Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, March 31, 2015

Isu tandas: Jom kita viral-kan...

Assalamu'alaikum....

Isu tandas: Jom kita viral-kan...


Aku setuju dengan status kat bawah ni.. Tandas kat PWTC pun sama.. Tahun lepas pergi bookfair kat situ.. Terpaksa tahan 'rasa' sampai ke Sogo.. Anak buah aku yang muda remaja tu pun tak tergamak nak melepas hajat dengan tandas macam tu, apa lagi aku yang dah veteran ni.. hehh... 






Kenapa tahan 'rasa' itu hingga sampai ke Sogo..? Dalam PWTC tu tak kan takde lagi tandas lain..? Sebab kat Sogo tu aku dah tau keadaan tandasnya macam mana.. Jadinya, tak perlu kot nak buang masa melilau mencari tandas lain sekitar PWTC tu.. Buatnya semua tandas macam tu jugak..? Mau banjir PWTC tu nanti kitorang kerjakan... ahahaha... 


tongue emoticon Masuk tandas.. Molilau mato cari paip tapi paip ehh takdo..! Apa lagi, keluar la balik semula.. Orang kampung macam aku ni, dah biasa dengan gayung dan baldi.. Takde dua-dua benda ni, ada getah paip tu pun dah memadai dah..


p/s: Nak maju sekalipun, kenalah tengok pada keadaan pengguna.. Bukan semua benda boleh main 'selet' macam tu je.. hehh.. This is Malaysia, okay...


Saturday, March 28, 2015

Bunyi apa ni..??

Assalamu'alaikum...

Bunyi apa ni..??


Aku selalu dengar bunyi ni tapi aku tak tau bunyi tu datang dari mana.. Selalu jugak aku perhatikan keadaan sekeliling tapi takde pulak nampak apa-apa yang mungkin ada kaitan dengan bunyi yang aku dengar tu.. 


Kadang-kadang tu terasa cuak la jugak bila dengar bunyi ni.. Lebih-lebih lagi bila waktu menjengah ke tengah malam atau awal pagi.. Tapi mana boleh biarkan diri dibelenggu rasa takut tak tentu pasal, kan.. Bak kata mak aku; bila dah takut, tunggul kayupun kita sangka hantu.. hehh... 


Bunyi tu macam ni; tup... tap... tup... tap... tup... tap..., berulang-ulang kali.. Sekejap ada, sekejap takde.. Tak ke meremang bulu roma dibuatnya.. ahahh..


Setelah sekian lama, baru la aku tau bunyi tu datang dari mana.. Baru sekejap ni haa aku perasan.. Rupa-rupanya benda alah yang berbunyi tu dekat je dengan aku.. Dekat sangat...! Huhuhu...


Nak tau bunyi apa..? Moh la tengok video kat bawah ni.. Suara bunyi tu mungkin tak boleh dengar kot sebab bunyi tu tak kuat mana.. Tapi disebabkan kedudukannya sangat dekat dengan laptop aku, dan aku pulak memang selalu dok congok kat depan laptop tu, maka memang konpem aku boleh dengar punya la.. hehh...


Tak boleh dengar suara bunyi tu, boleh je tengok apa yang berlaku.. 




Rupa-rupanya bunyi tu datang daripada tag price Cheetah yang aku jadikan bookmark tu.. Cisss...! Caiittt...! Cehhh...! Kipas siling pulak betul-betul kat atas.. Tu yang buat tag price tu bergerak-gerak..


p/s:  Terlerai sudah misteri bunyi yang tidak diketahui puncanya selama ini.. ahahaha... 

Bahan bacaan tak dikenakan GST...?? Betul ke..??

Assalamu'alaikum...

Bahan bacaan tak dikenakan GST...?? Betul ke..??


Sejak kebelakangan ni, asyik GST je yang diperkatakan orang.. Sana-sini GST.. Dok pot pet pot pet pasal GST je.. Trending sungguh GST ni... hehhh..


Kerajaan tidak akan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap bahan bacaan seperti buku rujukan, fiksyen dan bukan fiksyen termasuk novel apabila sistem itu mula dilaksanakan 1 April ini..




Okay, dah boleh tarik nafas lega bila novel tidak dikenakan GST.. Masalahnya sekarang, adakah kos pos laju turut dikenakan GST..? Aku ada tanya pada staff pos opis kat sini.. Dia kata tak tau lagi kena GST ataupun tidak tapi tengok gaya macam kena je.. Then, aku cakap la; kalau pos laju kena GST, kena guna pos daftar je la.. Dan staff tu jawab; takut pos daftar pun kena GST jugok.. Adehdehdehdeh.... Celah mana lagi aku mau lari dari GST ni...? Ahahahaha....


Jika caj pos kena GST, maka harga pos terpaksalah kena naikkan sikit... Ke, guaner..? Tak payah beli online..? Tak payah jual online...? Alahai, aku ni baru je nak mula berniaga online.. Niagapun ciput je.. Huhuhu...


p/s: Apa-apapun, kita tengok je dulu dan kena selalu ikuti perkembangan semasa.. Stay cool walaupun hakikatnya tak berapa nak cool sangat... hehh.. hehh.. hehh...

Friday, March 27, 2015

Nak rendam sampai bila...???

Assalamu'alaikum...

Nak rendam sampai bila...???


Batang serai ni aku rendam sejak hari raya cina lagi.. Lama gila kena rendam.. hehh.. Batang serai ni kakak aku bawak dari Nilai.. Separuh sudah selamat dibuat gulai dan separuh lagi aku rendam.. Tak sempat nak tanam.. Tu yang rendam dulu tu.. 





Rendam punya rendam, sampai batang yang gondol dah tumbuh daun yang panjang menjulai.. Asyik la dok ganti air rendaman sebab takut ada jentik-jentik tapi tanamnya nan hado.. Alasannya, tak sempat dan musim panas.. ahahaha... Sampai dia punya akarpun dah sarat dah..




Ni baru dua hari lepas aku tanam atas tanah.. Sehari lepas tanam tu, tengok dah ada yang tercabut gara-gara dikokeh dek ayam.. adoyaiii... Ayam ni pun satu.. Poie la kokeh kek tompek lain gak ehh.. ahaha... Tak pasal-pasal kena tanam balik semula.. Dapat la empat rumpun.. Dalam gambar cuma dua rumpun je.. Entah panjang ke tidak umur pokok serai ni, akupun tak berani nak jamin.. hehh..




Sebelum ni dah berkali-kali mak aku tanam serai ni tapi serumpun pun tak hidup.. Lepas tu, abang ipar akupun ada tanam jugak kat belakang rumah.. Ada la dalam lima belas rumpun tapi hasilnya sama je, tak hidup padahal pokok serai yang dia tanam kat rumah dia punyalah rimbun botingkek-tingkek.. 


Pokok yang ni abang ipar aku cakap kat aku, suruh tanam dalam pasu sebab diapun dah givap tengok serai yang dia tanam tak menjadi.. Aku pulak malas nak tanam dalam pasu sebab masih ada ruang kosong kat tanah.. Lagipun, sayang la pasu aku tu.. Orang nak tanam pokok bunga dalam pasu tu.. hehe..


p/s: Bak kata kakak aku; kau ni pokok bungo ponuh koliling ghumah, tapi soghai sobatangpun takdo... ahahahahaha... Bukan tak tanam.. Tanam..., tapi dah serai tu malu nak tumbuh, nak kato apo.. hehe...

Thursday, March 26, 2015

Kisah semalam...

Assalamu'alaikum....

Kisah semalam...


Semalam aku ke sini.. Temankan mak aku buat check up jantung.. Pergi sekali dengan kedua-dua orang abang aku.. Pergi lepas Subuh... 




Secara jujurnya, hospital ni jauh sangat dari rumah aku.. Tapi disebabkan hospital berhampiran tiada kepakaran, maka terpaksalah pergi walaupun jauh.. Kesian mak aku asyik dok kata penat.. penat.. penat.. Akupun terasa penatnya, apatah lagi mak aku..




Mungkin lepas ni kena beli kerusi roda sendiri.. Sebabnya, nak dapatkan satu kerusi rodapun lambat.. Mungkin ada kena isi borang dan sebagainya.. Tak tau la sebab yang ni abang aku yang uruskan.. Masa pulangkan kerusi roda tu pun macam tu juga.. Bukan boleh main tinggal macam kita tinggalkan troli Jusco tu.. hehh.. 


p/s: Sampai rumah, terus melepek.. Semua sekali melepek.. Malam tu semuanya tidur awal.. Harap-harap cepat la ada pakar berkaitan kat hospital berdekatan rumah.. 

Wednesday, March 25, 2015

Baru nak keluar..?

Assalamu'alaikum...

Baru nak keluar..?


Pokok bunga orkid ni dah bertahun-tahun tak keluarkan bunga.. Seingat aku, bunga tu ada masa mak aku beli dulu tu je.. Lepas tu, sampai ke sudah tak keluar bunga.. 




Baru-baru ni, masa aku melawat kawasan rumah, tiba-tiba mata terpandangkan sulur bunga atau spike yang baru muncul.. Alhamdulillah.. Seronoknya la haiihhh... ahahaha...




Masa kakak aku balik sini hari tu, akupun tunjuk la kat dia spike orkid ni.. Dia kata bunga orkid yang ni takde la cantik sangat sebab warna dia pucat.. Memangpun.. Tapi aku suka je sebab maklum la, dah lama tak berbunga, hati ada banyak teruja maaa.. hehehe..


Harap-harap spike ni takde la kena ngap dek ulat ke, ataupun patah kena langgar dek tupai.. Dah selalu sangat jadi macam ni kat pokok orkid yang lain.. Tak sempat nak tengok bunga tu keluar, dah kena ngap atau patah dulu..


p/s: Macam-macam jenis baja dah aku gunakan sampai tak tau baja mana satu yang betul-betul elok dan berkesan.. hehh..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)