Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, July 2, 2009

SIFAT 20 ALLAH...

Assalamualaikum...

Sifat 20 ALLAH yang wajib diketahui oleh orang2 Islam seperti yang terkandung di dalam al-Quran termasuk juga sifat2 Mustahil yang wajib diketahui.

1= WUJUD
Maknanya ADA. Allah Taala itu ada. Mustahil Allah tiada.

2=QIDAM
Maknanya SEDIA. Allah Taala itu sedia ada. Mustahil Allah didahului oleh Adam(tiada).

3= BAQA
Maknanya KEKAl. Allah Taala itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana(binasa).

4= MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
Maknanya Tidak sama dengan yang baharu. Allah itu mempunyai sifat2 yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

5= QIYAMUHUU BINAFSIH
Maknanya Berdiri dengan dirinya sendiri. Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

6= WAHDAANIYAT
Maknanya ESA. Allah itu maha esa DzatNya, Esa sifatNya dan Esa juga perangaiNya. Mustahil ia mempunyai dzat, sifat dan perangai yang berbilang2.

7= QUDRAT
Maknanya KUASA. Allah Taala itu maha berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

8= IRADAT
Maknanya MENENTUKAN. Allah itu menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

9= ILMU
Maknanya MENGETAHUI. Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

10= HAYAT
Maknanya HIDUP. Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

11= SAMA'
Maknanya MENDENGAR. Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah itu tuli atau tidak mendengar.

12= BASAR
Maknanya MELIHAT. Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah itu buta.

13= KALAM
Maknanya BERKATA-KATA. Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah itu tidak bercakap atau bisu.

14= QOODIRAN
Maknanya MAHA KUASA. Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

15= MURIIDAN
Maknanya MENENTUKAN. Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakiNya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

16= AALIMAN
Maknanya MAHA MENGETAHUI. Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah itu jahil atau tidak mengetahui.

17= HAYYUN
Maknanya HIDUP. Allah Taala itu maha hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

18= SAMI'UN
Maknanya MENDENGAR. Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah tidak mendengar atau tuli.

19= BASIIRUN
Maknanya MELIHAT. Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

20= MUTAKALLIMUN
Maknanya MAHA BERKATA-KATA. Allah Taala itu berkata2. Mustahil jika Allah itu bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Thursday, June 25, 2009

KESIAN DIA....

Assalamualaikum....

Sejak kebelakangan ni, aku sering teringat pada seorang kawan yang sama2 bekerja kat Johor dulu. Dan 2 malam yang lepas, tak semena2 aku menangis terkenangkan dia. Apakah nasib dia sekarang. Apakah dia masih lagi menjadi mangsa penampar suaminya? Adakah dia bahagia dengan hidupnya, dengan suami pilihannya, dengan anak2nya yang masih kecil itu. Dan yang menjadi persoalan aku sekarang ni, adakah dia masih lagi memegang status seorang isteri ataupun sebaliknya. Andaikata dia telah ditinggalkan, aku tumpang bahagia. Aku dapat merasakan bahawa kawan2 yang lain turut gembira jika dia berpisah.

Apalah ertinya sebuah kehidupan alam rumahtangga jika dia sering menjadi mangsa penampar sang suami, sedangkan dia seorang wanita yang sangat tulus dan jujur. Namun sayang, akibat dari kejujuran serta ketulusannya itulah, dia sering menjadi mangsa suami yang cemburu buta serta panas baran.

Dia...gadis dari Pantai Timur, datang mencari rezeki di negeri orang. Aku akui dia memang cantik, dengan kulitnya yang putih kemerahan tanpa sebarang parutpun yang kelihatan. Dia seorang anak yang baik, tidak pernah lupa untuk menghantar wang saku untuk keluarga di kampung. Bayangkan, ayahnya hanyalah penoreh getah, dengan bilangan anak yang ramai iaitu 13 orang. Mana mungkin ayahnya mampu untuk menyediakan semua keperluan tanpa sedikit sumbangan dari anak2 yang sudah bekerja.

Ramai yang minat dan jatuh hati dengan kawan aku ni. Tapi entahlah, mungkin sudah jodoh dia, ditakdirkan berkenalan dengan sang pembengis. Dari awal lagi kami sebagai kawan sering menasihati. Pilihlah lelaki yang lain kerana dia punya kuasa untuk memilih. Namun dia tetap dengan pilihannya itu... Dan apalah daya kami untuk menghalang...

Masa berkawan lagi dia sudah kena tumbuk di mata. Aku sedih sangat tengok dia masa tu. Dia cuba sembunyikan tanda lebam tu dengan memakai cermin mata, padahal dia bukannya rabun! Punca kena tumbuk sikit je, dia hanya terlambat 5 minit untuk turun ke bawah berjumpa boyfriend dia tu. Hanya 5 minit...!!!

Aku ingatkan selepas bertunang keadaan akan menjadi lebih baik namun semua itu hanyalah sementara. Dia ditumbuk lagi, tempat yang sama, di mata. Kali ni lebamnya agak ketara sampai supervisor tanya aku kenapa dengan mata dia. Aku nak jawab apa?? Akupun orang lain yang bagitau sebab dia malu nak pandang muka aku. Masa ni kami dah tinggal berasingan kerana syarikat nak jimatkan kos asrama, jadi kami terpaksa berpecah untuk mengisi mana2 asrama yang kosong. Aku memang tak tau cerita pasal ni sehinggalah aku tengok dari jauh muka dia, tengok keadaan diri dia yang semakin kurus. Dan aku curi2 pandang muka dia yang semakin layu dan cengkung, kerana dia memakai tudung yang sengaja di tarik ke depan untuk menutupi kesan lebam kat mata dia tu...

Kini, kami benar2 terpisah jauh. Aku sudahpun berhenti. Dan dia masih lagi bekerja waktu itu.Aku cuma mampu untuk meminta maaf sebelum pergi. Tak sanggup lagi aku nak cakap banyak2 dengan dia.Apatah lagi waktu tu dia dalam keadaan sarat mengandung.

Masa bercinta, si lelaki sanggup tunggu betul2
kat depan pintu pagar, tapi bila dah sarat macam tu, takde lak dia tunggu kat situ. Sebaliknya si suami tunggu kat seberang jalan. Terpaksalah kawan aku naik jejantas, berjalan dengan laju untuk cepat sampai kat suami. Dia sememangnya sudah sedia maklum, lambat bermakna penampar...!!

Aku terpaksa berhenti di sini dulu kerana airmata aku sudah mula mengalir kembali. Sebagai kawan, aku doakan agar dia bahagia walau di manapun dia berada. Dan yang pasti, aku amat merindukan dia yang dahulu...ceria sepanjang waktu...

Tapi kini.......

p/s: Bagaimana aku nak tolong dia sedangkan kami benar2 sudah terputus hubungan...Selamatkanlah dia ya ALLAH...
.

Monday, June 22, 2009

YANG AKU RINDU.........

Assalamualaikum.....

Sambungan dari kisah semalam....
Inilah WAJAH yang aku RINDU sangat2 tu.....
HARUM dan WANGI je bau dia...

Itulah dia BUAH KUININ.....



Wakakakakaka.......
Korang jangan la marah aku ehh....
Larikkkkkkkkkkkkk....huahuahua....


p/s: Gambar ni bukan dari koleksi aku, tapi aku ambil dari blog sapa tahh... Maaf ehh hehehe...

Saturday, June 20, 2009

HANTU...........

Assalamualaikum......

Kali ni nak kongsi citer pasal hantu lak...hihihihihi...takut tak? Zaman kecik2 dulu aku sering dimomokkan dengan citer2 hantu ni. Asal degil sikit je... mak akan cakap "Haa, degil la... kang ambik dek antu baru tau..." So, aku percaya je la.. kalau mak kata jangan buat, memang aku tak akan buat punya la.. takut hantu punya pasal...

Ada 2 kejadian yang berlaku masa aku kecik2 dulu, yang aku ingat sampai sekarang. Kejadian yang pertama tu, aku tak pasti samada ianya mimpi ataupun realiti, tapi aku memang takut bila ingat2 balik. Manakala kejadian yang kedua tu memang benar2 berlaku di depan mata aku.....

Peristiwa pertama...(mimpi atau realiti...???)

Aku dengan kawan2 selalu pergi bermain2 dekat satu tempat lapang dalam kebun getah mak aku. Sebelum sampai ke kebun getah tu, kitorang kena lalu tanah perkuburan sebab tu je lorong yang ada. Main punya main, tak sedar hari dah mula gelap. Lepas tu mula la masing2 kelam kabut lari balik ke rumah. Mana yang jalan kaki tu kena la pecut lelaju sebab nanti kena tinggal dengan kawan2 yang naik basikal.

Aku naik basikal dengan kawan aku. Bila je melepasi tanah perkuburan tu, tetiba je ada satu benda jatuh bergolek betul2 depan tayar basikal yang kawan aku bawak. Nasib baik dia sempat ngelak. Kawan aku tu memecut punya la laju. Dalam pada tu aku sempat lagi menoleh ke belakang dan nampak benda yang bergolek tu bercahaya macam ada api kat dalamnya.. dan nampak asap putih naik ke atas.. huwaaaaaaaa....

Sampai je kat rumah badan aku terus menggigil2, sampai tak boleh bercakap. Mak aku dah dapat agak dah.. terus mak aku mandikan aku. Pastu aku tak ingat apa2 dah. Tidooo. Esoknya mak aku cakap benda yang aku jumpa tu mungkin hantu bungkus... Tidakkkkkk.....

Peristiwa kedua (realiti...)

Kitorang ramai2 dengan family, dengan kawan2 pergi tengok wayang terbuka kat padang sekolah. Dalam seronok2 tengok wayang tu (lupa citer apa), tetiba je ada satu benda bergerak laju melintasi padang tersebut. Kitorang ramai2 tengok je benda tu lalu. Dalam pada tu, ada yang berbisik bagitau..."Tu polong tu..." Meremang sehhh bulu roma aku. Benda tu bercahaya. nampak macam ada api yang terjuntai2 kat hujung dia. Ada gak yang cakap tu hantu penanggal.

Entah la, yang mana satu betul aku tak pasti. Yang aku pasti aku dengan kawan2 semua dah mula berpeluk2 ketakutan. Masa benda tu lalu, semua orang termasuk suara cerita kat skrin tu terdiam sekejap. Ajaibkannnnnnn... Dan padang pada masa tu terang seketika.... hahahaha....

Lepas tu benda tu pun hilang... dan ada bau yang kurang enak yang dia tinggalkan. Akibat kejadian tu, aku dengan kawan2 jadi serik nak tengok wayang kat padang sekolah lagi...

p/s: Amacam dengan korang ?? Pernah jumpa hantu tak ?? Ataupun korang memang dah jadi HANTU... hihihihi.....

Friday, June 19, 2009

NO KOMEN.....

Assalamualaikum...

Petang tadi aku pergi kedai nak beli butang untuk blouse aku. Sampai kat situ, suami akak kedai tu tanya la kat isteri dia..."Sape dia ni..??" Then akak tu pun cakap la.. "Adik cikgu....(tuuuuuttt)" Pastu akupun cakap la..."Laa, aritu kan dah datang sini.." Then abang tu jawab.."oo ya, aritu nampak lain.." Aku tanya dia balik.."Apa yang lain nya, sama je. Aritu pakai tudung ni gak..hehe" Aku gelak2 je. 


Pastu abang tu cakap.."Hari ni nampak cantik, aritu nampak lain sikit.." Aku gelak2 lagi tapi dalam hati aku berkata2 gak.... rabun ke haper abang ni... muahahaha... Akak tu pulak dok senyum2 simpul je tengok laki dia giat aku.... ngeeeee....


Sebelum aku balik, sempat lagi abang tu tanya kat aku... "Dah kawen ke belum ni...?" Aku sengih je. Pastu dia cakap lagi.."Kalau belum nak tolong carikan. Nak ke tak kawen ni..?" Aku selamba je jawab.."Taknak.." Abang tu tanya lagi..."Apsal lak taknak kawen..?" Aku jawab lagi.. "Kalau soh kawen saya lari... hehe". Abang tu tanya lagi.. "Apsal lak nak lari..?" Aku balas balik..."Saya lebih rela lari dari kena kawen...hehe"


Pastu akupun naik motor aku, nak balik dah ni tapi abang tu cakap lagi.."Bodooohh.. soh kawenpun taknak". Aku gelak2 je jawab..."Tak kisah la nak kata bodohhpun hehe..." Aku tau abang tu bergurau je dengan aku dan aku takde nak terasa hatipun. Pastu akupun blah la balik sambil senyum2 kambing...


Persoalan sekarang ni, bodoh ke seseorang tu jika dia tak nak kawen..???

p/s: Jawapan aku no komen. Aku cuma merasakan akulah orang yang paling bodoh sekali seandainya aku gagal menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk keluarga aku. Perkahwinan umpama satu perjudian...dan sememangnya aku tidak pandai berjudi.. :P

Wednesday, June 17, 2009

CERITA KUNING....

Assalamualaikum....

CERITA KUNING....


Kali ni nak citer kisah Kuning, seekor anak kucing yang dibuang orang kat depan rumah aku. Kesian kat anak kucing ni, baru je nak kenal dunia dah kena buang. Kenapalah kejam sangat manusia ni, buat benda yang tidak sepatutnya dilaku kan. Aku rasa mungkin umur Kuning 2 bulan masa dia kena buang tu sebab badan dia kecik dan kurus sangat...




.....ni bukan Kuning tapi sebagai hiasan je...huhu...


Aku bela Kuning sama macam kucing-kucing aku yang lain. Lama kelamaan, badan dia semakin bulat dan dia lak makin ligat berlari-lari. Aku tumpang seronok tengok keletah Kuning. Sejak hari tu, Kuninglah yang setia menghantar aku kat pintu pagar waktu aku nak pegi kerja dan dia jugak yang menunggu aku balik. Masa tu, aku kerja kat kedai makan dari pukul 5 petang sampailah 12 tengah malam. Terpaksa la kerja demi nak bayar ansuran mesin jahit tepi Singer yang aku beli. Gaji aku? Cukuplah nak bayar ansuran tu. Yang penting aku tak mintak duit mak aku... Heh.


Pada satu hari, aku jadi heran sebab aku tak dengar suara Kuning. Masa aku balik kerjapun dia takde. Mulalah aku tercari-cari, panggil-panggil nama dia, tanya kat jiran-jiran yang berhampiran. Mak aku cakap mungkin ada orang yang dah ambil Kuning tapi aku rasa tak mungkin...


Dalam tempoh hampir 2 bulan aku masih lagi tertanya-tanya dan tercari-cari mana Kuning pergi. Rupa-rupanya Kuning dah mati. Sobbss. Dia mati kena langgar dengan kakak ipar aku sewaktu nak undurkan kereta. Mak akupun ada waktu Kuning kena langgar tu. Dorang cepat-cepat siram darah dan bersihkan kesan tempat Kuning kena langgar.


Sampai hati dorang tak bagitau aku. Mak aku cakap dia takut aku menangis sebab aku memang sayang Kuning tu. Sebab tu la dorang rahsiakan. Sebenarnya aku memang selalu menangis kalau kucing aku mati. Mak aku cakap lepas ni tak payah la bela kucing lagi sebab dia kata aku tak serasi dalam membela kucing.. Betul ke...


p/s: Bila aku sedih je, aku selalu teringat kat Kuning sebab dia selalu cakar-cakar rambut aku macam dia urut kepala aku la dan dia jugak pernah jilat airmata aku masa aku menangis dulu....Uhukkk...
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)