Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 6, 2009

ANDAI KU TAHU

السلام عليكم

اكو توكر سديكيت ليريق دري لاڬو ني

كالاو كو تاهو هوجن تق جادي
تيدكله اكو تورون ك بندڠ
كالاو كو تاهو هوجن تق جادي
تيدكله اكو تورون ك بندڠ

كالاو كو تاهو اورڠ تق سودي
تيدكله اكو تريما ڤينڠن
كالاو كو تاهو اورڠ تق سودي
تيدكله اكو تريما ڤينڠن

ده نصيب اورڠ تق سودي

باڽق يڠ اكو كسلكن.
باڽق ايرمات يڠ اكو بذيركن.
باڽق كصبرن يڠ چوبا اكو ڤرتاهنكن.
اكو تيدق كسل اتس ڤوتوسڽ سبواه ايكتن يڠ بلوم ڤستي منجنجيكن كبهاڬيءن.
اكو چوما كسل كران اياڽ سأوله-اوله منجادي بادي دالم هيدوڤ اكو سكارڠ
.


HUJAN ooo HUJAN...

Assalamualaikum....

Musim tengkujuh sudah mula tiba. Sekarang ni tiap2 hari hujan. Mula
dari pagi sampai la ke malam dan bersambung ke pagi keesokannya.
Segala aktiviti luar terbantut. Macam la aku buat aktiviti luar ni kan...
Padahal dok ngadap pc je sampai hip pun dah naik kembang...
hahakkk..


Mendung tak bererti hujan..... Dah hujan dah pun.....

Lagi satu, kalau hujan2 ni perut manjang lapar je. Itu lagi satu sebab
ke atas pengembangan hip aku ni. So, lepas ni tak boleh la nak sorak
hipppp....hipppp...horeyyy.....sambil lompat2. Badan dah makin berat
lagi mau lompat ke makcik oiii..... Diam la ko....!! Sebok je...!! Hohh....!!


Hujan yang turun bagaikan mutiara. Kalau mutiara dah lama aku nganga mulut...haha

Takde mood lak nak merapu hujan2 ni. Semua membeku...huhuhu...
Layan vcd hindustan bestt gak taim2 camni.... Takpun layan mak aku
tengok gusti huahuahua. Mesti seronok mak aku kalau aku pasang vcd
WWE ni. Tapi tak payah la kott, sbb vcd WWE kat rumah ni semuanya
jenis yang keluar darah2 tu. Abang aku la punya kerja tu, dok beli vcd
gusti ni....haishhh....


Hari2 hujan sampaikan tiap2 hari kucing aku melepas kat beranda. Baru lepas cuci....

Motif letak gambar tempe + kentang? Biasa la kan. Aku sekarang ni
teringin nak spiking dua2 bahasa ni.... Penat dah asyik2 tanya wes
mangan, wes ngombe, wes ngeteh... Sesekali nak gak wes.....tern....
Muahahaha.....




p/s: Okay la, hujan ni macam takde tanda2 nak berhenti je. Nampak
gayanya aku kena la merajinkan diri menggosok kain baju yang tak
berapa nak kering ni....terutama sekali yang kecik2 tuuuuuu....
(cakap
dengan gaya moncongkan bibir ala2 angelina jolie hoccay...)

.

Wednesday, November 4, 2009

BAUNG ooooo BAUNG...

Assalamualaikum.....

Taraaaaa......Muahahaha......Kenal tak ikan apa ni...? Kaki pancing
mesti kenal punya la. Itupun kalau kaki pancing ikan la. Kalau kaki
pancing awek jangan harap la nak kenal ikan ni. Entah2 tengok ikan
pun nampak macam awek dia je.... Wakakakaka....heeiippp....!!!


Siap la kau, lepas ni aku gulai kau anak beranak dengan pisang muda.....

Inilah dia ikan baung. Pernah dengar tak..? Cehh...tak pernah dengar
konon. Macam la orang bandar sangat sampai nama ikan baungpun
tak pernah dengar. Melampau la tu...huhu...


Tak boleh cakap kesian sebab nanti tak boleh makan ikan2 ni...Orang kata la...huhu

Kalau aku cakap aku pancing ikan ni ada yang percaya tak ehh..?
Alaa...agak2 je la, korang percaya ke tak? Tak percaya sudah la haiih..
Jeles la tu aku dapat pancing ikan baung ni... Pastu sampai 3 ekor
sekali lak tu.. Abeh satu keluarga baung ni aku kaut...ekekekeke....
Ikan baung ni kalau buat masak lomak lado api dengan pisang mudo
sodap ni. Perghhh....tolan air liur japp....Tu belum masak lagi tu. Kalau
dah masak agaknya dengan piyok2 sekali kena tolan...hikhikhik...



Alahaiii.....dio sonyum2 la pulak....camno ni wehhh...hehe...

Aku tak berapa pandai nak masak gulai ikan baung ni. Kalau takat nak
siang pisang muda tu terer la. Ada sekali tu aku masukkan kulit pisang
yang dah disiat2 tu lebih banyak dari isi pisang muda tu. Pastu mak aku
cakap la, "ni nak bagi kambing ke orang makan ni." Akupun jawab la
dengan selambanya, "orang tak goma isi pisang tu, orang suko kulit dio
yo.." Lepas tu mak akupun cakap balik kat aku, "elok la tu, kang kau
abeh-an makan sumo kulit tu." Alamak....!!! Lepas tu bila dah masak,
aku try la makan kulit pisang tu... Caittt.....liat kosan ehh... Rupa2nya
pisang tu tak berapa nak muda. Masak lama2pun masih kogheh. Padan
muko den....hahaha....

p/s: Guru masakan yang paling bagus adalah mak kita sendiri. Oleh itu
belajar la memasak dengan mak masing2 ya. Tapi aku malas la bab nak
masak2 ni.. Boleh gitu..? Boleh la...boleh la...boleh blah...muehehehehe..
.

Tuesday, November 3, 2009

BOMOH vs DOKTOR

Assalamualaikum....

Bomoh vs doktor...


Korang pernah jumpa bomoh tak? Percaya tak kat bomoh-bomoh ni? Aku kalau pasal bomoh-bomoh ni kurang sikit nak percaya, tapi aku tak nak la cakap besar, takut gak kot ada kroni-kroni bomoh yang baca blog ni, kang abeh aku kena hembus... Maaf ya pak bomoh, tolong jangan hembus saya ya.. Pelisss... huhuhu....



Aku ada kisah berjumpa dengan bomoh-bomoh ni.. haha.. Itupun terpaksa aku lakukan setelah ubat-ubat klinik tidak menunjukkan tanda untuk aku sembuh. Engkau sakit apa? Apsal aku tak tau ni? Jap laa, ni aku nak bagitau la ni.... haishh..., tak menyompek-nyompek.....



Penghujung 2000 aku diserang satu sakit misteri. Misteri la sebab doktorpun tak dapat nak pastikan sakit apa. Amek darah, check urine tapi result dia bak kata doktor tu..., cantikk!! Jadi, apa masalahnya ehh.. Mana la aku tau..!! Grrrrrrr....



Mula-mula kaki aku membengkak. Aku pergi la klinik. Doktor India tu suruh buat urine test, ikut je la. Pastu, dia tanya aku..."U sekarang ni tengah period ke..., datang bulan.." Terkedu sekejap aku bila orang lelaki tanya soalan camtu. Rasa merah je muka menahan malu. Tapi aku jawab jugak la.."Tak la doktor. Kenapa..?" Pastu doktor tu pun cakap la.. "Kencing U ada darah". Gulppp, rasa macam tak tertelan air liur aku. Takut kalau-kalau ada effect dengan buah pinggang. Doktor tu pun bagi la aku ubat yang sepatutnya dan aku diberi MC seminggu. Huhh.., bosan...!!



Dekat sebulan aku tak baik-baik jugak. Kaki aku makin membengkak terutama sekali kat atas dan bawah tapak kaki. Nak berjalanpun susah, sakit yang teramat sangat sampai kena gunakan tumit padahal tumit tu pun bengkak jugak!! Bila makan je aku muntah. Dalam tiga hari je badan aku susut, perut aku jadi rata macam padang bola, tak payah nak diet-diet bagai.... hahaha...



Kawan aku cadangkan aku jumpa bomoh. Aku terpaksa ikut sebab dah tak daya menahan sakit, tambah pulak duduk rumah sorang-sorang tak pergi kerja, memang la boring tahap cimpenzi. Jadi, malam Jumaat tu akupun ikut la kawan aku ke rumah bomoh itu. Sepanjang atas motor kapcai kawan aku tu, dada aku dupdapdupdap je. Waduhh..., nak jumpa bomoh macam nak jumpa bakal mak mertua lak rasanya... muehehehehe...


Sampai je, aku tengok orang dah ramai. Dah la keadaan rumah tu suram dan gelap sikit. Ishh.., makin seram je aku rasa. Tiba giliran aku, makcik bomoh tu tanya.. "Ada bawak telur ayam kampung tak..?"... "Errr..., takde".. Takut-takut je aku jawab. "Takpe la kalau tak bawak, guna je telur yang makcik punya ni dulu.." Aku angguk je la.., tapi dalam hati makin kuat debarannya. 



Makcik tu suruh aku baring. Akupun ikut je. Lepas tu, dia pun mulalah mengoles dengan menggelekkan sebiji demi sebiji telur ayam kampung tu dekat kawasan perut aku. Haa.., masa ni kan, aku rasa geli sangat.... ekekekeke...


Mulut makcik bomoh ni kumat-kamit baca apapun aku tak tau. Lepas tu dia pecahkan telur ayam tadi kat dalam mangkuk. Dia suruh aku tengok apa yang ada kat dalam telur tu. "Ada nampak tak, tu yang kat dalam telur kuning tu ada darah..?" Akupun tengok la... "Tak nampakpun..?" Bomoh tu cakap lagi.. "Tu haa, takkan awak tak nampak..? Akupun jawab secara jujur.. "Takde, saya tak nampakpun.." Lepas tu, diapun amek sudu dan tunjuk kat tempat yang dia kata ada darah tu dengan batang sudu tadi...



"Ni haa, takkan tak nampak, banyak ni.... Apa la awak ni..?"
Aku dah mula cuak. Buatnya bomoh ni marah, abeh la aku. Dengan suara yang agak perlahan, akupun jawab la. "A'ah, nampak dah." Kali ni jawapan aku betul-betul tak jujur.. Lepas aku cakap camtu, baru la makcik bomoh tu tersenyum. "Haa.., kan makcik dah cakap. Awak je yang buat-buat tak
nampak.."
Cehh..., nak kena ampu jugak ke bomoh ni.... huhu...



Selesai urusan tu, akupun balik la. Tapi bomoh tu suruh aku datang lagi dua malam Jumaat yang seterusnya sebab nak genapkan tiga malam aku berubat. Alahaiiii....!! Ikut aje la bebb, walaupun tak suka. Akupun ikut la apa yang bomoh tu suruh buat. Kena mandi dengan air limau nipis tiga hari berturut-turut selepas waktu Maghrib. Punyo la sojuk den. Dah la badan makin mengecut, kena lak mandi malam-malam ...agagagaga... Gigil bebb...



Kesimpulannya, sakit aku dok camtu jugak la... Makin teruk sehingga aku diserang sesak nafas yang memaksa aku berjumpa bomoh yang kedua, kat tempat lain pulak. Dah la, aku malas dah nak panjang-panjangkan cerita... Pi mai pi mai dok tang tu jugak... hmmm....



p/s:
Tapikan, kat tempat bomoh kedua ni, ada isteri yang jumpa si bomoh semata-mata nak dapatkan balik suami dia yang sedang lupa diri sebab tengah syok giler berkasih-kasihan dengan perempuan lain. Erkkkk.... aku no komen la... ehehh....

Saturday, October 31, 2009

PRINSIP-PRINSIP ADAT PERPATIH

Assalamualaikum...

Aku nak sambung balik cerita yang lepas hari tu. Sebenarnya aku dah simpan dah post ni dalam draft, tapi disebabkan server asyik mengong je sampai akupun jadi lupa. Al-maklum la, akukan sedang menunggu status untuk menjadi warga emas... huahuahua.. Okay, mulakan fokus...

Adat Perpatih mempunyai 5 prinsip utama.

1)Keturunan dikira melalui nasab ibu:
Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap "bonda kandung" iaitu ibu yang melahirkan anggota2 masyarakat. Seseorang individu itu adalah suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

2) Tempat kediaman adalah di kawasan ibu si isteri:
Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan mula meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang "semenda". Pada zaman dahulu, si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isteri nya.

3) Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka:
Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang "saka" (jawatan2 dalam adat) mana kala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

4) Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang:
Dalam sesuatu perut atau suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya.Oleh kerana itulah perkahwinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang haknya untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

5) Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku:
Untuk tujuan perkahwinan atau waris-mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara "berkedim". Dalam upacara ini, seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli2 suku yang akan disertainya.

PEMBAHAGIAN HARTA:

Selalu menjadi topik perdebatan hangat dalam Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada "perempuan". Inilah satu2nya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan.

"Sebenarnya, pemberian pusaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata2 untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih.

Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa sekali pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya, dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup."

Akan tetapi, harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian, pem- bahagiannya adalah mengikut "hukum fara'id" (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).
(sumber dari Wikipedia).

p/s: Diharap agar semua faham dengan adat ini. Janganlah sesuka hati dan sesedap rasa je menuduh perempuan Negeri Sembilan kaki cukur atau "queen control".

Wednesday, October 28, 2009

DUNIA DI MATA LEMBU

Assalamualaikum.....

Cuba perhatikan betul2. Nampak tak apa yang ada kat badan lembu tu. Siapa yang tak nampak memang sah la nak kena sondol dengan lembu tu nanti.... muehehehe.... Ingat ni matador ke apa..... Matador tu memanglah suka kena sondol2 ni. Mesti matador ni mantop gilerr, sampaikan lembupun ikut terkesima. Huahuahua.....



Kanda.....di mana kau berada.....hahakkk...

Agak2nya la kan, siapa yang duduk kat montot lembu tu ekk. Ehh.... maksud aku, negara mana la yang melekat kat tempat tu. Tapi untung gak duduk kat situ, sebab nanti ekor lembu tu boleh main kipas2 halau lalat..... kuikuikui....

Aku nampak dah aku kat mana. Mesti la aku ada kat tempat yang paling best..!! Kat mana agaknya tu..?? Opkos la kat gear box.... hakhakhak.... (sambil buat hentakan kaki.... gambate... gambate... gambate....)

p/s: Dunia sudahpun ada di badan lembu seolah2 ingin memberi gambaran bahawa dunia sekarang ini sedang dikuasai oleh lembu2 yang petah berkata2.... Oooppsssss.....!!! (sambil menampar mulut sendiri padahal jari yang menaip..!!)
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)