Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

Sekadar luahan dari peminat drama Melayu, bukan peminat drama Korea.. :D

Assalamualaikum...

Sekadar luahan dari peminat drama Melayu, bukan peminat drama Korea.. :D 


Pelakon drama adaptasi dari novel tak perlu beria baca skrip.. Baik baca novel tu dengan penuh penghayatan.. Dari situ dah boleh menjiwai watak dan dah tau part mana dia perlu mainkan emosi.. Dan secara tak langsung, dia jugak tau part untuk pelakon yang lain..


Kalau pembaca novel boleh beremosi ketika membaca satu-satu novel tersebut, kenapa pelakon yang memegang watak tertentu tidak boleh beremosi sedemikian..? Dah namanya pelakon, sepatutnya lagi mudah bermain dengan emosi ni sebab dah biasa berlakon, kan.. hehh..


Penerbit novel pulak jangan la terlalu tamak dan taksub dengan menyerahkan karya penulis di bawah naungan mereka kepada pihak penerbitan drama tv tanpa memberi ruang kepada penulis untuk bersuara dan memilih pelakon yang dirasakan sesuai dengan watak yang mereka garap..


Dan penulis pulak jangan la demand tinggi sangat, nak pelakon yang hot and spicy je.. Tak semestinya pelakon yang hot tu mampu memainkan watak seperti yang ada dalam novel.. Contohnya drama adaptasi Jodoh Itu Milik Kita (JIMK).. Novelnya pada aku dah best dah, aku dah ulang baca tiga kali.. Setiap kali baca, pasti aku menangis bila tiba kat part yang tertentu.. Tapi drama dia hancus.. Aku mampu tengok sampai episod enam je.. Lepas tu, babaiiii...


Pembaca dan penonton tak rugi apa-apa.. Bagi mereka, jika drama adaptasi tu best, mereka layan je.. Jika tak best, nasib la kalau kena kritik.. hehh.. Macam drama Love You Mr. Arrogant (LYMA) tu.. Aku tak pernah baca novel dia tapi bila pertama kali tengok drama tu, terus aku tertarik nak tengok sampai habis.. Episod pertama je dah mengundang airmata.. huhuhu...


Jika pelakon tu rasa malas nak baca novel yang dijadikan drama adaptasi tu, tak payah la terima job yang ditawarkan.. Bagi la peluang kepada mereka yang betul-betul mampu menjiwai sesuatu watak tersebut.. Jangan hanya kerana awak seorang, seluruh drama hancus dan dijadikan bahan lawak..


Aku menunggu tayangan drama adaptasi The Wedding Breaker (TWB) yang ditukarkan tajuknya kepada Ariana Rose.. Jika ditakdirkan drama ini tidak menepati citarasa seperti dalam novel, pasrah je la.. Yang penting aku dah baca novelnya dan aku suka akan novel tersebut.. Mudah-mudahan drama TWB tidak menerima nasib yang sama seperti drama JIMK.. Jika boleh, biarlah drama TWB nanti lebih bagus daripada drama LYMA..


Entry ini sekadar meluahkan pendapat aku je.. Sebagai peminat drama Melayu, aku sedih bila tengok drama Melayu yang takde penjiwaan di dalamnya.. Lakonan kaku macam tiang letrik.. Baik aku tengok drama Filipina kerana gaya hidup mereka lebih kurang sama macam gaya hidup kita di Malaysia.. Bahasapun ada yang seakan sama dengan bahasa kita.. *Opkos la drama BCWMH.. hehhh...


When the artist is alive in any person, whatever his kind of work may be, he becomes an inventive, searching, daring, self-expressive creature. He becomes interesting to other people. He disturbs, upsets, enlightens, and opens ways for better understanding. Where those who are not artists are trying to close the book, he opens it and shows there are still more pages possible - Robert Henri


p/s: Bila buat drama tentang kehidupan, biarlah ada 'keaslian' di dalamnya.. Bukan sekadar drama fantasi semata-mata..

Tuesday, November 12, 2013

Ohh my bougainvillea.. :D

Assalamualaikum...

Ohh my bougainvillea.. :D


Ni antara koleksi bunga kertas atau bougainvillea yang ada kat rumah aku.. Banyak lagi tapi cukuplah ni je yang masuk dalam blog aku ni.. hehh... Aku suka bunga kertas ni sebab bunga ni tahan lasak.. Lagi panas, lagi bunga dia cantik keluar.. Cuma bila angin kuat dan hujan turun, bunga dia jauh melayang ke rumah jiran.. Jiranpun tak boleh la nak bising-bising sebab kat sini, semua rumah banyak tanam pokok bunga kertas aka bougainvillea ni..














Di villa indah ini..
Pernah menjadi saksi..
Temasya yang gemilang suasana meriah..
Termetri dihatiku kau yang memiliki kehebatannya di malam itu..

Bila-bila menyepi kenanganpun bertamu..
Wajahmu menikam memperlahankan waktu..
Akupun hilang arah..
Kerna di sini bermula cintaku padamu..

Akukah yang keseorangan..
Ditimpa percintaan..
Janji manisnya..
Yang mendera..

Berikan kesempatan..
Bukannya hukuman..
Akan kupastikan..
Cinta ini..

Andai dibiarkan ia usang..
Diterangi malap pula..
Akan tinggal bayang kekosongan..
Terserahlah kepadamu..

Atau ku biarkan ia usang..
Ditemani unggas malam..
Tinggal tiap kenangan tenggelam..
Bersamamu selama-lamanya..


Penyeri mata.. Penyegar minda... Tak payah nak lari jauh-jauh.. hehh...


p/s: If you feel lost, disappointed, hesitant, or weak, return to yourself, to who you are, here and now and when you get there, you will discover yourself, like a lotus flower in full bloom, even in a muddy pond, beautiful and strong - Masaru Emoto

Salah satu tabiat orang kita...

Assalamualaikum...

Salah satu tabiat orang kita...


Nak muntahpun agak² la...
Muntah ke dalam tandas..!!




Mangkuk sinki kat bawah notis ni dah ditutup dengan kadbod tebal.. Dah dipangkah dengan papertape dan atas kadbod tu ditulis yang sinki tu rosak.. Lokasi adalah di dalam tandas wanita di sebuah masjid di atas bukit di bandar Bentong.. 


Kalau kat rumah sendiripun, bila rasa nak muntah, terus je masuk bilik mandi.. Takde-nya nak lambakkan muntah kat dalam sinki.. 


p/s: Orang kita ni memang kaya dengan sikap vandalisme.. Menyumbang tak seberapa.. Merosakkan harta awam nombor satu.. 

Monday, November 11, 2013

Mati terapung... huuuu...

Assalamualaikum...

Mati terapung... huuuu...


Tak tau di mana silapnya, alih-alih tengok banyak yang dah mati terapung.. Lebih daripada sepuluh ekor lak tu.. Ralat sungguh menengoknya.. huhuhu...





Sebelum tu aku ada tambah segayung air kat dalam bekas dorang berenang tu.. Bukannya tak pernah buat macam ni.. Air kat dalam pasu bahulu omak tu pun aku tambah jugak.. Lagi banyak air yang aku tambah tapi takde pulak yang mati terapung...




Sudahnya, semua yang ada dalam bekas tu aku alihkan masuk ke dalam pasu bahulu omak sebab lepas yang sebelas ekor tu mati mengejut, ada lagi lima ekor yang menyusul.. Bertambah ralat bila ada dua tiga ekor yang mati tu tengah membuncit perut dia.. Sian anak-anak dia kat dalam perut tu.. Tak sempat nak main kejar-kejar sesama mereka... huhuhu...




p/s: Harap-harap lepas ni takde la lagi ikan gupi aku yang mati terapung macam tu.. 

Terbaik di antara yang terbaik...

Assalamualaikum...

Terbaik di antara yang terbaik...


Tahniah untuk adik Siti Aisah Kamarulzaman ni..
Juga buat mereka yang menjadi nadi penggerak serta pencetus semangat beliau untuk terus berjaya..





One of my niece ambil ACCA jugak.. Belajar kat UiTM Shah Alam jugak.. Moga Allah permudahkan segala urusan beliau dalam misi mencapai cita-cita dan impiannya untuk berjaya.. Amin.. Ya Rabbal A'lamin.. Hanya mampu berdoa dari jauh agar dia terus tabah..


p/s: Semoga kegagalan yang pernah dialami menjadi pemangkin semangat untuk dia terus berjuang.. InsyaAllah...

Sunday, November 10, 2013

Projek tengah malam: Lemon butter cake..

Assalamualaikum...

Projek tengah malam: Lemon butter cake..


Bila mood nak menyelongkar dapur tu datang, tak kira masa dah.. Asal ada bahan je, jalan.. ahahh.. Ni pun baru je siap bakar lemon butter cake ni..


Sebenarnya, takde benda nak kudap.. Biskut cap ping pong ada je tapi nak makan macam tu aku tak pandai.. Kalau nak makan biskut tu, mesti nak kena cicah dengan air neskepi ataupun milo.. 


Tunggu masa nak masuk oven..


Aku gunakan acuan yang ni pulak..


Sumbat sekali dengan tutup dia masuk dalam oven.. Amekawww... ahahh...


Selepas lebih kurang 45 minit, dengan suhu 150C, api atas dan bawah, ni la dia hasilnya..


Senget sebab dah dari asal senget.. Permukaan pulak dah macam rupa bulan.. huwawawa...




p/s: Rasanya resepi kek lemon ni ada kat blog dapo kot.. Cuma kali ni aku tak letak esen vanila tapi aku gantikan dengan lemon emulco.. Takpe la, nanti aku masukkan entry baru untuk resepi lemon butter cake ni.. Boleh jugak aku rujuk kat situ je nanti.. ahaaaa...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)