Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, November 25, 2013

Perbualan #1..

Assalamualaikum...

Perbualan #1..


Budak: Kalau makan tak basuh tangan, nanti kuman masuk dalam perut..


OD: Tau takpe.. Habis tu kalau makan tak baca Bismillah, macam mana pulak..?


Budak: Kalau makan tak baca Bismillah, nanti setan duduk kat sebelah kita.. Pastu nanti dia berak dalam makanan kita.. 


p/s: Macam comel je perbualan tu, kan.. hehh.. Jauhi empat belas amalan yang disukai oleh syaitan..
OD = Orang Dewasa..

Saturday, November 23, 2013

Main masak-masak jom.. :D

Assalamualaikum...

Main masak-masak jom.. :D


Aku baru je selesai main masak-masak.. Mula dari pagi tadi dok sediakan bahan untuk buat roti.. Lepas tu telur ayam takde stok la pulak.. Mintak tolong kat abang belikan.. Pukul duabelas lebih baru dia balik sebab adik hantar cuci kereta kat kedai.. Adoii.. Jenuh menunggu..


Lepas je dapat telur ayam tu, terus je adun roti ni.. Kali ni adun guna tangan je.. Takde nak guna mesin besar tu.. Kali ni jugak guna resepi yang lain, bukannya resepi yang selalu aku gunakan..






Sementara tunggu roti tu naik, aku adun pulak muffin pisang coklat ni.. Adik aku dari hari tu lagi dok suruh buat muffin.. Kesian pulak kat dia.. So, aku tibai je la pisang apa yang ada.. Pastu guna resepi yang pestaim aku gunakan.. Mujurlah menjadi jugak.. Resepi muffin tu suruh kukus tapi aku bakar je sebab dah alang-alang bukak oven letrik ni.. Kiranya bakar sekali harung dengan roti tu la.. Malas nak keluarkan pengukus.. hehh..





Roti ni pulak aku pakai main cekut je dengan jari.. Takde dah nak main timbang-timbang berapa gram seketul.. Pastu aku buat kecik-kecik sikit saiz dia sebab memang anak-anak buah suka makan mini pizza ni.. Aku siap letak cheese mozarella lagi.. Mana la dorang tak suka.. Ada jugak yang tak suka makan mini pizza ni sebab ada sayur.. So, aku buatkan roti sosej sikit untuk dorang..



Yang bulat-bulat tu aku isikan dengan inti kuih ketayap.. Aku buat empat ketul tu je.. Saja la nak test.. Sedap la pulak.. hehe..


Alhamdulillah... Sekejap je dah habis.. Akupun dah kepenatan.. Lama berdiri buat kerja.. 






p/s: Okay, ni je nak kongsi cerita.. 

Sudi-sudilah baca... :)

Assalamualaikum...

Sudi-sudilah baca... :)


Aku ada letak ayat ni kat bahagian atas blog aku. Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak bagus kerana aku bukannya bagus dan takde sebab untuk aku nak menunjuk-nunjuk.. 




Aku letak dengan niat agar kita saling ingat-mengingati dan boleh sama-sama membacanya setiap masa kerana kelebihan yang banyak ada pada ayat tersebut.. Ada kalanya kita terlupa nak baca sebab kita tak nampak depan mata.. So, jika ada yang masuk sini dan nampak ayat ni, terus la baca dengan niat untuk mohon perlindungan dari Allah..


Mudah-mudahan Allah terus memelihara dan melindungi kita daripada segala kesesatan juga kecelakaan.. Amin, Ya Robbal A'lamin...


p/s: Bukan sekadar suka-suka nak letak.. Ada sebab-musababnya.. 

Friday, November 22, 2013

Cara nak buat kain susun baju kurung..

Assalamualaikum...

Cara nak buat kain susun baju kurung..


Dalam jahitan, kita kena banyak berfikir macam mana nak menyesuaikan diri dengan cara tersendiri.. Kita tak boleh nak ikut cara orang lain.. Kita kena pandai menggayakan setiap cara itu mengikut keselesaan kita.. Kadang-kadang cara orang lain tu nampak mudah tapi bila kita cuba buat, ianya jadi susah.. Lain orang, lain caranya..


Tak salah untuk mencuba pelbagai cara.. Cuma, jika cara yang baru tu menyebabkan kita stress dan mudah putus asa, ada baiknya kita berehat seketika.. Kemudian, kita cuba cari cara yang lain pula.. 


Macam cara nak buat kain susun untuk baju kurung ni.. Dia punya main point hanyalah kain susun, tapi cara nak buat tu banyak.. Dan yang aku nak kongsikan ni adalah cara yang entah ke berapa kali aku cuba dan cara ini la yang paling mudah untuk aku buat..


First of all, kena la ambil ukuran lebar ponggong dulu.. Lepas tu tambah lagi ukuran untuk lipatan susun tu yang bergantung pada lebihan kain yang ada..

Contoh:
Ukuran keliling ponggong + keselesaan + basi jahitan + lipatan untuk susun
42 1/2 inci + 4 inci + 1 inci + 21 inci (21 bahagi 3 untuk dapatkan 3 susun lipatan)


Jahit bahagian tepi (satu inci) dan tinggalkan ruang untuk zip. Kemudian jahit lipatan bawah kain (setengah inci).. Gosok, terbalikkan dan penitikan..


Ambil ukuran untuk keliling ponggong + keselesaan iaitu 46 1/2 inci.. Biarkan dulu tali tape tu di situ..


Kemudian, dengan menggunakan pembaris lurus, ambil pula ukuran untuk lebihan kain yang ada. Ukuran bermula dari hujung sana hingga sama paras dengan hujung pita tape tu.. Tengok berapa inci yang ada.. Contoh kat sini, lebihan kain tu adalah 10 1/2 inci.. Ini bermakna lebihan untuk susun kain adalah 21 inci (10 1/2  darab 2 sebab kain tu berlipat dua)


Lepas tu, bermula dari tepi bahagian zip, tandakan untuk satu lipatan iaitu 7 inci.. Satu lipatan adalah 7 inci.. Bila dilipat dia akan jadi 3 1/2 inci.. Tandakan kepada 3 tempat sebab lebihan kain tadi 21 inci yang kemudiannya dibahagikan dengan 3 untuk dapatkan 3 susun kain.. Perhatikan pada tanda kapur yang berwarna kuning tu.. Tandakan pada bahagian atas dan bawah kain..


Kemudian, dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan, cekut kat tempat yang ditandakan dengan kapur tadi..



Ratakan susun dan penitikan.. Lepas tu, cekut lagi lipatan berikutnya.. Ratakan dan penitikan supaya susun kain tu jadi lebih kemas..



Lepas tu, ukur kembali keliling ponggong dan pastikan ukurannya tidak kurang daripada 23 inci dan tidak lebih daripada 23 1/2 inci.. (23 darab 2 = 46 sebab kain tu dilipat dua)



Akhir sekali, barulah dipenitikan keseluruhan bahagian susun kain tu dan gosok hingga susun tu menjadi tajam..


Okay, setakat ni sahaja yang dapat aku tunjukkan untuk sessi cara nak buat kain susun untuk baju kurung ni.. Sekali lagi diingatkan, cara setiap tukang jahit adalah berbeza.. Korang boleh je pilih mana yang korang rasa selesa nak buat.. 


Lebihan untuk susun kain itu mungkin berbeza mengikut saiz badan seseorang, juga mengikut lebihan kain yang tinggal.. Kena pandai mengagak dan mengira.. Ukuran untuk keselesaan tu (yang 4 inci tu) jugak mengikut kehendak masing-masing.. Jika nak kan kain yang fit, tak perlu tambah 4 inci.. Memadailah tambah satu inci sahaja.. Yang 4 inci ni selalunya untuk orang yang berbadan besar dan perut agak menonjol.. Jadi takde la ketat sangat kat bahagian perut tu.. 


p/s: Baik dalam pencarian info apa sekalipun, janganlah terlalu mengharap semua benda orang nak tolong google-kan untuk kita.. Kenalah rajin google sendiri.. 

Thursday, November 21, 2013

Oh my pegaga.. :D

Assalamualaikum...

Oh my pegaga.. :D


Baru la nampak keujudan pokok pegaga ni.. Sebelum ni dia terlindung dek pokok bunga kertas yang disusun di sekeliling bulatan tu.. Kelmarin aku baru kemaskan kawasan ni.. Aku punggah dan susun balik pasu-pasu bunga tu.. Takde la semak sangat mata memandang.. 


Lepas ni boleh la bentang tikar kat sini.. Boleh piknik dengan anak-anak buah.. hehehe.. 







Anak-anak buah suka main kat buaian tu.. Lepas tu dorang suka main masak-masak.. Ada harapan la pegaga ni menjadi mangsa kutilan jari dorang.. Benda dah ada depan mata.. Senang pulak nak capai.. Kutil je laa, kan.... ahaha...


Dia ni pun bukan boleh percaya sangat... Dia perhati je dari jauh pokok pegaga tu.. Silap haribulan, dia menyorok pulak kat dalam rimbunan pegaga tu.. ahahh...


p/s: Banyak khasiat daun pegaga ni.. Tapi biasa la, bila dah ada depan mata, ianya seperti tidak dihargai.. hehh.. 

Puas..

Assalamualaikum...

Puas..


Manusia memang tidak akan pernah puas..
Bagi betis, minta peha..
Tak bagi, mula la mengata..


Minta macam-macam tapi nak bagi ucapan terima kasihpun punya la susah.. 
Lumrah dunia.. 


p/s: Sometimes we need to see the bad side, to appreciate the good side - Anthony Liccione



Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)