Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, March 20, 2013

Ehh, siapa bagi ni...?

Assalamualaikum...

Ehh, siapa bagi ni...?


Aku baru je dapat bungkusan ni.. Mula-mula posmen tu kata banyak bungkusan buku untuk hari ni.. So, akupun ingat novel yang aku order dari geng SMN tu dah sampai la.. Terkejut jugak sebab pagi tadi aku check kat web Pos Malaysia, nombor tracking untuk bungkusan tu belum lagi masuk dalam rekod..


Jadi, bila posmen tunjukkan bungkusan ni kat aku, aku jadi terkejut la sekejap.. Sebab bungkusan ni lembik je.. Buku apa yang lembik, kan..?


Pastu posmen tu kata, laaa..., baju rupanya.. Pastu pulak, akupun dengan kerut-kerut dahi bertanya la, bila masa pulak saya order baju...? Pelik ni.. Pastu posmen tu cakap, mungkin orang hantar kain untuk jahit kot.. Akupun fikir lagi, takde pulak kakak aku bagitau nak pos kain.. Selalunya kakak yang sorang tu kalau pos kain, mesti bungkusannya besar dan mesti dia bagitau aku pasal tu.. Ni dok senyap je...




Lepas tu, tengok la kat slip yang nak kena sain tu.. Rupa-rupanya orang tu yang bagi aku kain ni.. Tapi dia takde lak bagitau.. Kalau tahun lepas, ada jugak dia cakap suruh check inbox.. Kali ni, senyap je.. Nak kata raya, lambat lagi... hehh... Apapun, terima kasih banyak-banyak kepada orang yang bagi dua pasang kain ni kat aku.. Terima kasih jugak kepada tukang pos yang bersusah-payah mengeposkan bungkusan ni.. Moga rezeki kalian semakin murah. Amin..


p/s: Tenkiu kazen.. Terharu den tau... huhuhu.. 

Tuesday, March 19, 2013

Kategori..

Assalamualaikum...

Kategori..


Ada orang, bila melihat dari segi gaya dia bekerja, memang mengancam, memang terus masuk dalam kategori boleh diharap. Tapi bila melihat hasil kerja dia, sangatlah mendukacitakan...


Ada juga orang, bila melihat dari segi penampilan dan cara dia bekerja, nampak macam selekeh je, nampak macam tak bersungguh-sungguh dan sambil lewa sahaja.. Namun apabila kerja dia dah siap, nah, hasilnya sangatlah tip-top. Memang tak sangka sungguh...


Anda dalam kategori yang mana satu..? Kategori yang pertama ataupun kategori yang kedua..? Mungkin ada dari kalangan kawan-kawan anda yang berada dalam kedua-dua kategori ini.. Boleh la kongsi sekali.. 


p/s: Kalau dalam bab kerja, semua orang mengaku dia pekerja yang bagus dan berwibawa.. Betul tak..? Mana boleh nak komplen-komplen.. Kang tak pasal-pasal naik angin la pulak.. Bila lagi nak isi bakul angkat sendiri.. hehehe...

The making of tauhu kering berinti..

Assalamualaikum...

The making of tauhu kering berinti..

Hari ni aku nak kongsikan cara nak buat tauhu kering berinti ni.. Benda ni dah banyak hari dah aku buat tapi baru sekarang ni berkesempatan nak letakkan kat blog ni.. Al-maklum la kan, sibuk baca novel je.. kehkehkeh..


Okay, kita mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan.. Lepas tu barulah cara nak membuatnya... Sila fokus betul-betul ya.. Ecehhhh... haha..


15 ketul tauhu kering, seulas bawang putih, satu labu bawang besar, dua biji limau kasturi, sedikit cili api atau cili besar..


Sedikit udang.. Boleh digantikan dengan isi ayam atau daging cincang atau sosej.. Ikut suka masing-masing..


Bahan yang telah dicincang/hiris/potong/mayang... Gunalah istilah apapun...


Potong bahagian atas tauhu secara bersilang (bentuk X) dan perlahan-lahan terbalikkan tauhu tadi.. Jangan sampai terkoyak..


Kutil isi tauhu tadi dan masukkan ke dalam bekas..


Gaulkan isi tauhu tadi dengan bahan yang telah dihiris/mayang tadi.. Masukkan sedikit garam dan perahkan air limau kasturi.. Gaul sebati dan rasa.. Kalau nak letak lada hitampun boleh jugak..


Sumbatkan inti tadi ke dalam sarung tauhu. Padatkan bagi mengelakkan inti terkeluar semasa proses menggoreng.. Lepas tu letakkan anggaran satu sudu makan telur yang telah dipukul ke atas inti tersebut...


Telur digunakan untuk melekatkan inti agar tidak berterabur...


Tauhu yang sudah siap disumbat dan sedia untuk digoreng...


Goreng tauhu dalam minyak yang panas tetapi dengan api yang sederhana besar.. Goreng hingga bahagian atas kekuningan.. Lagi bagus jika gunakan minyak yang banyak sampai tauhu tu tenggelam..


Terbalikkan tauhu.. Pastikan inti tadi sudah mengeras sebelum diterbalikkan..


Dan inilah hasilnya... hehh...


Tauhu ini elok dimakan ketika panas sebab dia punya kulit so crunchy.. Makan dengan sos ataupun ngap begitu sahaja.. haha..


Resepi asal aku copy dari sebuah majalah dan aku letakkan kat blog dapo aku tu.. Tapi untuk yang ini, aku modified ikut cara sendiri dan gunakan bahan yang sedia ada kat dapur.. Jangan dok pening-pening nak fikir pasal inti ni.. Kalau nak letak sayurpun boleh tapi kena pastikan tidak berair sebab takut nanti kulit tauhu tu lambat masak/garing..


p/s: Selamat mencuba... :)

Monday, March 18, 2013

Mengintai Anak Teruna Makcik Rahimah..

Assalamualaikum...

Mengintai Anak Teruna Makcik Rahimah..


Novel Anak Teruna Makcik Rahimah (ATMR) ini merupakan karya sulung Sakeena yang diterbitkan oleh Jemari Seni. Novel ni baru je sampai kat tangan aku petang semalam.. Aku terkejut dengan kehadiran 'double' copy untuk bungkusan novel kali ni tapi yang ni aku dah call dan mesej kat pihak yang berkenaan.. Lepas tu, barulah aku rasa lega untuk membaca kisah anak teruna ni.. hehh... 


Novel Anak Teruna Makcik Rahimah ini berharga RM20 untuk Semenanjung dan RM23 untuk Sabah/Sarawak dengan ketebalan 489 muka surat..


Novel ini mengisahkan tentang seorang engineer iaitu Ain Zahra dan seorang doktor iaitu Amr Waseem. Kedua-dua mereka bekerja di hospital yang sama, cuma berlainan department sahaja.


Pertemuan mereka bermula apabila Ain dengan tidak sengaja telah terlanggar dengan Waseem dan menyebabkan air kopi di tangan Waseem tertumpah ke atas pakaiannya.. 


"Awak kotorkan baju saya, tau tak..?" - Waseem


Sejak hari tu, kemana-mana sahaja Ain pergi, pasti akan kelihatan wajah Waseem seolah-olah Waseem mengekori segala gerak langkah Ain.. Sampaikan masa camping anjuran department Ain tu pun Waseem ikut serta.. hehh.. Selepas itu, bermulalah episod Waseem mengayat Ain.. Masa ni best, Walla...!!! 


"Dah la pasang khemah sebelah orang, entah siapa yang bagi kebenaran entah.." - Ain


Cerita di dalam novel ini seakan hidup apabila seluruh keluarga kedua-dua Ain dan Waseem memainkan peranan masing-masing.. Sehinggalah Makcik Rahimah meminang Ain untuk anak terunanya ketika Ain menunaikan umrah di Mekah.. Masa tu, Ain sendiri tidak tau siapa sebenarnya tunang dia.. Jalan cerita menjadi semakin menarik serta sengal selepas Ain menjadi tunangan Waseem.. Gelak guling-guling aku dibuatnya... hehehe...


Masa mula-mula baca novel ATMR ni, aku segera teringatkan watak Firman di dalam ILUS karya Melur Jelita dan watak Joe Jambul di dalam Sweet Sour karya Nasz.. Kedua-dua watak ini seolah-olah digabungkan untuk menjadi watak Waseem.. Bahasa dan juga olahan dalam ATMR ni sempoi je. Tak perlu nak kerut-kerut dahi sangat fikir konflik itu-ini.. ehehh... Dan memandangkan kedua-dua watak bekerja di hospital, maka ada sedikit info diselitkan sekali di dalamnya.. 


Ain akhirnya berkahwin juga dengan Waseem. Ain masih tidak boleh terima Waseem kerana ada satu perkara yang menghalang hatinya untuk jatuh cinta dengan suaminya itu. SedangkanWaseem benar-benar sayangkan dia tetapi dalam masa yang sama masih lagi bersabar dengan penolakan dari Ain.. Kalau nak tau kenapa Ain jadi begitu, kenalah beli dulu novel Anak Teruna Makcik Rahimah ni.. hehehe.. Tak best la kalau sampai ending diapun aku nak habaq mai kat hang.. kannnn... kehkehkeh...


"Stop loving me or you'll suffer..." - Ain


Sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku ke atas Waseem sewaktu dia menyertai misi bantuan kemanusiaan di Kemboja.. Ketika inilah baru Ain menyedari yang dia dah mula sayangkan suaminya itu. Namun semuanya sudah terlambat apabila Waseem dikhuatiri lemas di dalam tasik kerana cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tergelincir.. Masa ni airmata aku meleleh dah... huhuhu...


"Kalau abang tak balik macam mana..? Boleh ke Ain hidup sorang..? Kalau betul abang pergi tak balik-balik..?" - Waseem


Bagaimanakah kesudahan kisah ini..? Apakah yang sebenarnya terjadi kepada Waseem..? Dapatkah Ain terima kehilangan suami yang mula dicintainya itu..? Segala jawapan ada di dalam novel Anak Teruna Makcik Rahimah.. So, apa tunggu lagi... Pergilah cari cepat sebelum dia hilang keterunaannya.. muahahaha... tett...!!!


Dalam novel ini jugak terdapat beberapa pesanan serta ilmu yang boleh kita garap serta serapkan di dalam kehidupan seharian kita.. Tahniah untuk penulis novel ini kerana berjaya menghasilkan sebuah novel sengal tapi berinformasi.. hehh..


p/s: Bila baca novel santai dengan gaya bahasa yang bersahaja macam ni, kepala yang ting tong terus jadi okay... hehe...

Thursday, March 14, 2013

KNOWING ME, KNOWING YOU...

Assalamualaikum...

KNOWING ME, KNOWING YOU...

No more carefree laughter
Silence ever after
Walking through an empty house, tears in my eyes
Here is where the story ends, this is goodbye

Knowing me, knowing you
There is nothing we can do
Knowing me, knowing you
We just have to face it, this time we're through
Breaking up is never easy, I know but I have to go
Knowing me, knowing you
It's the best I can do

Mem'ries, good days, bad days
They'll be, with me always
In these old familiar rooms children would play 
Now there's only emptiness, nothing to say

Knowing me, knowing you
There is nothing we can do
Knowing me, knowing you
We just have to face it, this time we're through
Breaking up is never easy, I know but I have to go
Knowing me, knowing you
It's the best I can do

Knowing me, knowing you
There is nothing we can do
Knowing me, knowing you
We just have to face it, this time we're through
Breaking up is never easy, I know but I have to go
Knowing me, knowing you
It's the best I can do



Knowing me, knowing you from ABBA...


Sebuah lagu rancak tapi menyedihkan.. Sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini, berbincanglah dengan sebaik-baiknya...


p/s: Meleleh airmata walaupun bukan aku yang jadi watak dalam lagu ni.. huhuhu...


Wednesday, March 13, 2013

Tentang rasa..

Assalamualaikum...

Tentang rasa..


Rasa yang pelbagai dalam situasi yang pelbagai juga...
 Rasa yang ada hubung-kait dengan cinta.. 
Cintakan negara.. 
Cintakan keamanan.. 
Cintakan kesejahteraan.. 
Cintakan kedamaian.. 

Namun bila semua itu berkocak, segala rasa itu turut berkocak sama..




p/s: Semoga tidak ada lagi wira yang gugur di medan pertempuran.. Amin...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)