Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, April 12, 2015

Respek la sikit...!!

Assalamu'alaikum...

Respek la sikit...!!


Wall orang, janganlah buat macam wall sendiri.. Penuh wall orang tu dengan iklan awak.. Kita ni add tuan punya wall tu untuk tau perkembangan dia.. Bukannya nak tengok iklan yang macam-macam tu.. Respek la sikit rumah orang.. hmmmm... April 10 at 9:51 pm  (Ini adalah status yang aku buat hari tu.. )




Maaf cakap la ya.. Aku memang tak berkenan jika ada orang yang dengan sesuka hati menepek atau buat promosi kat wall orang lain terutama sekali yang ada dalam list aku... Masing-masing ada wall sendiri.. Why not you just share it on your own wall..? Tak pun, share je kat mana-mana grup yang berkaitan..


Bagi aku, orang macam ni termasuk dalam kategori orang yang tak tau nak respek wall orang lain.. Lainlah jika dapat keizinan daripada tuan punya wall.. Ni tak, kadang-kadang tu nak jugak tepek iklan dia walaupun tuan punya wall tu dah meninggal.. Langsung tak sensitif..! Yang dia tau, iklan dia on manjang.. 


p/s: Respek la sikit...! Rasanya takde siapa kot yang suka jika wall kawan dia penuh dengan iklan dari orang lain.. Agak-agak la kot ya pun... Janganlah pentingkan diri sendiri je.. :p

Thursday, April 9, 2015

Masak Lemak Cili Api vs Gulai Kari...

Assalamu'alaikum...

Masak Lemak Cili Api vs Gulai Kari...


Masak Lemak Cili Api vs Gulai Kari ni bukan pasal pertandingan masakan walaupun tajuknya adalah dua jenis masakan.. Ni adalah tajuk sebuah novel yang dihasilkan oleh seorang penulis lelaki (dia dah kawen ya...) yang berbakat dan sangat berpotensi untuk melangkah lebih jauh ke depan.. Nak tau apa-apa pasal novel ni atau novel lain karya beliau, boleh la inbox atau PM beliau iaitu Syah Shah kat fesbuk beliau sendiri.. Berapa banyak beliau daaaa... ahaha...


Aku nak buat sikit review pasal novel Masak Lemak Cili Api vs Gulai Kari (MLCA) ni.. Hajat hati memang nak hentam habis-habisan tapi disebabkan tak sampai hati, maka tak jadi la nak hentam beria.. Cukuplah kasi hentam sikit-sikit je... Jadi la.. hehe..


Yang aku suka dengan MLCA ni...

Sebuah kisah yang boleh dikatakan kejadian sebenar dalam kehidupan kita seharian.. Mungkin boleh jadi pada sesiapa sahaja.. Tak jadi kat aku, mungkin jadi kat engkau.. Atau, mungkin juga jadi pada penulis itu sendiri.. ahahaha.. 


MLCA ini bukannya sekadar kisah fantasi semata-mata yang buatkan kita berkhayal.. Ia adalah sebuah kisah kesungguhan si jejaka yang jatuh cinta pandang pertama pada si gadis garang yang tak berapa nak garang.. hehh.. Si jejaka yang sanggup menanti dan buat pakatan sulit dengan keluarga si gadis demi mencapai misi untuk memiliki.. ahaha.. Dan kisah si gadis yang kena culik yang membuatkan si gadis trauma untuk meneruskan perhubungan dengan si jejaka..


Apakah pakatan sulit si jejaka dan keluarga si gadis itu..? Dapatkah si jejaka memiliki si gadis setelah apa yang terjadi pada si gadis..? Mampukan si gadis menerima si jejaka setelah apa yang terjadi ke atas dirinya..? 





Yang aku geram sangat dengan MLCA ni...!

Aku lancar je baca part loghat utara tu walhal aku bukannya orang utara.. Mungkin sebab penulisnya memang orang utara dan beliau dah sinonim dengan loghat itu, maka menjadilah dialog tersebut.. 


Tapi bila masuk part loghat Negeri Sembilan tu memang aku tak puas hati sungguh..! Macam mana aku yang pure noghoghi ni (hehh.. hehh.. hehh..) tak buleh nak baco boto-boto dialog noghoghi tu..? Macam tobolit-bolit lak lidah nak m'baco ehh.. Dah macam ghoman oghang luar lak.. Ni yang aku tak pueh ati sungguh ni.. Ghaso nak ghobuih yoo buku tu.. ahahaha... 





Banyak part yang menarik dalam kisah ni.. Nak tau lebih lanjut, kenalah beli dan baca sendiri.. Yang penting, jangan skip masa membaca.. Nanti tak faham pulak.. Lagi satu, glosari ada disediakan kat bahagian belakang muka surat.. 


p/s: Disarankan beli MLCA ni dengan kadar segera kerana stok buat masa ni sangatlah terhad.. 

Saturday, April 4, 2015

Pokok kari vs burung cwitt...

Assalamu'alaikum...

Pokok kari vs burung cwitt...


Ini pokok kari yang aku tanam.. Dah mula nak besar sikit dah.. Alhamdulillah.. Pokok kari orang lain dah tinggi melampai tapi pokok kari aku baru sekaki dia punya ketinggian.. hehh... 




Ini pula burung yang riuh bergosip atas kabel letrik dan kabel telefon.. Entah apa yang diriuhkan tu akupun tak tau.. Yang aku tau, aku suka dengar bunyi siulan dorang tu.. Cwitt.. Cwitt.. Cwittt... Tenang je dengar.. Tapi bunyi wasap aku menyampah nak dengar.. Memekak je.. Jadinya, jangan dok berwasap berdekatan dengan aku.. ahahah...




p/s: Suara burung, sedap.. Suara membebel, sentap.. hehh.. hehh.. hehh....

Ada otak tapi takde akal...!

Assalamu'alaikum...

Ada otak tapi takde akal...!


Inilah sikap orang kita, seperti tiada kesedaran sivik.  Macam mana sungai-sungai tidak kotor dan berbau busuk. Lokasi: Sungai di sebelah KTM Segambut
Posted by Friends of BN - Barisan Nasional on Saturday, April 4, 2015 - Klik sini..


Sampai bila kita nak salahkan pihak atau sistem penguatkuasaan..? Sampai bila mereka harus sentiasa memantau sikap manusia tak berakal seperti ni..? Sampai bila kerajaan nak berhabis jutaan ringgit untuk membersihkan sisa pepejal dalam sungai dan longkang..? 


Apa yang kita tau, bila berlaku musibah, pihak kerajaan yang kita serang dulu.. Punca dari musibah itu kita tak pernah nak ambil tahu.. Mungkin puncanya bermula dari diri kita sendiri.. Siapa tahu, kan..? 


p/s: Aku memang pantang bila tengok orang yang sesuka hati membuang sampah merata-rata ni.. Kang bila kata lebih bodoh dari lembu, tau pulak marah.. 
.

Nak letgo ke tak...?

Assalamu'alaikum...

Nak letgo ke tak...?



Nak letgo ke tak...?
Nak letgo ke tak...?
Nak letgo ke tak...?
Kalau tak letgo, takde bajet untuk beli novel baru..
Harga novel sekarang bukan macam dulu.. 
Harga novel sekarang ni dah la mahal tapi kualiti belum tentu menepati piawaian selera..


Aku bukannya suka-suka nak letgo tapi terpaksa.. Jika nak ikutkan, semua yang sudah dibeli nak je aku simpan dalam almari dan jadikan koleksi sepanjang hayat.. Tapi nak buat macam mana.. Dah namanya terpaksa, maka kena la lepaskan dengan redha.. 









Gambar semua ni antara koleksi novel aku yang telah aku jual balik..  Harga dah tentu kena murah dari harga asal... Tapi nak bagi harga kasih sayang botingkek-tingkek tu tak dapat la.. Aku beli novel ni takde pun dapat harga kasih sayang berganda-ganda tu sebab boleh dikatakan semuanya aku beli novel baru dan bukannya novel preloved atau second hand...








Berminat nak beli novel preloved dari aku..? Boleh jenguk kat album berkaitan kat page fb aku ni.. Jika serius dan berkenan, barulah inbox atau PM aku kat page tu.. Terima kasih.. 


p/s: Untunglah orang yang banyak duit. Boleh membeli dan menyimpan tanpa letgo.. Orang yang macam aku ni terpaksa berdikit-dikit menabung dan lepaskan mana yang ada demi kelangsungan hidup.. Orang tak akan faham kenapa kita buat macam ni.. 

Friday, April 3, 2015

Tabung: Have A Great Day...

Assalamu'alaikum...

Tabung: Have A Great Day...


Macam-macam cara untuk menabung... Ada yang menabung dalam bank dan ada juga yang menabung kat rumah.. Gunalah bekas apa sahaja.. Asalkan ada lubang untuk masukkan duit, dah memadai dah.. Tak perlu kot nak beria beli tabung ayam ke, tabung gajah ke dan sebagainya.. 


 Menabung bukan sahaja untuk bekalan masa hadapan tetapi juga untuk kegunaan di kala terdesak.. 




Jika banyak nak simpan, eloklah simpan dalam bank.. Bahaya simpan kat rumah.. Setakat simpan sikit-sikit tu boleh la.. Mana la tau tiba-tiba je bekalan gula habis, boleh la tarik sikit duit dalam tabung tu.. 




p/s: Tabung untuk beli novel.. Tak dapat beli tudung baru atau yang terkini pun takpe.. Novel mesti beli walaupun cuma sebuah dua.. hehh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)