Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, March 1, 2011

HILANG..??

Assalamualaikum...

Hilang..??

Bertenang..
Takde apa yang hilang..
DJ bertugas adalah Isma Halil..
Topik yang diberi ialah mengenai hilang yang berkisar tentang kehilangan seseorang samada disebabkan kematian atau melarikan diri dari rumah tanpa dapat dikesan.. Dia tidak mati, tapi hilang..

Aku takde la fokus sangat dengar radio ni sebab tengah leka melayan tv. Entah macam mana, tiba-tiba aku terdengar la perbualan dari seorang pemanggil lelaki ni. Mungkin diapun nak berkongsi cerita atau pendapat. Tak ingat pulak aku siapa nama mamat ni... Tak kisah la tu kan..

Isma: Okay, cuba ceritakan apa yang hilang tu..

Pemanggil: (Dengan selamba menjawab...)
Berat badan saya yang hilang bang...


Hahahahaha....

Laughing Smiley

Terus meledak ketawa aku dengar jawapan mamat tu. Tapi dia dengan Isma rilek je. Ismapun sambung lagi bertanya..

Isma: Ko ni biar betul. Orang tanya pasal hilang lain, ko cakap hilang lain...

Pemanggil: Betul la ni bang. Saya memang telah kehilangan berat badan saya ni...

Isma: Hakhakhakhak... Laughing Smiley


Lepas tu akupun hilang fokus gara-gara tergelak yang keluar secara spontan tadi...

(Lebih kurang camtu la dialog perbualan dorang tu. Tak mampu aku nak ingat secara terperinci haaiihh...)

Aku kata: Terus hilang ngantuk aku... Apa lagi, mehh la gelak sama-sama... hehe... Kalau malu, gelak je dalam hati... kihkihkih...Laugh.

JANGAN TERLALU MUDAH MENILAI ORANG...

Assalamualaikum...

Jangan terlalu mudah menilai orang...

Baik dari sudut apa sekalipun samada dari cara pakaian dia, percakapan, penulisan, pemakanan dan apa aje la yang berkaitan dengan cara hidup mereka. Kadang-kadang pelik bin ajaib jugak dengan sikap sesetengah golongan manusia yang seakan-akan begitu seronok menjalankan penilaian sehingga dia terlupa untuk menilai dirinya sendiri..

Susah jadinya bila bercerita tentang kebenaran, tentang kehidupan seharian yang berlaku di sekeliling kita jika apa yang kita ceritakan itu dijadikan bahan untuk menghentam kita balik. Kalau macam tu la persepsi kita, lebih baik cerita yang baik-baik aje agar dapat menutup mulut orang dari bergosip. Bukankah itu hipokrit namanya? Berpura-pura baik namun pada hakikatnya..??

~~~~~~~~~~~

Tiba-tiba teringat kisah lama. Memang dah lama berlalu kisah ni tapi masih lagi aku ingat untuk aku jadikan panduan agar tidak cepat menilai orang lain.

Sewaktu berjalan-jalan di satu shopping kompleks, mata terpandang pada seorang gadis yang berpakaian agak kurang menyenangkan mata. Aku hanya memandang tapi kawan aku dah mula bersuara dan berkata, seksinya baju dia. Aku kata itu uniform kerja dia, terpaksa la dia pakai. Kawan ni cakap lagi, dah la skirt pendek, baju ketat lak tu, macam nak terjojol je 'benda' dia. Dia ketawa dan aku ikut ketawa dengan bebelan dia. Tapi mata aku terus meleret memandang gadis tu. Aku tau gadis tu perasan yang kami berdua sedang memerhatikan gerak-geri dia yang mengusung dulang kecil ke sana sini..

Kemudian, kami terserempak lagi dengan gadis tadi di hadapan tandas bersebelahan ruang solat kat shopping kompleks tu. Kami berdua yang konon-kononnya sopan berpakaian baju kurung serta bertudung ini hanya masuk ke tandas untuk melepaskan hajat dan keluar semula bila dah merasa lega. Namun, gadis yang berpakaian seksi tadi keluar dari tandas dan terus masuk ke dalam ruang solat tersebut.

Mata kami berpandangan sesama sendiri. Bilik yang berdinding kaca dan dilindungi dengan langsir tebal itu kami jenguk. Mata terpaku bila nampak gadis tadi tu menyarung telekung dan tersenyum memandang ke arah kami. Kalau tadi mukanya dipenuhi dengan mekap, kini mekap tu dah takde dah. Tiba-tiba muka aku terasa panas. Aku malu sendiri..

Aku: Ko tengok. Dia yang pakai baju camtu boleh sembahyang. Kita ni?

Dia: (Gelak). Ha'ah la kak. Buat malu je kita ni, kan kak...

Aku: Tu la. Lain kali jangan cepat sangat nak kutuk orang..

Dia: (Gelak). Akakpun sama jugok. Tadi akak gelakkan dia jugok..

Aku: Akak gelak sebab ko kata tersembul tu. Bukannya gelakkan baju dia..

Dia: (Gelak lagi). Ye la.. Ye laa.. Pasni tak gelakkan orang dah. (Gelak lagi).

Sudahnya kami gelak tak habis-habis. Solatnya tidak jugak. Sia-sia je berbaju kurung dan bertudung...(Bisik dalam hati)

Namun, kejadian ini membuka mata kami. Jika keluar bershopping dan tidak sempat untuk solat di rumah, kami akan solat di ruang solat yang disediakan. Dan terima kasih kepada gadis itu yang telah 'menyedarkan' kami secara tidak sengaja..

Ayat copy paste:
Ketawa merupakan puncak kegembiraan dan keceriaan. Namun begitu, ketawa yang diizinkan tidak berlebihan sebagaimana pepatah:

"Janganlah engkau banyak ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati."

Aku kata: Memang seronok ketawakan orang. Namun, adakah kita juga turut merasa seronok jika orang ketawakan kita..?

Monday, February 28, 2011

SAMBUNGAN KISAH SEMALAM...

Assalamualaikum...

Sambungan kisah semalam...

Pagi tadi aku dapat tangkap gambar kera tu..
Tangkap gambar je...
Bukannya tangkap kera tu... hehe..
Tak berani nak tangkap kera tu haiihh...

Tengok gaya dia melompat je dah menakutkan aku...
Patut la ada orang kata siapa yang suka melompat-lompat ni perangai macam kera..

Layan gambar kera pulak ehh... Sesekali apa salahnya ubah pandangan... hehe..

Ni masa dia ambil pisang yang aku campak.. Laju betul dia lari... Kecik je kera ni. Besar lagi kucing aku yang penakut tu... hehe..


Tengah buat aksi ala-ala menembak...


Ni dia tengah skodeng ikan keli kat dalam kolam... Mulut tu penuh dengan pisang..

Aku kata: Dari pagi tadi streamyx takde line. Petang ni baru ada, itupun tersangkut-sangkut.. Bila kol je talian 100, punya la susah nak dapat sambungan. Macam-macam "tekan" dia suruh buat... Sudahnya, biar je la haaiihh... Naik malas jadinya...

Sunday, February 27, 2011

Uiitt..!! KO NI KERA KE BERUK..??

Assalamualaikum...

Uiitt.!! Ko ni kera ke beruk..??

Entah la..
Mak aku kata kera...
Tapi aku suka monyet... hikk...

dancing monkey

Petang semalam ayam mak aku kecoh kat belakang rumah ni. Pastu mak aku kata ada kera, tu yang ayam-ayam tu bising tu. Mungkin kera tu dok usha telur dorang kot... kehkehkeh...

Pastu aku tengok kera tu dok kat atas bumbung rumah jiran aku ni. Aku cuba la nak ambil gambar dia, tup-tup dia menyorok pulak kat bawah bumbung tu. Pastu aku tengok dia keluar balik semula. Tu yang cepat-cepat aku ambil gambar dia tu. Dapat ambil dari jarak jauh je sebab kera ni pemalu rupanya... haha.. Aku dok panggil dia, mehh la.. mehh la.. dia buat dono je. Padahal kalau dia datang, mau melompat aku terkujat hahaha...

Baik punya duduk. Cover la sikit oii...!! Tak malu betul la kera ni...

Jiran-jiran kata dah beberapa hari dah kera tu terlepas dari ikatan tali dia. Ni kera peliharaan jiran kampung sebelah ni. Kampung sebelah ni dekat je, terpisah dengan jalan raya je hehe.. Yang peliknya, tuan dia takde pulak datang mencari kera dia ni. Agaknya dia tak tau mana kera ni pergi kot.. Kesian kera ni dok lompat-lompat sana-sini.. Sepatutnya pakaikan la dia rantai yang ada nombor telefon, senang nak hubungi tuan dia tu.. kan.. Pastu nanti tanya la kat kera tu apa nombor telefon tuan dia tu... muahahaha...

Petang tadi, aku tengok kera ni bergayut kat atas kabel letrik rumah jiran aku. Jiran aku tu dah la tengah buat rumah, simen kat kaki lima longkang baru je siap tepek. Buatnya kera tu main teng-teng kat atas simen tu, harus menjerit jiran aku tu... kihkihkih...

Aku kata: Teringat kera-kera yang bergayutan kat jalan lama nak ke Kuala Pilah. Bila ikut jalan baru, tak nampak dah kelibat kera-kera ni. Rindu pulak nak tengok aksi dorang buat akrobatik... Comel je... hehe... dancing monkey

Saturday, February 26, 2011

SENYUMLAH...!!!

Assalamualaikum..

Senyumlah...!!!

Orang yang sentiasa senyum akan melihat kesulitan dengan tenang sambil berusaha mengatasinya. Jika melihat sesuatu kesulitan, mereka tersenyum dan mengatasinya dengan wajah yang ceria. Sebaliknya, jiwa yang muram akan melihat kesulitan dengan sedih. Setiap kali mereka mengalami kesulitan, mereka akan melarikan diri dan melihatnya sebagai masalah yang amat besar serta membebankan diri.

Flower

Akhirnya, dia menyalahkan waktu padahal waktu yang diumpatnya merupakan ciptaannya sendiri. Dia hanya menginginkan kejayaan di dunia ini.

Iliyya Abu Madhi berkata dalam puisinya:

Orang berkata: "Langit selalu berduka dan mendung."

Aku berkata: "Tersenyumlah, biarkan kemurungan itu di langit."

Orang berkata: "Masa muda telah berlalu dariku."

Aku berkata: "Tersenyumlah, bersedih menyesali masa muda tidak akan mengembalikannya."

Orang berkata: "Langit telah bersatu dengan cinta yang berkobar dalam dadaku dan telah menjadi neraka jahanam. Dia khianati janji setelah menguasainya, maka bagaimana aku sanggup tersenyum?"

Maka akupun berkata: "Senyum dan dengarlah, jika engkau tetap bersedih, maka engkau akan habiskan seluruh umurmu dalam kepedihan."

Orang berkata: "Perniagaan mendekati kerugian seperti musafir yang hampir mati kerana kehausan atau seperti singa yang haus darah, dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah."

Aku berkata: "Senyumlah, kerana engkau bukan penyebab kesembuhannya kecuali jika engkau mahu tersenyum. Apakah ketika orang lain berbuat dosa dan tidur dengan perasaan takut, engkau merasakan engkaulah pendosa itu?"

Orang berkata: "Musuh sedang berada di sekelilingku. Mereka berteriak menakutiku, bukanlah aku telah tertawan dan apakah musuhku tidak melihatku?"

Aku berkata: "Senyumlah, cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu, jika engkau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka."

Orang berkata: "Musim telah jelas tanda-tandanya, tergambar padaku di pakaian dan tulisan, sedang diriku mempunyai kewajipan terhadap kekasihku, namun tidak ada satu durham pun di kedua telapak tanganku."

Aku berkata: "Senyumlah, bukankah engkau masih hidup? Engkau bukanlah termasuk orang yang tidak mempunyai kekasih."

Orang berkata: "Malamku berlalu dengan dalam kepahitan."

Aku berkata: "Senyumlah, jika engkau merasa pahit, semoga orang lain sedang melihatmu sedang bersenandung. Lemparkan kedukaanmu dan tetaplah bersenandung. Apakah dia akan melihatmu, jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham atau engkau merasa rugi jika engkau bernyanyi dengan hati berseri-seri?

Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam dan wajahmu menampilkan kesedihan. Senyumlah, sesungguhnya bintang-bintang juga tersenyum. Oleh kerana itu, kita suka kepada bintang."

Orang berkata: "Keceriaan tidak akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Ia datang ke dunia ini dan tetap pergi walau terpaksa."

Aku berkata: " Senyumlah, selagi nyawa dikandung badan, selama engkau masih hidup, kerana sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum."

Sesungguhnya kita perlu kepada senyuman, wajah yang selalu berseri, hati yang lapang, akhlak yang baik dan sebagainya.

"Sesungguhnya Allah s.w.t mewahyukan kepadaku agar kalian berendah hati, sehingga tidak ada salah seorang di antaramu yang berlaku jahat pada yang lain dan tidak ada salah seorang di antaramu yang membanggakan diri atas yang lain."


Aku kata: Senyumlah... Senyumlah.. Ahaaii cik mek molek.. dance hehehe...

~ A ~ W ~ A ~ Y ~

Assalamualaikum...

~ a ~ w ~ a ~ y ~
:
:
:
:
:
Berehat seketika dari berblogging dan blogwalking dan fesbuking..
:
:
:
:
:
Badan tak berapa sihat..
:
:
:
:
:
Ehh... Silap. Kesihatan tak berapa sihat..
:
:
:
:
:
Apa aku merapu ni...
:
:
:
:
:
Orang demam, memang macam ni...
:
:
:
:
:
Jangan layan sangat... Huhuhu...
:
:
:
:
:
Sampai hati cakap camtu...
:
:
:
:
:
~ a ~ w ~ a ~ y ~
:
:
:
:
:
V
Fever Sick

Aku kata: zzzzzzzzzzzzz......!!!
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)