Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, April 28, 2011

Nafsu Pak Pandir...

Assalamualaikum....

Entri ini sekadar pandangan dari mata aku yang kelabu kerana aku tidak sepandai kamu untuk memberikan pandangan yang terang, bernas lagi jelas... =)

Betul la kata orang, manusia ini tidak akan pernah puas dengan apa yang dia ada. Selagi nafsu tidak dapat dikawal, selagi itulah ianya berleluasa dan membuka kotak fikiran untuk terus melakukan pembaziran. Semuanya hanyalah kerana tidak pernah puas.

Ada beberapa contoh yang boleh aku beri yang aku sendiri tak dapat nak bezakan samada mereka ini jenis manusia yang dikuasai oleh nafsu ataupun jenis seperti Pak Pandir. Antaranya:

1- Ada orang yang membuat rumah dan telah siap dengan sempurna rumah tersebut, lengkap dengan tembok pagar yang cantik. Kiranya style terbaru punya design la. Tup-tup ada pulak jiran sebelah rumah dia yang buat tembok pagar lagi canggih walaupun rumah jiran tu hanyalah rumah kayu dan bukannya rumah batu. Maka, diapun segera memanggil tukang untuk merobohkan tembok batu rumah dia tu dan bina pulak tembok baru padahal tembok yang dirobohkan tu baru je siap. Tak ke pandir namanya tu. Dah la pandir, membazir pulak tu.. huhuhu...

2- Ada juga orang yang pada awalnya menanam pokok sawit di ladang. Kemudian, dia mendengar perkhabaran bahawa harga getah lagi mahal dari harga sawit. Maka, diapun segera menebang pokok sawit tadi dan digantikan dengan pokok getah. Selang beberapa tahun selepas tu, harga sawit pulak melambung naik. Mencanak-canak naiknya macam roket. Boleh pulak dia pergi tebang pokok getah tadi dan digantikan semula dengan pokok sawit. Mujurlah ada yang bagi nasihat agar dia tidak terus-menerus buat kerja pandir tu. Kalau asyik tanam pastu tebang, bila nak dapat hasilnya. Serupa jugak dengan orang yang asyik tukar-tukar kerja je.. huhuhu...

3- Ada pulak jenis manusia yang mahu kawasan laman rumahnya sentiasa bersih, tidak ada daun-daun kering berguguran. Untuk merealisasikan impian tersebut, maka habis la semua pokok buah-buahan di sekeliling rumahnya ditebang. Jika ada daun-daun dari pokok jiran yang gugur masuk ke dalam kawasan rumah dia, punya la dia membebel. Alasannya penat nak menyapu daun-daun tu dan semak mata memandang. Namun bila musim buah tiba, terutamanya musim rambutan, pandai pulak dia meminta kat rumah jiran tadi. Alasannya kesian kat cucu yang dikatanya teringin nak makan buah tersebut. Menyapu daun gugur tak nak, buah nak la pulak... huhuhu...

4- Lagi best bila ada orang yang kata rumah dia tak cantik sebab pesen lama sedangkan rumah tu baru je tiga tahun dibina. Dia seolah-olah cemburu bila tengok rumah di kejiranannya yang pelbagai pesen. Malahan ada yang sanggup berhabis duit samada dengan meroboh atau menambah ruang untuk mencari kelainan pada kediaman tersebut. Kalau macam tu, tak payah la buat rumah sebab pesen rumah ni akan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman... Sabar aje la dengan orang macam ni...

Begitulah jika diri sudah dikuasai oleh nafsu. Suatu perkara yang sukar untuk dipuaskan adalah nafsu itu sendiri apatah lagi jika ianya diiringi dengan perasaan cemburu dan iri hati. Nafsu untuk menguasai. Nafsu untuk memiliki. Nafsu untuk sentiasa berada di atas sehingga terlupa bahawa kita semua akan ke bawah jugak akhirnya..

p/s: Ikut hati, mati.. Ikut rasa, binasa.. Ikut nafsu, lesu.. Bawak-bawaklah bersyukur dan bertenang.. :D

8 Tukang Tembak:

ibundo said...

haha.. manusia ni tak ponah rasa puas. tu lah masalah e...

ArtFantastic said...

shout box akak xboleh gune ..
sy tag akak join GA
http://kueziya.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-bdc.html

Angah said...

it's totaly si pandir.....
minta dijauhi drpd bersikap begini

momoi mee said...

manusia2..biler tah nk puas..

Cik Azz said...

Kak Pah>

Kadang2 naik takut lak menengok ehh.. Dok buang2 duit camtu je...

Cik Azz said...

Kue ziya>

Boleh aje guna s/box tu... cuma url utk blog tu kena letak www dan bukannya http:// sbb dah set mcm tu..

Btw, thanx ehh tag akak.. Kalau tak nak buat entri pasal GA tu boleh ke..? Boleh laaa.... huhu..

Cik Azz said...

Angah>

Sama la.. Mudah2an dijauhkan dari punya sikap begini..

Risau jugak kalau terjebak.. Maklum la, namapun manusia... huhu..

Cik Azz said...

momoi mee>

Agak2 nya Moi puas tak dengan apa yang Moi ada sekarang..?

Ada org kata, jika kita mudah berpuas hati dgn apa yg kita ada, itu bermakna kita ni jenis yang malas nak mencuba dan berusaha...

Bagi akak, berpada2lah dengan kepuasan yang kita nak tu.. Bergantung pada persekitaran jugak la...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)