Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, February 7, 2012

Fesbuk ni dah sewel agaknya... hohoho...

Assalamualaikum...

Fesbuk ni dah sewel agaknya... hohoho...

Baru sekejap tadi masa aku nak hapdet status, keluar benda alah macam kat dalam gambar kat bawah ni. Ingatkan jadi kat profile aku je, then cuba la pergi kat page aku pulak, sama je.. Rasanya dah dua tiga kali benda macam ni berlaku kat aku. Tak tau la kalau benda ni pernah jadi kat korang ataupun tak...

Dulu, dah lama dah, pernah jugak fesbuk ni demam sekejap sebab masa tu boleh buat tulisan berwarna. Masalahnya, masa tu cuma wall aku je yang ada tulisan warna macam tu. Bila tanya kawan-kawan yang lain, dorang kata takde pun dan ada yang tak percaya bila aku bagitau yang aku boleh hapdet status dengan tulisan berwarna... Dah siap print screen bukti pun masih tak percaya lagi tu.. kehkehkeh..


Page aku...



Profile aku...



Page fesbuk tu sendiri... Nasib baik dia tak tulis welcome to ngox... wahahaha..


p/s: Fesbuk sewel takpe.. Jangan kita yang sewel.. kehkehkeh..

Daging masak lada hitam bersama kentang...

Assalamualaikum....

Daging masak lada hitam bersama kentang...




p/s: Penat asyik ngadap kain je.. Tu yang masak tu... Nak resepi tak..? Kalau nak, boleh la jenguk kat blog dapur aku tu ya.. Jangan tengok je.. Cuba la buat... Kalau tak menjadi, salahkan diri sendiri tau... ehehh...

Monday, February 6, 2012

Laju masa membeli, maka laju jugak la masa membayar...

Assalamualaikum....

Laju masa membeli, maka laju jugak la masa membayar...

Kalau siapa yang ikuti blog aku ni, tentu dia dah tahu betapa aku tersangatlah jarang keluar berbelanja kecuali membeli barangan dapur untuk mak aku. Itupun sebulan sekali je, dan kadang-kadang dua bulan sekali baru keluar. Malas la nak keluar selalu kalau setakat nak window shopping. Buat buang masa, buang tenaga dan buang duit je. Sebab tu, kumpulkan semua benda dan setelkan masa keluar nanti... 



Kat tempat aku ni takde giant atau tesco dan seumpamanya. Yang ada cuma TF dan Tunas Manja je. Tapi disebabkan dah biasa dengan TF, maka kami memang akan tuju kat situ je la.. Lagipun tempat parking dia agak luas sikit. Cuma bila jalan sesak tu, agak susah jugak nak keluar ke jalanraya masa nak balik tu sebab kena melintas dan kereta yang lalu-lalang bukannya nak bagi kerjasama. Masing-masing menonong je memandu laju, tambahan pulak jalan agak lurus di situ. 

Dan disebabkan itu juga, segala urusan kat dalam bandar, kena selesaikan dahulu sebelum pergi ke TF ni. Kiranya lepas je beli barang kat sini, terus je balik dengan ikut jalan dalam. Maknanya, tak perlu dah nak melintas jalan untuk ke bandar. Just menyusur ke kiri je, ikut arah nak ke Kuala Lipis tu, then lepas tu masuk la kat jalan sebelah kubur cina tu.. Masalah kat jalan dalam ni cuma satu je iaitu terlalu banyak bumper sebab dah masuk kawasan perumahan.. Kadang-kadang tersagat jugak la lantai kereta tu... huhuhu... Kadang-kadang buat-buat angkat ponggong, konon-kononnya nak kurangkan bebanan tak nak bagi kena sagat.. hahaha...




Selalunya bila sampai je kat sini, masing-masing dah tau mana nak tuju. Kalau aku, walaupun dah biasa, kena buat senarai barang jugak. Kalau tak buat, nanti terbeli benda yang dah ada kat dalam kabinet. Manakala mak aku pulak tempat yang dia akan tuju sudah semestinya tempat sayur. Kadang-kadang pelik jugak aku dengan mak aku ni. Bukan apa, dia dah beli sayur kat pekan sari dah, tapi bila sampai je sini, dia cari sayur lagi. Selalunya dia beli kobis la sebab kobis tu kan tahan lama. Dan kitorangpun memang suka makan sayur-sayur ni terutama sekali kangkung, kobis dan kacang panjang.. ehehh..


Aku selalu beli jagung tu je.. Yang lain-lain tu beli yang dah siap pack.. Itupun cuma beli nugget je.. Mak aku marah kalau beli makanan segera ni banyak-banyak... huhuhu..


Barang-barang kering ni kadang-kadang bukannya nak guna terus. Saja je buat stok sebab adik-adik aku selalu balik. Macam biskut-biskut tu, aku bukannya makan sangat tapi aku masukkan jugak dalam senarai sebab ingat kat anak-anak buah. Kesian kalau dorang balik sini takde apa nak dikudap..

Lagipun kat sekitar rumah aku ni harga barang agak mahal. Nampak la perbezaan dia dalam beberapa sen. Kalau beli banyak, dah jadi berapa dah, kan.. Macam butter, kalau kat sini perbezaan harga seketul butter tu hampir seringgit. Mana larat nak beli kecuali terdesak. Tu yang kumpulkan sikit-sikit beli kat TF tu. Kena tengok jugak la tarikh luput dia.. Itu yang penting selain dari tanda Halal tu..


Ini barangan untuk sebulan lepas. Belum masuk bakul sayur mak aku lagi tu..  Kalau pergi dengan anak-anak buah, lagi la meningkat kos... Dorang main ambil je, lepas tu buat tak tau je.. huhuhu...


Bila kita dah biasa membeli ni, kita dah boleh agak berapa yang perlu kita bayar. Jadi, memang dah sediakan jumlah yang secukupnya. Nanti takde la terkial-kial nak cari duit dalam beg dan melambatkan pergerakan. Orang kat belakang dah ramai menunggu giliran.. Larat ke ko nak tengok orang dok jeling-jeling pandang ko yang dok kais-kais cari duit celah dompet..? Ada jugak spesis macam tu.. Dah la terhegeh-hegeh, lagi mau tarik muka menyombong.. Ko ingat cantik sangat la muka ko buat macam tu.. Piiraaahhh...!!!

Aku tak suka nak terhegeh-hegeh samada semasa membeli, membayar dan memunggah barang. Aku dah biasa kerja kilang, jadi semua kerja kena cepat dan pantas.. Aku tak suka biarkan orang menunggu akibat daripada 'kelembapan' kita.. Bagaimana kita rasa nak marah kalau orang depan kita buat kerja terhegeh-hegeh, begitulah jugak halnya jika kita sendiri buat begitu. Mesti orang belakang kita akan bersungut jugak..

p/s: Masa nak bayar kat kaunter tu, tak payah la nak bajet cun dok betulkan rambut yang jatuh kat jendol tu ke, ataupun dok belek-belek tudung yang melilit satu badan tu.. Fokus je kat mesin duit tu.. Takut nanti cashier tu kira dua kali pulak... :-)

Thursday, February 2, 2012

Masuk dapur lagi... Yiihaaaa....!!!

Assalamualaikum...

Masuk dapur lagi... Yiihaaaa....!!!

Hari ni rajin pulak aku masuk ke dapur.. ceewaahhh... hahaha... Dah lama rasanya aku tak tayang gambar makanan kat sini, kan... So, kali ni nak tayang kembali dehh... hehe..

Menu kali ni ringkas je. Just main campak-campak je dalam kuali. Tapi cara nak campak tu kena ada skill jugak maa... Silap campak, meletup la kulit lengan ko kena minyak panas tu nanti.. So, kena beware jugak la kalau sayangkan kulit tu.. Kang berparut, dah jatuh saham.. Aku lain la.. Memang merudum habis dah saham aku.. huhuhu...


Kat dalam piring bawang tu ada seurat kacang panjang yang dianaktirikan.. Daripada kena buang, baik masukkan aje kat dalam tu sekali... Tak baik membazir, ya tak..? Hehehe...

Dalam gambar kat atas ni ada bahan-bahan yang diperlukan untuk masak ayam goreng serai ni.. Dan-dan letak nama ayam goreng serai sebab ada sebatang serai sebagai penyeri... kehkehkeh.. Yang takde kat dalam gambar ialah halia, bawang putih, cili kering, sos tiram, garam dan sedikit kicap manis..

Nak letak jugak ke resepi penuh kat sini..? Letak je la haiihh.. Malas pulak nak buat entry kat blog dapur aku tu.. Malas nak buat dua entry yang sama.. Biar je la blog dapur tu tak berasap... hehe..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah.. (Kena la salin sebab tak boleh nak copy paste... ehehh... Kalau tak pun, buat print screen je... ngeeee....)

3 keping peha ayam ( dari peha sampai pangkal peha tu) - dipotong ikut suka
4 biji kentang - potong ikut suka jugak
3 labu bawang besar saiz sederhana - dihiris membulat
4 biji bawang putih - ditumbuk sahaja
2 ulas bawang merah - ditumbuk jugak
Seketul halia - ditumbuk 
Sebatang serai - ditumbuk/titik
6-7 tangkai cili kering - digunting (kalau tak nak bijinya, belah dulu kemudian gunting)
Sebiji limau nipis - ambil perahan dari sebelah limau sahaja sebagai menggantikan cuka makan
2 sudu makan sos tiram - ataupun main agak-agak je
2 sudu makan kicap manis - ikut selera masing-masing
Sedikit garam kasar (aku dah ikut macam mak aku masak, masak guna garam kasar..)
Sedikit serbuk lada putih
Minyak untuk menggoreng/menumis

Cara-caranya:

1- Ayam dibersihkan dan digaul rata dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga masak dan ketepikan dahulu. 

2- Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan cili kering dan serai hingga naik bau.

3- Kemudian, masukkan potongan kentang. 
Memandangkan aku guna garam kasar, aku masukkan sekali garam tu supaya garam tu sempat mencair.

4- Bila kentang dah mula nak empuk, masukkan hirisan bawang besar bersama serbuk lada putih, sos tiram dan kicap manis. Perahkan hirisan limau nipis. Kacau sebati. Kalau nampak macam kering je, boleh tambahkan sedikit air. 

5- Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata dan rasa asam garamnya sebelum ditutup api dapur.


Aku kukus sekali bijian jagung tu untuk saja-saja makan. Lepas tu yang ikan bilis goreng dengan pucuk paku goreng tu, mak aku yang masak.. Kalau letak nenas okay gak.. Tapi nenas nan hado... 


Sekian sahaja menu untuk kali ini.. Selamat merajinkan diri untuk memasak ya kawan-kawan... hehe..

p/s: Ada yang telan air liur tak..? Takde ehh...? Alhamdulillah.. Takde la aku nak kena bagi kat korang sikit... kihkihkih...

Wednesday, February 1, 2012

Makan macam kucing.. Kucing makanpun tak macam ko..

Assalamualaikum...

Makan macam kucing.. Kucing makanpun tak macam ko..

Pernah tengok kucing makan...? Bukan makan makanan segera dia tu, tapi makan nasi campur.. Bajet ciput, kena la makan nasi campur macam tuan dia jugak, kan.. kehkehkeh..

Ini bukan nak cakap pasal kucing tu, cuma nak bagi perumpamaan je. Ianya lebih kurang bermaksud seperti makan bersepah-sepah la. Pinggan dah besar dulangpun masih ada lagi nasi atau lauk-pauk yang berterabur atas meja atau atas lantai. Bikin malu saja.. Dah la muka tu hensem/cantik tapi bila part makan, ayoyoyoyo..., kucing tengokpun pengsan.. ahakk... Lantak la masa makan tu sudu garfu nak berlaga asalkan makanan tidak bersepah merata-rata... :)

Salah satu benda yang aku tak suka nak tengok ialah bila ada yang makan bersepah ni. Serius, sangat menyampah. Lebih-lebih lagi kalau orang yang ada akal, yang cerdik pandai yang buat perangai macam tu, memang menyirap je darah menengoknya. Begitu jugak dengan ibubapa yang buat tak tau atau buat bodoh je bila anak-anak dorang buat sepah. Boleh biarkan macam tu je. Kalau makan kat rumah, apa salahnya kemaskan meja dan lantai tu. Kalau makan kat luar, sekurang-kurangnya kemas la sikit meja tu. Kalau kemas lantai sekali takut nanti ada yang kata, esok boleh mula kerja kat sini, ya tak.. hehehe..

Pernah dulu masa makan kat luar dengan anak buah aku, dia cakap kat aku, apsal lak nak kemas, biar je la pekerja tu yang kemas. Dorang kan ada gaji.. Sentap je aku dengar sebab akupun pernah kerja kat kedai makan.. hahaha.. Ko tak rasa macam mana penatnya kerja kat kedai makan ni, sebab tu ko boleh cakap sesuka hati je.. 

Then aku cakap kat dia, apa salahnya kemas. Bukannya susahpun. Susun je pinggan mangkuk ni. Lepas tu lap je la air bekas ais ni. Lain kali kalau nak mudah, letakkan sisa-sisa tulang tu atas tisu, lepas tu letak je tisu tu dalam pinggan tu haa... Itupun susah ke nak buat..?

Dia masih tak puas hati, tetap berdegil dan buat tak tau je. Katanya, malas la nak susun. Kerja dia, biar je la dia yang buat. Kang takde kerja lak dia nak buat.. Sakit hati jugak dengar dia cakap macam ni, tapi sabar... Senyum je dulu macam ni  haa... ^_____^

Aku jawab lagi, apa salahnya mempermudahkan kerja orang. Kan dapat pahala tu, asalkan kita ikhlas. Ko tau tak, kalau kita permudahkan kerja orang, insyaallah suatu hari nanti Allah akan permudahkan kerja kita pulak. Buat pahalapun tak nak. Berkira sangat tenaga tu. Esok lusa kalau Allah ambil balik hak Dia, baru ko tau.. Kasi gertak sikit maaa... hahaha...

Terus dia terdiam dan sengih-sengih sambil membebel... Ye la.. Ye laa... Susah la makan dengan indok ni.. Itu tak boleh.. Ini tak boleh... Aku buat tak layan je. Lepas tu, diapun ikut apa yang aku buat iaitu susun pinggan mangkuk bekas kitorang makan tu dan lap sisa ais atas meja. Jangan bagi alasan takde tisu la.. Nak kena hempuk dengan aku, sila bagi alasan macam tu.. hohoho...

Ada juga satu kes bilamana sepasang pasangan yang pada aku memang perfect la sebab dah la hensem dan cantik, lepas tu gaya pakaian pulak wallaaaa...!!! Dah tentulah mata tak lepas memandang, kan. Tapi akhirnya kecewa sebab bila dorang dah selesai makan, meja dorang punyalah bersepah. Macam-macam yang berselerak atas meja tu. Mana dengan tulang ikan ayamnya. Mana dengan tisunya. Apa la salahnya kemaskan sikit, sesuaikan dengan gaya dan keterampilan diri tu. Buat malu kaum je haiihh.. Isshhh...

Lagi satu kes ni ada kena-mengena dengan kawan sehostel aku jugak. Dia ni kalau makan kat luarpun macam yang kat atas tadi jugak. Suka bersepah-sepah atas meja. Tapi yang ni memang jenis tak makan saman. Aku suruh kemas, dia buat tak tau je. Mungkin sebab dia dah jadi buluh, dah keras dah. Dah tak boleh nak lentur dah. Jawapan dia sama la dengan jawapan anak buah aku tadi. Akupun malas nak bertekak dengan dia, tolong je la kemaskan sebab malu la makan bersepah. Lagi malu bila ada mamat yang kerja kat kedai makan tu memandang sambil tersenyum simpul.. huhuhu...

Satu hari tu masa makan kat hostel dengan dia, masa tu dia dah duduk dah, dah nak menyuap dahpun. Tiba-tiba je dia bangun. Akupun tanyalah dia, nak pergi mana..? Pastu dia cakap, nok g amek pighing. Aku hairan jugak dia nak buat apa dengan piring tu. Bila dia duduk balik, diapun letak la piring tadi atas meja. Aku tanya lagi, nak buat apa dengan piring ni..? Diapun cakap, nok isi tule ike ni laa.. 

Aku cakap lagi, pulak dah.. Hari tu masa makan kat Kotaraya takdepun nak letak tulang dalam piring. Elok je letak atas meja.. Dan diapun jawab laa, hoo laa.. Kat denu ado tuke ngemah. Ado oghe kijo kutip sapoh saghap tu. Hok kat ghumoh ni tok leh, nati Kak Zie bising...

Akupun gelak je la... Lepas tu cakap kat dia, tau pun mu dehhh... Bolehpun makan elok-elok... kehkehkeh... 

Macam mana pulak dengan korang...? Suka ke tengok meja makan bersepah-sepah ni..? Kadang-kadang meroyan jugak, kan.. huhuhu...

p/s: Kalau ada yang terasa tu, bawak-bawak la ubah perangai. Sampai bila ko nak ego.. Hidup kat dunia ni tak perlulah nak berlagak sangat sampai benda semudah itupun tak boleh nak buat sendiri...

Tuesday, January 31, 2012

Apo bondo yang ekau merapu ni Jang oii...

Assalamualaikum...

Apo bondo yang ekau merapu ni Jang oii...

Ini bukan lagu Apo Kono Ehh Jang tu.. Takde kena-mengena langsung okay.. Tapi ini adalah seperti apa yang ada kat dalam gambar kat bawah ni haa... Adoii, sakit kepala aku menengoknya. Entah siapa la mamat ni agaknya ya.. Kesianpun ada jugak... hmmm... Bila klik kat nama dia tu takde la pulak keluar link blog dia. Mungkin dia masuk gunakan email dia. Dan jangan harap la aku nak proceed kat email tu.. Bahaya bagi aku sebab nanti tak pasal-pasal email aku terdedah sama.. 


Alaaahhaaiiii.... 

Ini merupakan gambar terakhir yang aku print screen kat chatbox kat blog aku yang lagi satu tu. Tapi sekarang ni chatbox tu dah takde dah. Aku dah remove terus dah. Maaf la, aku kurang senang jika ada orang yang tinggalkan jejak atau mesej sebegini. Bukan satu, malahan ada tujuh mesej yang sama yang dia post kat chatbox tu. 

Mula-mula aku ingat nak banned je IP dia. Tapi aku tak lepas nak masuk kat panel chatbox tu sebab aku lupa password. Cuba reset password namun masih tak boleh nak masuk jugak. Jalan paling mudah, remove terus.. Apa susah, benda free.. Lepas ni create lagi chatbox baru.. hahaha.. Mungkin akan gunakan fibox seperti kebanyakan blog lain yang menggunakannya.. 

Sekarang ni aku dah tak rajin nak merapu kat chatbox. Kalau siapa yang nak tinggalkan jejak kat chatbox aku sebagai tanda blogwalking, just taip je ayat yang paling ringkas seperti, singgah sini jap, tumpang lalu, selamat malam/pagi/petang dan sebagainya. Tak perlu nak merapu sangat la kat chatbox ni melainkan memang aku yang ajak berborak kat situ. Kalau nak merapu sangat, sila buat blog sendiri.. Luahkan semuanya kat situ macam aku ni haa... 

p/s: Kadang-kadang benda macam ni la yang boleh menimbulkan prasangka dan seterusnya menjadi fitnah.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)