Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, January 11, 2016

Cara paling mudah untuk jahit poket sisi...

Assalamu'alaikum...

Cara paling mudah untuk jahit poket sisi... 


Ini merupakan satu lagi cara paling mudah untuk menjahit poket sisi untuk seluar samada untuk seluar baju melayu ataupun untuk seluar getah.. Hari tu aku ada buat entri cara mudah menjahit poket sisi versi video dari Youtube tapi rupanya cara yang ini lagi la mudah.. hehe..


Okay, jom tengok gambar dan baca penerangan tu betul-betul...


Ini adalah kain untuk poket...


Letak macam ni dulu.. Letak bahagian luar kain kat belah atas.. Yang belah kiri tu untuk bahagian depan seluar dan sebelah kanan tu untuk bahagian belakang seluar..


Turunkan anggaran seinci dari aras pinggang sebab bahagian tu nanti akan dijahit dengan kain untuk pinggang.. Kemudian, jahitkan ikut paras tepi poket yang lurus tu.. 


Lepas tu buat macam ni dan letakkan poket tu pada kain untuk bahagian depan seluar... Bahagian belakang seluar tu besar sikit dari bahagian depan..


Kemudian, tandakan untuk mulut poket..


Bermula dari bawah kaki seluar, cantumkan bahagian depan dan bahagian belakang seluar tu.. Apabila sampai pada bahagian poket, jahit bersebelahan dengan jahitan yang mula-mula tadi.. 


Jahit sehingga sampai apda paras mulut poket yang telah ditandakan tadi.. Kemudian, matikan jahitan..


Lepas tu, jahit pula pada bahagian mulut poket untuk bahagian atas.. Jahit sampai habis dan matikan jahitan..


Lepas tu buat macam ni.. Nombor 1 tu kain untuk bahagian belakang seluar, nombor dua untuk bahagian depan seluar dan nombor 3 tu poket..


Letakkan poket pada kain bahagian depan seluar iaitu nombor 2 tu... 


Lepas tu, jahit lurus ikut anak panah.. Ini adalah untuk melekatkan poket dengan kain seluar..


Kemudian, jahit pula pada bahagian bawah poket..


Dan beginilah rupanya poket sisi yang telah siap dijahit.. Jika nak kemas lagi, boleh la tindih mesin pada mulut poket tu.. Lepas tu boleh la cantumkan semua bahagian seluar tu macam biasa..



Inilah hasilnya seluar batik yang telah dijahit.. Cuma ia belum siap sepenuhnya lagi sebab bahagian pinggang tu belum dimasukkan getah..







Masa menjahit tu, ambil sehelai seluar berpoket untuk dijadikan panduan atau rujukan.. Jadi, takde la nanti terkial-kial nak mula dari mana.. Selamat mencuba..


Berapa ya harga upah jahit untuk semuar batik macam ni..? Seluar ni ada dua poket, kiri dan kanan.. Bab harga ni aku susah sikit nak up tapi aku tak nak la rugi.. Bukan senang nak jahit seluar ni walaupun ada orang kata senang je sebab jahit lurus je.. Penat weii menjahit ni.. Sakit pinggang duduk lama-lama...


p/s: Sekarang semua tiga helai seluar batik ni dah siap sepenuhnya dah.. Lega aku.. ahaha.. Alhamdulillah.. 

Sunday, January 10, 2016

Kaktus dan doorgift...

Assalamu'alaikum...

Kaktus dan doorgift...


Dulu, pokok kaktus dalam pasu kecil ni boleh dapat enam pasu dengan harga sepuluh ringgit.. Sekarang ni cuma dapat empat pasu je.. Sadis betul... huhu..


Pokok kaktus ni anak buah aku yang belikan masa dia pergi Cameron Highlands bulan Oktober tahun lepas.. Dia beli kaktus tu je.. Tempat letak pasu tu aku yang beli masa pergi Cameron Highlands lama dulu.. huhu.. Saja la aku gatal mulut cakap kat dia; bang, beli kaktus bang..! Tengok-tengok dia belikan untuk makcik dia ni.. Terima kasih ya bang.. Nanti beli la lagi.. kehkehkeh..






Hari ni, aku teringat nak pindahkan kaktus ni ke dalam doorgift berupa cawan kecil yang aku dapat masa pergi kenduri kawen orang.. Daripada doorgift tu berhabuk dan bersawang, baiklah aku letakkan pokok kaktus tu kat dalam cawan tu..


Dan inilah hasilnya.. Cuma satu pokok kaktus tu aku gantikan dengan kaktus yang lain sebab pokok yang sedia ada tu dah macam nak kojol je.. 




Dah panjang dah kaktus yang ini...






Aku letakkan pokok kaktus aku ni kat atas kabinet tv dan letak betul-betul depan tv.. Biar senang mata aku memandang dan memantau.. Lagipun, seronok juga sambil tengok tv, sambil cuci mata... 


Pada aku, ini merupakan satu terapi juga ni.. Lepas ni aku ingat nak cari lagi doorgift macam ni kat dalam laci atau almari.. Nak tambah lagi dua tiga pokok kaktus kat depan tv tu.. Barulah meriah sikit.. hehh...


p/s: Siapa yang suka buat macam ni, boleh la letakkan pokok kaktus ni kat tempat yang korang suka lepak.. Letak kat atas meja studi ke..  Letak kat tepi tingkap bilik tidur ke.. Letak kat sudut ruang tamu ke.. Ehh, ikut suka korang la nak letak kat mana.. Asal jangan kena kencing dek kucing atau mudah ditiup dek angin dah la.. haha..

Belajar membonsai adenium...

Assalamu'alaikum...

Belajar membonsai adenium...

Aku ni ada masanya suka juga nak buat sesuatu yang baru seperti buat bonsai ni.. Baru pada aku la.. Dah lama dah tau pasal ni tapi baru sekarang nak mencuba.. Makanya, pokok adenium aku ni la yang jadi mangsa untuk eksperimen aku kali ni.. ahaha...


Meh la tengok apa yang sudah aku buat dekat pokok adenium aku ni.. Jadi ke tidak bonsai aku tu agaknya ya.. Entah-entah bukan jadi bonsai tapi terus berkecai.. huahuahua..





Sepatutnya kena biarkan lagi lama tunggul adenium ni dalam pasu.. Biar akar dia membesar.. Tapi dek kerana tak sabar nak mencuba, aku peduli apa, kan.. hehh...





Terkial-kial juga sebenarnya nak bentukkan pokok adenium ni.. Nak melilit dawai tu lagi la bersilang-silang tangan aku.. Mujurlah dahan tu tak patah.. Pokok adenium aku ni ada dua warna iaitu pink terang dan pink muda.. Yang pink terang ni besan mak aku bagi kat kakak aku tapi dek kerana dia tertinggal pokok ni kat rumah ni, maka aku la yang punya.. ahahaha.. Manakala warna pink muda tu ada empat pokok.. Yang ni kakak aku bawa balik sini untuk aku jaga.. 






Adenium ni kena semai dengan biji benih baru dapat ubi macam tu.. Kalau semai guna keratan dahan, ubi takde tapi pokok masih lagi boleh berbunga.. Cumanya, tak dapat la nak jadikan bonsai.. Sekadar untuk hiasan untuk bunga tu boleh la..


Ada sepokok lagi adenium yang tinggi lampai yang belum lagi aku potong.. Nanti-nanti la aku kerjakan dia pula.. hehe.. Lagipun aku tengok ubi dia kecil lagi.. Sebenarnya pasu leper takde.. Ada satu pasu leper hari tu tapi dah pecah berderai dikerjakan dek kucing yang tengah menggatal.. Geram sungguh...! 


p/s: Tak berapa menjadi takpe.. Yang penting, sudah mencuba.. Korang bila nak cuba pulak..? 

Friday, January 8, 2016

Homemade ais krim Malaysia...

Assalamu'alaikum...

Homemade ais krim Malaysia...

Ini adalah koleksi ais krim Malaysia yang aku buat sempena cuti akhir tahun sekolah tahun lepas.. Buat ais krim ni sebab masa cuti Krismas hari tu ramai yang balik ke rumah ni.. Punya la banyak buat tapi sekejap je dah habis.. ahaha.. Maklum la, dah umatnya ramai.. hehe.. Apapun, alhamdulillah..


Oh ya, ais krim ni aku ikat guna gelang getah sebab aku tak reti nak menyimpul.. Lagipun kalau simpul macam biasa tu, nanti ais krim tu jadi pendek.. hehehe.. 


 Ais krim Malaysia versi bubur kacang hijau.. Yang ni paling aku suka.. hehe..


 Perisa milo.. Ni pun aku suka juga.. ahaha..


 Perisa sunquick mandarin...


 Perisa anggur...


Ais krim kopi ni pula aku buat selepas habis cuti sekolah tu.. Aiskrim kopi ni lebihan dari air kopi yang tak habis minum.. Sayang pula nak buang.. Tu yang jadikan aiskrim tu.. 




Ais krim sirap ni pula dibuat untuk kurangkan stok perisa ros tu.. Aku tengok perisa ros tu banyak lagi.. Sekurang-kurangnya apabila buat ais krim ni, dapatlah susutkan sikit dalam setengah botol.. Dapat dua tray ais krim sirap ni tapi buat masa ni, takde la tukang makan.. 




p/s: Sekarang ni cuaca dah kembali panas menyengat.. Sedap juga kalau dapat makan ais krim Malaysia ni.. Tapi aku ni bukanlah peminat tegar kepada ais.. Makanya, sekali sekala je la aku makan ais krim ni.. 

Tuesday, January 5, 2016

Peribahasa lama yang diabaikan...

Assalamu'alaikum...

Peribahasa lama yang diabaikan...

Ada betulnya apa yang ada dalam peribahasa lama ni.. Cumanya orang zaman sekarang ni selalu sangat memperlekehkan peribahasa tersebut.. Mereka tidak mahu mempraktikkannya kerana beranggapan bahawa peribahasa dahulu sudah tidak lagi relevan untuk digunakan pada zaman serba canggih ini..




Zaman sekarang, sayang anak, ikut sahaja semua kemahuan anak tersebut.. Sanggup bagi anak bermain dengan gadget yang mahal.. Apabila rosak, beli lagi dan lagi dan begitulah seterusnya.. Ibu bapa pula apabila duit dah kering, mula la meroyan salahkan pihak itu, pihak ini sedangkan pada hakikatnya, diri sendiri yang tidak tahu menghargai rezeki yang Allah beri..


p/s: Belum lagi mencuba praktikkannya tapi sudah sibuk mengata ia tidak relevan.. 

Akhirnya..! Inilah hasilnya..! Baru tau..!

Assalamu'alaikum...

Akhirnya..! Inilah hasilnya..! Baru tau..!


Ingat lagi tak kat entri aku yang gambar kat bawah ni..? Ahaha, sekarang aku dah dapat dah hasilnya.. Sikit je pun tapi okay la untuk dikitar semula.. Hehe..




Dan inilah hasil tersebut selepas aku campakkannya ke dalam pasu besar kat luar rumah.. ahaha...







Ooo... Macam ini rupanya pokok kacang hijau.. Selama ni tak pernah tengok dan tak pernah taupun macam mana rupanya pokok kacang hijau ni.. Mujurlah ada eksperimen yang tak menjadi ni.. Dapatlah aku tengok dengan mata sendiri pertumbuhan kacang hijau ni.. hehe..


Dan inilah hasilnya.. Dapatla seco'et.. Jadi la, kan..? Dapat cover balik kacang hijau yang buat eksperimen hari tu.. hehe...


p/s: Tak cuba, tak tau, kan..? So, kena cuba dulu.. Jangan asyik nak menghentam je tanpa mencuba terlebih dahulu.. tetttttt...!

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)