Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, May 1, 2012

Kita memang tidak serasi...

Assalamualaikum...

Kita memang tidak serasi... 

Mula-mula tiga...
Lepas tu tambah tiga lagi..
Jadi enam..

Tak berapa lama lepas tu, tambah tiga lagi...
Maka jadi la sembilan..
Hidup aman damai dan gembira la yang sembilan itu..

Selang sebulan lepas tu, hilang satu...
Diikuti dengan dua...
Tinggal enam kembali...

Kemudian, tambah lagi tiga...
Jadi la sembilan balik semula..
Namun itu semua cuma sekejap sahaja..

Berikutnya, hilang satu demi satu...
Malahan ada yang hilang dua sekaligus...
Begitulah seterusnya, silih berganti...
Yang datang, tetap datang...
Yang pergi tetap pergi...

Kini cuma tinggal dua sahaja...
Itupun belum pasti sampai mana jangka hayat mereka berdua...
Mereka sakit.. 

Akupun sakit juga.. 
Sakit aku kerana aku hanya mampu melihat derita mereka...
Dan aku tidak mampu untuk mengubati kesakitan mereka itu...

Pergilah...
Kalau itu sudah takdirnya...
Datanglah...
Jika itu jodoh pertemuan yang sudah diatur untuk kita...


Kiki dalam kenangan.. RIP... 
Kiki di sini... Dan di sini...


p/s: Kita sememangnya tidak serasi.. Itu yang sebenarnya.. 

10 Tukang Tembak:

ibundo said...

Nak buek camano kan? Bolo yo lah mano yang dapek.

Tinta Lana said...

Assalammualaikum..

Akak pun..pencinta kucing ya.. akak jangan sedih2 ya.. patah tumbuh hilang berganti.. :)

Tinta Lana said...

Dapat singgah kejap je kak.. insyaAllah, saya tak dapat berjanji, yang saya boleh buat, cuma menghargai blogger2 yg mai ke blog saya..

Dan, tuk kak azz, sayang sangat dia..tima kasih tak jemu ke blog saya kak..rasa bersalah pun ada sebb tak dpt buat perkara yang sama.huhu. Akk jaga diri baik2 ya.. :)

gadisBunga™ said...

ajal maut di tangan Tuhan... :)

Cik Azz said...

Kak Pah>

Tu la... Bolo sotakat bagi makan dengan tompek tinggal tu boleh la..

Cik Azz said...

Tinta lana>

Waalaikumussalam Lana..

Ehh, takkk... Akak bukan pencinta kucing... Akak cuma kesian je nak buang dorang ni..

Kalau cinta, sanggup berkorban apa saja, kan... :D

Cik Azz said...

Tinta Lana>

Apa yang penting, kita menulis ikut acuan kita sendiri.. Tak perlu la nak ikut cara orang lain.. Itu namanya FnH.. Fake n Hipokrit... :D

Acik Erna said...

azz..datang dibolo..kalau dah sampai maso dio pergi..nak buek camano kan..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Ha'ah kak.. Walaupun sey ni jahat, tapi tak sampai lak ati nak buang kucing yang datang atau boranak tu..

Bagi yoo la dorang makan.. Apo la salah ehh, yo tak..?

Cik Azz said...

gadisBunga>

Betul la tu.. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan jugak.. :D

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)