Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, November 17, 2022

Peristiwa 16 September 2022.

Assalamu'alaikum.

Peristiwa 16 September 2022.

Semalam, ada dua kejadian yang berlaku. Satu kejadian suka dan satu lagi kejadian duka.

Aku mulakan kejadian suka dulu la. Petang semalam, team fertigasi cili bara buat surprised birthday untuk leader kami. Akupun tak tau fasal ni. Ikutkan aku malas nak keluar sebab dah petang tapi disebabkan ada kawan yang nak jemput, maka akupun ikut la sekali. 😁😁😁

Kami buat sambutan ala kadar je sebab benda tak rancang. 

















Peristiwa dukanya pula ialah apabila aku sampai rumah dari tapak projek cili tu, abang aku bagitau yang kucing aku, si Panjang dah mati. 😭😭😭 

Damai la kamu duhai Panjang. Moga kita bertemu lagi satu masa nanti. 






Ni masa si Panjang sihat. Budaknya baik, ensem, gebu, nakal dan lincah sangat.






Kini semuanya tinggal kenangan. Mujurlah ada simpan gambar dan video Panjang ni. Boleh jugak tengok bila rindu.





p/s: Sengaja aku simpan cerita ni dalam blog sebagai kenangan.

.

Wednesday, November 16, 2022

Mengecat lagi dan jolok buah ciku madu.

Assalamu'alaikum.

Mengecat lagi dan jolok buah ciku madu.

Pagj tadi, team GPW bergabung tenaga dengan staff pejabat Felda untuk sama-sama bergotong-royong mengecat mercu tanda di perkampungan kami dan juga mengecat baki pasu yang ada.
























Selesai mengecat, kami pergi pula ke rumah rakan berdekatan untuk menjolok buah ciku madu. 















p/s: Alhamdulillah di atas segala rahmat dan nikmat yang Allah berikan.

.

Tuesday, November 15, 2022

Blouse sempoi dari kain cey crepe.

Assalamu'alaikum.

Blouse sempoi dari kain cey crepe.

Alhamdulillah. Akhirnya siap jugak blouse sempoi aku ni. Kainnya dah lama aku potong tapi dek kerana kekangan masa, maka terbengkalai la ia tak berjahit. 🤭🤭🤭





Kain tak cukup inci. Jenuh la aku dok pusing-pusing kain tu. Terpaksa pendekkan sikit labuh baju.





Pertama kali aku jahit leher guba kun dari kain yang sama. Mujurlah menjadi. Buat kun sebab kain tak cukup untuk buat lapik leher baju kurung.


Ada satu poket di sebelah kanan baju.



Jahitan bawah baju aku guna manual babyseam.





p/s: Sedap pakai baju dari kain cey crepe ni.

.

Pancang buluh untuk projek cili bara.

Assalamu'alaikum.

Pancang buluh untuk projek cili bara.

Pagi tadi, kami sambung buat kerja di tapak projek cili bara. Kena sediakan buluh untuk buat pancang. Buluh ni team aku dah belah siap-siap dah. Tinggal lagi nak bersihkan kiri kanan dia dan tajamkan bawah buluh tu.







Aku datang awal. Pintu pagar tapak projek tak buka lagi. Jenuh la aku menunggu dorang sampai. Mujurlah ada kerusi kat kedai runcit tepi tu. Dapat jugak la aku lepak kat situ.




p/s: Rasa teruja tunggu pokok cili tu berbuah. Moga kesemu pokok cili tu dijauhkan dari segala penyakit berjangkit. Aamiin.

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)