Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, March 6, 2012

Penat bergaduh... Makin sakit hati dibuatnya....

Assalamualaikum...

Penat bergaduh... Makin sakit hati dibuatnya....


Aku ni bukanlah jenis orang yang suka nak cari gaduh tak tentu pasal. Mesti ada sesuatu sebab yang buat aku sakit hati hinggakan aku sanggup bergaduh. Malu sebenarnya nak gaduh-gaduh ni. Lebih-lebih lagi jika perkara yang nak digaduhkan tu perkara yang kecil.. Tapi, kadang-kadang tu disebabkan dah tak boleh nak menahan sabar, bergaduh jugak akhirnya.... huhuhu...

Baru-baru ni aku bergaduh dengan sekor si botak tu.. Geram sangat aku dengan dia.. Eeeiii...!!! Memang teramat geram punya la.. Mak aku kalau dah terlalu geram atau marah, dia selalu cakap macam ni, monyolap setan nengok ehh... Hahaha... Akupun dah mula nak monyolap setan dah dengan si botak tu.. 



Tapi, aku bukan bergaduh dengan orang ya.. Jangan nak memandai-mandai mereka cerita.. ehehh.. Aku selalu bergaduh samada dengan kucing ataupun ayam yang ada kat rumah ni.. Kadang-kadang macam bongok je bergaduh dengan dorang, kan.. Tapi disebabkan geram, nak jugak bergaduh tuuuu... kehkehkeh...



Mana tak gaduh kalau habis pasu bunga aku dijadikan port untuk dia bertelur.. Bukannya takde tempat kat belakang rumah tu.. Reban tu terpampang je, siap dengan kotak-kotak untuk dorang bertelur atau mengeram kat situ. Tapi, dalam pasu bunga aku jugak yang dorang berkenan.. Kok iapun nak mengais-ngais masa bertelur tu, pergi la bertelur kat pangkal pokok pisang tu ke.. Lagi sejuk kat situ.. Takde siapapun nak bising.. adehhh....


Dah banyak dah telur dia yang aku kutip.. 
Aku tak makan sangat telur ayam kampung ni... Simpan je dalam peti sejuk.. Kalau anak-anak buah balik, baru gorengkan untuk dorang... 


Habis jahanam pokok bunga aku.. Sampai tercabut anak pokok yang baru nak menjulur keluar tu.. Mana dengan tanah yang berterabur atas lantai lagi... Asyik nak menyapu je kerjanya. Dah la pokok ni jenis yang susah nak hidup. Bukan sekali dua dia buat kerja macam ni, tapi sentiasa ada... Asal nak bertelur je, mesti dia pilih dalam pasu bunga ni. Letih aku dok bangun dan keluar nak halau dia.. Sekejap lagi dia datang balik buat sepah dan datang pulak tu dengan memekak dia tu laa.. Bertelur sebiji, riuh sekampung.. Mana la aku tak hangin... 

p/s: Aku tak suka dan tak pandai nak gaduh-gaduh dengan orang.. Orang je yang suka cari gaduh dengan aku... Kenan gengster agaknya dorang tu.. huahuahua...

Monday, March 5, 2012

Beli la weiii...!! Penat dah aku menjual... ehehh....

Assalamualaikum...

Beli la weiii...!! Penat dah aku menjual... ehehh....

Ni entry suka-suka je ni... Sekadar mengasah bakat terendam... hahaha... Mana la tau kalau-kalau ada di kalangan pembaca blog ni yang suka berpantun-pantun ni.. Terima kasih la pada kawan-kawan kat fesbuk aku yang sudi membeli pantun aku ni.. Sekurang-kurangnya jawapan mereka tu secara spontan dan ikhlas... :)

Mohh la kita mulakan sessi berbalas pantun... 

Baik-baik tanam selasih...
Jangan sampai hanyut di muara...
Baik-baik memilih kasih...
Jangan sampai hati merana...

Pulau Pandan jauh ke tengah...
Gunung Daik bercabang tiga...
Hati merana ditinggal kekasih...
Berlagu sumbang menangis tiada...


Anak sungai jernih airnya...
Nampak jelas renangan si ikan...
Kalau sayang apa tandanya...
Cukupkah sekadar hanya luahan...?

Ikan jernih dari muara...
Nampak ekor si ikan tenang...
Sayang cukup hanya bibir hati...
Cuma luahan di sudut hati... (ekekekeke...)


Pokok cermai lebat buahnya...
Rasanya masam bercampur kelat...
Mencari damai di mana letaknya...
Rasa di hati ingin berehat...

Buah lebat bukannya gajus...
Rasanya kelat mencengkam jiwa...
Mencari di Kuala Lumpur...
Carilah di Damansara Damai... (wakakakaka...)


Mencari damai di mana letaknya...
Rasa di hati ingin berehat...
Pasrah saja pada ketentuanNya...
Mudah-mudahan yang terbaik sebagai pengubat... (Terbaik...)
(Jawapan dari Rose...)


Parang panjang diasah rapi...
 Untuk memotong pelepah kelapa...
Siang terkenang malam termimpi...
Adakah itu tandanya cinta...?

p/s: Sila-sila jawab... Itupun kalau sudi laa.. ehehh...

Sunday, March 4, 2012

Kecek... :)

Assalamualaikum...

Kecek... :)

Siapa yang suka kecek..? Ada tak yang suka kecek kat sini..? Sesekali kecek tu takpe la kot.. Tapi jangan dibuat selalu, nanti naik menyampah lak orang yang dikecek tu kat kita.. hahaha...

Ehhh..., ni bukan nak cerita pasal kecek loghat Kelantan tu tau.. Kang ada pulak yang salah faham.... huhuhu.. Kalau kecek Kelantan tu, maksud dia, cakap, kan...? Mu kecek gapo ni..? Haaa..., yang tu maksud dia awak cakap apa ni...? Lebih kurang macam tu la kott... Kalau salah, tolong maafi dongg... ehehhh.. 

Kecek yang aku maksudkan kat sini ialah meminta ataupun mengecek sesuatu kat orang... Kadang-kadang memang ada jenis orang yang muka tak malu, asyik nak minta kat orang je. Kau perlilah dia macam mana sekalipun, dia buat selamba je. Memang susah nak buang perangai suka mengecek tu..

Aku ni jenis yang agak segan nak kecek ni.. Tengok keadaan jugak la.. Selalunya aku kecek pokok bunga je dengan jiran-jiran.. Itupun kalau dorang yang mulakan dulu mengecek pokok bunga aku.. Maknanya, ada ubi ada batas la, baru adil... hahahaha...

Nanti beranak banyak-banyak ya SAYANG... 
Sebab kau CANTIK... :)

Macam pokok bunga dalam gambar ni, aku kecek sepokok anak dia kat jiran depan rumah.. Lagipun pokok ni dia tanam kat atas tanah je.. Kalau tanam atas tanah, pokoknya jadi banyak la sebab mudah beranak. Tu yang dia bagi tu.. Kadang-kadang kalau aku tak mintapun, dia akan tanya aku, kau nak ke bunga ni..? Ataupun dia tanya, kau dah ada dah ke pokok ni..? Opkos la laju je aku jawab, naaaakkkkk...!! Pokok ni takde lagi.. Yang ada tu bunga dia kaler pink.. Yang ni kaler bunga dia cantik, merah menyala.. Punya la panjang lebar bagi jawapan.. Siap dengan ayat mengampu lagi tu... muahahahaha...

Lepas tu, jiran tadi akan cakap la nanti dia ubah dan masukkan anak pokok tu kat dalam pasu plastik. Selang seminggu lepas tu, dia akan bagi kat aku dan siap pesan jangan pindahkan lagi sebab pokok tu masih baru.. Baik tak jiran aku..? Jiran korang ada tak yang macam ni..? Entah-entah pokok bunga korang ada yang kena racun.. Ehehh...

Maka, aku biarkan dulu anak pokok tu kat dalam pasu plastik tu.. Agak lama jugak la aku biarkan sebab nak bagi akar dia kuat.. Hari tu dah macam nak mati je.. Risau jugak aku sebab nanti kalau mati, terpaksa minta lagi kat jiran tu.. Malu la weiii asyik nak kecek je, kann.... hehe.. 

Bila dah agak stabil, lebih kurang dalam tiga bulan, barulah aku ubah pokok tadi ke dalam pasu yang agak besar sikit.. Dalam masa sebulan lebih lepas tu, pokok ni mula berbunga.. Ni kiranya bunga dia yang sulung la ni.. Cantik tak kaler dia..? Seronoknya aku tengok kaler dia tu.. Mengancam betul... ehehh...




Ada juga orang yang kecek resepi kat aku.. Aku tengok orang jugak la.. Kalau orang tu jenis kedekut nak bagi resepi yang dia ada, akupun ikut kedekut jugak la... kuang... kuang... kuang.... Bukan semua resepi aku kedekut, tengok jenis jugak la.. Kalau tak, takde la aku buat blog dapo aku tu, kan.. Tapi blog dapo aku tu pun dah lama dah tak berasap.. kehkehkeh...

p/s: Kalau ko boleh buat kedekut macam tu kat orang, orangpun boleh buat kedekut macam tu kat ko... Jadi, jangan nak suka-suki melabel orang sebagai bakhil.. FAHAM...!!!

Friday, March 2, 2012

Mula-mula panjat... Lepas tu intai laaaa... :)

Assalamualaikum...

Mula-mula panjat... Lepas tu intai laaaa... :)

Sekarang ni cuaca panas, kan.. Sampai ke malam terasa bahangnya.. Sampai ke kulit terasa kepanasannya walaupun berada dalam rumah dengan kipas yang berpusing dua puluh empat jam..

Aku ni kadang-kadang nak menjahit dalam keadaan cuaca macam ni agak tak selesa jugak la.. Malahan, ada kalanya kepala aku berdenyut-denyut sebab terlalu panas.. Kalau air kosong tu memang sentiasa ada atas meja.. Sekejap je habis aku kerjakan... 

Disebabkan itu, aku lebih suka menjahit pada waktu malam.. Malampun panas jugak tapi kurang la sikit jika nak dibandingkan dengan waktu siang.. Kadang-kadang aku terpaksa buka tingkap untuk mendapatkan angin dari luar dan melepaskan bahang yang berkumpul kat dalam ni ke luar..


Buka tingkap sebab panas sangat... Berbahang je rasa dalam bilik ni... 

Kalau nak diikutkan, aku memang takut sikit nak buka tingkap malam-malam ni. Bukannya apa, takut kalau-kalau si panjang yang menjalar tu menyelinap masuk ikut tingkap tu.. Takut orang mengintai tu pun ya jugak.. Tapi rasanya dah lama rumah aku tak kena intai.. Masa dulu sebelum rumah berpagar, memang ada je orang yang suka mengintai... Kalau aku tau siapa punya kerja tu, memang aku cucuk mata dia dengan jarum peniti... huhuhu.... 


Tengok atas kot-kot ada lubang yang boleh dibolosi... ehehhh...

Satu lagi masalah ialah bila buka tingkap je, mula la ada sekor dua kucing yang memanjat dan masuk ikut celahan besi tingkap tu.. Ingatkan dorang tak lepas nak masuk.. Rupa-rupanya lepas bebbb... Tapi nasib baik sekarang ni kucing yang suka memanjat ikut tingkat tu dua-duanya tengah bunting.. So, bila dah bunting dengan perut yang memboyot ke kiri dan ke kanan macam tu, memang tak lepas la nak mencelah ikut lubang tingkap tu, kan.. Padan muka dorang.. hahahaha....


Sedihnya la muka dia tak lepas nak masuk.. Dua tiga kali dia panjat dan turun semata-mata nak masuk ikut tingkap tu.. Lain kali, bunting lagi yaaa... huhuhu...

Aku selalu je terperanjat kalau dorang memanjat tingkap ni.. Dah la meja memotong kain aku tu betul-betul depan tingkap tu.. Lagi satu, aku selalu terkejut bila tengok muka sendiri kat cermin tingkap tu.. Kadang-kadang terkejut tertengok bayang-bayang dari tv kat cermin tu... Padan muko den.. Siapa suruh pasang tingkap yang macam tu.. Tak pasal-pasal diri sendiri yang terkejut... hahahaha...


Alolololo... Tomeinya dia... :)


p/s: Dinding masih belum dicat... Buruknya la rupa dinding tu... =,="

Thursday, March 1, 2012

Tempat jatuh lagi dikenang... Inikan pula tempat menapak dan melepak...

Assalamualaikum...

Tempat jatuh lagi dikenang... Inikan pula tempat menapak dan melepak...

Inilah bandar yang dulunya pernah menjadi tempat untuk aku melepak sambil menunggu bas samada nak balik ke Johor ataupun nak balik ke rumah... 

Dulu, bandar ni suram je.. Kemudahan tak banyak yang ada.. Tapi sekarang ni, dah agak maju sikit dah.. Dah ada dataran yang dijaga dengan rapi.. Dah ada balai polis baru tapi balai polis lama masih dikekalkan sebagai khazanah sejarah.. Ada juga perhentias bas yang baru, khas untuk bas ekspress ke KL. Namun, perhentian bas yang lama masih ada di tengah bandar.. Banyak sungguh perubahan, alhamdulillah...


Nampak tak bumbung warna oren tu..? Itu la tempat aku selalu lepak tunggu bas.. Kadang-kadang sampai dua jam duduk situ sebab takut ketinggalan bas untuk balik ke Johor.. Nostalgia sungguh...


Dulu, laluan berbukit inilah yang menjadi laluan untuk aku naik menapak ke atas dan menunggu waktu bas sampai. Jenuh nak bawak beg yang berat berkilo-kilo.. Ada kalanya, terpaksa angkut satu demi satu beg tu.. Letihnya tak boleh nak cakap laaa..


Orang-orang kat sini panggil tempat ni dengan nama Atas Bukit.. Memang best lepak kat sini.. Menikmati keindahan pemandangan dengan iringan angin sepoi-sepoi bahasa yang ramah menyapa... ewaahhh... haha.. Bangunan yang kelihatan tu kat depannya adalah dataran... Cantik lanskap dataran ni... Dataran apa tu, teka la sendiri.. ehehh...


Ini Rest House... Sampai sekarang aku tak pernah masuk kat dalam bangunan ni.. hehehe... Bersebelahan dengan Rest House ni adalah dewan Jubli Intan... Pun aku tak pernah masuk.. huhuhu...

Sekarang ni kalau nak ke bandar ni, dah ada perkhidmatan bas Mara Liner.. Nak terus ke KL pun boleh.. Tak perlu lagi nak naik bas A, kemudian turun, lepas tu naik pula bas B, kemudian turun lagi, baru sampai KL... Tak perlu juga menunggu sampai berjam-jam kat bandar ni sebab bas Mara Liner tu dah ada stesen dia kat kawasan aku ni.. Lagi lima minit bas tu nak bergerak baru keluar dari rumah.. Tapi kadang-kadang ada juga orang yang kena tinggal dengan bas ni.. ekekekekeke...

p/s: Dah lama tak pergi KL naik bas Mara Liner.. Rindu nak naik bas sebab aku 'membesar' dengan bas.. :)

Wednesday, February 29, 2012

Bertungkus-lumus...!!!

Assalamualaikum...

Bertungkus-lumus...!!!

Sejak dua hari kebelakangan ni, aku agak sibuk untuk menyiapkan baju seorang kastemer 'dekat' aku ni.. Kain ni sebenarnya dah lama ada dalam simpanan aku. Namun disebabkan aku belum ada keyakinan untuk memotongnya, maka kain tu terbiar je tergantung kat hanger.. Mak aku kata kastemer tu dah merajuk dengan aku.. Aku kata, apsal dia tak hantar je kain tu kat kedai, sebab diapun tau yang aku kurang berani nak potong kain dia tu, lebih-lebih lagi kain tu merupakan pemberian kawannya.. Buatnya tersalah potong, tak ke haru jadinya nanti, kann... huhuhu....

Lebih kurang seminggu lepas, baru aku ada keyakinan untuk memotong kain tersebut. Itupun cuak jugak. Risau sebenarnya sebab dah sekian lama tak memotong dan membuat baju dabel ni.. Lagipun, untuk memotong dan menjahit baju berlapis ni agak leceh sikit maaa... ehehh...

Hujung lengan yang belum ada kedutan...
Masa ni dah buntu dah ni... ehehh...

Akhirnya, dengan izin Allah, berjaya juga aku mencantumkan baju tersebut. Satu masalah pula timbul bila kedutan kat hujung lengan tu tak berapa nak menjadi disebabkan kain yang agak nipis. Buntu juga aku sekejap.. Tanya juga pada kawan-kawan dan mereka memberikan tips tapi bila aku cuba, tak juga menjadi.. Akhirnya aku try tanya atuk gugel dan terjumpalah satu tutorial tu.. Akupun cuba dan alhamdulillah, menjadilah kedutan yang aku nak buat tu.. Namun, rasanya cara yang ada kat tutorial tu khas untuk mesin jahit high speed seperti yang aku gunakan sekarang.. Boleh rujuk kat tutorial tu ya.. :)

Boleh rujuk kat komen ni jika gunakan mesin biasa.. Mesin biasa tu maknanya mesin jahit yang kena goyang kaki tu laaa.. :-)

Tips dari kawan aku.. Thanx dear.. :)


Boleh laaa... kottt.... ehehhh...

p/s: Bila berfikiran positif, semuanya akan jadi mudah.. Jika buat salahpun, akan terus berusaha untuk mencuba lagi sekali sampai berjaya.. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi aku kesabaran dan kekuatan.. :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)