Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, September 20, 2010

MALWARE DETECTED..!!! Tolong buang gadjet/widget bersangkutan..

Assalamualaikum......


Aku sekadar nak bagitau je ni...
Tindakan selanjutnya terpulanglah pada tuan punya blog masing-masing ya...
Kalau suka, teruskan laa...
Kalau tak suka, buanglah mana-mana yang patut tu...

Sebab bagi aku benda ni menyusahkan...
Dah la aku ni tak pandai dalam bidang IT ni...
Main hentam keromo je godek-godek kibod ni haa...

Kalau aku teruskan klik, timbul lak rasa bimbang..
Mana la tau kalau-kalau 'penyakit' tu berjangkit... kann..
Kat sini jangankan nak cari doktor IT...
Doktor kucingpun aku tak tau mana nak cekau...
Mungkin ada... tapi aku yang tak cari betul-betul...
Hmmm...

Aku terpaksa remove beberapa blog dari listing aku...
Bukan sebab aku dah tak suka nak baca...
Bukan juga aku benci atau sakit hati...
Dan bukan juga kerana aku merajuk dan seumpamanya...

Antara blog yang aku remove dari list aku adalah...
Blog Buaya Merah...
Blog Yunus Badawi...
MyResepi.com...
Geng-Blogger.com...
Blog yang lain-lain tu aku bagitau kat FB je jika penyakit tu ada kat blog dorang...
Kalau tuan punya blog tu ada dalam friend list aku la...
Kalau takde, terpaksa aku bagitau kat sini...

Kenapa aku remove semua blog tu..?
Sebabnya...
Tadi aku nak masuk kat blog aku...
Dua saat je okay...
Pastu terus keluar warning dari Malware...
Kat warning tu ada bagitau yang semua blog ni appears to host malware...

Terpaksa aku pergi kat dashboard...
Guna jalan lain... Masuk ikut blog aku yang lagi dua tu...
Pastu pergi lak kat blog list aku tu...
Pastu remove blog yang pertama dari senarai iaitu blog Buaya Merah...
Pastu save dan cuba masuk balik semula kat blog aku...
Tup-tup keluar lagi warning yang sama...
Katanya blog Yunus Badawi pulak appears to host malware...
Pergi lagi sekali kat dashboard...
Buat benda yang sama macam mula-mula tadi..
Dah remove, pastu save...
Pastu cuba masuk lagi sekali kat blog aku...
Okay.... setel...
Boleh masuk tanpa ada warning lagi...

Jadi, kepada kawan-kawan blogger...
Kalau ada keluar benda-benda camtu, macam mana aku nak masuk blog korang...
Ataupun mungkin korang memang tak suka aku masuk blog korang tu...
Huhuhuhu...
Kalau macam tu, takpe la kannn...
Nak buat macam mana kalau orang dah tak suka...
Aku memang tak akan teruskan mengklik jika keluar tanda-tanda warning dan yang sewaktu dengannya...
Sebabnya sudah aku bagitau di awal cerita tadi...

Nak bagitau sekali lagi ke...??
Okay laa...

Sebabnya:-
Aku ni jenis manusia yang buta IT...
Takut sangat-sangat jika sesuatu berlaku kat laptop aku...
Dan aku bukannya anak orang kaya yang boleh beli laptop dalam sekelip mata je...
Dan aku juga 'segan' nak bertanya kat orang jika ada masalah laptop ni..
Bukan semua orang suka kongsi maklumat... kannn...
Kang kalau aku tanya, dorang buat bodoh je... aku jugak yang malu sendiri...
Dan aku sayangkan harta benda aku yang aku beli dengan hasil titik peluh ketiak aku sendiri...
Jadi, tak salah rasanya jika aku mengambil langkah berjaga-jaga dan sikap berhati-hati...

Itu saja la untuk kali ni....
Sekian, terima kasih...
Dan harap maaf pada owner blog yang kena remove tu...
Nanti jika dah takde dah warning dari malware tu...
Aku masukkan semula blog anda dalam listing aku...

Jangan bimbang...
Blog yang bagus akan selalu aku baca dan skodeng...
Walaupun aku tak tinggalkan sebarang komen... =D

UPDATE,,,
Blog dalam listing aku yang aku tak boleh nak masuk...
Blog Chekleen... contains elements from the site www.wangcyber.com... So, owner blog kena remove kan url tu dari blog listing dia...
Blog Paneh-Miang... contains elements from the site www.mysinchew.com....
Blog Kak Erna... contains elements from the site yunusbadawi.blogspot.com...
Blog Yunus Badawi... appears to host Malware...
Blog Buaya-Merah... appears to host Malware...
Blog Farra8979... contains elements from the site kongsibersamanora.blogspot.com...
Blog Sha/Cheryna... contains elements from the site yunusbadawi.blogspot.com...
Blog Kapten Ah Fatt... contains elements from the site www.gengblogger.com...

Aku kata: Kaki kiri aku selalu sangat rasa kebas sejak kebelakangan ni.. Tak boleh duduk lama-lama. Duduk mengadap laptop sekejap je dah mula rasa kebas.. Simptom apakah ini...?? Ada yang boleh kongsi info tak...?? Huhuhu.... Takut lak rasanya haaiihhh...

11 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..kat blog akak pun dah ada lah..camana nak buat buat dan buang ye..tak tau mana datangnya tiba2 timbul..
ari ni nak cari pakar IT..nak minta buangkn..

Cik Azz said...

Kak Erna> Akak kena remove blog YB dari senarai blog list akak... sebab blog YB tu dah kena malware... Mana2 blog yang letak blog YB dalam list dia mmg takleh nak masuk.. Masuk je terus keluar warning tu... huhuhu....

Unknown said...

salam kak azz~

heheheh.. arie tu sy pun sma... pas buang gadget geng blogger, dah ok dah... laie pun website tu pun ada warning gak...

Mimie.Candy Cane said...

kak azz..thanx for sharing..

ckLah @xiiinam said...

Ok...tuan rumah. Kat sini tak ada malware, dah bersihkan cookies, kita kerjakan cookies raya dalam balang tu ya!




Ada juga yang tak terima teguran....ckLah pernah menegur orang, lalu yang ditegur terus merajuk tak datang2 dah blog ckLah...

ckLah @xiiinam said...

Pasal soalan terakhir itu...
ckLah rasa....itu antara simptom diabetis. (Bercakapan dari pengalaman...sungguh!)

Cik Azz said...

Lp Lum> wassalam Linda... Tu la pasal... Banyak blog/web yang terkena serangan ni...

Cik Azz said...

Mimie> sama2... Share mana yang akak tau je...

Cik Azz said...

CkLah> Susah jugak kalau ada yang tak boleh ditegur ni.. kann...

Ye ke diabetes..??
Waduhhh... Risau gak ni sebab mak ada gak penyakit ni.. Kiranya mcm penyakit keturunan laa.. huhuhu... Dah banyak dah kurangkan makan yg bukan2 ni, tapi kalau dah nak terkena, kena jugak.. kannn....

ceritadunia-amyza said...

tolong jab...nk buang mcm mane...blog myza dh terkena nie...tk tau dr mane punca nya...

Cik Azz said...

Ceritadunia.amyza>

Okay Myza.. Blog awak ada malware yang berpunca daripada website www.greetvalley.com

Apa yang perlu awak buat ialah remove website tu dari blog awak. Website tu mungkin berbentuk iklan, banner, list dalam bloglist ataupun apa saja... Kena check satu persatu gadget/widget yang digunakan..

Cara nak masuk blog awak tu, bila keluar je homepage blog awak tu, cepat2 klik dashboard.. Kalau lambat klik nanti warning malware tu yg keluar dulu.. Lepas tu baru boleh remove mana2 yang disyaki..

Cuba dulu ya.. Kalau tak berjaya, boleh tanya akak kat page fesbuk blog akak iaitu:

http://www.facebook.com/pages/Corat-Coret-Cik-Azz/121846904559923

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)