Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, January 20, 2010

MAAF: AKU TAKDE MOOD...!!!

Assalamualaikum....

Aku takde mood dan idea nak buat posting. Harap maaf ya. Sebagai meng'update' blog ni, aku post je forwarded email dari kawan2 aku. Jika anda nak baca dan komen, silakan. Dan, kalau anda nak abaikan aje post ni, pun dipersilakan....

Aku tidak mahu lagi bersedih seperti tahun2 yang lalu. Aku mahu belajar dari kesilapan dan bukannya terus-menerus meletakkan kesalahan pada orang lain. Kita bukannya manusia yang sempurna, namun kita boleh berubah untuk menaikkan ranking kesempurnaan itu dengan sedikit usaha juga bantuan dari orang di sekeliling kita. Jangan la hanya pentingkan ranking nuffnang aje ya....

Untuk semua kawan2 yang aku sayangi....


FRIEND FOREVER
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama setangkai bunga ros, dipandang cantik, terkena durinya sakit......

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus-menerus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana ....

kata saudara,
KAWAN tu macam makanan, kawan makan kawan...!!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut saja apa dikata.........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap di makan.....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ada sekejap takde........

kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah macam manapun..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!

dia tetap KAWAN aku....
tau tak sebab apa???
sekali aku dah KAWAN dengan dia, selamanya dia tetap KAWAN aku....
itu cara aku BERKAWAN..!!!


walaupun kita mempunyai kekasih, tapi
TEMAN tetap paling setia.

walaupun kita punyai harta yang banyak,
TEMAN tetap paling berharga.

p/s: Hargailah kawan anda jika anda benar2 sayangkan ikatan persahabatan anda itu...
.

Saturday, January 16, 2010

KELETIHAN MELAMPAU

Assalamualaikum....

Ini cerita yang berlaku pada hari Khamis dan Jumaat. Gara2 inilah aku masih lagi dilanda keletihan yang teramat sangat. Hilang selera nak buat post, apa lagi nak blog walking. Hanya sempat jalan2 kat beberapa buah blog je. Maaf la ya kawan2. Bukan aku taknak klik3 ataupun komen, tapi kerana kelembapan streamyx juga kelemahan jari aku nak menaip.... ekekeke....

Makcik ni siap cakap, amek gambar bubur je, jangan amek gambar dia hehe.... Lenguh bebb tangan aku mengacau. Lebih2 lagi bila bubur ni dah mula memekat.....


Hari Khamis, pagi2 lagi dah ke pasar temankan mak aku. Balik je dari pasar, terus sediakan kelengkapan untuk buat bubur asyura. Memang tiap2 tahun mak aku akan berkongsi dengan 2 lagi kawan dia buat bubur ni. Cuma kali ni dah sampai ke penghujung bulan Muharram baru nak buat. Maklumlah, minggu2 yang lalu penuh dengan agenda kenduri kawen. Biasanya dorang ni buat bubur asyura versi utara je sebab versi pantai timur punya bubur asyura kitorang tak makan..... huhuhu.....


Dapat 3 dulang lebih. Agih2kan kat jiran dan sedekah kat surau sikit....

Jumaatnya pulak aku keluar bandar. Seperti biasa la kan, tolak troli beli barangan dapur. Lepas tu singgah kedai perabut. Sangkut pulak kat situ. Lain yang aku nak, lain pulak yang aku beli. Aku nak cari almari baju berpintu cermin lutsinar untuk aku letakkan baju2 kastemer kat dalam tu, tapi takde... nak kena tempah dulu. Sudahnya aku beli kerusi kayu 2 biji. Selamattttttt...... hahaha....


Sempat jugak snap pic utk sambut raya cina. Sempoi je... maklum la, pekan koboi la pulak..... hehe...


Pergi bandar dah tengahari, opkos la balikpun dah malam. Punggah2 barang, susun kat dalam kabinet pastu lepak luruskan pinggang. Dan, aku sememangnya sangat2 penat. Aku nak berehat...

p/s: Tapi hari ni kena jugak la bukak mesin jahit. Kang lari lak regular kastemer aku. Tak dapat pulak aku nak saving for my future nanti. Jadi, tolong fahami situasi aku. Banyak lagi benda2 penting yang aku nak fikir walaupun kadang2 ada orang yang membuat telahan seolah2 yang aku ni macam tak pernah berfikir untuk masa depan....
.

Thursday, January 14, 2010

SAJA JE NAK CERITA....hikk3..

Assalamualaikum....

Semalam aku sibuk mengemas bilik. Entah kat mana silapnya, almari baju aku diserang hendap oleh segerombolan semut hitam. Habis semua suku sakat dia bawa masuk dalam almari tu. Pastu dorang siap buat projek pulak tu... Punyalah banyak telur2 dia melekat kat dinding almari baju tu. Ada pulak yang cerdik sikit, buat projek dalam beg kertas aku yang penuh dengan novel2 cinta. Cissss.... konon2 nak cover malu la tu kan.... muahahaha...


Stok kain batik mak aku. Kalau jualpun okay gak ni... hehe... Dan juga semut2 hitam yang dah kena sembur... Padan muka...hohh....

Kemas punya kemas, jumpalah beberapa benda yang akupun dah hampir lupa kat mana aku simpan. Antaranya ialah.... jengjengjeng... tengok je la gambar2 ni ya.... ekekekeke....




Ujian memandu aku pada September 2000. Dapat markah 17/20 sebab ada 3 kesalahan. Lepas dapat lesen langsung tak bawa kereta dah. Punyalah penakut... huhuhu...



Kamera adik aku. Dia ni jenis yang suka buang2 duit dengan benda2 macam ni. Aku simpan je la sebab aku tak pandai nak guna yang Canon tu... muahahaha.....(Ricoh tu aku tau la guna...)



Ni dia... Crosstich aku yang dah lama terbengkalai. Baru je siap separuh iaitu setengah meter kain tapi kos dah hampir mencecah rm300. Sekarang ni lagi la mahal harga benang tu. Sebiji benang yang sebesar jari manis mak aku tu pun harga dia dah dekat dua hengget. Kalau sebesar jari manis aku mau cecah empat hengget kottt.... hua3 (Apsal lak kata sebesar jari mak aku..?? Sebab...jari mak aku tu kecut sikit dari jari aku....kuang3..)

p/s: Letih la..... Sekian, terima kasih.... ekekekeke...
.

Tuesday, January 12, 2010

BABY SITTER: AGAIN...??? Huahuahua....

Assalamualaikum.....

Wahahaha.... Semalam aku jadi baby sitter lagi. Haaa...., korang tak percaya ke..? Percayalah..... Kasihku lama tersulam... Ehh, tu dah macam lagu Datok Siti la pulokkk... hikhikhik....

Semalam mak aku ada temujanji dengan doktor mata. Memandang- kan sessi persekolahan sudahpun bermula, maka aku tak dapatlah nak ikut temankan mak aku tu. Dan disebabkan itulah, aku ter- paksa menjadi baby sitter bidan terjun untuk menggantikan tugas kakak ipar aku yang sememangnya mengasuh budak2 ni..



Budak ni diam je masa aku ada. Balik je kakak ipar aku, barulah terserlah "kejantanannya".... ekekekeke....

Sebagai bukti, silalah tengok gambar budak2 ini ya. Gambar2 ni tidak termasuk lagi 3 orang yang sekolah tadika. Balik je budak bertiga tu dari sekolah, terus kepala aku jadi pening. Punya la kecoh mulut dorang. Aku ingatkan anak2 cikgu ni takde la kepoh sangat. Rupa2nya dorang ni lagi nakal dari aku masa aku kecik2 dulu. Nasib baik den tak pengsan tengok pe'el dorang... muahahahaha...


Ni paling cengeng. Pastu suka baling2 mainan. Aku suruh dia kutip balik mainan tu. Asal aku besarkan je biji mata, terus dia nanges.... Tapi dia comel laa.... hehehe...



Kalau dah pompuan tu pompuan la jugak.. Dia main baa baa cakk dengan baby kat dalam buaian tu... Aku suruh ketepipun dia buat dono je.. Grrrr.... degil betul..!!



Haaa.... ni la baby boy yang sangat baik. Aku bawa dia masuk dalam bilik, pastu kitorang golek sama2 main baa...baa...cakk...ekekekeke....



Haiiii..... saya ensem tak...?? Tah apa nama baby ni pun aku tak tau.... kakakaka....

p/s: Penat sebenarnya jadi baby sitter atau pengasuh budak2 ni. Dengan pelbagai kerenah yang nak dilayan. Nasihat aku kepada semua ibu bapa yang menghantar anak2 kat rumah orang tu, korang janganlah terlalu CEREWET dan KEDEKUT. Kalau banyak songeh, baik korang berhenti je kerja dan jagalah anak korang tu sendiri.... Ada faham...!!!
.

Sunday, January 3, 2010

AKSI SI KUCING: MAHU tapi MALU

Assalamualaikum.....

Kali ni tiada cerita atau bebelan yang nak dikongsikan. Cukuplah sekadar menempek gambar anak dara aku yang nakal ni... Anak dara..?? Muahahahaha.....

Tidur atas katil sape tu.....huhuhu..... Boleh pulak tak jatuh tu... adehhh....




Dah penat main kejar2, akhirnya terlelap atas tilam depan tv.....ekekekeke... Padan muka takde sape nak layan...



Sengaja je dia koyak2kan kertas surat khabar tu untuk tarik perhatian aku yang tengah ngadap laptop kat sebelah tu.....hohoho...



Wajah ibu dan anak... Seiras tak wajah kitorang berdua....wakakakakaka.....ngukkksss..!!


p/s: Adakalanya kucing lebih mengerti akan kesedihan yang menimpa diri tuannya. Alangkah indahnya jika kucing ini pandai berkata-kata, memujuk hati dikala duka.... Ada waktunya, aku terasa mahu menjadi seperti malu2 seekor kucing..... meooowwwwww..... :-)

Wednesday, December 30, 2009

HISTERIA: TOLONG...!!! JANGAN KACAU AKU...!!!

Assalamualaikum...

Histeriaaaaaaaaaa......!!! Haaaaaa...!!! Ada tak di antara korang yang pernah mengalami histeria ni. Tak kiralah samada ianya berlaku pada diri korang sendiri, ataupun pada kawan2 korang. Ada yang nak berkongsi pengalaman tak..?? Jom la kongsi, buat apa nak malu... huhuhu....

Pertama kali aku saksikan histeria ialah sewaktu aku menjalani kursus menaip dan trengkas di FELDA tuuutttt.... Masa ni umur aku baru je 18 tahun dan sedang menunggu SPM. Akupun tak pasti macam mana kejadian tu boleh menimpa kawan aku. Secara tiba2 je dia meraung, mengilai dan menangis. Dah la masa tu nak dekat senja dah. Meremang sehhhh bulu romaku yang mulus ni.... hahaha...

Bila azan maghrib berbunyi je, kawan aku tu pun mulalah semacam je muka dia. Dengan rambut dia yang panjang mengurai sampai ke tumit, pastu dengan lebatnya lagi, menambahkan lagi rasa cuak kat kitorang yang satu dorm dengan dia ni. Dia mula meraung2 tak keruan. Aku jadi kecut jugak la. Tapi aku kuatkan semangat. Mulut memang tak putus2 baca ayat2 Qur'an. Aku main baca je mana2 ayat yang terlintas kat hati. Rasanya macam dah tak sempat dah nak pilih2 ayat ni. Keadaan agak kelam kabut... Maklumlah, semua yang ada kat dalam dorm tu rata2 masih muda remaja. Mana mungkin nak hadapi perkara sebesar itu kan...



Ketua dorm mula memanggil warden. Senja tu memang betul2 menguji tahap keakraban kami. Mana2 yang tak kuat semangat tu, kitorang suruh dorang duduk diam2 kat sudut bilik dan suruh dorang mengaji. Ada yang dah menangis kerana takut. Ada jugak yang menggigil2 badan dia menahan diri dari tersampuk. Dan, aku pulak bertindak sebagai penenang.... walaupun sebenarnya akupun tak berapa nak tenang dah ni... Kontrol bebb....hehehe....

Lepas je selesai solat maghrib secara bergilir2 (kerana menjaga kawan aku tu dari lari menerpa keluar bilik), wardenpun sampai dengan beberapa orang lelaki dan seorang makcik. Aku rasa makcik tu bomoh. Kawan2 akupun cakap camtu gak. Ni la kali pertama aku tengok bomoh sebenarnya. Masa tu kawan aku tu tengah baring terlentang memandang siling bilik. Seriau aku tengok mata dia yang besar dan bulat tu. Dan..... dalam waktu yang sama kelihatan 2/3 ekor belalang hijau berkeliaran kat dalam bilik tu. Kami sama2 mengejar belalang yang dikatakan pelesit tu dengan penyapu lidi. Makin dikejar, makin kuat pulak bunyi pelesit tu. Lagi la meremang bulu roma... Bila dapat je, terus kitorang bakar pelesit tu dan cabut kepala dia... Aku tengok je aksi yang akak ketua dorm tu buat.



Pastu, makcik bomoh tu suruh kitorang pegang seluruh badan kawan aku tu. Aku pegang kuat2 sebelah kaki dia. Kawan2 yang lainpun pegang gak. Takut dia meronta2 je nanti. Bomoh tu mulalah baca mentera. Kumat kamit mulut dia membaca sambil mengunyah sirih. Tak lama lepas tu, diapun ludahkan sirih tu kat tapak tangan dia dan sapu kat kedua2 bahagian betis dan kaki serta tangan kawan aku tu. Masa ni la aku rasa geli je nak pegang kaki kawan aku tu. Ya la, siapa yang nak pegang kaki tu kalau kaki tu dah merah2 dek airliur bercampur sirih kepunyaan bomoh tu kan... Aku tengok kawan2 yang lain pun sama cam aku jugak.....muahahahaha.....

Makcik bomoh tu perasan tau yang kitorang dah tak pegang kaki dan tangan kawan kitorang tu. Diapun dengan nada suara yang macam nak marah, suruh kitorang pegang balik semula. Akupun terus la gunakan kain batik yang kawan aku pakai tu sebagai pelapik tangan. Yang kelakarnya, kakak angkat aku siap jungkit2kan jari dia masa nak pegang kaki tu.... Dia bukannya pegang betul2, setakat pegang kat hujung2 jari je....lagi la teruk dari aku....huahuahua.....

Tak lama lepas tu, aku tengok kawan aku tu dah mula reda tapi mata dia masih lagi buntang memandang siling. Bomoh tu sampai suruh kitorang tutup mata dia dengan bantal sebab sekor pelesit masih lagi berkeliaran kat dalam bilik tu. Tiba2 kawan aku tu menjerit dan terus meronta2. Kuat wooo suara dia dan suara tu tidak seperti suara dia yang sebenarnya. Garau dan bergema semacam je. Pastu dia mula menendang2 sampai tercampak Qur'an yang kakak angkat aku pegang. Terus kakak tu gementar. Bomoh tu suruh aku pegang kuat2 kaki kawan aku tu. Seingat aku la,memang aku pegang sekuat yang boleh sampai nampak bekas lebam kat betis dia....



Dipendekkan cerita, hampir tengah malam barulah kawan aku tu dapat ditenangkan. Itupun kitorang takut2 jugak kalau tiba2 je dia buat hal lagi. Tapi bomoh tu kata, kawan aku tu dah keletihan bertarung dan akan tidur sampai keesokannya. Bukan tidur yang sebenarnya tau, tapi dia telah "dipengsankan" oleh bomoh tersebut.... huhuhu...

Keesokannya, bila kawan aku tu sedar je dari tidur/pengsan, terus dia tanya kenapa badan dia rasa sakit2 dan lebam2 sana sini. Dia tak ingat apa yang berlaku ke atas diri dia malam tu. Cuma yang dia ingat, dia "terkena" sewaktu berjogging selepas subuh kat hujung padang di bawah sebatang pokok yang rendang. Dia kata macam ada suara yang memanggil nama dia untuk datang kat pokok tu.. huwaaa.. Nasib baik masa tu aku skip jogging. Selepas kejadian tu, aktiviti ber jogging sesudah subuh diberhentikan dengan serta-merta.

Sekian kisah benar yang berlaku suatu waktu dahulu.. Semoga cerita ini menjadi iktibar kepada kita semua... Gembira biar ada batasnya...

p/s: Antara wang ringgit dan pengalaman, yang mana satukah paling tinggi nilaian harganya... Wang ringgit boleh dicari, tapi pengalaman akan tetap bersemadi di hati...
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)