Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, June 1, 2013

Sempurna tapi tak serasi...

Assalamualaikum...

Sempurna tapi tak serasi...

Antara kesempurnaan dan keserasian, aku lebih cenderung kepada keserasian..


Kenapa..?


Bagi aku, sebagai manusia biasa yang tidak punya apa-apa, yang punya banyak kekurangan dan dosa, kesempurnaan itu amat jauh untuk digapai.. Kita cuma mampu untuk menjadi lebih baik dari yang sedia ada.. Namun untuk menjadi lebih sempurna atau totally perfectionist, itu amatlah sukar.. Dan jika ada orang yang mengaku bahawa dia cukup sempurna dalam segala aspek, aku anggarkan bahawa orang itu sedang mendabik dada..


Justeru itu, aku memihak kepada keserasian.. Bagi aku, jika ada keserasian, di mana-manapun kita boleh hidup.. Campaklah ke ceruk mana sekalipun, jika kita serasi dan pandai menyesuaikan diri, segala-galanya akan menjadi mudah.. Insya-Allah..


Contoh paling mudah:

1- Ada orang yang tidak boleh menyewa rumah secara beramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain dengan alasan tidak selesa dan takde privasi. Pada aku, jika kita pandai bawa diri, ini semua tidak menjadi masalah.. Kita kena belajar untuk serasikan diri kita dengan kawan serumah yang lain. Kecualilah jika kawan tadi bawak jantan masuk rumah tu, itu dah masuk bab lain..


Rumah yang sempurna dan besar, jika tiada keserasian di dalamnya, maka semuanya adalah sia-sia sahaja.. Hiburan kat luar juga yang akan dicari-cari.. Rumah yang kecil dan nampak tidak sempurna, jika ada keserasian di dalamnya, pasti ada keceriaan..


2- Ada orang jika menyidai kain baju di ampaian, dia akan pastikan sidaian itu mengikut barisan ampaian.. Setiap barisan ampaian khas untuk satu-satu jenis pakaian je.. Kalau barisan tu untuk kain batik, maka kain batik je yang penuh kat barisan tu dan lepas tu sidai kena betul-betul sama rata, tak boleh sebelah labuh atau senget. Terlalu mencari kesempurnaan hingga terpaksa menghabiskan masa kat satu kerja sahaja.. Lepas tu bersungut cakap tak cukup masa.. hmmm...


3- Sila berikan contoh yang lain, jika ada dan sudi berkongsi.. :)


Sampai macam ni sekali nak cari kesempurnaan... huhuhu..


Nak cari pasangan yang sempurna, memang tak akan jumpa punya la.. So, cari aje yang serasi di hati, pasti ada yang menanti.. Insya-Allah, kekal hingga hujung nyawa.. hehh... Kalau sempurna dalam segi kerja, mungkin banyak yang berjaya dan bergantung pada kerja masing-masing.. Tapi kalau kerja menjahit macam aku ni, ada kalanya kesempurnaan itu tidak membawa kepada keserasian.. Bila takde keserasian, bagaimana nak timbulkan keselesaan..?

Contoh, baju yang dijahit cantik sekali buatannya, namun bila dipakai, ianya tidak selesa, tak serasi di badan. Sama jugak macam baju ready made yang dibeli. Nampak sempurna sangat jahitannya tapi bila pakai, ketat sana la, longgar sini la, macam-macam  ada.. Jangan salahkan siapa-siapa. Anggap saja tiada keserasian di situ..


p/s: Ni sekadar pendapat dari orang yang tak sempurna.. hehh..

Boleh percaya ke..?

Assalamualaikum...

Boleh percaya ke..?


Dah agak lama aku tak dapat SMS macam ni.. Dulu ada jugak la dapat SMS ni tapi pasal Power Root la walhal aku tak pernahpun minum produk tu.. Kalau kat emel tu, macam-macam dapat.. Reward itu la, reward ini la.. Penat nak melayan.. Sebab tu la aku tak suka sangat nak kongsikan emel aku.. Nanti entah apa-apa je yang masuk situ..


Yang ni pulak dari Shell katanya.. Masalahnya aku mana ada kad yang berhubung-kait dengan Shell ni.. Isi minyak keretapun aku tak pernah.. Jangankan nak kata isi minyak, nak cucuk kunci kereta kat lubang kunci tu pun aku tak pernah buat.. Sadisnya jadi manusia macam aku ni.. hehh..


From: +60178345941

RM0,You Card 
telah berjaya & 
menangi hadiah 
GRAND PRIZE.dr 
shell (M) Berhad RM20.000 RIBU 
No siri.4D257SR 
sila dail talian:
012-8108-957
www.mal-shell.webs.com


Aku copy paste ikut SMS yang masuk kat enpon aku.. Bila aku klik alamat web tu, nampak la gambar orang tayang replika cek yang besar gedabak tu.. Entah la, aku ni memang susah sikit nak percaya bab-bab macam ni.. Sebab aku fikir, tak kan la senang-senang je orang nak bagi duit sekapal macam tu kat kita, kan.. Lain la kalau kita ada masuk peraduan apa-apa yang berkaitan, dan kita menang peraduan tu.. 




p/s: Siapa yang nak percaya tu, terpulang la.. Pokok dek ekau la haiihh... Aku ni nak contact nombor tu pun aku malas.. hehh..

Friday, May 31, 2013

Bookmark...

Assalamualaikum...

Bookmark...

Ini je yang aku bookmark... 
Senang, main klik je..


Hari tu entah macam mana entah, segala bookmark ni hilang..
Mungkin aku tertekan apa-apa setting agaknya..
Terkial-kial aku dok cari balik tapi tak jumpa, kena buat balik semula..
Sebenarnya aku bukannya pandai sangat bab macam ni..
Hehh....



Meh aku share link bookmark aku tu kat sini ya.. :)
Blog 
FB dengan Youtube tak payah la kot... hehh...


p/s: Banyak web novel je.. hehh...

Thursday, May 30, 2013

Bawa ke rumah kakak...

Assalamualaikum...

Bawa ke rumah kakak...


Ni kisah sebelum aku pergi rumah kakak hari Jumaat minggu lepas.. Hari tu tak sempat nak buat entry pasal ni.. Ni yang buat sekarang ni.. hehh...


Sebelum ke Nilai hari tu, kakak aku ada call, dia cakap kat aku suruh aku bawak sekali resepi roti yang selalu aku dok tayang kat fesbuk tu.. Pastu dia tanya aku, apa bahan yang nak disediakan.. So, akupun bagitau la kat dia bahan-bahannya...


Perkakasan yang aku gunakan...


Doh yang dah naik.. Bila tumbuk je, terus mengecut... kehkehkeh..


Petang hari Khamis tu, aku buat dulu dua biji kek pisang yang biasa aku buat tu.. Lepas je masukkan kek pisang tu dalam oven, terus aku sediakan bancuhan yis untuk buat roti pulak.. Aku rasa memang tak sempat kalau nak buat roti kat rumah kakak aku nanti. Jadi, apa salahnya aku buat sendiri roti tu.. Lagi pulak semua bahan dah sedia ada kat dapur aku ni.. Takde alasan la kata tak nak buat, kan.. Malamnya pukul lapan malam, akupun mula la menggentel doh roti ni..











Pukul sembilan malam, akupun mulakan sesi pembakaran roti ni. Kali ni aku bakar guna oven letrik.. Sebelum ni aku bakar gunakan oven dapur gas.. Masa guna dapur gas tu, pembakaran jadi lambat. Roti pulak masak tak sekata.. Bahagian atas tak berapa masak dan bahagian bawah pulak kadang-kadang terhangus sedikit..


Tak pandai lagi nak ejas suhu dan masa... hehh..


Ni pertama kali aku bakar roti gunakan oven letrik ni. Kali ni aku gunakan api atas dan bawah. Aku sebenarnya tak berapa pandai nak ejas oven ni punya suhu dan timing.. So, aku dok main pulas-pulas je la dulu.. hehh.. Sambil tu aku dok pusing-pusingkan loyang pembakar tu untuk bagi masak sekata.. Teringat lak kata-kata sepupu aku yang jual biskut raya. Dia kata memang kena main tukar-tukar tempat loyang tu dan kena pusing-pusingkan dia.. So, aku ikutlah nasihat pakar... hehh..


Dan kat bawah ni adalah sebahagian dari hasil roti yang aku buat. Kali ni aku buat sekilo tepung gandum 1Malaysia tu dan aku uli gunakan mesin besar tu. Tapi bila nak menggentel doh tu, lenguh la jugak tangan aku sebab buat sorang-sorang. Tapi takpe, bila tengok anak-anak buah yang suka makan mini pizza tu, rasa penatpun hilang. Seronok tengok dorang makan sampai kena sorok sikit untuk family yang belum sampai kat rumah kakak aku tu, ehehh. Mini pizza kali ni siap letak keju mozarella lagi. Mahal giler keju tu tapi untuk makan sendiri sesama family, takpe la.. kehkehkeh...



Dalam ni ada sosej ayam...


Pizza aku tapi aku bakar sekali harung.. So, dia punya kulit takde la garing..



Anak buah aku kata ni bentuk jari padahal sebenarnya loyang tak cukup.. hehehe...


Dulang pembakar tak cukup.. So, aku main letak je rapat-rapat.. Hari tu masuk Jusco kat Seremban 2 tu nak cari loyang saiz besar sikit tapi takde pulak nampak.. adehh...


p/s: Memang seronok bakar roti guna oven letrik ni.. Tapi bila dapat bil letrik, gullppp..., telan air liur je la.. huahuahua... Resepi asas ada kat sini ya.. Gula tu boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan jika tak suka manis..

Rembau Most Wanted yawww...

Assalamualaikum...

Rembau Most Wanted yawww...


Hari Ahad lepas (26/5), aku balik Rembau. Mak aku nak pergi kenduri kawen cucu kawan lama dia.. Bergerak dari rumah kakak kat Nilai dah pukul duabelas lebih, sampai kampung dalam pukul satu suku.. Mak aku bajet tau mana rumah pengantin tu tapi sebenarnya diapun tak ingat.. huhuhu...


Kitorang sebenarnya dah lalu kat kawasan rumah kenduri tu sebab tengok banyak kereta parking kat tepi jalan. Tapi disebabkan tak nampak rumah pengantin tu, kamipun patah balik dan pergi ke rumah makcik aku.. Kebetulan anak-anak makcik memang ada balik dan dorang dahpun balik dari kenduri tu.. Lepas tanya kat dorang mana rumah pengantin tu, barulah kami pergi lagi sekali.. Mujur la jumpa.. Kalau tak jumpa, harus balik macam tu je.. hehh...


Ni dalam perjalanan balik.. Berhenti kat traffic light... hehh...




p/s: Kojo tak kuek tapi nak idop sonang, baik poie mampuih dari susahkan semuo oghang.. huhuhu...

Wednesday, May 29, 2013

Perasan bagus...

Assalamualaikum...

Perasan bagus...


Orang yang PERASAN BAGUS akan sentiasa mencari kesalahan orang lain..


Orang yang PERASAN BAGUS memang susah untuk terima pendapat orang lain..


Orang yang PERASAN BAGUS tidak digemari oleh kawan-kawannya melainkan jika dia ada duit berkepok, kereta mewah dan harta melimpah..


Orang yang PERASAN BAGUS suka memperlekeh dan memandang rendah kewibawaan orang lain..


Orang yang PERASAN BAGUS, apabila ditegur, dia akan kata 'jeles la tuuuu.. (dan seumpamanya...)


Orang yang PERASAN BAGUS suka memperbodohkan orang lain.. Tak habis-habis nak kata orang bodoh.. Tak boleh silap sikit.. Asal silap je, terus dapat title bodoh...




Aku tujukan entry ni untuk diri aku sendiri sebagai peringatan agar tidak tersasar.. Moral of the story, janganlah kita nak PERASAN BAGUS sangat (perasan cantik, perasan kaya, perasan bijak, perasan hensem, perasan hebat dan pelbagai jenis perasan yang lain...)


p/s: Bersederhana itu adalah lebih baik dan digalakkan bersederhana dalam segala hal...

**Lama tak update blog sebab minggu lepas aku pergi rumah kakak kat Nilai.. Semalam baru balik sini.. :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)