua perkara dihuraikan secara langsung. Lelaki dengan jam tangan ini lebih suka cabaran bersifat intelektual. Mereka juga tidak mudah putus asa dalam menyelesaikan masalah walaupun orang lain sudah menyerah kalah. Dalam aspek hubungan, lelaki jenis ini tidak akan berlarut-larut untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Jam LCD:
~> Si pemakai jam tangan jenis ini biasanya penuh keyakinan dan tidak pandai dalam perkara yang terlalu abstrak. Dia berperwatakan ringkas dan tidak suka berkias-kias. Apabila ingin mendampinginya, janganlah bermadah-madah. Dia tidak akan faham!

Jam berwarna keemasan:
~> Lelaki yang suka memakai jam tangan jenis ini sanggup mengorbankan kemewahan singkat untuk mengejar kesenangan jangka panjang. Mereka selalunya cenderung ke arah konvensional, bergaya lama tetapi sabar dan berfikir panjang. Dia pandai menjaga perasaan dan selalu berusaha untuk menggembirakan pasangannya.

Jam model putar:
~> Lelaki ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan suka kebebasan. Dia lebih gemar mengatasi masalahnya sendiri berbanding mengharapkan bantuan orang lain. Mereka juga selalu ringan tangan untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti memotong rumput, mengecat dan membetulkan paip bocor. Pemakai jam tangan jenis ini selalu melindungi apa yang menjadi miliknya.

Jam tangan saku:
~> Mereka yang ada jam tangan seperti ini memang jarang kelihatan. Dia jenis lelaki yang tidak suka hidupnya diatur oleh waktu. Walaupun sibuk, dia tahu bagaimana cara untuk bersantai. Lelaki seperti ini selalunya suka menyimpan benda-benda yang menyimpan kenangan. Jadi, jangan terkejut jika dia masih menyimpan SMS pertamanya kepada anda. Dia juga selalunya tidak terburu-buru termasuk dalam urusan cinta.

Tidak pakai jam:
~> Lelaki jenis ini suka kebebasan dan individualistik. Tetapi pada zaman internet ini, lelaki yang tidak memakai jam tangan menandakan dia masih muda. Orang muda melihat waktu dari telefon bimbitnya. Bagi mereka, memakai jam tangan adalah gaya orang tua.


Nota: Sumber dari akhbar Utusan Malaysia, Khamis 10 Ogos 2010.


Aku kata: Jam tangan aku jenis tidak berangka dari jenama Citizen. Dah lebih 10 tahun aku pakai jam tu. Kenapa pilih Citizen? Kerana hitam itu menawan... (tagline Citizen). Apa pulak tagline jam korang??

Thursday, August 19, 2010

TERBAIK WOKKKK...!!!

Assalamualaikum...

Blackout lagi. Naik jelak dah dengan benda macam ni. Tapi nak jugak bagitau walaupun dah selalu sangat berlaku. Sebab apa..? Sebab aku dah geram tahap gaban dah dengan TNB kawasan aku ni. Dalam minggu ni, setiap hari ada je bekalan letrik terputus. Malam kelmarin misalnya, tengah-tengah mengadap juadah berbuka puasa, letrik dah padam sekali. Pastu hidup balik. Pastu padam lagi. Hidup balik. Begitulah seterusnya sehingga padam kali kelima dan tak hidup-hidup dah. Lebih kurang empat jam lepas tu baru bekalan pulih kembali. Dan siang tadi berlaku lagi sekali. Apa la masalahnya ehh. Takkan la takde usaha untuk mempertingkatkan kualiti. Kalau selalu sangat macam ni (memang selalupun), cepat la jahanam barang-barang letrik kat rumah aku ni. TNB nak ganti ke semua barang-barang yang rosak tu nanti? Memang TERBAIK laa perkhidmatan korang setakat ni... pheeewwww....!

Terbaik dari TNB.. Duduk dalam gelap mengadap lilin sambil mengipas hati yang panas... :-)


Terbaik dari laman. Pokoknya dahpun kena buang gara-gara nak cat semula tembok tempat dia menjalar... Sengaja tunjukkan raga yang cacat tu... ;p



Terbaik dari kebun belakang rumah. Yang tak baiknya sebelum aku makan rambutan ni, aku kena gigit dengan semut api dulu.... :(


Terbaik hasil tanaman dari tangan mak aku. Gumbira sungguh tatkala beliau memetiknya... =D


Terbaik dari ladang ternakan aku.... ha...ha...ha...ha...


Aku kata: Aku dah tak tau nak makan apa masa berbuka dan masa sahur. Selera dah mula menurun. Harap-harap dapat la turun berat badan dalam sekilo dua... Berangan aje la kerojenya yaa... =))

Wednesday, August 18, 2010

SHARING: Is caring maaa...

Assalamualaikum...

Sekadar nak kongsi info yang aku ambil dari suratkhabar Utusan. Ya la kan, kadang-kadang kita ni beli bermacam-macam jenis suratkhabar tapi bukan semua muka surat yang kita belek dan baca bergantung kepada minat masing-masing yang menjurus ke arah mana. Kalau peminat bola, dah tentu la dia cari berita berkaitan dunia bola. Kalau minat gossip, konpem la dia akan cari kat murai.com ataupun forum.cari... Kalau yang minat memasak, mestilah dia cari ruangan yang berkaitan dengan resepi dan tips dalam memantapkan lagi skill masakan dia. Kalau ada yang minat kat aku, cari aje aku kat sini... Alamak...!!! Terlebih sudaaa... hahahaha...

Ni info berkaitan hari yang dilarang atau haram berpuasa. Orang kita ni ada yang malas puasa dan ada juga yang terlebih rajin puasa tanpa menyedari ada hari-hari tertentu yang tidak sepatutnya berpuasa tu. Antara hari yang haram atau dilarang berpuasa itu adalah:

1) Puasa pada hari Syak yakni pada hari 30 Syaaban.

2) Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri yakni pada 1 Syawal.

3) Puasa pada Hari Raya Aidil Adha yakni pada 10 Zulhijjah.

4) Puasa pada hari-hari Tasyrik yakni pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

5) Puasa ketika haid dan nifas bagi orang perempuan.

6) Puasa SUNAT bagi seorang perempuan yang sudah bersuami tanpa mendapat izin suaminya.

7) Orang yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya jika berpuasa (aku kurang faham yang ni, ada sesiapa boleh jelaskan tak...? Yang aku tahu selalunya ayat ni ditujukan kepada ibu yang mengandung atau sedang menyusukan anak).

8) Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT.


Aku kata: Aku kesian tengok orang-orang yang jadi mangsa amukan suami sendiri. Aku cadangkan la, kalau isteri tu dah tau perangai suami tu suka mengamuk secara berterusan sejak di awal perkahwinan, relakan la diri anda jadi ibu tunggal. Kalau hanya si ibu yang jadi mangsa, mungkin dia boleh tahan sabar lagi. Tapi bagaimana jika anak-anak terbabit sama macam kes simbah asid dan tetak anak isteri baru-baru ni. Nauzubillah, gerun aku melihat kekejaman suami di zaman ini. Moga kita semua mendapat perlindungan Allah dari segala kekejaman.... baik mental mahupun fizikal...

Tuesday, August 17, 2010

TIPS MENGELAKKAN SAKIT ULU HATI MASA PUASA...

Assalamualaikum...

Letihnyaaaaaa......!!!

Laparnyaaaaaaaaa......!!!

Ngantuknyaaaaaaaaaa......!!!

Huwaaaaarrrggghhhhhhhhh.......!!!!!!

Penat giler ahh....!!!

Hehehehehe.....

Sorry.... aku meroyan jap... haha... Takde la kan... Aku baru je siap memotong kain ni haa... Dah dua hari berturut-turut aku memotong kain. Rasa macam nak patah dah pinggang aku ni. Semua rasa ada. Pokoknya macam-macam ada laa... heeeee...

Hari ni takde gambar menu berbuka ehh... Gambar baju kastemerpun takde. Plain je. Baru la nampak suci je kan... Kata puasa, kena la nampak suci... kehkehkeh...

Diam tak diam dah seminggu dah kita berpuasa. Dalam seminggu tu entah berapa hari je puasa kita yang dikira. Entah-entah seminggu puasa tu langsung tak dapat apa-apa. Hanya dapat lapar dan dahaga serta mengantuk je.. huhuhu... Harap-harap dapat la sikit ganjaran walaupun tak dapat semua. Kalau boleh memang la nak dapat pahala penuh, tapi al-maklum laa.... namapun manusia... =)

Aku nak kongsi tips sikit untuk mengelakkan pedih perut ataupun pedih ulu hati masa berpuasa ni. Pedih sebab sakit hati tu aku takde tips ehh.. Pandai-pandai la korang ubatkan sakit hati tu... ngehngehngeh...

Camni, sejak lima hari ni aku tak makan nasi masa sahur. Kalau makanpun aku cuma makan dalam segenggam atau sesenduk nasi je. Senduk saiz biasa tau, bukan senduk saiz triple X... hahaha.. Selebihnya aku cuma minum air panas je yang terdiri daripada 2 atau 3 sudu makan horlicks + 3 sudu makan susu tepung Omega + 3 sudu makan Quarker Oat. Lepas tu makan la sebiji dua kurma. Jangan lupa minum air kosong. Dapat minum segelas dua pun dah cukup baik dah tu. Insyaallah, keesokan harinya takde la aku terkena genjatan gastrik berbanding jika aku makan nasi dengan lauk pauk macam makan waktu berbuka tu. Kalau makan sahur macam makan masa berbuka, pagi-pagi lagi perut dan ulu hati aku dah memedih. Padahal dah sumbat macam-macam dah tu, tapi masih pedih lagi. Jadi kena la ubah cara pemakanan. Wahhhh.... ;p

Kalau rasa sayang dengan kuih-kuih yang berlebihan masa berbuka tu, makan aje perlahan-lahan sebelum tidur.... Korang laa, bukan aku..... kehkehkeh...

Aku kata: Semalam kannn, sementara menunggu waktu berbuka, aku layan la fb macam biasa. Entah macam mana tiba-tiba je aku terkorek hidung aku. Punya la ralit mengorek, padahal puasa tu. Pastu bila dengar je bunyi azan maghrib, aku terus bangun dan cuci tangan nak pergi dapur. Lepas tu baru aku perasan... ehhh aku puasa laaa.... Dengan selambanya aku terus duduk kat meja makan dan makan macam tak buat salah apa-apa. Batal tak puasa aku tu ehh..?? Tak batal kannn... tak batal kannn... Kata la takkk... Aku bukannya sengaja. Lupa daaaa.... *Alasan malas nak ganti puasa la tu... hahaha...* (saja je.... hikkk...)

-------------------------------------------------------------------------

Jangan ingat nak beli baju raya, kasut raya, henbeg raya je. Bendera ni nak kena beli dan kibarkan juga. Barulah namanya rakyat MALAYSIA... Bukannya raykat MALASySIA.... ;p

Monday, August 16, 2010

SUDAH SIAP: Tolonglah jangan tawar menawar lagi..

Assalamualaikum....

Kalau aku tempek gambar baju-baju kastemer yang telah "berjaya" aku siapkan boleh tak?? Tak boleh..?? Apsal lak tak boleh...?? Blog aku, suka hati aku la nak tempek gambar apapun... kannn.... Apa yang penting, aku tak tempek gambar-gambar tuuuttttttt.... muahahahaha...

Ni adalah sebahagian daripada baju yang sudah siap sepenuhnya. Kiranya kalau kastemer nak ambil, bila-bila masa je dorang boleh angkat pergi. Tapi sebelum angkat lari tu, kasi bayar dulu la bebb. Ada jugak kastemer yang dah ambil baju dia tapi belum bayar lagi. Dia kata dia nak telefon aku dulu sebab nak minta kurangkan harga huhuhu.... Baju tu emak aku yang tolong hantarkan kat rumah dia sebab mak aku selalu walkathon pagi-pagi keliling kampung. Kiranya sambil lalu tu, dia singgah la sekejap hulurkan baju tu. Dorang ni nak harga macam mana lagi entah la. RM75 untuk upah menjahit bagi 3 pasang baju kurung moden tak cukup murah lagi ke wehhh...?? Penat dowhh aku bersengkang mata, menahan sakit pinggang menjahit sehari suntuk...

Takmo cakap banyak laa... Kang kurang lak persen puasa aku hari ni. Tengok je la gambar ni. Tu pun kalau nak tengok la. Kalau tak nak tengok..? Apo nak dikato... Hancur hati dennnn.... =(











Aku kata: Kadang-kadang aku rasa macam nak tukar kerja je. Siapa perlukan pekerja, sila bagitau aku ehh... Acah je tu.... kehkehkeh...

Sunday, August 15, 2010

MENU HARI KE-5 RAMADHAN

Assalamualaikum...

Menu berbuka puasa hari ni agak meriah sikit. Penuh meja kat dapur aku ni. Jom tengok apa agaknya menu-menu tu. Aku tempek separuh je gambar yang ada tu ehh... =)

Ni la namanya kuih "kolopong". Sebabnya bila masak dia terapung je.... haha...


Sebelum kena golek dengan kelapa....


Bila dah siap, maka jadilah dia kuih buah melaka... kihkihkih...


Nugget ayam permintaan dari anak-anak sedara...


Keropok lekor juga permintaan dari anak sedara....


Sambal tumis udang + petai. Masakan dari omak den laa... Terus menerus dari dalam kuali antik... hahaha...


Aku kata: Cepatnya masa berlalu. Tup-tup dah nak masuk seminggu dah puasa. Risau wehh baju kastemer dengan baju adik beradik ada yang belum siap lagi ni... Wahai cuaca, letrik dan mood... tolonglah bagi kerjasama yaa.... huhuhu...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)