Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, April 19, 2015

Bebel...

Assalamu'alaikum...

Bebel...

Dia datang ke rumah ni selepas raya cina hari tu iaitu tiga hari selepas si Waiti diambil oleh tuannya.. Sejak hari tu sampai sekarang, dia masih kekal di sini.. Tak tau la samada dia sesat ataupun dibuang..




Aku tak tau nama dia.. Tak tau nak panggil apa.. Sudah jadi satu kemestian kat rumah ni, setiap kucing kena ada nama supaya senang nak panggil.. Disebabkan mulut dia yang bising dan asyik mengiau je, maka aku letak nama Bebel.. amekawww... Jujurnya, aku tak boleh nak dengar suara bingit-bingit ni.. Sakit kepala dibuatnya..




Bebel ni betina.. Jika ikutkan aku, aku memang tak nak dah bela kucing.. Tapi abang aku tak nak buang.. Memang sebelum ni kitorang tak pernahpun buang kucing yang datang.. Maka, dialah yang rajin bagi si Bebel ni makan.. Yang aku geram, Bebel ni makannya memilih.. Dia tak nak makan nasi macam kucing-kucing aku yang sebelum ni.. Selagi tak dapat makanan dia tu, selagi tu la mulut dia bising.. Masalahnya, mana la aku larat nak beli makanan dia je.. Bukannya murah makanan dia tu.. Beli sebungkus yang 500 gram tu, boleh tahan berapa hari je.. Itupun selalu gak makanan dia kena tibai dek kucing orang sebelah.. 


p/s: Kan tak pasal-pasal akupun dah ikut membebel.. ahaha...  Saja je nak berkongsi cerita pasal si Bebel ni.. hehh... Takdenya aku nak biarkan dia mati kebuluran.. Rezeki yang Allah beri, haruslah dikongsi.. Mudah-mudahan rezeki semakin murah.. Amin... 

Saturday, April 18, 2015

About...

Assalamu'alaikum...

About...


Bila masuk grup orang, tak kiralah grup apapun, bacalah dulu kat bahagian About tu.. Ada grup yang takde bagitau apa-apa tapi banyak grup yang bagitau tentang peraturan yang perlu diikuti ketika berada dalam grup tersebut..




Jika peraturan sekecil inipun kita susah nak ikut, macam mana pula dengan peraturan yang lebih besar yang ada dalam dunia sebenar..? 


Jika ada yang menegur, janganlah cepat sentap dan melenting.. Orang tak tegur kalau kita takde buat salah.. Belajarlah untuk menghormati sesama ahli.. Jika rasa mudah sentap atau tak boleh nak ditegur, jangan join apa-apa grup ataupun apa-apa perbincangan.. 


p/s: Ditegur, salah.. Tak tegur, salah.. Jadi semua serba salah...

Thursday, April 16, 2015

Goreng sendiri fillet ikan duri...

Assalamu'alaikum...

Goreng sendiri fillet ikan duri...


Fillet ikan duri ni kakak aku bawa dari Labis.. Setiap kali balik sini, mesti dia bawa ikan ni dan juga ayam frozen untuk chicken chop tu..


Ikan duri ni digoreng dan di makan dengan sos ala-ala sos lamb chop tu.. Sejujurnya, aku memang tak pernahpun makan makanan macam ni.. Jadinya, kali ni akupun cuba la buat fish chop.. ahahaha....





Aku gunakan tepung KFC je.. Serbuk roti memang tak pernah ada kat rumah ni.. 








Ikan ni tak banyak.. Jadinya, aku tambahkan sedikit kentang.. Kentang ni aku tak buangpun kulit dia tapi aku cuci bersih kulit tu.. Tak sangka pulak anak-anak buah suka makan kentang macam ni.. Mungkin sebab ada sos tu kot..










p/s: Untuk keluarga yang ramai, elok la goreng sendiri di rumah.. Ni kalau beli yang dah siap, tak tau la berapa kena bayar...

Wednesday, April 15, 2015

Aku pilih Custom... :p

Assalamu'alaikum...

Aku pilih Custom... :p


Bagus juga ada sistem Custom kat fesbuk ni.. Kita boleh pilih setting mana yang kita suka untuk kongsikan sesuatu post atau status samada nak kongsi dengan umum, kawan-kawan, family ataupun hanya untuk tatapan diri sendiri.. Malahan kita juga boleh 'sorokkan' post kita dari pandangan 'kawan' yang kita kurang percaya atau kurang yakin dengan keikhlasan mereka..


Bukan semua orang yang ada dalam senarai kita itu betul-betul ikhlas nak berkawan dengan kita.. Ramai je yang suka mengambil kesempatan.. Ramai je yang suka menikam dari belakang.. Ramai je yang mulut bau wangi ketika di depan kita tapi di belakang kita, mulutnya lebih busuk dari bangkai.. 




p/s: Wall kita adalah hak kita.. Dengan siapa kita nak kongsi cerita, itu juga hak kita.. Orang nak kata apa, itu hak mereka.. 

Tuesday, April 14, 2015

Misi menyiapkan rumah orkid...

Assalamu'alaikum...

Misi menyiapkan rumah orkid...


Cerita ni dah lama.. Sejak dari tahun lepas lagi iaitu sejak rumah orkid ni rebah ditimpa dek angin yang kuat.. Semenjak hari tu, hati aku tak senang sebab tengok rangka rumah orkid tu terbiar macam tu je.. Nak angkat sorang-sorang, memang tak termampu dek kudrat la, kan..


Bila ada je kaum kerabat balik, mulut aku dok potpetpotpet suruh dorang angkat rangka rumah orkid tu dan pindahkan ke ruangan sebelah sini.. Akhirnya, awal tahun ni, dorangpun angkat la rangka rumah orkid tu bersama-sama.. Alhamdulillah..





Lepas tu, aku tengok ada bahagian yang dah mereput dan hampir nak patah pada rangka rumah orkid aku tu.. Dah jadi satu masalah pulak sebab nak kena cari tukang welding.. Bila dah jumpa orangnya, lambat sangat la dia update kerja welding tu.. Alasannya lupa.. Sabar je la..




Ni baru beberapa minggu budak-budak welding tu datang rumah dan buat apa yang patut.. Dorang kata lepas je siap welding tu, esoknya dorang nak cat dan pasang jaring tapi sampai sudah tak datang-datang.. Akhirnya, aku sendiri yang cat dan pasang jaring kat rumah orkid aku ni.. Aku bantai je guna cat apa yang ada yang aku jumpa kat dalam stor.. ahaha.. Jaring tu pulak aku buat dua lapisan.. Makan masa dua hari jugak la aku buat kerja ni sampai naik legam lengan aku.. ahahaha.. 


Memandangkan lubang jaring ni kecik, maka aku terpaksa gunting serong hujung cable tie ni.. Kalau tak buat macam ni, memang susah nak masukkan cable tie tu.. Ni kira satu tips la ya.. hehh...




Akhirnya, siap jugak projek rumah orkid aku ni.. Alhamdulillah.. Lega sangat hati aku.. Takde la mata aku sakit tengok rangka rumah orkid yang terbongkang tu.. Meh tengok gambar selebihnya...















Tiang tu ni nanti la aku cat.. Jaring yang terbuka kat bahagian tanduk kat atas tu pun aku belum cantumkan lagi.. Nanti-nanti la aku buat.. Letih tak hilang lagi ni.. Lepas ni aku nak mula menyembur baja dan sebagainya.. Nak kena paksa orkid ni keluarkan bunga.. Kedekut sungguh la depa ni...!!


Ni bajet yang aku keluarkan untuk cat dan pasang jaring tu.. Jaring tu aku gunakan 17 meter dan harga semeter adalah RM5.. Cat tu aku gunakan yang dah sedia ada.. Tak tau berapa harga satu tin saiz sedang tu.. Tinnerpun aku gunakan yang sedia ada.. Satu botol yang sebesar botol kicap tu harganya RM5.. Cable tie tu aku beli dua peket dan aku gunakan sepeket lebih.. Satu peket ada 100 pcs.. Harga sepeket adalah RM8.80.. Upah welding aku tak tau berapa sebab tukang tu tak datang lagi ke rumah untuk kira kos.. Beruspun aku gunakan yang dah sedia ada jugak.. 


p/s: Alhamdulillah.. Selesai satu perkara.. Boleh fokus pada perkara yang lain pulak.. hehh...

Resepi dan cara nak buat agar-agar kelapa versi aku...

Assalamu'alaikum...

Resepi dan cara nak buat agar-agar kelapa versi aku...


Sebenarnya isi kelapa ni aku dah simpan dalam peti sejuk.. Adik aku yang sorang tu bila balik sini memang tak sah kalau tak kerjakan buah kelapa muda kat pokok belakang rumah ni.. Dia bukannya pandai nak pilih mana kelapa yang isinya betul-betul berhingus.. Asal dapat air kelapa muda tu dah okay la tu.. Kalau terkait buah kelapa muda yang berhingus isinya, tu kira satu bonus la..




Memandangkan isi kelapa kali ni tak boleh nak diparut untuk jadikan inti, maka akupun suruh la abang aku korek isi kelapa tu.. Sebelum tu aku tanya dia dulu, boleh korek ke tak isi kelapa tu..? Dia kata, tak boleh.. Akupun jawab la, tak boleh atau maleh nak korek.. ahaha.. Tup-tup tak lama lepas tu aku tengok dia bawa masuk semangkuk isi kelapa ni.. Katanya nak ratah.. Haaa...! Ratah..??? Ikut suko ko la nak kata apa... ahaha...





Dan memandangkan aku agak sibuk masa tu, aku simpan dulu isi kelapa tu dalam peti sejuk.. Aku cakap kat dia yang aku nak buat agar-agar.. Maka, hari ni jadilah agar-agar kelapa versi aku...



Aku memang sengaja biarkan warna coklat kat isi kelapa tu.. Kononnya biar nampak original la isi kelapa tu.. ahahh..


Dan memandangkan takde air kelapa, aku gunakan air biasa je.. Seeloknya gunakan air kelapa muda tu masa cairkan agar-agar tapi dah takde, nak buat macam mana.. Tak kan nak buang je isi kelapa tu.. Sayang la pulak, kan..


Ni resepi dan cara aku buat agar-agar kelapa ni... Isi kelapa ni adalah daripada dua biji kelapa..

20 gram agar-agar bertali - atau satu bungkus
6 cawan air - seeloknya guna air kelapa muda
1 tin susu cair
1 1/4 cawan gula
secubit garam halus
1 mangkuk isi kelapa - dihiris nipis/halus (jika isinya kenyal atau sedikit keras)


Cara nak buat:

1- Rebus agar-agar bersama dengan 6 cawan air hingga agar-agar tadi mencair..
2- Kemudian masukkan gula.. Kacau dan tunggu gula larut..
3- Lepas tu masukkan pula susu cair dan hirisan kelapa.. Kacau dan biarkan mendidih.. Api jangan kuat sangat.. Takut nanti agar-agar tu melimpah keluar dari periuk..
4- Akhir sekali masukkan secubit garam.. Kacau sebati dan tunggu mendidih lagi..
5- Kemudian, boleh la tutup api dan curahkan agar-agar ke dalam bekas atau loyang..
6- Biarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk..


p/s: Okay.. Ini saja.. Selamat mencuba untuk yang rajin mencuba.. Musim panas ni sedap makan benda macam ni.. hehhh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)