Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, May 5, 2014

Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014..

Assalamualaikum...

Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014..


Hari Rabu (30/4/2014) yang lalu aku pergi ke PWTC untuk sama-sama menyesakkan PBAKL 2014 yang sedang berlangsung.. Aku pergi dengan sorang anak buah yang balik dari UTM Skudai semata-mata untuk ke sana.. Seawal pagi lagi kami dah terpacak kat stesen komuter Labu.. Pukul 8.30 keluar dari rumah.. Pukul 9 naik tren.. Lebih kurang pukul 10.30 dah sampai PWTC dah.. Masa ni masih lagi lengang..


Mula-mula sampai je, terus cari booth Idea Kreatif Publication sebab ada benda yang aku nak bagi kat beberapa orang under IKP tu.. Ni hajat aku.. Alhamdulillah, terlaksana sudah.. Tapi terlupa pulak nak ambil gambar kat booth tu.. Bukan terlupa sebenarnya, tapi segan.. hehh..




Lepas tu barulah aku mula merayau ke beberapa buah booth.. Tapi bukan semua booth yang kami masuk.. Antaranya booth Idea Kreatif Publication, Jemari Seni, Karya Seni, Kaki Novel dan Karangkraf.. Lagipun mana mampu nak merayau lama-lama.. Krem habis betis weii... haha.. 





Lebih kurang pukul duabelas lebih, kami dah mula bergerak keluar.. Sebelum tu, kami singgah lagi sekali kat booth IKP dan promot novel kat situ kat anak buah.. Dia beli tiga buah buku.. Dua buah buku dari SyahShah dan satu buku dari Farah Husain.. Boleh pulak tak ingat nak ambil gambar dia dengan Farah Husain padahal penulis tu ada kat situ dan sign buku dia.. 




Gambarpun aku main ambil je ikut suka hati.. Takde nak snap betul-betul.. Sabar je laa.. ahahh..




Masa sampai, lengang je ruang legar tu.. Bila keluar je, makaihh, penuh dengan budak-budak sekolah yang duduk melepak atas lantai sambil makan bekalan.. Rasa macam nak join sekali bersila dengan dorang.. hahahaha...


Ini je yang termampu dibeli dan dibawa turun naik LRT dan komuter.. Tidak termasuk Combo 5 dari IKP yang dibeli online..


p/s: Lenguh satu badan.. hehh...

Monday, April 28, 2014

Bagi yang kecil, dapat yang besar.. :D

Assalamualaikum...

Bagi yang kecil, dapat yang besar.. :D


Sekarang ni tengah musim buah mangga, kan..? Selalu je nampak orang up gambar macam-macam jenis mangga ni kat blog dan fesbuk.. Buah mangga tu pulak ada yang ditanam sendiri, orang bagi ataupun dibeli.. 


Akupun nak up jugak la buah mangga dari pokok yang selalu masuk kat blog dan fb aku.. hehe.. Bila tengok je buah mangga ni, terus aku teringat kat sorang makcik kawan baik mak aku ni.. Makcik ni suka buat sambal mangga.. 




Jadinya, bila musim buah mangga ni, aku selalu ingatkan mak aku suruh bagi setangkai dua kat makcik tu.. Dan pagi tadi mak akupun bagi la.. Tak tau la banyak mana yang mak aku bagi sebab abang aku yang ambil buah tu..


Bila mak balik, aku tengok dia bawak buah mangga yang besar gedabak ni.. Mula-mula aku ingatkan buah betik.. Serius, tak pernah tengok buah mangga sebesar ini.. Mak kata makcik tu yang bagi.. Makcik tu pulak bagitau yang buah mangga besar ni anak dia yang bawak balik.. Buah mangga ni anak makcik tu tanam kat rumah dia..




Nampak macam kecil je, kan.. Tapi siyes, memang besar.. Cuma buah mangga ni kena peram dulu la sebab masih belum masak lagi.. 


p/s: Ini yang dinamakan rezeki.. Alhamdulillah... :)

Fikir dulu sebelum melenting.. ahahh...

Assalamualaikum...

Fikir dulu sebelum melenting.. ahahh...


Pernah tak korang beli penyapu laman, lepas tu batang kayu penyapu tu lebih kecil dari saiz lubang penyapu tu sendiri..? Maksudnya, batang kayu tu longgar sedikit ataupun memang longgar habis.. Cuba rujuk gambar kat bawah untuk lebih pemahaman.. cehhh... haha..




Jika longgar sedikit, lepas tu kita teruskan jugak menyapu, tiba-tiba batang kayu tu tercabut, tentu rasa hangin je, kan..? Pastu masukkan balik dan sapu lagi, pastu tercampak balik penyapu tu, lagi la bikin hangit sampai rentung.. hahaha.. Okay, cool.. Jangan cepat melenting.. Jangan pergi baling penyapu tu.. Mahal tu.. hehe.. Ada cara penyelesaiannya.. Mudah je nak bagi ketat lubang penyapu yang longgar tu.. 


Caranya rujuk pada setiap gambar.. kehkehkeh...


Ambil sedikit kain perca jenis cotton dan letakkan kat hujung batang kayu penyapu tadi..


Lepas tu, sumbatkan ke dalam lubang penyapu tu.. (abaikan kuku yang hitam tu ya.. )


Kemudian, hentakkan batang kayu tadi atas simen untuk mengetatkannya..


Okay, dah siap.. Dah boleh sambung sapu laman tu dengan gembiranya.. hehe..


Jika lubang tu masih lagi longgar, boleh lipat dua kain tadi.. Guna kain cotton sebab kain cotton tu kesat sikit dan akan menjadikan lubang penyapu tu ketat.. Boleh juga gunakan kaedah yang sama untuk mop dan sebagainya..


Boleh juga praktikkan kepada kepala paip untuk mendapatkan aliran air yang lembut dan tidak tajam..



Kan cantik air tu keluar.. 


Takde la laju berterabur macam ni... 


p/s: Okay.. Ni je yang aku nak kongsi.. Jika bermanfaat, boleh la ikut.. Jika takde faedah, tak payah la ikut ya... heeeee....

Saturday, April 26, 2014

Iklan masam manis.. hehh...

Assalamualaikum...

Iklan masam manis.. hehh...


Macam-macam iklan yang keluar kat tv sekarang ni, kan.. Ada iklan yang macam poyo tak logik langsung dan ada jugak iklan yang boleh membuatkan muka si penonton jadi masam manis.. ahahh..


Contoh iklan yang boleh muka orang jadi masam jika terkena kat batang hidung masing-masing adalah iklan yang satu ni haa... haha...


Eeeeiiiiiiiiiiiiiii....!!!
Macam Dayang Senandung...!!!
Muka je putih..!!!
Tangan hitammmmmmm.....!!!


Amekawwww....!! Siap terjerit-jerit lagi tu.. Aku takde la nak masam muka tengok iklan ni sebab muka dengan tangan aku kaler dia sama tone.. hehehe..


Manakala iklan yang boleh buat muka masam bertukar jadi manis ataupun nak jatuh perasan cun dalam masa lima saat adalah iklan yang ni... hehe..


Hellooo.....!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Awak memang cantik sejak dari kecik ehh...?


Mesti ramai yang jawab dalam hati, opkos la aku cantik... Tak gitu.. kikikiki...


p/s: Iklan pinggan putih licin berkilat yang pandai bercakap lagi best... hahahaha... 

Friday, April 25, 2014

Kare-Kare...

Assalamualaikum...

Kare-Kare...


Majalah Rasa ni aku pinjam kakak aku punya.. Kakak aku memang rajin beli majalah macam ni.. Bak kata anak dia; ibu ni beli rajin, buatnya entah bila.. Terus anak dia kena jeling.. Aku dok gelak je la.. hehehe.. Tapi kakak aku yang sorang ni memang rajin dan pandai masak.. 




Lepas tu, mula la aku selak -selak sikit nak tengok apa yang ada kat dalam.. Tup-tup aku terpandang kat resepi Kare-Kare ni.. Terus la berhenti kat situ.. Sebab apa tau..? 




Sebab aku terus teringat kat drama Filipina yang aku suka sangat tu iaitu Be Careful With My Heart.. Apa pulak kena-mengena BCWMH ni dengan Kare-Kare..?? Sebab dalam drama tu, dorang ni suka sangat makan Kare-Kare.. Gaya dorang makan Kare-Kare tu seolah-olah menunjukkan yang Kare-Kare ni sangatlah sedap.. Lagi-lagi bila tengok gaya si Nikki g-r-r-rrrr tu masa dapat Kare-Kare kiriman mak si Maya.. hehe..




Kat sini aku letak satu video cara nak masak Kare-Kare.. Mana la tau kot-kot ada yang berkenan nak mencuba.. Ehh, Sir Chief Richard yang ensem lagi sasa tu pun suka makan Kare-Kare tau.. hahahaha... 



[sumber]


p/s: Aku tak berani nak share resepi Kare-Kare yang ada dalam majalah ni.. Takut nanti kena saman.. Mano den nak cokau duit... huuuuuuu....

Thursday, April 24, 2014

Kutuk-kutuk tapi follow jugak.. hikhikhik....

Assalamualaikum...

Kutuk-kutuk tapi follow jugak.. hikhikhik....


Kita ni kalau masuk bab mengutuk, memang la power.. hahaha.. Lebih power daripada super power.. Err, apa benda la yang aku meraban ni.. ahahh...


Aku bagi contoh la ya sebab bila ada contoh ni, senang nak refer dan refresh.. hehh..


1- Kita kutuk fesyen tudung orang itu tapi dalam masa yang sama, kitapun jual tudung peten macam tu.. Atau lagi teruk, kita dan kaum kerabat kitapun pakai jugak tudung yang sebegitu.. 


2- Kita mengata pakaian orang begitu begini, ketat sendat sampai nampak segala jenis bayang tapi kita tak sedar yang kita, atau ahli keluarga kita, atau kawan-kawan rapat kitapun berpakaian macam tu jugak..


3- Kita dok kutuk orang yang kita tak suka tapi kita dok jenguk jugak dia punya laman sosial.. Dah jenguk tu dah la.. Ni siap dok potpet lagi kat orang lain.. kehkehkeh.. 


4- Kita dok kutuk siaran televisyen yang kita tonton tapi siaran itu jugak la yang kita dok follow hari-hari.. Macam geng yang boikot TV3 tu laa.. ahakkk...


5- Kita kutuk orang yang kawen cerai tapi kita tak tau nasib kita macam mana di kemudian hari.. Jangan nanti kita pulak yang follow benda yang sama.. uiishhh...


6- Kita dok kutuk dan ketawakan hasil kerjatangan orang lain sedangkan kita sendiri tak tau langsung nak buat kerjatangan tersebut.. Sibuk bebeno kita dok skodeng orang tu punya kerja.. hewhewhew..


7- Dan pelbagai lagi jenis kutukan yang tidak membina langsung tapi kadang-kadang boleh menimbulkan kegelian di dalam hati sampai terkekek-kekek ketawa.. hahaha.. Bukan suka dengan kutukan tersebut tapi kadang-kadang ayat yang dicipta tu sangat la tak menahan.. hehh..


p/s: Bab pakaian, aurat atau berkaitan hukum hakam ni, aku tak berani nak cakap sebab diri sendiripun tak semenggah.. Ukur baju biarlah di badan sendiri.. Jika baju sendiri singkat dan sendat, tak perlulah nak kutuk baju orang lain.. huuuuu.... .

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)