Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

JAUHI KEGELISAHAN GARA-GARA INSOMNIA..

Assalamualaikum...

Jauhi kegelisahan gara-gara insomnia...

Apa yang mesti dilakukan oleh seseorang yang diserang insomnia? Insomnia adalah penyakit sukar tidur pada waktu malam, sehingga membuat seseorang itu merasa gelisah. Untuk mengatasi masalah ini, hendaklah melakukan beberapa perkara berikut:

1- Membaca zikir-zikir yang sesuai dengan syariah.
"Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia"- (Ar-ra'd:13: 28)

2- Tidak tidur di siang hari kecuali terpaksa.
"Dan kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki"- (An-Naba':78: 11)

3- Membaca dan menulis sehingga rasa mengantuk.
"Wahai tuhanku, tambahilah ilmuku" - (Taha:20: 114)

4- Menyibukkan diri dengan kerja yang bermanfaat pada siang hari.
"Dan menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki" - (Al-Furqan:25: 47)

5- Mengurangi minuman yang membuatkan terjaga seperti kopi dan teh.
Kami mengadu kepada kekasih kami sepanjang malam hari. Mereka berkata: "Betapa pendeknya malam kami." Semua itu kerana tidur telah melelapkan mereka, namun tidak melelapkan mata kami.

Pahitnya dosa akan menafikan manisnya ketaatan, indahnya iman dan nikmatnya kebahagiaan. Ibnu Taimiyah berkata: "Maksiat akan menghalang hati untuk melakukan perjalanan ruang tauhid."

"Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan." - (Yunus;10: 101)

Aku kata: Ada orang kata kalau tak boleh tidur atau susah nak tidur, kena mandi dulu.. Masalahnya, bagus ke mandi malam-malam ni? Kang tak pasal-pasal kena jangkitan paru-paru berair pulak.. Sesekali boleh la kot..

Tuesday, March 8, 2011

ASMARA KINI MENYERANG KEMBALI..

Assalamualaikum...

Asmara kini menyerang kembali..

Sudah agak lama jugak hati aku beku..
Entah, semacam malas je nak bermain dengan perasaan ni..
Bukan apa, takut kecundang lagi..
Luka lama yang sedia adapun belum pulih sepenuhnya..

Aku suka kat orang tu..
Tapi dia pulak suka kat orang lain..
Begitulah selalunya yang terjadi..
Seolah-olah tiada penghujung yang pasti...
Bukan mudah nak palingkan hati bila rasa suka itu melebihi yang sepatutnya..

Mujurlah aku cuma punyai rasa suka je...
Belum sampai ke tahap jatuh cinta..
Kiranya macam syok sendiri la...
Ibarat bertepuk sebelah tangan yang tidak berbunyi...

Kalau tepuk tangan kat atas meja, ada bunyi laa..
So, tak perlu lagi nak bertepuk kedua belah tapak tangan tu...
Kehkehkeh....

Apa kata malam ni ramai-ramai kita tengok kesinambungan dari drama Asmara. Kalau dulu hanya Asmara je, kini dah jadi Asmara 2. Mungkin sebab Asmara dah ada isteri dua kot... hehehe... Drama Asmara 2 ni bermula setiap hari Selasa, pukul 9 malam seperti dulu jugak.

Enrty ni takde kena-mengena dengan aku. Saja je nak buat promosi. Tambahan pulak tengah takde idea nak menulis. Letih asyik mengejar dan melastik kera je... hahaha..

Aku kata: Ada yang terkena ke..? Jangan marah haa.... hikk...

KALAU DAH ITU TAKDIRNYA..

Assalamualaikum...

Kalau dah itu takdirnya..

Tak siapapun yang akan menjangkakan..
Segala-gala yang berlaku adalah ketentuan dariNya..

Sedih bila baca kisah yang menyayat hati ini...
Siapa sangka, nyawa boleh melayang hanya kerana sebuah meja lipat..!
Al-Fatihah untuk arwah kanak-kanak comel ini..
Salam takziah juga untuk seisi keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan maha besar ini...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Inilah meja lipat yang menjadi punca kematian Siti Nor Haiza Habibu Rahman (gambar kecil) di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 7 Mac - Bagi budak berusia empat tahun, apa sahaja objek boleh menjadi barang mainan.

Begitu jugalah bagi Siti Nor Haiza Habibu Rahman yang menjumpai sebuah meja lipat usang di luar rumahnya.

Bagaimanapun malang tidak berbau, kelekaan bermain dengan 'barang mainan' itu mengundang tragedi apabila lehernya tersepit pada meja tersebut.

Mayat mangsa ditemui abangnya di luar rumah mereka di Taman Damai Senai, dekat sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3.30 petang ketika Siti Nor Haiza bermain seorang diri.

Ibunya, Jumaliah Amran, 37, berkata, dia hanya menyedari kejadian malang itu selepas dimaklumkan oleh anak lelakinya yang baru pulang bermain bola.

"Semasa itu, saya sedang tidur dan terkejut apabila diberitahu mengenainya. Saya bergegas keluar dan alangkah sedihnya apabila melihat Siti dalam keadaan badannya kebiruan dengan anak matanya memandang ke atas.

"Saya terus mengangkat dan membawanya ke hospital untuk rawatan, namun sudah terlambat kerana dia sudah pun meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini hari ini.

Jumaliah yang berasal dari Sabah memberitahu, dia telah membuang meja berkenaan di belakang rumah tetapi anak-anaknya mengambilnya semula untuk bermain.

"Tanpa saya sedar Siti pula bermain meja itu seorang diri sehingga meragut nyawanya," ujarnya.

Menurutnya, dia terkilan kerana tidak memenuhi permintaan Siti Nor Haiza yang inginkan permainan ketika mereka ke kedai runcit berhampiran rumah beberapa hari lalu.

"Dia merengek minta saya belikan permainan itu tetapi saya tidak belikan kerana ingin hadiahkan dia permainan yang lain. Saya terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhirnya," ujarnya.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi hari ini mengesahkan kes itu dan berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Kulai dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas," jelasnya.

Sumber dari sini...

Aku kata: Selamat hari wanita untuk SEMUA wanita di dunia ini terutama sekali kepada wanita-wanita hebat dalam keluarga aku. Siapa lagi kalau bukan mak aku yang tersayang, juga untuk kedua kakak aku, kedua kakak ipar aku, kedua adik ipar aku serta semua anak buah aku.. Tak ketinggalan juga kepada followers wanita blog aku.. Orang lelaki jangan jeles tau... =)

Monday, March 7, 2011

'MAYA' PUNCA PERCERAIAN..??

Assalamualaikum...

'MAYA' punca perceraian..??
Haahh...!!
Biar betul ni..
Siapa pulak mangsa kali ni...
Jeng... jeng... jeng...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Layan 'teman maya' punca cerai..

KUALA LUMPUR 4 Mac - Asyik melayan 'teman maya' di laman sosial seperti Facebook sehingga lupa kepada tanggungjawab menjadi antara punca ramai pasangan Islam di negara ini bercerai.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, selain itu tidak serasi, poligami dan bermain 'kayu tiga' khususnya dengan orang gaji turut menyumbang kepada berlakunya perceraian.

Menurut beliau, perkara tersebut merupakan masalah-masalah yang sering diajukan oleh pasangan suami isteri ketika memohon untuk bercerai di Mahkamah Syariah.

''Kebanyakan yang bercerai adalah pasangan yang berkahwin selama lima tahun dan ke bawah. Antara punca, pasangan yang asyik melayan 'teman maya' di Facebook sehingga ada isteri yang tidak ambil peduli tentang suaminya dan begitu juga suami."

''Berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009, ada ratusan ribu pasangan Islam yang telah bercerai,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, ketika merasmikan seminar sempena sambutan Maulidur Rasul bertajuk Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di Putrajaya beliau menyatakan bahawa purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.

Ujar beliau, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jakim pada 2009 dengan statistik perceraian terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Mengulas lanjut, Mashitah berkata, kursus praperkahwinan selama sehari yang dijalankan kini juga dirasakan tidak mencukupi untuk memberikan maklumat lengkap mengenai alam perkahwinan kepada pasangan yang mahu berkahwin.

''Dahulu kita buat tiga hari, ada yang marah. Sebab itu kita buat satu hari sahaja. Kursus satu hari saya rasakan tidak cukup untuk mendidik pasangan yang mahu berkahwin dengan pelbagai perkara.

''Ada juga kita terima laporan, yang kursus satu hari pun, ada pasangan yang datang lewat. Itu pun ada juga pengendali kursus yang bagi sijil mengikuti kursus kepada pasangan berkenaan. Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kita mahu pengendali kursus ada rasa tanggungjawab dan memastikan setiap pasangan benar-benar mengikuti kursus dengan sebaiknya,'' katanya.

Beliau memberitahu, kursus yang dijalankan sehari itu hanya memberikan maklumat-maklumat asas dalam melayari alam perkahwinan. Justeru, ujarnya, setiap pasangan yang sudah berkahwin perlu berterusan mencari ilmu berkaitan kerukunan berumah tangga.

''Inilah harapan kita kepada mereka selepas berkahwin. Jangan berhenti mencari ilmu tersebut. Luangkanlah masa pergi ke kuliah-kuliah agama. Memanglah semua sibuk dengan urusan harian tapi kalau ada peluang, pergilah cari ilmu dan hayati ajaran agama,'' katanya.

Beliau seterusnya menasihatkan pasangan yang sudah berkahwin agar menjaga hubungan sesama mentua dan ahli keluarga masing-masing.

Sumber dari sini...

Ungkapan yang biasa kita dengar..

Ungkapan sebelum/semasa kawen.. "Dia memahami saya dan saya memahami dia. Dia jujur dan ikhlas terhadap saya. Itu yang buat saya terpikat dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dia. Semoga jodoh kami berpanjangan hingga akhir nyawa..."

Ungkapan bila bercerai.. "Kami dah tiada persefahaman. Banyak yang dia sembunyikan dari saya. Dia tak jujur dan tak setia dengan saya. Lebih baik kami berpisah daripada terus-menerus mencari kesalahan masing-masing. Mungkin jodoh kami cukup setakat ini sahaja..."

Aku kata: No komen....

Sunday, March 6, 2011

BACK TO NORMAL...

Assalamualaikum...

Back to normal...

Selama ni tak normal ke..? Kehkehkeh...

Sibuk ahh ko ni.. Kalau tak tau apa-apa tu, diam je la...

Elehh... Guraupun tak boleh...! Ye la, ye laa....

Ngehngehngeh...

(Ada gaya skrip drama tak..?)

--------------------

Back to normal...

Sudah lebih dari seminggu aku kurang sihat..
Sekarang ni, alhamdulillah beransur pulih seperti sediakala..
Semuanya gara-gara salah makan..
Pergi makan benda berangin tu siapa suruh, kan dah kena...
Rugi pulak kalau tak makan. Mana boleh membazir.. kan...

Sepanjang masa tu, minyak angin dengan pil jadi teman setia..
Koyok memang sentiasa ada la. Main tampal je..
Yang peliknya, semua tu tak jalan.. Tak makan saman betol la...

Perut lapar, pastu makan la...
Namun perut masih lagi rasa pedih..
Belakang badan sakit-sakit dan sengal semacam je..
Nak menjahitpun tak boleh sebab rasa sakit sangat...
Muntah tu jangan kira la..

Akhir sekali, aku teringat petua untuk hilangkan angin dalam badan ni. Aku ambil dua batang serai, tiga buku halia dengan tiga ulas bawang putih. Titik kesemua bahan tu dan masak dengan segayung air hingga mendidih. Tunggu sehingga air tu suam dan minum macam tu je tanpa tambah susu ataupun gula. Lepas tu, keluar la barang tiga das angin.. Legaaaaa.... hahaha... Oppsss...!!!

Perutpun terasa ringan sikit. Takde la rasa sebu sangat dan kulit mukapun sudah kembali normal. Masa sakit hari tu, kulit muka rasa tegang dan panas je seperti menggelupas. Teringat kembali kata-kata dari seorang kakak masa zaman kerja dulu. Dia kata, awak ni kalau kawen, pastu beranak, kalau tak jaga betul-betul masa dalam pantang, memang senang kena angin meroyan...

Aku cuma mengharapkan agar aku sihat je. Kalau tak sihat, macam mana nak kerja. Kalau tak kerja, macam mana nak dapat income. Walaupun income tu tak seberapa jika nak dibandingkan dengan income orang lain, tak mengapa. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...

Aku kata: Aktiviti blogwalking dan fesbuking terpaksa dikurangkan. Kerja tengah banyak ni. Minta maaf ya jika aku tak berkesempatan untuk meninggalkan komen seperti biasa..

Saturday, March 5, 2011

RIANG-RIANG DI HUJUNG MINGGU..

Assalamualaikum...

Riang-riang di hujung minggu...

Hari ni dah hari Sabtu..
Esok dah Ahad..
Dua hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang makan gaji...
Dua hari yang akan digunakan samada untuk berehat sepenuhnya, ataupun berparti sepenuhnya, ataupun memenuhkan perut dengan undangan majlis keraian dengan sebaik mungkin.

Aku..??
Hmmm... Macam selalu la..
Semenjak bergelar penganggur ni, semua hari adalah sama..
Bezanya hari malam dengan hari siang je..
Siang cerah, malam gelap...
Kehkehkeh...

Sempena dengan riang-riang di hujung minggu ni, apa kata aku tempekkan gambar riang-riang ni untuk tatapan korang... hahaha...






Aku rasa riang-riang ni sesat sebab cuma dia sekor je yang ada. Mak aku kata, kalau musim riang-riang ni banyak, itu menandakan cuaca panas akan berterusan. Tak tau la betul ke tidak tapi sekarang ni cuaca memang agak panas.

Kalau musim kelkatu pulak, mak aku kata banyak cendawan busut yang tumbuh. Adakah itu yang menyebabkan cendawan busut berwarna putih..? Hahaha... Dah ada yang gelabah dah tu... =)

Aku kata: Bayangkan korang tengah riang-riang makan sup/gulai cendawan busut, tiba-tiba teringat kat kelkatu... Agak-agaknya korang berhenti makan tak..? Ataupun carry on je... Kalau aku la, makin menambah ada laa... kihkihkih...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)