Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, December 1, 2013

Siksanya bila jatuh sakit.. huhuhu..

Assalamualaikum...

Siksanya bila jatuh sakit.. huhuhu..


Aku jarang jatuh sakit.. Demampun jarang.. Jika adapun, sakit-sakit badan disebabkan masuk angin, sakit perut dan sakit kepala tapi tidak la sampai ke tahap meracau mengongoi..


Sekarang ni aku dilanda sakit tekak yang pada aku agak melampau.. Sampaikan nak telan air liurpun punya la susah.. Apa lagi nak telan nasi. Lemah longlai badan bila tak dapat nasi... huhuhu..


Dalam pada sakit tekak tu, demam pulak menyusul.. Tak tau kenapa.. Sampai menggigil-gigil badan aku.. Malam tadi aku meracau.. Badan tak panas.. Leher je yang panas.. Aku kalau demam sampai mengongoi ni kira teruk la.. Nak telan pil demam tu pun aku takut.. Takut tak tertelan.. Takut pil tu tersangkut kat kerongkong.. Sudahnya, aku belah dua pil tu.. Ya Allah, siksanya nak menelan..


Aku banyakkan minum air masak.. Hari pulak dah tiga hari asyik hujan je.. Bila dah banyak minum air, maka banyak kali la aku berulang masuk bilik air.. Terhoyong-hayang dok pergi bilik air.. Sabar je la..




Aku tau, bila sakit ni, ianya umpama menghapuskan dosa-dosa kecil kita.. Jadinya, kenalah bersabar.. Kena banyak menyebut perkataan yang baik.. Perbanyakkan istighfar serta berzikir.. Tapi sesekali tu terkeluar jugak suara mengaum.. Ya la, kepala dah la sakit berdenyut-denyut, pastu kucing dengan ayam asyik la memekak je kat sebelah tingkap bilik ni haa.. Mana la aku tak tension.. hahaha...


Okay, ni je nak bagitau.. Panjang umur jumpa lagi.. Sekarang ni dah mula musim tengkujuh.. So, berhati-hatilah selalu.. Moga Allah sentiasa merahmati, memberkati serta melindungi kita dari mara bahaya.. Amin..


p/s: Siapa ada petua untuk redakan sakit tekak ni, boleh la share dengan aku.. Terima kasih aku ucapkan.. Aku takde batuk, cuma sakit tekak je.. Perit ya amat..

Saturday, November 30, 2013

Apa masalahnya..?

Assalamualaikum...

Apa masalahnya..?


Apa masalahnya dengan perlantikan Ustaz Kazim Elias sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno..? Tak faham aku dengan sikap segelintir orang kita ni yang memaki hamun, menghina dan sebagainya di atas perlantikan UKE ini.. Rata-rata yang mengomen dengan ayat kurang ajar tu adalah orang Melayu kita.. Orang Islam pulak tu.. 


IPOH - Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik pengumuman lantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dibuat, semalam.


Bagaimanapun beliau kesal, apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.


Menurutnya, keadaan itu disifatkan tidak adil sedangkan keputusan sama ada mahu menerima atau menolak perlantikan itu belumpun diputuskan.


“Saya memang sudah jangka akan ada penerimaan dan reaksi negatif  seperti ini, tetapi mereka terlalu cepat (menghentam) tanpa mendengar penjelasan, sepatutnya (komen) lebih berhemah.


“Alangkah baik jika semua pihak memandang kebaikan, sekiranya perdana menteri minta tolong untuk martabatkan Islam, apa salahnya saya bantu, mana-mana pihak yang minta nasihat juga akan saya bantu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Kem Tahsin yang dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr  Mashitah Ibrahim di Pusat Pendidikan Al-Barakah, di sini, hari ini.




p/s: Sudah-sudah la tu memaki-hamun orang.. Banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah daripada berbalas-balas komen mengutuk UKE kat sana-sini.. Orang lain sibuk nak mencari dan mengumpul ilmu tapi kau manjang la sibuk dok mengumpul dosa... 

Thursday, November 28, 2013

Kecewa..

Assalamualaikum...

Kecewa.. 


Banyak benda yang sangat-sangat mengecewakan tapi jika diluahkan sekalipun ianya umpama mencurah garam ke dalam laut dan akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa kerja itu hanyalah sia-sia..


Don’t be disappointed if no one appreciates your true feelings, cause they don’t deserve it - M. F. Moonzajer




Satu daripadanya ialah aku kecewa dengan perkhidmatan streamyx yang pada aku sangat-sangat teruk.. Lebih hampeh dari segala hampeh yang ada.. Takde peningkatan langsung dari segi perkhidmatan.. Yang kau tau, asyik la call suruh upgrade line tapi hasilnya masih ditakuk lama.. Sedangkan yang guna Unifi pun selalu komplen kata line lembab, inikan pulak yang guna streamyx..


p/s: Kau ingat aku guna internet ni semata-mata nak meroyan kat fesbuk ke..? Banyak lagi benda lain yang lebih berfaedah, yang aku nak cari dan kongsi daripada melayan umpat keji orang dan gosip murahan..

Tuesday, November 26, 2013

Muffin pisang lagi..??

Assalamualaikum...

Muffin pisang lagi..??


As usual, bila kebosanan melanda, maka akupun dengan gigihnya buat la projek masak-memasak ni.. Jika nak diikutkan, badan aku memang tak berapa nak sihat sangat.. Sakit-sakit dan sengal-sengal seluruh badan terutama sekali kat bahagian tulang belikat.. 


Tapi kalau nak dilayankan sangat segala sakit ni, satu kerjapun tak jalan.. Nak menjahit memang tak boleh la.. Jadi, akupun buat la muffin pisang ni... Tak tau percubaan yang ke-berapa dah.. Bantai je buat.. Jadi ke, tak jadi ke, itu belakang kira maaa... hehh..


Benda yang perlu ada untuk memudahkan kerja ialah scope aiskrim, spatula yang lembut dan boleh dilentik, paper cup dan tray yang bersesuaian.. Spatula yang lembik melentik ni tujuannya adalah untuk mengaut sisa-sisa adunan yang ada kat dalam bekas.. Jadi, takde la nanti adunan tu dibuang sebab kalau guna spatula atau sudu yang keras, memang susah nak kaut lebihan adunan dalam mangkuk tu.. 


Scope aiskrim tu pulak amat mudah digunakan jika nak dibandingkan dengan menggunakan sudu.. Just tekan je batang scope tu.. Nanti adunan tu dengan sendirinya akan keluar.. Aku punya scope ni saiz besar.. So, aku kaut sikit je.. Lagi satu, bila guna scope aiskrim ni, jari takde la melekit sana, melekit sini terkena adunan...






Untuk satu adunan, tak dapat banyak manapun.. Cuma dapat dalam 30 biji muffin je..





Aku bakar muffin ni dengan suhu 140C, api atas bawah dalam masa 20 minit... Aku cuma letak satu tray je untuk satu sessi pembakaran.. Letak kat tengah-tengah.. Sebelum tu, aku panaskan dulu oven ni selama 10 minit dengan suhu 140C.. Lepas tu barulah aku masukkan tray..








p/s: Okay, dah siap masak dah.. :)

Perbualan #2..

Assalamualaikum...

Perbualan #2..


Remaja: Tak faham la dengan orang yang suka ambil gambar sendiri, lepas tu dia upload gambar tu masuk kat fesbuk la, instagram la, twitter la.. Entah apa-apa entah... 


OD: Apsal pulak..? Dah dorang suka buat macam tu, biar je la..


Remaja: Tak tau la kenapa tak suka nak tengok.. Dorang tu macam syok sendiri je.. Perasan lebih.. 


OD: Nanti kau jangan buat macam tu pulak.. Kang orang pulak kata kau perasan..


Remaja: Eiii... Takde la nak buat macam tu.. Buat apa nak ikut semua tu.. Buat malu je..


p/s: Alhamdulillah... Mudah-mudahan dia akan ingat dengan apa yang dia cakap.. hehh..
*OD = Orang Dewasa.. 


Monday, November 25, 2013

Perbualan #1..

Assalamualaikum...

Perbualan #1..


Budak: Kalau makan tak basuh tangan, nanti kuman masuk dalam perut..


OD: Tau takpe.. Habis tu kalau makan tak baca Bismillah, macam mana pulak..?


Budak: Kalau makan tak baca Bismillah, nanti setan duduk kat sebelah kita.. Pastu nanti dia berak dalam makanan kita.. 


p/s: Macam comel je perbualan tu, kan.. hehh.. Jauhi empat belas amalan yang disukai oleh syaitan..
OD = Orang Dewasa..
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)