Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, April 16, 2014

Masih boleh guna lagi maaaa.... hehh...

Assalamualaikum...

Masih boleh guna lagi maaaa.... hehh...


Ini bukan kedekut.. Bukan juga berkira.. Tapi memanfa'atkan akal yang ada.. Bila lagi nak gunakan daya kreativiti yang Allah beri..? 




Penyapu ni dia punya lubang tempat masukkan kayu tu dah pecah.. Jadinya bila menyapu, kayu tu asyik la togoluceh yoo.. Amekawww... Kan dah keluar bahasa ibunda tercinta.. ahahh.. Sila google makna togoluceh tu ya.. 




Kalau orang tengok, mungkin dorang akan cakap, beli lain je la.. Baru berapa ringgit je pun.. Bagi aku, selagi boleh guna, aku akan gunakan sampai la bulu penyapu tu botak.. ahakk.. Penyapu macam ni kalau beli baru mau makan lima enam ringgit juga hoiiii... Kegunaannya cuma untuk menyapu lantai kat luar rumah je.. Bukannya nak menyapu dalam rumah yang nak kena guna penyapu berbulu halus dan lembut gitu.. 




Nak ikatan yang lagi kemas dan mantap, gunakan tali yang lebih panjang.. Baru la boleh belit banyak kali.. Sia-sia je masuk pengakap jika tak tau nak buat ikatan ni.. Tapi aku masuk pandu puteri je walaupun persatuan tu tak aktif.. kuikuikui...




Entah apa la nama ikatan aku ni.. Hentam saja la labuuu... hahahaha..





p/s: Pedulikan apa orang nak kata.. Yang penting aku dapat jimat lima enam ringgit.. hewhewhew... 

Tuesday, April 15, 2014

Tak tumbuh, tak melata.. Tak sungguh, orang tak kata...

Assalamualaikum...

Tak tumbuh, tak melata.. Tak sungguh, orang tak kata...


Ianya dimaksudkan sebagai: Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.. [sumber]




Ya, betul.. Setiap apa yang diperkatakan, tentunya mempunyai sebab musabab yang tersendiri.. Namun begitu, alangkah bagusnya jika apa yang diperkatakan itu ada kebenaran di dalamnya dan bukannya bersandarkan kepada sebab semata-mata.. Kena ada bukti kukuh la, kan..


Macam-macam boleh dijadikan sebagai penyebab untuk orang bersungguh-sungguh mengata atau berkata-kata.. Dengki dan iri hatipun boleh jadi satu sebab juga.. *moga dijauhkan.. 


p/s: Atas sebab apa sekalipun, kena ingat juga iaitu bila kata yang baik, dapatlah ganjaran yang baik dan begitulah sebaliknya.. *ingatan untuk diri sendiri.. 

Label..

Assalamualaikum...

Label..


Susah bila takde label ni.. Habis semua kotak terpaksa dibuka.. Sekali sekala tu takpe la.. Lagi-lagi bila tak banyak jahitan sebab ada banyak masa nak main buka tutup dan belek-belek.. Tapi bila dah takde masa, mula la merengus.. Dah buka banyak kotak tapi warna yang dikehendaki tu tak jumpa-jumpa jugak.. Salah siapa..? Salah sendiri la, kan... Jadi, silalah marah pada diri sendiri... ahahh...





Jadi, nak tak nak, kena juga rajinkan jari buat label tu.. Nak kata rajin sangat tu tak juga sebab label kali ni main tulis atas paper tape je... ahahaha... Tak kisah la haiihh, janji dah ada label untuk setiap kotak.. Label tu pulak secara random je.. Takde la rajin aku nak asing-asingkan mengikut warna yang spesifik..




p/s: Jangan cilok label orang.. Tak baik buat macam tu.. Orang bersusah payah merekacipta untuk dapatkan label sendiri, senang-senang je kita nak cilok.. hehh.. Lagi tak baik bila kita labelkan orang dengan perkataan yang tidak sewajarnya... 

Monday, April 14, 2014

Ada benarnya walaupun......

Assalamualaikum...

Ada benarnya walaupun......


Menegur jangan sampai menghina...
Mendidik jangan sampai memaki...
Meminta jangan sampai memaksa...
Memberi jangan sampai mengungkit...




Kehidupan kita dipenuhi dengan jalan yang berliku-liku.. Bagaimana kita mengawal agar tidak terbabas, semuanya bergantung kepada cara kita sendiri.. Namun jika sudah berhati-hati dan masih lagi terbabas, maka terimalah dengan sod-ba-ro kerana tidak ada siapa yang ingin terbabas atau kecundang.. Jika boleh, semuanya nak jadi yang bagus belaka tanpa terpalit calitan calar dan luka.. 


p/s: Kebenaran yang pahit dan menyakitkan untuk diterima.. Namun jangan sampai berputus asa dan menyimpan dendam.. 

Sunday, April 13, 2014

Dia ni kan....!!! Eeeiiii....!!!

Assalamualaikum....

Dia ni kan....!!! Eeeiiii....!!!


Dia ni kan..!! Eeeiiii...!!! Memang tabiat dia suka buat macam ni.. Mujurlah aku dah selesai.. Tapi kadang-kadang masa tengah dalam proses tu ada jugak dia dok golek-golek.. Yang tak menahan tu bila dia dok kuis-kuis kaki.. Sabar je la..







Boleh je letak dia kat luar.. Tapi kadang-kadang dia masuk tanpa disedari.. Tup-tup dengan gaya mengada-ngada dia tu, terus je tergolek kat tempat sujud tu.. Sangatlah g-r-r-rrrrrrrrrrr.....!!!



Mujur dah siap berdoa.. Terkejut bila tiba-tiba je dia datang dan terus landing kat situ...




Sempat pulak ambil gambar ya... Alahh.. Enpon kat sebelah je.. Capai je la.. Takde la gigih sangat aku nak bangkit ambil enpon kalau letak jauh.. hehh...


Nak tanya satu kemusykilan jugak ni.. Nak kena basuh ke sejadah dengan telekung tu atau sekadar kibas-kibas gitu je..? Terima kasih pada yang sudi memberi jawapan.. Sayang lebih la kat dia.. ahahh....


p/s: Malu bertanya, sesat jalan.. huuuu...

Saturday, April 12, 2014

Amaryllis yang sungguh cantik dan menawan kalbu.. heee...

Assalamu'alaikum...

Amaryllis yang sungguh cantik dan menawan kalbu.. heee...


Selain daripada pokok bunga orkid pinang, aku juga suka dengan pokok bunga Amaryllis ni.. Pokok ni khabarnya meriah berbunga pada bulan Mac-April.. Mungkin ada betulnya.. Sebab apa tau, pokok kat rumah kawan aku ni dulunya aku tengok susah nak berbunga.. Tup-tup kali ni dia punya bunga, mak aiiihhh, pengsan den tengok ehh.. ahahh..



Gambar sekitar di-blur-kan atas dasar keselamatan dan privasi.. hehh..



Dan kat bawah ni pulak adalah koleksi amaryllis kat rumah aku.. Baru ada tiga jenis je pun.. hehh.. Tapi aku dah mintak tolong jiran semaikan sejenis amaryllis lagi sebab aku nak beli dari dia.. Amaryllis tu dia beli kat Cameron Highlands dan kaler dia merah hati.. Cantik sangat.. Takkan la senang-senang aku nak mintak, kan.. Ikut logik akal la pun kalau nak meminta hak orang ni.. hehh..





Pokok amaryllis aku ni jiran yang bagi.. Kat sini kitorang selalu tukar-tukar pokok bunga.. Itulah untungnya hidup berjiran, kan... hehehe...





Pokok amaryllis ni ditanam dengan menggunakan ubi atau bawang atau bulb... Khabarnya, ubi dia boleh disimpan di dalam peti sejuk jika tak sempat nak tanam.. Info selebihnya tu silalah google sendiri ya.. hehh...


p/s: Sedap nama Amaryllis ni... Sangat sesuai dengan kecantikan dan ke-pesona-an-nya.. heee..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)