Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, May 23, 2011

Secawan kopi panas dan sepinggan ubi kayu goreng...

Assalamualaikum...

Secawan kopi panas dan sepinggan ubi kayu goreng...
Mengimbau kenangan lalu... 
Hmmm... Aroma kedua-duanya sangat menusuk lubang hidung.. hehe.. 

Malam tadi seawal jam 7.45 malam, hujan mulai turun dengan bunyi guruh dan petir yang saling berbalas tembakan serta kilat yang sabung-menyabung mengingatkan aku kepada tragedi runtuhan tanah yang berlaku dua hari lepas..

Menjadi kelaziman kat rumah ni, jika cuaca berada dalam keadaan begitu, segala suis akan ditutup termasuklah suis tv walaupun gambarnya tak hilang. Dalam keadaan tak boleh nak tengok tv ataupun mengadap lappy, apakah kerja paling mudah untuk dilakukan..?

Ni la kerja aku malam tadi sebelum keadaan 'perang' itu berakhir... hehehe...

Buat secawan (se-mug..?) kopi panas...

Ubi kayu ni adalah pemberian jiran sebelah rumah. Berderet pokok ubi kayu yang dia tanam kat tepi pagar bersempadan dengan rumah aku ni. Mak aku dah siap kopek kulit ubi kayu tu dan tinggalkan kat dalam sinki. Bila hujan turun, perutpun mulalah berdondang sayang. Apa lagi, terus je aku potong ubi kayu tu dan goreng. 

Sepinggan ubi kayu goreng panas. Goreng dengan campuran kunyit-garam-serbuk lada sulah...

Pagi ni aku goreng lagi saki baki ubi yang tinggal. Ada jugak yang aku rebus sebab ubi kayu ni cepat buruk atau masuk angin kalau dibiarkan lama-lama.

Bila makan ubi kayu ni, mula la teringat zaman masa mula-mula pindah ke sini. Inilah yang selalu kami makan, ubi kayu goreng atau ubi kayu rebus dicicah dengan sambal belacan ataupun kelapa muda bercampur garam. Makan beramai-ramai kat beranda sambil melihat hujan yang menitis. Teringat kat arwah abah yang berebut-rebut mengambil ubi rebus tu seakan berlumba makan dengan kami..

Teringat jugak cerita emak di zaman Jepun memerintah dulu. Menurut mak, kalau nak masak nasi, mesti campurkan dengan ubi kayu. Pakcik aku iaitu adik mak sampai menangis-nangis cakap kat mak aku tu supaya jangan kaghih nasi tu sebab tak mahu ubi kayu tu hancur. Kalau ubi tu hancur, maknanya dia terpaksa makan nasi bercampur ubi kayu sedangkan dia dah jemu dek setiap hari makan ubi tu. Masa zaman Jepun, beras kena rampas kalau tak disorok. Waktu tu, nak makan nasi punyalah susah. Sekarang ni, nak makan ubi kayu pulak yang susah. Susah nak dapat..

Nota: kaghih = kacau

p/s: Ubi kayupun dah mahal sekarang ni. Apa lagi, jom kita tanam ubi kayu jom... =)

Sunday, May 22, 2011

Cara untuk sejukkan tekak serta elakkan mata jadi rabun..

Assalamualaikum...

Cara untuk sejukkan tekak serta dapat mengelakkan mata menjadi rabun...
Amalkan makan carrot ataupun minum jus carrot tu..

Beberapa minggu lepas, cuaca tersangatlah panasnya. Masa tu, akupun cakap la kat mak aku yang aku nak buat air carrot susu. Pastu, aku mintak tolong dia belikan carrot tu kat pekan sari. Maka, mak aku tu pun belikan la carrot tu. Entah berapa kilo dia beli, akupun tak pasti. Tapi nampak macam ada dua beg plastik yang dia bawak balik...

Bila keadaan cuaca dah kurang berbahang, akupun terlupa la pasal nak buat air carrot ni. Empat hari lepas, mak aku dah bising-bising, dok perli-perli aku pasal tu. Dia kata carrot tu dah nak busuk dah kat dalam peti sejuk tapi airnya tak buat-buat jugak. Maka akupun tersipu-sipu la dan cakap kat dia yang aku terlupa... =D

Hari Jumaat lepas, akupun mula la menyelongkar peti sejuk tu. Memang betul cakap mak aku pasal carrot yang dah mula nak membusuk tu.. huhuhu.. Apa lagi, malam tu jugak terus aku keluarkan blender untuk jus yang dah lama aku tak guna dan memulakan proses mengisar... hahaha...

Proses mengisar...  Potong-potong carrot tu dan masukkan kat dalam lubang tu dan tekan...

Ni dia hampas carrot tadi... Kalau buat mask okay tak ehh...? Ataupun buat kek carrot...?

Ni dia pati carrot tu. Masih perlu ditapis dengan penapis teh sebab masih ada hampas halus yang tertinggal.. Tekan-tekan hampas yang kat dalam penapis tu dengan sudu..

Air carrot susu suam yang telah siap. Tambahkan pati tadi dengan air suam atau air kosong dengan purata 1 gelas pati + 3 gelas air suam atau air kosong supaya ianya tidak terlalu pekat. Pastu tambah la susu pekat manis. Kalau suka, boleh jugak tambah ais. Pastu minum la dengan cermat.. hehe..

p/s: Mata akupun dah mula rabun jugak ni... Tu la, siapa suruh mengadap laptop je.. :P

Bercabang dua atau berkepala dua..?

Assalamualaikum....

Bercabang dua atau berkepala dua..?

Baru-baru ni ada lagi kes berkaitan dengan bayi berkepala dua yang dilahirkan di China. Lepas tu timbul lagi kisah ular berkepala dua. Pokoknya, banyak betul kes yang berkaitan dengan angka dua ni. Cuma sekarang ni yang tengah hangat diperkatakan ialah tentang angka empat ni pulak... =D 


Aku hanya nak kongsikan gambar pokok bunga keladi aku yang bercabang dua ni. Tak tau la nak kata bercabang dua ataupun berkepala dua. Ni first time aku jumpa dan tengok. Maklum la, aku ni jenis yang agak malas sikit nak tanya pakcik google ni. Perasaan melihat sendiri di depan mata adalah tidak sama dengan hanya melihat gambar sahaja. Namun, ada jugak benda yang berada di depan mata kita yang kita tak ingin ataupun tak mampu nak tengok... =.='

Eeeuuwww....!!! Gerun la jugak.. Mujur takde mata... haha...

Dah macam kepala anak ular dah rupa dia. Mujur aku tak pengsan masa menyapu kat celah-celah pasu ni..  huhuhu..

Menggerutunyaaaa...

Mungkin sedang berborak sesama sendiri... LOL...

p/s: Jagailah lidah kita yang tidak bertulang ini dari menjadi bercabang-cabang... **Peringatan untuk diri sendiri.. huhuhu...

Saturday, May 21, 2011

Bila ulat bulu naik daun..

Assalamualaikum....

Bila ulat bulu naik daun..

Selalunya dikaitkan dengan orang lelaki yang sedang berusaha untuk mengorat perempuan dengan aksi serta dialog yang agak memualkan. Kalau dalam bahasa zaman sekarang ni sering dipanggil dengan panggilan mengayat. Siapa yang berjaya mengayat ni, memang sah la dia raja ulat bulu.... :P

Pagi kelmarin, sedang aku busy menyapu dedaun rambutan yang berguguran di halaman rumah, tiba-tiba je mata aku terpandang kat satu makhluk ni. Mula-mula aku ternampak daun bunga ros aku yang carik-barik kesan kena makan. Ingatkan siput barbie punya kerja. Rupa-rupanya si ulat bulu berwarna kuning ni punya angkara.. Ciiisss....!!

Kalau mata tak tajam, memang tak perasan dia menyorok kat bawah daun ros tu...

Tengok la bulu dia... Punya la panjang..Kalau terkena kat kulit ni, mau sebulan gatal tu tak hilang kott...

Sinaran matahari pagi membuatkan warna daun tu seakan-akan warna ulat bulu tu...

Yang ni dia sedang tergantung kat ranting yang aku pegang. Terkial-kial dia nak selamatkan diri..

Cara ulat bulu berjalan. Tergedik-gedik dan meliuk-lentok je. Dia jalan menuju ke arah aku. Ingat aku tak takut ke.. Takut + seram jugak sikit... hahaha..

p/s: Selamat dah ulat bulu tu aku kerjakan. Benda bahaya, tak kan la aku nak simpan. Geli je nak simpan bulu-bulu ni.. ngehngehngeh...

Friday, May 20, 2011

Mana yang bengkok tu, kita luruskan... :-)

Assalamualaikum...

Mana yang bengkok tu, kita luruskan....:-)

Macam jalan kat Bukit Putus tu. Dulu punya la bengkang-bengkok jalan dia. Tapi sekarang ni dah lurus sikit dah. Kalau dulu, asal lalu je jalan tu, mula la rasa nak muntah. Kalau tak makan pil penahan mabuk, memang konpem melambak muntah yang keluar...

Tapi aku bukan nak cerita pasal jalan tu. Aku sebenarnya nak bagitau pasal benda alah yang telah berjaya aku luruskan siang tadi. Berdentam-dentum bunyi dia...

Siang tadi aku mengemas dapur yang dah macam tongkang pecah. Susun atur balik semula. Ubah sana, ubah sini kedudukan barang. Naik lenguh kaki aku sebab banyak berjalan dan memanjat kabinet. Sambil mengemas tu, ternampak la kat tutup periuk yang dah kelepet ni. Sayang pulak nak biarkan camtu je. Apa lagi, terus capai tukul besi dan mulakan proses mengetuk. Klentang klentung klentang klentung bunyi dia...

Ketuk tutup periuk tu dengan tukul. Ketuk kat atas papan, jangan terus ketuk kat atas lantai. Kang tak pasal-pasal berlubang pulak lantai tu. Satu kerja pulak nak menampal lantai tu balik semula...

Kan dah lurus dah.. Ni baru separuh tutup periuk yang berjaya diluruskan..

Boleh buat proses yang sama untuk meluruskan tepi periuk...

Siapa yang takde kerja nak buat tu, boleh la pergi geledah dapur. Cari mana-mana tutup periuk yang bengkok dan luruskan la dia. Kalau tutup periuk tu dah rata, selamat la sikit lauk yang ada kat dalam periuk tu dari dimasuki lalat, sebab lalat ni pantang jumpa lubang, mesti dia nak menyelinap masuk. Jangan harapkan sangat tudung saji sebab tudung saji sekarang ni lubang dia besar dan dengan mudah lalat dapat masuk... =)

p/s: Ada jugak orang yang jadikan tutup periuk sebagai peluru berpandu. Asal gaduh je, mula la melayang tutup periuk tu. Pastu bila nak buat biskut raya, mula la tercari-cari balik tutup periuk tu... kihkihkih...

Wednesday, May 18, 2011

Kotak misteri ke ni..??

Assalamualaikum...

Dari semalam lagi aku terperasan kat satu kotak berbentuk empatsegi ni. Mula-mula tu aku ingatkan kat blog aku je yang ada kotak misteri ni. Rupa-rupanya bila aku masuk kat blog beberapa bloggers yang lain, pun ada jugak kotak misteri tersebut..

Yang peliknya (aku je yang pelik kot...), kotak misteri tu terletak betul-betul kat bawah iklan nuffnang. Kenapa kat situ pulak dia duduk ehh..? Nak jaga kotak 'duit' tu ke.. kehkehkeh... Kalau jaga kotak misteri kat blog aku memang tak berbaloi la.. Aku bukannya dapat banyak income macam blogger femes tu...

Cuba tengok kat gambar beberapa blog yang telah aku printscreen dan tandakan kotak misteri tersebut dengan bulatan. Ada apa-apa ke di sebalik kehadiran kotak misteri ni ehh..? Siapa tau, sila habaq mai sat kat ceq naaa... Tenkiu...







Aku cuba la edit apa yang ada kat widget kat situ, tapi takde apa-apapun.. Tak rajin pulak aku nak godek lebih-lebih. Biar aje la kotak misteri tu kat situ.. Jangan sampai dia meletop dah la... huhuhu..

p/s: Blogspot demam lagi agaknya.. :D
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)