Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, January 15, 2014

Barangan Madu Manta..

Assalamualaikum...

Barangan Madu Manta..


Biarpun ada sedikit kemusykilan sebelum tanya, tapi aku tetap nak tanya jugak.. Maka akupun tanya la peniaga tu tanpa melihat betul-betul apa yang ada kat bawah tulisan tu.. Aku cuma fokus kat tulisan tu je.. Yang ni dari Manta ke..? Padahal aku tak pernah dengarpun nama Manta tu.. Kalau mantan tu aku tau la.. ehehh...




Lepas tu diapun cakap la, yang manta sekilo tujuhbelat sambil tunjuk kat longgokan buah berangan kat bawah tu.. Maka akupun tengok la ikut apa yang dia tunjuk..


Rupa-rupanya manta tu mentah..!!! Caiittt....!!! Aku ingatkan buah berangan ni datangnya dari negeri atau daerah atau tempat yang bernama Manta.. Hampeh betul.. Aku siap cakap kat peniaga tu, bukan manta la..., tapi mentah... Dia siap senyum je.. Adoyaiii, rosak bahasa betul laa.. huhuhu..


Yang mentah sekilo RM17.. Yang dah siap masak sekilo RM20.. Baik beli yang dah siap masak.. Masa bila pulak nak pergi cari pasir semua nak goreng buah berangan ni.. Takde la aku serajin itu.. huhuhu..


Aku singgah kat RnR Genting Sempah masa nak balik ke Nilai hari tu.. Memang jadi kebiasaan untuk singgah membeli buah berangan ni.. Dulu yang dah siap masak tu sekilo harga dia RM18 tapi sekarang ni harga dah naik, dah jadi sekilo RM20.. Beli jugak la dua kilo.. Panas-panas lagi tu.. Sekilo tu buat kudap-kudap dalam kereta dan yang lagi sekilo tu untuk adik-beradik mana yang datang kat rumah kakak..


Masa nak balik ke sini, singgah dan beli lagi buah berangan ni dengan peniaga yang sama.. Tapi beli sekilo setengah je.. Sekilo untuk kitorang kudap-kudap hilangkan ngantuk dalam kereta dan yang setengah kilo tu mak aku belikan untuk abang...


p/s: Bab makan, mak selalu ingat kat anak.. Agak-agaknya masa si anak tu makan, dia ingat ke tidak kat mak masing-masing ehh... hehh...

Fireball lily...

Assalamualaikum...

Fireball lily...



Pokok bunga fireball lily aku ni susah sangat nak keluarkan bunga dia.. Tapi bila sekali dia keluar, phewww..., gumbiranya hati botingkek-tingkek.. ahahaha.... Sanggup tu tiap-tiap hari jenguk bunga ni nak tengok perkembangannya.. Lepas tu siap usung enpon cikai tu sebab nak ambil gambar bunga yang berubah dari masa ke semasa.. ahahh..










Bunga fireball lily ni besar sangat.. Bila dia dah kembang, bunga dia lebih besar daripada tapak tangan.. Mana la hati tak kembang sama, kan.. ahahh...


Khabarnya bawang atau bulb fireball lily ni harga dia agak mahal.. So, siapa yang ada pokok ni, pandai-pandai la jaga jangan sampai mati kering.. Pokok aku ni pun aku baru nak mula jaga.. Rasanya tak mampu nak beli pokok baru jika pokok yang sedia ada ni mati atau pupus..


p/s: Jangan ngecek pokok ni dengan aku sebab aku memang kedekut.. Ahakk...

Tak habis-habis lagi ke dengan isu kangkung..?

Assalamualaikum...

Tak habis-habis lagi ke dengan isu kangkung..?


Meh sini aku nak habaq mai sat.. Siapa yang selalu kena sembelit, susah nak membuang sisa buangan yang seronok bertapa dalam perut tu, eloklah amalkan makan sayur kangkung.. So, takde la nanti kepala tu pening bila terpaksa simpan benda busuk lama-lama dalam badan.. Makan dulu, baru tahu kelebihan kangkung ni.. Ni makanpun tidak, lagi mahu cakap banyak.. hehh.. 





Banyak khasiat dari pemakanan kangkung ni.. Sebab tu aku suka makan kangkung.. Aku baru je minggu lepas tanam kangkung kat belakang rumah.. Tanam batang kangkung yang diambil dari rumah kakak kat Nilai.. Kakak ipar bawak balik sini masa dia ke sana hari tu.. Dah mula naik dah kangkung tu.. Suka aiii... ahahh..




Orang kita memang suka memperbesarkan isu yang tidak sepatutnya diperbesarkan.. Laju je nak menyerang.. Pantang ada peluang.. 


p/s: Banyak lagi sayur lain, kenapa kangkung yang dijadikan contoh..? Itupun tak reti nak fikir.. hehh...

Tuesday, January 14, 2014

Salam...

Assalamualaikum...

Salam...


Salam Maulidur Rasul 2014 untuk semua.. Alhamdulillah.. Selamat sampai rumah lebih kurang pukul 3.10 petang tadi setelah berada di rumah kakak kat Nilai/Labu sejak hari Khamis minggu lepas.. Momokpun ikut sama.. ahahh..






p/s: Masuk je rumah terus on tv nak tengok sambungan citer BCWMH.. hehh....

Monday, January 13, 2014

Make it clear...

Assalamualaikum...

Make it clear...


Don't Make Assumptions. Find the courage to ask questions and to express what you really want. Communicate with others as clearly as you can to avoid misunderstandings, sadness and drama. With just this one agreement, you can completely transform your life - Miguel Angel Ruiz 


I never ask you to follow me.. Never ask you to do what I am doing.. Never push you to like me.. I just share my experiences, experiments and anything.. Is it clear..?


p/s: Sesuka hati kau je nak masukkan aku dalam kategori begitu, begini hanya berpandukan apa yang aku tulis, apa yang aku baca, apa yang aku kongsi, apa yang aku rasa.. Hmmmmm...





Wednesday, January 8, 2014

Usaha mengelakkan semut naik atas meja makan...

Assalamualaikum...

Usaha mengelakkan semut naik atas meja makan...


Rumah aku memang banyak semut... Macam-macam jenis semut ada... Merata-rata semut ni.. Kalau kat luar tu, aku takde la nak kisah sangat.. Aku takde la nak 'kacau' hidup dorang.. Tapi bila sang semut ni memanjat meja makan dan mengerumuni makanan yang ada kat situ, itu yang aku tak tahan nak tengok..




Aku dah selalu sangat sembur semut yang naik atas meja makan tu walaupun sebenarnya amalan membunuh semut ni tidak digalakkan.. Aku tau tapi nak buat macam mana... Bila semut dah hurung makanan atau minuman kita, tak kan nak makan balik makanan/minuman tu..? Nak tak nak, terpaksa buang jugak.. Sesekali buang tu takpe la kot.. Tapi bila dah acap kali, tak ke membazir namanya tu..?





Jadi, aku terpaksa fikir macam mana nak elakkan semut tu naik atas meja makan dan tidak 'mengganggu' makanan yang ada.. Sudahnya, aku ambil inisiatif sendiri iaitu dengan meletakkan penutup plastik tin susu ni sebagai alas kaki meja makan tersebut.. Samada relevan ataupun tidak apa yang aku buat ni, itu belakang kira.. hehh..






Aku letakkan serbuk racun semut kat dalam alas kaki meja tu.. Bukan kaki meja je, malahan kaki pelapik oven aku tu pun aku letak jugak.. Sebabnya, hari tu roti yang aku buat dan letakkan atas oven tu habis kena hurung.. Bukan setakat hurung kat luar roti tu je, malahan semut tu buat sarang pulak dalam roti tu.. Dah banyak membazir kat situ bila roti tu kena buang..


Setakat ni alhamdulillah, takde dah semut naik atas meja makan tu.. Tapi ada syaratnya iaitu kerusi tidak boleh terlalu rapat dengan badan meja.. Kalau tak, nanti semut tu naik ikut kaki kerusi tu pulak.. Macam tu jugak dengan oven tu... Wayar oven tu tak boleh sangkut kat tempat lain.. Kena letak wayar tu atas oven tu jugak.. Kalau tak nanti semut tu jalan ikut wayar tu pulak.. Jadinya sia-sia je letak serbuk racun kat pelapik kaki tu..


p/s: AMARAN: TIDAK SESUAI DIPRAKTIKKAN DI RUMAH YANG ADA ANAK KECIL ATAU ANAK YANG TIDAK MEMAHAMI APA YANG KITA CAKAP (OKU).. Bimbang nanti anak tu 'colek' serbuk racun tu dan masukkan ke dalam mulut.. Dah la pelapik tu warna merah.. Dari jauh dah nampak dah.. 


Update:
Pelapik ni hanya sementara je.. Sepupu aku ada bagitau ada satu racun semut yang jika kita sembur kaki meja tu, semut tak akan datang bertandang lagi dah.. Aku tengah dok mencari racun semut tu.. Nama racun tu pun aku ingat-ingat lupa dah.. ahaha...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)