Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, May 18, 2012

Antara kemampuan dan ketidakmampuan...

Assalamualaikum...

Antara kemampuan dan ketidakmampuan...

Kita tidak mampu untuk memenuhi semua hajat atau permintaan orang pada kita walaupun kita telah cuba semampu yang boleh.. Tapi, kita mampu untuk mendoakan mereka semua.. Walaupun jauh, namun tetap di hati...

p/s: Doalah yang baik-baik untuk orang lain.. InsyaAllah, mereka juga akan doakan yang terbaik untuk kita.. :-)

Adehh...

Assalamualaikum...

Adehh...

Sepanjang dua tiga minggu ni, banyak benda yang aku buat, terutama sekali memasak.. Tapi buat masa sekarang ni, aku agak malas nak menaip entry pasal masakan aku tu.. Nak upload dan edit gambar lagi la aku malas.. Cuma, ada la aku kongsikan satu dua gambar kat fesbuk aku.. 

Tunggu la bila aku rajin nanti, aku upload semua gambar dan sertakan resepi sekali.. Itupun jika aku belum pernah kongsi resepi tu la.. Kalau dah pernah kongsi, tak payah la aku nak tulis lagi, ya tak..?


A lazy person, whatever the talents with which he set out, will have condemned himself to second-hand thoughts and to second-rate friends.


p/s: Mungkin sekarang ni musim angin melintang kot.. Malas ya amat... adehhh....

Thursday, May 17, 2012

Sengaja aku lewatkan entry ini... :)

Assalamualaikum...

Sengaja aku lewatkan entry ini... :)

Sudah tersasar dari tarikh asal.. Memang aku sengajakan.. Tak nak terlalu obses dengan segala ucapan.. Bukan tak suka, tapi tak selesa.. Lebih-lebih lagi jika dalam ucapan tu ada yang bertanya, bila lagi, bila lagi dan bila lagi bla bla bla.. Sebab itu aku lebih suka mendiamkan diri.. Cukuplah sekadar aku mensyukuri dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada aku dan keluarga aku.. Itu sudah memadai bagi aku..

Aku lebih senang jika ucapan yang hadir itu berupa ayat yang simple sahaja.. Cukuplah sekadar doa yang pendek seperti moga segala impian menjadi kenyataan, ataupun semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu ataupun mudah-mudahan Allah panjangkan usia anda untuk terus memperbaiki diri.. Yang penting, keikhlasan semasa memberi ucapan atau doa itu.. 

Terima kasih pada yang memberi ucapan berupa sms dan juga komen di fesbuk... Aku memang tak letak info peribadi aku kat fesbuk, jadi wall aku tidak la seperti wall artis yang penuh dengan ucapan.. Dan aku selesa dengan cara begitu, setakat ini la.. Esok lusa, aku tak pasti... 




p/s: Ada persamaan walaupun cuma kebetulan sahaja.. 

Wednesday, May 16, 2012

Melepas... adehhh....

Assalamualaikum...

Melepas... adehhh....

Hari tu masa kakak balik sini, dia ada bagitau yang pejabat tempat dia kerja tu nak buat rombongan pergi Korea bulan Jun akan datang ni.. Semua kos pergi balik, jabatan yang tanggung sebab dorang pergi atas urusan kerja.. Kiranya outstation la.. Kakak aku ni bekerja dengan jabatan pertanian, sebab tu dia tak nak pergi masa musim sejuk hari tu.. Nak tengok apa, penuh dengan salji je, katanya...

Aku yang mendengar turut teruja.. Kakak aku kata kalau aku ikut, tambang dan semuanya kena bayar sendiri.. Aku kata, takpe la.. Tak kisahpun.. Janji dia ada untuk jadi teman aku.. Aku cakap kat mak aku yang aku nak ikut kakak aku tu. Mak aku kata, poie laa... Wahh..., terus tersenyum lebar bila dapat greenlight dari omak..

Lepas tu, aku tanya la kakak berapa yang perlu aku bayar.. Walaupun aku dah tau berapa bayarannya sebab dah baca kat beberapa buah blog, tapi aku tanya lagi untuk dapatkan kepastian. Dan bila je kakak aku cakap semuanya dalam tiga ribu lebih, terus melopong mulut mak aku.. Mahal ehhhh....!!! Apo mahal na bona..?? Apo bondo yang ado kek situ..? Gulpp....!!! Satu petanda yang kurang baik ni... huhuhu..

Akupun cakap la, memang la harga dia macam tu.. Terus mak aku potong line, dia kata, kok mahal macam tu, baik poie Mokah.. Tambah lagi sikit dah buleh buek umrah... Kalau dia dah cakap macam tu, takdo harapan la nak ikut kakak aku tu.. huwaaaaa.....


p/s: Melepas la peluang aku nak cari hero suwit ni kat Korea nun... huhuhu... (Ko ingat ko sape, senang-senang je nak jumpa hero pujaan dorang ni .. hahaha...)

Monday, May 14, 2012

NOT FOR SALE, OKAY... :D

Assalamualaikum...

Not for sale, okay... :D

Beberapa minggu lepas (tak ingat dah..), mak aku dok bising suruh jahitkan batang bantal ni.. Dia dah lama beli kain cotton tu tapi aku je yang dok tangguh-tangguh nak jahit.. Dia nak gantikan batang bantal yang lama-lama tu.. Maklum la, kain batang bantal tu dah lama, mesti la dah mula mereput.. Apatah lagi kalau kain batang bantal tu penuh dengan peta satu dunia. Lagi la cepat proses pereputan tu berlaku... kehkehkeh..




Letih dengar dia membebel, maka akupun jahitkan la.. Dapat la tigabelas keping batang bantal tu. Lepas tu, kekabu pulak tak cukup.. Kekabu yang sedia ada kat dalam bantal yang lama tu pun dah keras semacam je. Kena jemur dulu bagi ringan balik semula.. Itupun tak cukup untuk menampung batang bantal yang ada tu.. Maka, akupun belikan la kekabu masa aku keluar ke bandar hari tu.. 


Besar ni sekilo.. RM17.. Mahal ke murah..?


Mula-mula beli tu dua kilo je.. Mana cukup tangan nak bawak walaupun ringan.. Dah la naik bas.. Lepas tu, beli lagi empat kilo sebab masa tu pergi bandar naik kereta.. Sekilo harga dia RM17.. Masa bawak balik rumah kekabu tu, mak aku cakap, ni bukan kekabu kampung, ni kekabu bandar.. Ishhh, macam mana la pulak ada kekabu kampung dengan bandar lak ni.. Aku siap siyom kekabu tu, sama je bau dia.. ehehh.. Lagipun ciner kedai tu kata ni kekabu kampung.. Beria-ia dia cakap macam tu..

Kebetulan ada seorang pakcik tu, dia kata ni kekabu kampung jugak tapi belum cukup matang iaitu kekabu muda yang diproses dengan mesin.. Kalau kekabu tu tua, yang dah pecah sendiri, memang lain rupa dan rasa dia... Oooo... Baru la aku faham.. Tak kisah lahaiihh.. Janji kekabu, kan... hahaha..



Not for sale, okay... :D


Baru-baru ni anak buah aku balik, dia dok ngecek la bantal ni kat mak aku.. Dia kata nak dua biji.. Mak aku cakap, tunggu lepas kenduri ko dulu.. Lepas tu ambil la.. Bang Long akupun dok ngecek jugak bantal ni.. Ater, kalau semua dok ngecek, apa aje yang tinggal kat rumah ni.. Bantal lengan je la gamaknya.. huhuhu...


p/s: Harga sebiji bantal kekabu mahal jugak, kan..? Kalau kat tempat korang, mahal tak..? Mehh la kongsi-kongsi info sikit.. Boleh jugak jadikan survey untuk siapa yang nak cari bantal nanti..  :)

Saturday, May 12, 2012

Susah la kalau macam ni... adehh...

Assalamualaikum...

Susah la kalau macam ni... adehh...

Kadang-kadangkan, aku takut nak menulis kat blog ni..
Takut ada yang kecil hati..
Takut ada yang terasa hati..
Takut ada yang anggap aku nak menyindir dia..
Takut ada yang salah faham atau salah tanggapan dengan tulisan aku kat sini..

Tapikan, kalau takut kat semua tu, sampai bila-bilapun aku tak menulis..
Asal nak menulis je, teringat kat hati orang lain yang nak kena jaga...
Jadi, apa tujuannya aku buat blog ni...?
Sama la tujuannya dengan anda punya blog iaitu berkongsi cerita atau apa saja, kann...
Kalau itu tak boleh tulis, ini tak boleh tulis, baik aku tutup je blog ni kepada umum, kan...?
Susah la kalau macam ni... adehhh...

Ketahui la ya...
Aku menulis ni berdasarkan apa yang aku rasa..
Berlandaskan apa yang aku alami melalui pengalaman aku..
Dan aku menulis mengikut acuan aku sendiri, tidak mengikut cara orang lain..
Rasanya dah banyak kali dah aku bagitau pasal ni..

Nasihat aku...
Jika anda tak selesa dengan cara aku menulis, tolonglah jangan baca...
Jika ada yang menyimpang dalam entri aku, tolonglah bagitau...
Sebab kadang-kadang aku ni tak tahu apa yang orang lain nampak...

Sebabnya...
Cara penyampaian kita tak sama antara satu sama lain..
Apatah lagi cara pemahaman kita, lagi la jauh berbeza..
Ada yang cepat tangkap apa yang dibaca...
Dan ada yang lampi... (macam aku..)

Cara aku senang je..
Jika aku terasa dengan sesuatu tu, aku akan berdiam diri..
Aku fikir balik semula, betul ke benda tu kena kat batang hidung aku..?
Dan jika betul, kenapa aku nak marah atau melenting atau sebagainya..?
Bukankah lebih baik aku memperbetulkan mana yang tak betul tu daripada melenting sesuka hati..?

Memang la tak dapat nak betulkan seratus peratus...
Namun, sekurang-kurangnya ada usaha untuk memperbetulkan mana yang tak betul itu..
Daripada terus-menerus menyalak dan memekak...
Dan jika tak betul sekalipun, apa salahnya ambil sebagai satu iktibar..
Bukannya rugi apa-apapun, kan..

Kesimpulannya...
Aku minta maaf kalau ada entri aku yang buat anda terasa atau berjauh hati..
Pis pis kacang pis... 
Sayangnya, banyak entri yang ada kat dalam draft sudah aku delete... huurrmmm....

----------------------

Okaylah..
Jom layan video pemenang award best celebrity blogger ni..
Walaupun aku jarang sangat baca blog dia, tapi aku suka tengok dia kena buli kat rancangan ni... 
So suwittt... So funny... 
Sakit perut gelak... Sampai dok replay more than five times... ehehh...



p/s: Syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk belajar memperbaiki diri... Rupanya belajar nak jadi baik ni lagi susah dari belajar matematik moden.. huhuhu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)