Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, September 24, 2022

Update fasal fertigasi cili bara.

 Assalamu'alaikum.

Update fasal fertigasi cili bara.

Masih lagi berkisar di tapak fertigasi cili bara. Tak siap lagi ni nak set up semua. Lagipun, ada lagi beberapa team yang sama-sama buat projek ni. Jadinya, semua team kena siap serentak. Dah siap, barulah boleh pasang paip dan seterusnya tanam anak pokok cili. 




Masa aku sampai, pintu pagar belum buka lagi sebab tukang pegang kunci belum sampai. Jadi, aku lempar aje la bata ni ikut celah lubang tu. Haha. Takkan nak buang masa menunggu tanpa berbuat apa-apa, kan? Masa itukan umpama emas. Gittew.. 😊😊😊






Takde rotan, akarpun berguna. Kereta sorong cuma ada satu je. Maka, terpaksalah cari jalan alternatif untuk cepat siapkan kerja memunggah bata.

























Anak pokok cili bara ni dah ada dah. Tinggal nak masuk dalam polybag je. Ni projek under Yayasan Pahang. Akupun tak tahu sangat fasal ni. Aku setakat tolong kawan-kawan je. Mana yang mampu aku tolong, aku tolong la. Kita support projek kawan-kawan kita. Aku hanya mampu support dari tenaga kerja je. Mudah-mudahan Allah beri rezeki kesihatan yang baik buat aku dan team serta seluruh ahli team yang lain. Aamiin.

p/s: Moga Allah permudahkan. Aamiin.

.

Wednesday, September 21, 2022

Bunga pokok kaktus.

Assalamu'alaikum.

Bunga pokok kaktus.

Alhamdulillah. Akhirnya, dapat jugak aku tengok bunga pokok kaktus ni. Pokok kaktus yang ni dah selalu berbunga tapi aku tak perasan. Tup-tup tengok bunga tu dah kering. Yang ni pun tadi nyaris tak perasan jugak.










p/s: Ni pun dia belum kembang betul lagi. Takpe la. Ambil je dulu gambar yang separuh kembang ni. Takut nanti lupa lagi, langsung takde gambar kenangan. 🤭🤭🤭 

.

Tuesday, September 20, 2022

Gotong-royong bersihkan kawasan.

 Assalamu'alaikum.

Gotong-royong bersihkan kawasan.

Pagi tadi aku join geng GPW bersihkan kawasan di sekitar jalan masuk ke kampung kami. 





















Tak siap lagi gotong-royong ni. Esok dan hari seterusnya kena sambung lagi. 

p/s: Korang dah gotong-royong ke belum? 😁😁😁

.

Monday, September 19, 2022

Rombongan Umrah dengan Tiram Travel.

 Assalamu'alaikum.

Rombongan Umrah dengan Tiram Travel.

Hari Sabtu yang lalu iaitu 17 September 2022, seramai sepuluh orang ahli keluarga aku pergi ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah. 

Yang ikut rombongan ini terdiri daripada Abang Ngah aku dan isteri serta anak sulung dia, kakak aku yang kat Rembau tu tiga beranak, adik ipar aku, anak-anak dan menantu kakak aku yang kat Labu tu. Dalam sepuluh orang ahli rombongan tu, dua daripadanya adalah lelaki.

Aku tak ikut sekali atas sebab tertentu. Akupun tak pergi hantar rombongan di KLIA sebab ada orang lain lagi yang tinggal di rumah. 














Moga Allah permudahkan segala urusan mereka sepanjang berada di sana dan moga mereka beroleh umrah yang mabrur. Aamiin.

p/s: Moga satu hari nanti ada rezeki aku untuk menjejakkan kaki di tanah suci ini. Aamiin.

.

Kailan hidroponik.

Assalamu'alaikum.

Kailan hidroponik.

Ini merupakan percubaan pertama aku tanam kailan guna cara #hidroponik ni. Aku guna cara ni sebab jimat masa nak siram. 😁😁😁





Aku tak letak baja sangatpun. Saja la nak tengok perkembangan dia macam mana. Lagipun aku ni masih lagi dalam proses belajar guna kaedah hidroponik pakai batang paip pvc ni.



p/s: Hujung paip kat belakang tu leaking la pulak. Adehh...

.

Kemas laman.

Assalamu'alaikum.

Kemas laman.

Semalam, aku clear-kan kawasan laman ni sebab hari tu ada ular hitam kat sini. Aii is seram.. 😫😫😫 Dah la ular tu tak dapat bunuh. Lagi la aii seram berganda.

Aku terpaksa tebang pokok kaktus ni sebab dahan dia dah besar dan anai-anai dah mula memanjat pokok tu. Lepas tu, dahan dia kena pulak dengan kayu alang kat garaj kereta. Risau pulak aku kalau anai-anai tu berjangkit kat kayu tu pulak. 

Sayang tu memang la sayang sebab dah bertahun-tahun aku bela tapi nak buat macam mana. Suka atau tidak, terpaksalah korbankan jugak. Tapi takpe la sebab ada lagi pokok kaktus ni yang aku tanam dalam pasu.













p/s: Seperti biasa, #Peah setia menemani. Macam mana la aku tak sayang dia, kan? 😻😻😻 

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)