Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, December 16, 2013

Akhirnya, jumpa jugak.. ahahh...

Assalamualaikum..

Akhirnya, jumpa jugak.. ahahh...


Dalam dok kemas-kemas rak barang jahitan aku ni, terjumpa balik tali skipping yang dah lama missing in action ni.. Dulu pernah beli sekali tali skipping ni tapi dah jahanam dikerjakan dek anak-anak buah.. Bila tanya, semua tak mengaku.. Yang ni tuduh yang tu.. Yang tu pulak tuduh yang nun.. Sabar je laa..




Ada dua benda lagi yang aku nak cari.. Satu, ram saiz besar yang aku beli masa zaman belajar menjahit dulu.. Entah mana dia lesap.. Dan satu lagi penutup asal mulut mixer aku.. Dah lama jugak beli mixer tu.. Bila nak guna, baru perasan penutup asal tu takde.. Yang ada penutup dengan pelbagai jenis bentuk tu..Ehh, ada satu lagi iaitu gelung rotan hulahup.. hahaha...


Takpe la, cari perlahan-lahan.. Untung-untung jumpa balik.. Kalau tak jumpa jugak, redha je laa.. ehehh...


p/s: Benda nampak macam murah je.. Sentimental value tu yang tinggi sebenarnya.. huhu..

Saturday, December 14, 2013

Meroti kembali.. hehh..

Assalamualaikum..

Meroti kembali.. hehh..


Dah agak lama aku tak kongsi gambar roti yang aku buat kat blog aku ni, kan..? So, kali ni aku nak letak gambar roti yang baru je aku buat.. Masih panas lagi roti aku ni.. hehe..


Aku kongsi gambar bukan nak menunjuk ataupun eksen tak hengat.. Aku kongsi gambar dengan harapan ada yang tertarik dan ingin belajar dan cuba untuk membuatnya demi kesihatan sejagat.. Ceewahh.. haha.. Sampai bila kita nak membeli je.. Sesekali nak jugak buat sendiri, kan.. heee...


So, layan gambar je la ya.. Nak rasa kena la buat sendiri.. Tak perlu bagi alasan takde mixer semua tu.. Roti ni aku uli guna tangan je.. Takde pun nak uli beria-ia sampai keluar urat muscle.. ahahh..















p/s: Okay, setakat ni je dulu.. Gambar yang banyak dan resepi ada kat blog dapo aku tu ya.. Sila la jenguk dan klik link ni.. Terima kasih.. heee....

Thursday, December 12, 2013

Ohh my Mister S.. :D

Assalamualaikum...

Ohh my Mister S.. :D


Tadaaaa....!!!


Ni la Mr. S yang selalu aku sebut-sebut tu.. Mr. S yang menjadi kesayangan aku.. Mr. S yang selalu temankan aku merempit tak kira waktu.. 




Singer........ Menawan keluarga bahagia.. 


p/s: Hamboiihh... Dok promot macam la ada share... kehkehkeh...

Wednesday, December 11, 2013

Menyiput...

Assalamualaikum..

Menyiput...


Menyiput ikut versi aku adalah buat kuih siput.. Sukahati je, kan.. Ahahh...






Resepi kuih siput ni ada kat blog dapo aku tu.. Jika nak cuba, silakan.. Jika ragu-ragu, abaikan.. Sonang yoo... ahahh...


p/s: Okay, ini je nak kongsi.. hehhh...

Dua dalam dua..

Assalamualaikum...

Dua dalam dua..


Aku buat dua adunan kek pisang ni dan aku bahagikan kepada dua bahagian.. Satu bahagian aku masukkan dalam loyang dan satu bahagian lagi aku masukkan dalam paper cup.. So, dapat la dua jenis makanan dengan dua nama yang berlainan tapi berasaskan bahan yang sama..


So, tengok gambar je la ya.. Resepi kek pisang ni dah pernah aku tepek kat blog dapo aku.. Cuma aku saje la tabur sikit badam cincang kat atas adunan dalam paper cup tu.. 









p/s: Mood aku okay.. Takde bosan tahap cipan.. Takde boring tahap naga.. Mood tip-top.. Cuma aku saja je suka-suka nak main masak-masak.. ahahh..

Tuesday, December 10, 2013

Cantik tak nombor ni..

Assalamualaikum...

Cantik tak nombor ni.. 


Cantik tak nombor kat bawah ni..? Bukan senang nak tengok nombor yang cantik ni.. Tu yang gatal jari nak print screen tu walhal benda ni tak penting manapun.. hehh..




Dulu ahlinya tak sampai seratus orangpun.. Sekarang ni dah semakin meningkat di luar jangkaan.. Atas sebab apa pertambahan ahli tu melonjak sampai macam tu sekali, akupun tak pasti.. Yang aku nampak, ramai yang masuk atas dasar 'bisnes'.. Sukahati masing-masing la haiihh..


p/s: Takde niat apa-apa.. Sekadar nak kongsi gambar nombor tu je.. huuuu...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)