Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, June 5, 2016

Yang patah, jangan terus dibuang.

Assalamu'alaikum.

Yang patah, jangan terus dibuang.


Gunting kecil aku ni, baru je aku beli. Tak sampaipun seminggu. Baru tiga kali aku gunakan untuk snip bahagian leher baju kurung. Tengah dok sedap buat kerja, tup, dia patah la pula! Adeh, sabar je la.


Gunting lain, takde. Yang ada gunting besar buat potong kain tu. Tak berani la aku nak gunakan gunting besar tu untuk kerja snip. Kang tak pasal-pasal, rosak pulak bahagian leher baju kurung orang! Gunting kecil yang ada tu pulak dah tumpul. Buat sakit hati je nak gunakannya. Kat sini memang payah la nak beli gunting ni. Kalau nak beli, kena pergi ke bandar.




Disebabkan aku nak gunakan sangat gunting ni dan tak mahu kerja aku tergendala, maka akupun gigih la pergi bakar dengan lilin bahagian yang patah tu. Lepas tu, cepat-cepat aku cantumkan balik dan tekan kuat-kuat. Sebelum ni, bahagian kanan tu dah patah dah. Dia patah dalam bentuk L. Jadinya, senang la sikit aku nak bakar dan cantum balik.


Bahagian pemegang sebelah kiri ni dia patah lurus macam tu. Susah sikit nak cantum. Mula-mula tu okay je melekat tapi apabila aku gunakan, dia patah balik semula. Kiranya, cantuman tu tak kuat la. Lepas tu, akupun bakar lagi sekali dan tekan kuat-kuat. Sambil tu, aku panaskan hujung pisau dan aku cairkan plastik pemegang gunting tu dan aku tutup kesan yang patah tu. 




Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh gunakan balik semula gunting kecil aku ni. Nampaknya percubaan mencantum kali yang kedua tu berhasil. Cuma kedudukan gunting tu senget sikit la. Tak mengapa la haihh. Asalkan gunting tu tajam dan boleh digunakan, sengetpun senget la. Ahaha.


p/s: Akupun dah beli gunting kecil yang baru jenis besi masa aku ke bandar hari tu. Tapi buat masa ni, aku masih lagi gunakan gunting yang plastik ni. Selagi boleh digunakan, gunakan aje la. Buat apa nak membazir buang jika masih lagi elok. Kan?

Friday, May 27, 2016

Ini kerja kau rupanya ya!

Assalamu'alaikum.

Ini kerja kau rupanya ya!

Kerja apa? Siapa punya kerja? Tak nampak apa-apapun. Gambar pertama ni, memang la tak nampak 'kerja' apa yang 'dia' tu buat. Yang aku nampak, pokok bunga aku ni lain macam je dia punya kembang.




Haaaa.....! Ni la 'kerja' yang 'dia' tu buat. Pandai betul dia cari port. Sangat strategik sampai akupun tak terfikir kenapa pokok bunga aku tu mengembang. Mujurlah hari tu aku ternampak si ibu ayam tu keluar dari rumpun pokok bunga ni. Lepas je ayam tu blah (sebab aku dah halau), akupun kuak la dahan pokok bunga tu dan nampak la apa yang tersembunyi di situ. Wa ang takajuik, okay!




Lepas tu, apa lagi. Akupun kutip la semua telur ayam kampung tu. Dalam hati siap bercakap; padan muka ko ayam! Telur ko aku dah rembat. Hahaha. Mula-mula tu ingat nak simpan je telur tu dalam peti sejuk. Tapi tak lama lepas tu, teringat pulak dah dekat nak puasa ni, kan? Maka, akupun terus tak jadi nak simpan telur tu malah telur yang ada dalam peti sejuk tu aku keluarkan, aku basuh dan aku biarkan terendam untuk beberapa minit. Tujuannya untuk kita tahu samada telur ayam tu masih elok lagi ataupun sudah masuk angin.




Ada sebiji telur yang terapung. Akupun asingkan. Telur yang lain tu aku toskan dulu bagi kering. Kenapa? Sebab aku nak buat telur masin la. Hahaha.


Telur yang terapung tu tak rosakpun. Elok je lagi isi kat dalam tu tapi disebabkan aku dah pecahkan telur tu dan aku tak tau nak buat apa, maka, telur kuning dia tu aku bagi kat anak-anak bulus aku makan dan telur putih tu aku tepek kat muka aku. Tegang sekejap kulit muka mak jemah ni. Kehkehkeh.


p/s: Siapa kata telur ayam kampung tak boleh dijadikan telur masin? Boleh aje maaaa. Pandai-pandai la kita sukat banyak mana nak letak garam kasar tu. Yang penting, telur tu jangan direbus dulu ya. Dah jadi telur masin baru la kita rebus dia. Heh.

Thursday, May 26, 2016

Beza antara mereka.

Assalamu'alaikum.

Beza antara mereka.


Satu, beli dengan peniaga berbangsa Melayu. Harganya RM6.





Dan yang satu lagi beli dengan peniaga berbangsa Cina. Harganya RM4.





Dua-dua halia ini dibeli dalam kawasan yang sama. Jarak antara tempat jualan tak sampaipun satu kilometer. Perbezaan harga sampai RM2. Kuantiti jugak agak ketara perbezaannya. 




Kadang-kadang bukan tak nak tolong peniaga yang sama bangsa. Tapi itu la, harga yang dorang kenakan sangatlah ketara bezanya. 


p/s: Memang betul pilihan ada di tangan kita. Cuma, ada ketikanya terasa serba salah juga. 

Dah kena remove? Bagus!

Assalamu'alaikum.

Dah kena remove? Bagus!

Sejujurnya, aku hanya sekali je pernah jenguk page tu. Lepas tu, takde dah aku nak jenguk. Like page tu pun tak. Walaupun khabarnya ramai yang Like, yang penting bukan aku. Aku tak akan Like page yang entah apa-apa, apatah lagi yang tidak memberi sebarang manfa'at. 




Page caca marba dan caci maki macam ni pasti akan ujud lagi. Mereka yang ada di belakang page ini tidak akan pernah serik untuk timbulkan kontroversi. Entah la, kadang-kadang aku jadi tak faham kenapa nak buat page yang sebegitu. 


p/s: Janganlah jadi gila hanya kerana nak ada nama. Kronik sangat dah gayanya.

Monday, May 23, 2016

Main ubah-ubah tempat.

Assalamu'alaikum.


Main ubah-ubah tempat.


Pokok nenas tu asalnya aku tanam dalam pasu sebab nak bagi dia tumbuh elok dulu. Nenas ni dari rumah kakak kat Labu tu. Apabila tengok pucuk baru dah elok dan naik dengan cantik, aku ubah tanam atas tanah pulak. Harapnya pokok nenas ni hidup subur dan ada buahnya nanti. 







Pokok mata kucing ni pulak tumbuh atas tanah. Mungkin bijinya dibawa dek tupai. Tingginya ada la dalam sejengkal lebih sikit. Kebetulan ada satu polybag kosong. Maka, akupun dengan sepenuh tenaga korek la dan masukkan dalam polybag tu. Harapnya pokok mata kucing ini juga membesar dengan sihat dan berbuah dengan lebat. Jika tengok pada daunnya, pokok mata kucing ni sama jenis dengan pokok mata kucing jiran depan rumah yang buah mata kucing tu besar dan sangat manis.




p/s: Moga usaha kecil aku ini membuahkan hasil. Aamiin. Tolong doakan sama-sama ya. Terima kasih. :)

Sepatutnya begitulah!

Assalamu'alaikum.

Sepatutnya begitulah!


The more knowledge you have, the more humble you should be. But sadly today, those who know little, think they know it all. Fear arrogance! - Mufti Ismail Menk.




Apa gunanya punya ilmu pengetahuan yang luas jika tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Apa yang penting, berkongsilah dengan seikhlas hati dan jangan meninggikan diri dengan segala ilmu yang kita miliki. 


Lagi memual dan memalukan jika kita tidak punya ilmu tapi berlagak macam kita tahu semuanya. Astaghfirullahal'azim. Moga dijauhkan dari bersikap begini.


p/s: Sama-samalah kita berpesan pada diri sendiri serta berpesan-pesanlah pada orang lain juga.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)