Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, April 11, 2011

1-2-3-4.. Tekan-tekan, tak dapat-dapat..

Assalamualaikum....

Jari-jemari aku yang dempak memulakan sessi mendail...

Tekan satu kosong kosong...

Selamat datang ke TM..

Untuk Bahasa Malaysia, tekan satu..
For English, press two..

Tett... Tekan satu...

Untuk melaporkan kerosakan, tekan satu..
Untuk pertanyaan bil dan bayaran, tekan dua..
Untuk produk dan perkhidmatan, tekan tiga..
Untuk perkhidmatan kad panggilan TM, tekan empat..
Untuk perkhidmatan telegram, tekan lima...

Tett... Tekan tiga...

Pelanggan yang dihormati, sekiranya anda mengalami gangguan perkhidmatan, sila semak bil terkini anda. Akaun anda mungkin digantung buat sementara... bla..bla..bla...

Tekan satu...

Kami akan menyambungkan panggilan ada dengan pegawai yang bertugas. Sila tunggu...

Okay, tunggu...

Semua pegawai yang bertugas sedang sibuk. Sila tunggu sebentar..

Takpe, tunggu lagi..

Pegawai yang bertugas masih lagi sibuk. Sila tunggu sebentar..

Fine, I can wait... =)

Pegawai yang bertugas masih lagi sibuk. Sila tunggu..

Nak tunggu ke tak ni...? Dah masuk kali ke-8 dah dia suruh tunggu...

Tunggu kejap lagi la...

Pegawai perkhidmatan kami masih lagi sibuk. Sila tunggu sebentar...

Tetttt..!!! Tekan button dan terus letak gagang telefon...

Tak kuasa dah nak menunggu. Menunggu nak tanya pasal line streamyx yang sengal je dah ambil masa. Belum lagi disoal-selidik macam-macam. Tanya daftar atas nama siapa la, tanya contact number la. Tanya guna modem apa la...

p/s: Baik aku tekan tubi. Untung-untung kempis gak perut.. Boleh la jadi model iklan macam kat tv tu.. "Lihat perutku..., rampingkannn...."...Huhuhu....

Sunday, April 10, 2011

Betul ke dengki khianat itu budaya kita..? Kenapa..?

Assalamualaikum...

Aku baru je selesai menonton siri akhir drama Trilogi Cinta. Okay la ending dia sebab hepi ending. Takde la nak biarkan ending tu tergantung camtu je. Malas nak fikir kalau tengok cerita yang tergantung ni. Tengok drama untuk santai bukannya untuk berfikir sampai kerut-kerut jendol..

Lupakan pasal drama tu. Dah tamat dahpun... ngehngehngeh..

****************************************

Seminggu lepas aku dapat sms dari seorang kawan aku. Disebabkan aku agak sibuk, aku terlupa untuk membalas sms tu. Semalam aku baru teringat pasal sms tu dan terus je aku call dia. Namun panggilan aku tu tak berjawab.

Petangnya, dia hantar sms dan minta maaf sebab tak jawab panggilan aku tu. Takpe la, aku sekadar nak bertanya khabar je. Rupa-rupanya dia nak bagitau yang dia telah ditimpa musibah. Mungkin dia nak berkongsi akan kesedihan dia tu. Takpe la, aku sedia mendengar. Tak rugi apa-apapun jika menjadi pendengar setia akan permasalahan orang ni..

Dia bagitau yang perusahaan ternakan ikan keli dia bersama abang dia tu kena khianat. Habis semua ikan keli tu, baik yang sepanjang 5 inci hinggalah yang seekor sekilo tu mati. Terduduk abang dia bila tengok semua ikan tu terapung je.

Yang dia sedih sangat tu ialah pasaran untuk ikan keli dia tu dah stabil. Kiranya dia dah ada pembeli tetap la. Lagipun ramuan untuk makanan ikan tu dia yang cipta resepinya. Dia tak nak la menuduh sesiapa sebab tak tau siapa dalang di sebalik semua tu.

Menurut kawan aku tu, dalam tangki simpanan air untuk supply air ke kolam keli dia tu ada bangkai ular. Lepas tu saluran polypaip yang dorang pasang dari atas bukit tu kena cabut padahal kat situ ada lagi polypaip untuk ke kolam orang lain. Ditambah lagi dengan air kolam yang berwarna merah sedangkan air kolam orang lain cantik je macam biasa. Dan macam-macam lagi perkara lain yang menjadi kemusykilan.

Akupun tak tau nak kata apa la kan. Aku cuma sekadar menyabarkan dia. Moga dia dan abang dia tidak putus semangat. Tapak untuk kolam ikan tu dorang sewa. Lepas tu kolam tu dorang tengok waktu siang je. Kiranya waktu malam takde siapa yang jaga kolam tu. Lagipun dia duduk jauh dari situ, amat mustahil la kalau dia nak tengok kolam tu bila malam. Mungkin orang yang khianat tu buat kerja waktu malam la. Bukan la nak menuduh namun segalanya berkemungkinan.

Kawan aku tu sebut juga, mungkin orang dalam yang buat kerja tu. Tapi seperti yang aku kata tadi la, bukan nak menuduh. Kadang-kadang firasat hati kita ni betul juga. Cuma bukti je yang takde untuk dijadikan bahan bukti yang kukuh.

Jika benar keli tu mati dek perbuatan khianat, moga si pengkhianat tu mendapat imbuhan yang sewajarnya. Hari ini kita aniaya orang, esok lusa orang pula akan aniaya kita. Tunggu dan lihat aje la pembalasan dari DIA. Hari ini ko boleh ketawa berdekah-dekah melihat kesedihan orang, namun esok lusa mungkin ko akan terus rebah menyembah bumi atas sumpahan dari mereka yang ko aniaya..

p/s: Mudah-mudahan golongan yang teraniaya ini akan terus kuat dan tabah untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang...

Aku pasti merindu mereka...

Assalamualaikum....

Aku pasti merindui mereka...

Setelah beberapa minggu kami bersama, kini sudah tiba masanya untuk kami berpisah. Sedih bila memikirkan ke mana arah tujuan aku selepas ini. Mungkinkah pengganti yang sudah sedia menunggu itu dapat memenuhi cita rasa aku. Entah la, akupun tak pasti. Namun, bila melihat wajah salah seorang dari mereka, hati aku merasa sedikit hambar. Ahhh... Hati ini mudah sangat membuat penilaian secara rambang sebelum mengenali kehalusan yang mungkin tersembunyi di sebalik gambaran kasar itu. Sabarlah duhai hati... Ku pujuk hati ini agar tidak terus berduka-lara...

Aku begitu teruja untuk mendekati mereka. Mengenali kehidupan mereka yang dipenuhi dugaan itu seperti memberikan aku seribu satu kekuatan. Jika kekuatan itu sudah dibawa pergi, bagaimana dengan aku..?? Mampukah aku untuk terus berdiri..? Aku yang sentiasa dibayangi sifat mudah putus semangat ini sememangnya amat memerlukan kekuatan untuk aku terus bertahan..

Malam ini adalah merupakan malam perhitungan. Perhitungan yang sentiasa aku nantikan dengan penuh gejolak debaran. Mampukah aku untuk menerima keputusan itu nanti..? Ya Allah, berilah aku kekuatan agar aku tidak jatuh pengsan tatkala menerima kejutan itu nanti. Kalau la ditakdirkan aku pengsan, siapa yang nak angkat aku..? Dah la aku ni gedebak gedebuk beratnya... huhuhu..

Kepada mereka yang seperti aku, yang sentiasa mengikuti siri drama Trilogi Cinta, nantikan episod terakhir drama ini di TV1 pada pukul 10 malam ini. Lupakan seketika bola BPL tu... hikhikhik... Bola tu kat Astro, nanti boleh tengok ulangan sedangkan drama kat TV1 ni susah sikit nak ada ulangan.. =))

Harap-harap malam ni bekalan letrik tidak terputus seperti semalam. Kalau blackout lagi, memang sah-sah awok nak suruh kiter bako awok la tu... Awok kata la soley soley banyak kalipun, kiter tetap akan bako awok... :P

p/s: Aku 'ter'suka pulak dengan pelakon yang bawa watak Badrul tu. Siapa nama dia ehh..?? Ada peluang untuk jadi Rosyam Nor junior mamat tu.. Keep up a good work... kehkehkeh...

Saturday, April 9, 2011

Rombongan ohh Rombongan.. Best ke..??

Assalamualaikum..

Hari ni ada rombongan ke Langkawi anjuran GPW kat sini. Sebenarnya dah banyak kali dah dorang buat rombongan pergi situ tapi sekalipun aku tak pernah ikut serta. Kumpulan ni memang rajin dan aktif buat rombongan. Sekejap pergi Langkawi, pastu ke Terengganu lak, pastu ke Johor. Rombongan ke Indonesiapun dorang pernah buat. Dengar cerita bulan Oktober nanti ada rombongan ke Beijing pulak. Siapa yang nak join, kena la kumpul dana dari sekarang.. =)

Sejak kecil lagi aku tak pernah ikut rombongan. Bila sekolah buat rombongan, aku nak ikut tapi mak aku tak bagi. Sampai sekolah menengahpun aku tak merasa untuk pergi rombongan ni. Takde peluang langsung untuk aku menggedikkan diri... hahaha.

Bila dah dewasa ni, dah takde nafsu dah nak pergi rombongan. Mak aku suruh jugak join rombongan ke Langkawi tu tapi aku kata aku malas. Kalau mak aku yang suruh, maknanya segala kos dia la yang tanggung tapi aku malas nak pergi bukan sebab kena keluarkan kos ke, apa ke. Sebabnya memang aku MALAS. Letih nak duduk dalam bas sepanjang hari.

Teringat masa aku kerja kat Johor dulu. Bila kompeni nak buat rombongan ke Langkawi, akulah yang paling teruja nak ikut. Tapi tak dapat sambutan yang menggalakkan dari pekerja yang lain. Dorang kata tambang mahal sebab gaji masing-masing ciput je. Sudahnya, tak merasa aku untuk ke sana.

Lepas tu, aku cakap kat mak aku yang aku nak ke Langkawi tu dengan dua tiga orang kawan. Mak aku tak bagi jugak. Dia kata nanti pergi Gurun, rumah adik aku dan boleh pergi dengan dia sekali sebab kebetulan masa tu adik aku duduk sana. Akupun tak pernah sampai Gurun tu, cmner la aku nak ikut ke Langkawi tu... Melepas lagi...

Akhirnya, sampai sekarang aku tak sampai-sampai ke Langkawi tu. Di tambah pulak bila ada yang kata Langkawi dah tak macam dulu, dah tak best dah, dah tak cantik dah, lagi la aku malas nak pergi.

Nasib baik la aku pernah belajar menjahit kat KL dulu. Dapat jugak aku berjalan dengan kawan-kawan pergi Genting Highlands. Itupun cuak jugak tu sebab aku pergi tak bagitau mak aku. Masa naik cabel car tu aku dah kecut perut dah. Buatnya jadi apa-apa masa tu, sian kat mak aku sebab dia tak tau. Sampai je kat puncak, terus aku call mak aku bagitau yang aku sedang berada kat Genting tu. Dia terkejut jugak. Tapi takde la dia nak marah. Dia cuma nasihat suruh jaga diri je. Lepas bagitau mak aku tu, barulah lega rasa hati. Takde lagi perasaan bersalah. Pergi Genting tu bukannya buat apapun. Sekadar nak merasa naik sana je. Dapat pergi sekalipun jadi la... Buat syarat je.. hehe...


Kadang-kadang aku pelik jugak dengan orang yang pergi rombongan ni. Asal pergi rombongan je, mesti nak beli periuk la, cadar la, vision la.. Padahal kat rumah dah ada dah benda tu semua. Nak buat pameran agaknya... hikk.. Susah betul nak kawal nafsu tu kan...

p/s: Nak pergi mana-mana tu kena la bagitau parents atau orang yang rapat dengan kita. Tak payah la nak berlagak hero/heroin dengan membelakangkan keluarga. Kalau terjadi apa-apa yang tidak diingini, keluarga jugak yang akan dicari dulu...

Friday, April 8, 2011

HITAM itu menawan... PUTIH itu bersih..

Assalamualaikum...

Sebenarnya dari semalam nak post cerita ni. Tapi line streamyx kat sini like rubbish. So, pagi tadi cuba lagi untuk mengepos, tak boleh jugak. Kali ni line bukan setakat rubbish je, tapi dah macam kobis benyek dah.. Sabar je la.. huhuhu...

Semalam ada orang buang dua ekor anak kucing kat rumah aku ni. Semalam ke kelmarin ehh.. Lupa dah aku. Tak kisah la yang tu. Apa yang aku nak kisahkan, kenapa mesti buang anak kucing kat depan rumah aku..?? Punya la banyak rumah orang yang makan tak habis kat sini, kat rumah aku jugak dorang berkenan nak membuang... Haiiyyaaa...!!!


Tapi takpe la, aku bagi jugak si kembar ni makan. Kalau nak ikutkan memang aku dah malas dah nak ambil kisah. Namun disebabkan aku masih punya rasa kasihan, maka aku ambil la dorang ni jadi anak angkat aku. Lagipun dorang ni comel dan nampak tak banyak songeh. Makan je apa yang aku bagi. Kalau banyak songeh, memang aku tak layan la jawabnya.... :p


Hari pertama tu, aku bagi dorang makan kat atas sinki kat luar rumah ni. Nak bagi makan kat bawah, ayam-ayam mak aku dah sedia menunggu untuk menyerbu. Memang agak sakit hati jugak la dengan ayam-ayam ni. Rasa macam nak ketuk je kepala dorang terutama sekali ayam botak tu. Dah la botak, jahat lak tu... hahaha..


Si kembar ni belum ada nama lagi. Dah pening nak bagi nama apa. Sudahnya aku panggil dorang HitamPutih je. Hajat hati nak panggil dengan nama Blackie dan Whitney, tapi segan la pulak, dah macam nama kucing artis lak... kehkehkeh....


Mak aku nampaknya macam suka je dengan dorang ni. Pagi-pagi lagi dia dah masakkan nasi khas untuk kucing. Kiranya masak dua periuk la sebab beras untuk kucing ni guna beras yang paling murah. Mana mampu nak bagi makan dengan beras mahal. Kitorangpun makan beras Bernas je...

Mak aku cakap, pagi tadi dorang berdua ikut dia walkathon keliling kampung ni. Jauh jugak tu. Ada la dalam 45 minit jika berjalan terkedek-kedek. Takde pulak dorang nak menyinggah kat rumah orang lain. Bila mak aku berhenti, dorangpun ikut berhenti sama. Bila mak aku jalan, dorangpun ikut jalan sekali sampai mak aku susah nak berjalan. Pastu bila sampai rumah, mula la keletihan... hehehe...

Nak jugak masuk video walaupun tak hot n spicy... =))

p/s: Takde cerita gempakpun. Asyik-asyik cerita pasal kucing. Baik cerita pasal kucing daripada cerita pasal orang HOT n TOP ni.... kann.. kann... kann... =D

Thursday, April 7, 2011

Petua untuk semua, bukan untuk yang muda je..

Assalamualaikum...

Petua untuk semua, bukan untuk yang muda je..

Aku nak kongsikan beberapa petua yang aku ambil dari koleksi buku kat rumah aku ni. Daripada biarkan buku tu dibaca dek lipas, baik aku letakkan kat sini. Mana la tau kalau-kalau ada yang teringin untuk mencubanya.

Jom tengok petua apa pulak kali ni..

1 - Menghilangkan bau hamis/hanyir di tangan:
Jika menyiang ikan, daging lembu atau daging ayam, sudah tentulah tangan kita akan berbau hamis/hanyir. Jika kita tak mencuci dengan betul, bau tu susah nak hilang dan akan terus melekat. Ambil beberapa helai daun pucuk jambu batu dan ramas dengan air. Kemudian, lumurkan pada tangan anda dan anda akan dapati bau hamis itu akan segera hilang.

2 - Menghilangkan tanda lebam di bawah mata:
Selain daripada krim khas yang boleh dibeli, air perahan lemon juga amat baik disapukan di bawah mata. Lakukan cara ini sebanyak dua kali setiap hari dan anda akan mendapati hasilnya sungguh memuaskan. Cuba la ya.

3 - Mengubati kembung perut:
Masalah ini sering dialami oleh ibu-ibu yang mempunyai bayi yang berusia sebulan hingga enam bulan yang mengalami masalah kembung perut disebabkan masuk angin.

Ramas kasar daun ati-ati berwarna ungu yang dicampurkan dengan sedikit kapur sirih sehingga keluar airnya. Kemudian, letakkan campuran tadi ke atas perut bayi yang kembung dan pakaikan dia barut. Insyaallah, selepas itu kembung bayi anda akan segera hilang.

4 - Sembuhkan kembung perut dengan bawang putih:
Jika anda alah dengan sesuatu makanan, perut anda akan cepat merasa kembung. Jika perut dah kembung, segalanya menjadi tidak selesa. Jangan biarkan keadaan ini mengganggu anda.

Ambil dua ulas bawang putih yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan tiga sudu makan minyak kelapa. Sapukan campuran ini ke atas perut dan belakang badan anda dan biarkan selama beberapa minit sehingga anda TERKENTUT dan merasa sedikit lega. Ulangi proses yang sama beberapa kali sehingga perut anda betul-betul sembuh.

Cukuplah setakat ini je. Lain kali kalau rajin, aku cari lagi ehh... Bagi petua banyak-banyakpun kalau takde yang nak cuba, takde guna jugak, kan.. =)

p/s: Sudi-sudikan la Like page fb untuk blog aku kat sidebar tu ehh... :p
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)