Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, March 15, 2017

Kali pertama buat kuih seri muka.

Assalamu'alaikum.

Kali pertama buat kuih seri muka. 

Ini merupakan kali pertama aku buat kuih seri muka ni. Setelah bertahun-tahun teringin nak cuba buat sendiri, baru kali ini ia berhasil. Itupun setelah aku tengok gambar kuih seri muka seorang kawan yang beliau kongsi di facebook. Selama ini ramai je kawan yang berkongsi gambar dan resepi kuih seri muka tapi takde la pulak aku teruja nak membuatnya. Mungkin sebab bukan dorang yang buat sendiri, maka rasa teruja nak buat tu tak ada. Hehe. Mungkin jugak sebab hari tu aku puasa ganti,maka semangat dia lain sikit. Agaknya la. Haha. 


Jom tengok gambar step by step aku buat kuih seri muka ni. Gambarnya sangat banyak. Harap bersabar la ya. Hehe.



Aku gunakan beras pulut cap angsa emas ni. Rendam lebih kurang 1-2 jam. Nak rendam sekejappun boleh tapi ambil masa sikit la untuk mengukus nanti.


Lepas tu, cuci bersih dan toskan. Tuangkan ke dalam loyang. Ketepikan sekejap.


Sementara tu, kita sediakan santan untuk dimasukkan ke dalam beras pulut tadi. Aku kisar je kelapa ni. Haha.


^
Tapis dan sukat dengan cawan mengikut sukatan yang dikehendaki.
v

^ 
Gunakan 2 cawan santan dan tuangkan ke dalam loyang berisi pulut tadi. Masukkan 1/2 sudu teh garam dan kacau rata. 
v

Kukus pulut lebih kurang 30 minit atau sehingga pulut masak. 15 minit pertama tu, buka pengukus dan kacau pulut supaya santan dan pulut masak sekata.


Selepas pulut masak, tekan padat-padat pulut dalam loyang tadi. Gunakan apa saja untuk menekan sebab pulut tu masih panas. Ketepikan sekejap sebab kita nak buat lapisan untuk bahagian atas pula.





^
Kisar lima helai daun pandan dengan satu cawan air. Tapiskan dan kemudian curahkan air pandan tadi ke dalam kelapa parut untuk dikisar sekali lagi. Tambah lagi satu cawan air ke dalam pengisar sebab kita perlukan dua cawan santan yang ada air pandan. Kisar, tapiskan dan masukkan ke dalam bekas.
v



Masukkan gula ke dalam bekas yang berisi air pandan dan santan tadi.


Masukkan 5 sudu makan penuh tepung gandum.


Masukkan pula 2 sudu makan penuh tepung jagung.


Masukkan sebiji telur. 


Masukkan 1/2 sudu teh garam halus.


Kacau rata adunan supaya tidak bergentel. Ataupun boleh je kisar sekejap dan tapiskan ke dalam periuk.


Kacau tanpa henti di atas api yang sederhana besar. Kacau sehingga adunan sedikit pekat. Jangan kacau sampai pekat betul-betul.


Kemudian, tuangkan perlahan-lahan ke dalam loyang yang berisi pulut yang sudah diratakan tadi. Dan kukus selama lebih kurang 30-40 minit.




^
Beginilah rupanya kuih seri muka aku. Gambar yang atas ni aku potong sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Nampak lembik lagi bahagian atas tu. Gambar bawah pula aku potong selepas aku keluarkan dari peti sejuk. 
v


Dan ini pula merupakan kuih seri muka kali kedua yang aku buat. Kali ni aku letakkan sedikit pandan paste untuk menaikkan warna hijau seri muka ni. Buat kali kedua ni takde la teragak-agak dah sebab dah ada pengalaman masa buat kali pertama hari tu. Loyang tu aku lapik plastik. Masa kali pertama buat hari tu aku tak  lapikpun loyang tu dengan plastik. Jadinya, agak susah sikit la nak bawa keluar dari loyang.



Alhamdulillah, elok la sikit kejadian kuih seri muka aku ni jika nak dibandingkan dengan yang pertama kali buat tu.


Inilah dia resepi kuih seri muka yang kawan facebook aku tu kongsikan. Terima kasih pada empunya resepi dan terima kasih jugak pada yang berkongsi resepi.




Selamat mencuba untuk yang berani mencuba. Jika aku boleh buat kuih seri muka ni, kenapa korang tak boleh buat? Kan?


p/s: Yakin boleh! Haha

Tuesday, March 14, 2017

Percubaan menanam rock melon.

Assalamu'alaikum.

Percubaan menanam rock melon.

Rock melon ni projek suka-suka je. Saja la nak luangkan masa dan gunakan sebaiknya ruang yang ada kat rumah ni. 


Sebelum ni main campak je biji benih rock melon tu ke dalam pasu. Tak sangka pulak benih tu hidup. Banyak benih yang hidup tapi sebab masa tu aku jenis tak kisah, buat tak endah je, banyaklah anak pokok rock melon tu mati macam tu je. Cuma sepokok kat bawah ni je yang hidup. Bunga dia banyak tapi hanya sebuah aje yang lekat. Yang lain tu gugur macam tu je. 




Sayangnya, buah rock melon yang sebiji tu habis kena serang dek ulat hijau. Daun rock melon tu pun macam tu jugak. Habis kering. Ingatkan nak la tunggu buah ni besar tapi tak dapat la nak tunggu sebab buah tu dah mula berlubang-lubang dikerjakan dek ulat tadi.


^
Kecil je buah rock melon aku ni. Haha.
v



Beginilah rupanya isi dalam rock melon tu. Biarpun kecil, tapi dah masak dah. Rasa dia sama macam rock melon yang dibeli tapi yang ni lagi manis.




Biji rock melon yang ini pun aku campak jugak dalam pasu besar. Ingatkan tak tumbuh sebab tengok gaya biji tu macam muda lagi. Rupanya, banyak anak pokok rock melon yang bercambah. Akupun apa lagi, terus la ubah masukkan dalam pasu. Aku cucuk lidi satay terpakai kat dalam pasu rock melon tu. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kucing membuang kat dalam pasu tu. Kalau tak buat macam ni, memang selamat la pokok rock melon aku tu dorang berakkan. 


Gambar ni bertarikh 22/2/2017. 


Sekarang ni pokok rock melon aku dah mula membesar. Dah mula keluar sulur nak memanjat. Bungapun dah keluar dah. Dari tiga pasu, sekarang dah jadi enam pasu. Mungkin akan tambah lagi sebab masih ada banyak lagi anak pokok rock melon ni yang aku belum ubah masuk dalam pasu. 



 ^
Tengah berkira-kira sama ada nak buat pancang ataupun nak biarkan aje dia memanjat kat tembok berpagar tu. Pagar tu aku punya, bukan jiran punya. Heh.
v


Harap-harap pokok rock melon aku yang kat kawasan sini hidup sihat dan tidak kena serangan ulat. Pokok rock melon kali ni aku jaga dan letak baja. Takde la macam pokok yang mula-mula hari tu aku biarkan macam tu je. 


Aku takde asas cara menanam rock melon ni. Aku belasah je tanam macam aku tanam pokok lain. Haha.


p/s: Makin tak sabar pulak rasanya. Teruja nak tengok buah dia. Haha.

Sunday, March 12, 2017

Eksperimen: Sawi dan baja AB.

Assalamu'alaikum.

Eksperimen: Sawi dan baja AB.


Aku buat eksperimen lagi berkaitan dengan sawi dan baja AB. Ni la kerja aku sekarang ni. Habis segala jenis botol kat rumah ni aku kerjakan. Botol plastik ke, botol kaca ke, semuanya aku balun semacam je. Haha.


Kali ni aku gunakan pula tin susu Ensure Omak aku tu. Hari tu kan ada yang kata tak elok tanam sayur gunakan tin sebab tin tu nanti akan berkarat. Makanya, kali ni aku lapikkan tin tu dengan plastik. Kalau ada plastik yang tebal sikit lagi bagus tapi aku takde plastik tebal tu. Jadi, aku gunakan plastik tu dua lapis.


Jom tengok gambar!


 Masukkan dua lapis plastik ke dalam tin.


 Potong penutup plastik tin mengikut saiz bekas yang berisi pokok sawi. Kita perlukan dua penutup untuk satu tin. Satu penutup untuk atas dan satu penutup untuk letak kat bawah. Potong cuma satu penutup sahaja.


 Lapikkan bawah tin dengan penutup supaya tin tu tidak berkarat jika kita letakkan di atas tembok.


 ^
Tutupkan tin dengan penutup yang sudah dipotong. Dan tuangkan baja AB ke dalam tin tadi. Sukatan baja AB adalah 5ml baja A dan 5ml baja B dicampurkan dengan 1.5L air. Goncang atau kacau dan barulah masukkan ke dalam tin.
v


 ^
Dan bolehlah masukkan bekas berisi pokok sawi ke dalam penutup yang berlubang tadi.
v


Sebelum tu, aku alihkan pokok sawi yang dalam botol air mineral tu ke dalam botol yang lebih elok. Aku gunakan botol syampoo badan ni, botol horlicks dan juga botol lady's choice.













Sejak tanam sawi ni, aku tak beli dah sawi kat pasar. Ada la dalam dua bulan tak beli sawi dan kangkung. Dapat jugak aku bagi sikit sawi ni kat jiran.


p/s: Saja suka-suka mengisi masa yang ada. Daripada berangan dan termenung tak buat apa, baiklah aku tanam sayur.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)