Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, April 6, 2012

Tak sakitpun, ngilu je.. :D

Assalamualaikum...

Tak sakitpun, ngilu je.. :D

Dulu masa kecik, aku memang jarang pergi ke klinik pergigian ni.. Tambahan pulak klinik pergigian kerajaan masa tu cuma ada kat bandar je.. Jauh la pulak untuk ke sana. Dah la duitpun tak berapa nak ada untuk ulang-alik ke bandar tu. Nak belanja sekolahpun kadang-kadang miss, apatah lagi nak buat treatment untuk gigi kat klinik swasta.. Tapi sekarang ni, doktor gigi dah ada dah kat klinik kerajaan kat sini. Kiranya senang la sikit. Takde la bersusah-payah naik bas ke bandar lagi. 

Zaman sekolah rendah dulu, siapa yang sakit gigi dan gigi dia dah goyang sangat dah, mak aku akan cabut gigi tu pakai gaghum (playa).. Kadang-kadang mak aku tarik gigi tu dengan menggunakan benang.. Selagi dia tak dapat tarik gigi tu, selagi tu la dia akan berusaha untuk menangkap kitorang.. haha..

Pernah sekali tu mak aku tarik gigi adik aku masa dia sedang tidur.. Gigi tu kalau adik aku tolak kuat sikit gunakan lidah dia pun dah boleh tercabut dah.. Tapi dia takut, tu yang asyik lari je dari kena tangkap.. Akhirnya masa dia tidur nyenyak tu la mak aku sentap gigi tu.. Meraung la sekejap adik aku tu.. huhuhu..

Bila usia dah semakin naik ni, barulah aku dapat menjejakkan kaki untuk mendapatkan rawatan gigi di klinik swasta samada untuk mencabut gigi, menampal ataupun mencuci gigi.. Ramai orang yang takut nak cabut gigi ni.. Bila sebut je gigi tu kena cabut, masing-masing dah demam satu badan dah... Belum apa-apa lagi dah berpeluh... hahaha.. Pelik betul aku dengan orang penakut nak cabut gigi ni...


Curi-curi ambil gambar masa doktor tu keluar sekejap... hahaha...
(Gambar semalam, semasa aku buat treatment gigi..)


Aku pernah cabut gigi kat beberapa buah klinik gigi.. Ada yang sakit dan ada yang tak terasa langsung.. Sedar-sedar je doktor tu tunjukkan gigi yang dah dicabut tu.. Pertama kali aku cabut gigi ialah semasa aku kursus kat Setapak.. Lama dah... Masa tu memang la agak seriau jugak, apatah lagi bila tengok peralatan yang pelbagai rupa tu.. Tapi sejak hari tu, mencabut gigi bagi aku dah tak menakutkan langsung.. Zaman semakin canggih.. Macam-macam jenis ubat bius yang ada untuk menghilangkan rasa sakit semasa diinjek dan semasa proses mencabut tu... 


Cantiknya gigi dia.. Tersusun je... ehehh...


Sebenarnya menampal gigi dan mencuci gigi (scaling) adalah lagi sakit jika nak dibandingkan dengan mencabut gigi.. Aku pernah buat kedua-dua treatment tu.. Rasa nak terkencing dibuatnya.. Ngilu yang amat... huhuhu... Korang macam mana...? Ada pengalaman tak masa cabut gigi ni..? Kalau ada, boleh la kita kongsi-kongsi... Tak salahpun kongsi pengalaman masing-masing, kan... :-)

p/s: Untung la siapa ada gigi yang cantik.. Boleh jadi  model iklan sensodyne... hikk..

Thursday, April 5, 2012

Kalau la ada, dah lama dah aku buat...

Assalamualaikum...

Kalau la ada, dah lama dah aku buat...

Macam mana nak sekat atau block orang yang kita tak suka dari masuk kat blog kita ehh...? Terutama sekali orang yang bukan dari kalangan followers blog kita tu. Ada tak caranya..? Hari tu pernah ternampak ada orang yang tanyakan pasal ni tapi dah lupa kat mana. Aku tanya dia kenapa nak block..? Dia kata, dia benci dengan stalker yang jadi pencacai..

Kalau la ada sistem block macam  kat fesbuk tu, aku rasa dah lama dah aku buat kat blog aku ni.. Sebabnya lebih kurang sama dengan jawapan kat atas tu.. Kalau boleh, biarlah orang yang suka baca entry aku je yang boleh masuk kat sini.. Mana-mana yang tak suka tu, tak payah masukpun takpe... You have no reason to visit my blog.. ekk elehhh....!!!




Ini bukan atas sebab perasan ataupun bajet bagus ataupun menyombong.. Tapi atas rasa ketidakselesaan bila orang yang tak suka kat kita, dan kitapun tak suka kat dia jugak, tapi dia masih lagi menyibuk nak korek cerita kita.. Kalau dah tak suka, tak payah la nak follow aktiviti kita, kan... 

p/s: Entah la.. Tetiba je rasa rimas...

(Jangan salah faham... Entry tiada kaitan dengan segala komen yang masuk kat blog..  Ini adalah berkenaan dengan mereka yang tak suka kat kita, tapi dalam masa yang sama terus mengekori aktiviti kita...)

Tuesday, April 3, 2012

Periksa dulu sebelum bayar...

Assalamualaikum...

Periksa dulu sebelum bayar...

Ni nak pesan sikit.. 
Kalau nak ikut, silakan..
Kalau tak nak ikut, lantak korang la..
Tiada paksaan di situ...

Lagi tiga empat bulan dah nak raya dah.. (bukan nak citer pasal raya tau..) Sekarangpun mungkin dah ada yang bukak tempahan untuk raya.. Macam aku, dah bukak tempahan dah hingga hujung bulan ni je.. Kalau ada tu, ada laa.. Kalau takde tu, akupun tak kisah.. Redho dan pasrah.. Ikut rezeki masing-masing... Yang pasti, baju kakak aku sekeluarga dah masuk dalam senarai... Kiranya ada jugak rezeki aku kat situ.. Alhamdulillah... :)

Pesanan aku kepada semua yang nak membeli kain pasang ni, tolonglah periksa dulu kain tu sebelum bayar. Bukak dulu plastik tu, kirai kain tu, tengok-tengok dulu kalau ada berlubang sana-sini.. Ataupun terpotong sikit ke.. Kan dah menjejaskan kain tu.. 

Kalau dah bawa balik rumah baru nak periksa, mungkin agak susah sikit kalau nak komplen melainkan jika ada resit rasmi.. Itupun jika pihak kedai nak percaya. Buatnya dorang tak nak percaya, kan dah rugi kat situ.. Biar kita rugi sedikit masa untuk membelek daripada kita rugi masa, tenaga dan duit membeli barang yang tak boleh digunapakai.. Kalau beli kain kat Nilai 3, pastu bawa balik kat Jitra nun, tak kan la nak pergi balik kat Nilai 3 tu semata-mata nak pulangkan kain tu semula.. Tak berbaloi maaa... 

Aku bagitau ni sebab aku baru je dapat dua pasang kain kastemer aku yang dah cacat.. Kain yang A tu mungkin pekedai tu tersilap potong. Dan untuk mengelakkan dari kerugian, kain tu dimasukkan ke dalam plastik dan dipamerkan untuk jualan. Manakala pembeli terus je membeli tanpa memeriksa dulu kain tu.. Mujur la kain tu masih boleh dibuat baju.. Namun, kecacatan ni sedikit sebanyak mematikan mood aku untuk memotong.. 

~ A ~
Ni bukan aku yang buat ehh... 
Aku belum giler lagi nak buat kerja giler camni..


Manakala kain B pula, mungkin sebab dah tersimpan lama di rumah sehinggakan menjadi makanan si tikus ataupun si lipas. Silap aku jugak sebab tak bukak kain tu masa kastemer tu hantar ke rumah.. Kalau tak, mungkin aku tolak je tempahan ni. Tapi kastemer tu dah bagitau dah yang kain ni memang dah lama dia beli.. Cuma masalahnya ialah kain ni dah siap dipotong kepada dua bahagian.. Jadi, tak dapat la aku nak ejas.. Maka, ukuran labuh baju akan berkurang dua inci.. Dah tu, bidang kain ni tak sampaipun 45 inci.. Haru betul bila kain tak cukup inci ni.. Fenin den.... adehhh... 

 ~ B ~
Boleh jadi topeng zoro ni.. ehehh...

Jangan terbeli kain yang mudah merekah atau pecah.. Kadang-kadang kain ni nampak je cantik, tapi bila buat baju, sekali pakai je dah merekah sana-sini.. Jangan sampai salahkan tukang jahit dah la ya.. Bukan apa, ramai je orang yang bersungut bila baju dorang merekah.. Sendiri punya salah, so, tanggung je laa.., kann...

p/s: Kain ni macam manusia jugak.. Cantik di mata tapi tidak semestinya selesa bila dipakai di badan.. :D

Monday, April 2, 2012

Minggu yang happening campur pening...

Assalamualaikum...

Minggu yang happening campur pening...

Kalau diikutkan, dah lama dah nak buat entry ni.. Tapi kesibukan (ek elehhh...) melampau menghalang niat tu.. Di samping itu, kemalasan akibat mood yang huru-hara melengkapkan lagi tahap kelembapan hormon... kehkehkeh...

Secara ringkasnya, minggu lepas adalah minggu yang happening campur pening.. hahaha..

Hari Jumaat yang lalu (24/3/12), kakak aku ada balik sini.. Dia saje nak balik sebab nak jenguk mak. Ye la, kitorang kat sini asyik tak jadi je nak pergi rumah dia kat Nilai tu, tu yang dia balik sini tu.. Dia balik dengan suami dan anak sulung dorang. Abang ipar aku tu bukannya sihat sangat.. Tu yang anak dia ambil alih memandu tu.. (berapa banyak tu daaaa....)

Yang bestnya, kakak aku ni rajin memasak dan bawak pulak udang galah bersepit biru tu.. Dah berkurun tak makan udang besar-besar ni.. Penyakit tolak ke tepi dulu maaa.. Udang galah tu kasi ngaapp dulu laaa... hahaha... Dulu-dulu masa kakak tu baru kawen, memang selalu jugak dia bawak balik udang besar ni.. Memang dia je la yang rajin bawak balik lauk mewah camni.. Lagipun abang ipar aku tu jenis yang tak kedekut dalam soal makanan ni.. Janji masak sendiri maaa... :D


Udang besar duduk kat bawah... Penyepit habis kena kerat... 


Gulai lemak cili api dengan hirisan pucuk daun asam keping....


Lepas menggulai udang, kakak menggulai pulak ikan baung yang dicampur dengan rebung.. Kebetulan adik aku ada balik dan gulai ikan baung ni memang peberet dia, so, laju je la dia makan.. Aku dah agak muak sikit nak makan gulai ikan baung ni.. Aku cicip sikit je.. Selebihnya aku makan rebung... Sekali lagi penyakit tolak ke tepi... hahaha...


Hambik kau... 
Satu periuk besar gulai ikan baung dengan rebung ni...


Esoknya, kakak aku balik semula ke Nilai tapi adik aku ada lagi.. Anak sedara yang lepas SPM tu pun ada balik jugak.. Sebelum tu aku dah buatkan sebiji kek coklat untuk anak buah yang SPM tu sebab dia dapat keputusan yang agak baik...


Kek coklat berbadam.... 


 Lepas tu, aku buatkan pulak donat untuk dorang.. Dah berkurun aku tak mendonat.. Donat ni aku buat secara ekspress.. Dah tengahari baru aku adun.. Tak sempat nak tunggu dia naik sangat sebab anak buah dah nak balik naik bas.. Bekalkan dia sikit donat ni.. 

(Bila sampai kat kawasan asrama, anak buah ni call mak dia bagitau yang dia kecurian, mungkin semasa dia sedang ambil wuduk kat surau berhampiran asrama. Dia tinggalkan beg sandang kat luar toilet sebab masa tu dia kata takde sorang umatpun yang kelihatan.. Maklum la, dia ni budak lagi.. Dia fikir tak kan orang nak mencuri kat dalam surau.. 

Semasa nak membayar duit beli air baru dia perasan yang duit dia habis semua kena songlap.. Ranap dalam 200 hengget.. Kesian betul kat dia.. Mujur ada bekal donat dengan bekal nasi + tomyam yang dia bawak balik.. Dapat la cover untuk makan malam tu..)


Donat...


Tak larat dah nak sambung cerita.. Ada lagi kisah minggu lepas iaitu masa aku balik ke Nilai.. Lain kali je la cerita.. Itupun kalau tak terlupa laa... hikk... 

p/s 1: Tertunggak entry takpe sebab konpem tak akan dapat surat saman.... ehehh...
p/s 2: Mudah-mudahan perut pencuri duit anak buah aku tu tak meletop kepanasan... :-)

Thursday, March 29, 2012

Cover la sikit ayat tu.. Isshhh....

Assalamualaikum...

Cover la sikit ayat tu.. Isshhh....

Kalau ia pun nak meniaga, tak kan la sampai macam ni sekali... 
Adoyaiii...
Nasib baik aku tak pengsan...
 =..="


Sila klik gambar kalau rabun.. huhuhu..


Terkejut aku tengok bila aku blogwalking malam kelmarin.. Tak perlu la aku bagitau blog siapa aku jumpa benda alah ni.. Cuma aku tak selesa nak tinggalkan jejak bila ternampak je komen macam tu.. Tak rasa bersalah ke tinggalkan komen yang berbau lucah macam tu ehh..? Aku yang baca ni pun dah panas dah muka.. Malunya la haiihh...

Adat berniaga memang tak boleh malu-malu.. Kalau malu memang akan ketinggalan. Itu hakikat yang perlu diakui. Tapi, perlu ke tinggalkan ayat macam tu semata-mata nak suruh readers klik link tu...? Sikit-sikit dah la.. Adjust la ayat tu jangan nampak sangat kelucahan di situ.. 

Kalau tinggalkan komen macam tu kat blog orang dewasa atau yang dah kawen tu mungkin tak mengapa.. Mungkin laju je dorang klik tambah-tambah lagi jika mereka ada masalah dalaman. Tapi yang ini blog budak bawah umur.. Yang masuk kat situpun rata-rata geng bawah umur jugak. Fikir la sikit apa kesannya... eeiiii...

p/s: Kalau dah namanya mata duitan, kat mana-manapun boleh ambil kesempatan... Kalau kat blog aku, bukan kena banned lagi dah IP adress dia.. Dengan shoutbox tu sekali aku remove.. ggrrr....

Wednesday, March 28, 2012

Kalaulah mereka boleh bercakap... huhuhu...

Assalamualaikum...

Kalaulah mereka boleh bercakap... huhuhu...


Cuba bayangkan bagaimana keadaannya jika apa yang ada kat dalam gambar kat bawah ni boleh berkata-kata seperti manusia dewasa yang normal.. Agak-agaknya makin pening kepala kita ni, ya tak..? Pening ke, tak pening ke, layan je la entry merapu aku ni.. kehkehkeh...


Hamboii... Gatai jugak hang ni naaaa.... adehhh....


Bila la kucing aku nak buat aksi macam ni... hikk....


Ek eleh Baby Chimp ni.. Over la pulak.... hahaha....


p/s: Tak komenpun takpe.. Kalau ada yang tersenyum, itu dah cukup baik dah bagi aku.. heeeee....

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)