Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255
Aku suka save video dari tiktok yang ada manfaatnya buat diri aku. Terima kasih pada tiktoker yang ikhlas dan rajin berkongsi ilmu dan info. Alhamdulillah.
Aku simpan kat sini untuk rujukan di kemudian hari.
Alhamdulillah. Tak sangka pulak pokok nenas ni ada banyak anak dia. Selalu tengok pokok orang je tapi kali ni jadi kat pokok sendiri. Sudah semestinya aku rasa gembira. Sebab apa? Sebabnya pokok nenas yang ditanam guna anak lebih cepat berbuah dari yang ditanam guna jambul.
Aku tak tau nenas ni jenis apa. Aku main beli je buah nenas lepas tu jambul dia aku tanam. Dulu tu suka-suka je tanam pokok nenas ni sebab sayang nak buang jambul dia. Tapi sekarang ni rasa seronok pulak tanam sebab pokok nenas ni tak banyak ragam. Tau-tau je dah berbuah.
Sekarang ada sepuluh pokok nenas aku yang sedang berbuah. Alhamdulillah. Ada yang aku tanam dalam pasu, polybag dan juga atas tanah. Keseluruhan pokok nenas yang ada sekarang ni hampir 50 pokok. Ni tak masuk lagi anak pokok yang baru ni. 😁😁😁
p/s: Jom tanam pokok nenas jom. Rugi siapa yang tak tanam. Lagi rugi siapa yang malas. Heh.
Hari Ahad lepas iaitu pada 9 April 2023 bersamaan dengan 18 Ramadan 1444H, aku menghadirkan diri ke majlis tadarus Al-Qur'an di masjid tempat aku ni. Agak kecewa juga la sebab tak ramai yang hadir.
Apabila tak ramai yang hadir, maka setiap grup kena baca tiga juzuk. Takde masalahpun bab baca lebih juzuk ni. Cumanya, mata mula berpinar-pinar dan sedikit menjejaskan pembacaan.
Alhamdulillah, akhirnya siap jugak french market bag aku ni. Dah berpuluh tahun berkenan dengan beg ni tapi masa tu tak tau nak buat dan banyak kekangan yang lain.
Sementelah, dulu-dulu mana ada internet kat rumah ni. Aku nampak gambar beg ni pun kat dalam majalah dan surat khabar. Ada la artis barat yang pakai. Jangan la tanya siapa sebab dah tak ingat dah. Yang aku ingat cuma beg tu je. Nampak tak yang aku lebih fokus pada beg tu sahaja. Haha.
Seperti biasa, susunan gambar dan video tidak sekata. 😁😁😊
Ada aksesori tambahan yang aku letak kemudian tapi malas nak ambil gambar. Haha.. Benang yang aku gunakan hampir dua gulung lebih. Jenuh nak bagi siap.
p/s: Ada yang nak tempah beg ni tapi aku tak tau nak letak harga. Dilema jugak ni. Heh.
Salam satu ramadan 2023 buat semua umat Islam walau di mana anda berada. Moga Allah pelihara kita dan seisi keluarga daripada segala musibah. Aamiin.
Ni bunga pokok kailan. Aku sengaja tinggalkan sepokok semata-mata nak tengok bunga kailan tu dan juga nak tau kat mana benih kailan tu keluar. Gigih la sangat, kan. 😁😁😁
Alhamdulillah, akhirnya buah rock melon hidroponik aku dah boleh petik dah. Saiz buah kecil je tapi disebabkan dah mula merekah, akupun petik je la.
Sedap dan rangup.
p/s: Nanti aku nak cuba tanam lagi. Seronok walaupun buahnya sebiji je. Tapi ada sebiji lagi baru berputik. Mudah-mudahan dia sihat dan kuat serta mampu bertahan hingga besar. Aamiin.
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)