Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, March 29, 2012

Cover la sikit ayat tu.. Isshhh....

Assalamualaikum...

Cover la sikit ayat tu.. Isshhh....

Kalau ia pun nak meniaga, tak kan la sampai macam ni sekali... 
Adoyaiii...
Nasib baik aku tak pengsan...
 =..="


Sila klik gambar kalau rabun.. huhuhu..


Terkejut aku tengok bila aku blogwalking malam kelmarin.. Tak perlu la aku bagitau blog siapa aku jumpa benda alah ni.. Cuma aku tak selesa nak tinggalkan jejak bila ternampak je komen macam tu.. Tak rasa bersalah ke tinggalkan komen yang berbau lucah macam tu ehh..? Aku yang baca ni pun dah panas dah muka.. Malunya la haiihh...

Adat berniaga memang tak boleh malu-malu.. Kalau malu memang akan ketinggalan. Itu hakikat yang perlu diakui. Tapi, perlu ke tinggalkan ayat macam tu semata-mata nak suruh readers klik link tu...? Sikit-sikit dah la.. Adjust la ayat tu jangan nampak sangat kelucahan di situ.. 

Kalau tinggalkan komen macam tu kat blog orang dewasa atau yang dah kawen tu mungkin tak mengapa.. Mungkin laju je dorang klik tambah-tambah lagi jika mereka ada masalah dalaman. Tapi yang ini blog budak bawah umur.. Yang masuk kat situpun rata-rata geng bawah umur jugak. Fikir la sikit apa kesannya... eeiiii...

p/s: Kalau dah namanya mata duitan, kat mana-manapun boleh ambil kesempatan... Kalau kat blog aku, bukan kena banned lagi dah IP adress dia.. Dengan shoutbox tu sekali aku remove.. ggrrr....

Wednesday, March 28, 2012

Kalaulah mereka boleh bercakap... huhuhu...

Assalamualaikum...

Kalaulah mereka boleh bercakap... huhuhu...


Cuba bayangkan bagaimana keadaannya jika apa yang ada kat dalam gambar kat bawah ni boleh berkata-kata seperti manusia dewasa yang normal.. Agak-agaknya makin pening kepala kita ni, ya tak..? Pening ke, tak pening ke, layan je la entry merapu aku ni.. kehkehkeh...


Hamboii... Gatai jugak hang ni naaaa.... adehhh....


Bila la kucing aku nak buat aksi macam ni... hikk....


Ek eleh Baby Chimp ni.. Over la pulak.... hahaha....


p/s: Tak komenpun takpe.. Kalau ada yang tersenyum, itu dah cukup baik dah bagi aku.. heeeee....

Tuesday, March 27, 2012

Berangan tanpa usaha, baik tak payah..

Assalamualaikum..

Berangan tanpa usaha, baik tak payah..

Ada jenis orang yang hidupnya umpama ayam bertelur sebiji, riuh sekampung..
Ada orang yang jenis diam-diam ubi berisi..
Ada juga jenis orang yang cuma tahu berangan seperti mat jenin..

Ada jenis orang yang diberi betis, nak peha..
Ada jenis orang yang tidak diberi apa-apapun tak mengapa..
Ada juga jenis orang yang sentiasa redha menerima samada yang baik ataupun yang buruk..




Jika kita punya angan-angan yang besar, maka kita perlulah berfikir secara meluas dan berusaha dengan keras untuk mencapai apa yang kita angan-angankan itu... 

Dan jika kita tidak mampu untuk melakukannya, berhentilah berangan sedemikian rupa kerana angan-angan itu hanya menyakitkan.. Just redha dengan apa yang ada.. Yang lebih penting, sentiasa bersyukur dan berusaha memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan.. 

Mungkin kita tidak sehebat mereka yang lain.. Namun sekurang-kurangnya kita tidak menyusahkan mereka yang berada di sekeliling kita.. 

p/s: Some people dream of success.. While others wake up and work hard at it.. Anda yang mana satu..?

Monday, March 26, 2012

Ego tidak bertempat...

Assalamualaikum...

Ego tidak bertempat... 

Manusia, bila diundang, dia tak datang.. Ada saja alasannya.. Dan kita terima alasan yang diberi samada dengan redha ataupun berbelah-bagi.. Namun, bila mereka tidak diundang, mulalah mereka mengata.. Kononnya terasa dan kecil hati kenapa mereka tiada dalam senarai undangan. Dan kita tetap terima segala tohmahan samada dengan redha ataupun berbelah-bagi..

Kalau mengundang ketika terjumpa di tengah jalan, kebiasaannya tidak akan dilayan.. Hatinya mula berkata,  kita ni macam tak beradap.. Ke sana-sini dijaja cerita, ada ke patut undang aku kat pekan sari... Kalau diundang melalui telefon, pun begitu juga.. Kalau mengundang melalui kad yang murah, akan dikatanya juga.. Kasihan pada kad yang tidak bersalah.. Kalau boleh dia mahu undangan dilakukan secara 'face to face', iaitu mengundang terus-menerus dengan datang ke rumah..

Bagi aku, undangan dengan cara apa sekalipun sudah dikira sebagai mengundang... Apa yang lebih penting, mereka mengundang dengan ikhlas untuk memeriah atau meramaikan majlis tertentu.. Mana mungkin kita yang mengundang ini mampu untuk bertandang dari sebuah rumah ke sebuah rumah, dari sebuah daerah ke sebuah daerah, dari sebuah negeri ke sebuah negeri..

Kalau dulu saudara mara tinggal berdekatan antara satu sama lain, boleh la bertandang ke rumah mereka untuk tujuan mengundang. Tetapi kini tidak lagi kerana masing-masing sudah berhijrah dan punya kehidupan tersendiri..




p/s: Semakin hari ego manusia semakin tinggi... hmmmm......
.

Friday, March 23, 2012

Keep in touch... :)

Assalamualaikum...

Keep in touch... :) 

Sawaddee... 
Sabai dee mai...? 
Yin dee tee dai rue juk... 
Chob maak... :)

Dulu, bila ignore request, dikatanya kita ni sombong dan bajet artis.. Sekarang, bila dah accept request, dia buat kita macam tak wujud la pulak.. 


** Sebab tu aku malas nak accept request dari mereka yang aku tak berapa nak kenal.. Dan aku remove atau hide mereka yang aku rasa seperti tiada connection dengan aku sebab aku tak tau apa tujuan mereka add aku... Maaf ya... 



Dulu, bila aku deactivate fb, ada yang tanya kenapa aku deactivate.. Sekarang, bila aku dah aktifkan balik, semua dok pakat senyap dan buat tak tau je..


** Sebab tu aku malas nak tanya kenapa orang deactivate fb dia.. Sukahati dia la nak deactivate ataupun tidak.. ;)

Hello...
How are you..?
Nice to meet you...
I really like it... :)

p/s: Bila jawab, tak percaya.. Bila tak jawab, asyik bertanya.. Lotih den... =,="

Thursday, March 22, 2012

Anda yang mana satu...? (Which one of you..?)

Assalamualaikum...

Anda yang mana satu...?
(Which one of you..?)


1- How many facebook accounts do you have..?
Kalau buat banyak-banyak akaun facebook tapi tujuannya untuk menipu or something like that, tak guna juga.. Kalau dah dasar penipu dan pembelit tu, memang akan sentiasa create and delete their account... (Pengguna fesbuk di Malaysia merupakan yang paling ramai sekali di dunia iaitu melebihi 12 juta orang..)


2- How many bank accounts do you have..?
Kalau buat banyak-banyak akaun bank tapi kat dalam tu takde isi, pun tak guna juga... Umpama seperti orang yang ada banyak kad kredit tapi rejected...


3- How many houses do you have..?
Kalau ada banyak rumah atau rumah sewa sekalipun, tak guna juga jika ibu bapa dihantar ke rumah orang tua.. Ataupun mereka dibiarkan tinggal di dalam rumah yang buruk dan uzur...


4- How many wives do you have..?
Kalau punya isteri ramaipun tak guna juga jika tidak boleh berlaku adil. Lebih-lebih lagi jika menggunakan mereka untuk kepentingan sendiri.. Lagi tak berbaloi jika isteri-isteri itu menjerut leher anda (suami) ke arah dosa.. 


5- How many childrens do you have..?
Anak yang ramai belum tentu boleh menjaga kebajikan kedua orang tua mereka.. Nak menjenguk merekapun berkira, apa lagi nak menghulur wang ringgit..


6- How many books do you have..?
Kalau ada banyak buku yang tak berfaedah, tak guna juga.. Kalau ada banyak buku berfaedah tapi tak baca, tak guna juga.. Kalau ada banyak buku tapi sebuah Al-Qur'an pun takde, lagi la tak guna..


7- How many cats do you have..?
Banyaaaaakkkkkkkkkkkkkkk...!!! Kenapa..? Nak ke...???


 
Aku rasa aku takde laa dalam senarai kat atas.. 
Tapi..., rasa macam ada la pulak.. 
Yang mana satu ni..? 
Adehh, konpius dah ni haa... huhuhu...



Entry ni tidak ada kena mengena dengan sesiapa.. Kalau ada yang terasa atau terkena tempias, itu adalah secara kebetulan sahaja... Aku buat entry ni hanya untuk peringatan aku semata-mata.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)