Assalamu'alaikum...
Her name is Waiti.. :)
Waiti adalah seekor anak kucing betina yang baru beberapa hari tinggal di rumah aku.. Asalnya aku tak tau dari mana.. Apa yang aku tau, Waiti masuk ke dalam rumah masa cuti raya cina hari tu..
Mulanya aku nak namakan dia Whitney sebab kaler dia putih tapi kakak aku dah siap buat aksi muntah belilah siap sound efek wekk.. wekkk.. wekkk lagi tu.. hahaha.. Dia kata; letak la nama Kuputih.. Huh, tak kuasa aiii.. Kang kena saman la pulak.. hehh.. Sudahnya, aku letak nama Waiti je sempena perkataan White tu.. Aku tambah Ti sebab dio ni tino.. hehehe.. Maka, jadilah Waiti.. ahaha...
Keadaan dalam sangkar masa mula-mula masukkan Waiti..
Kata anak-anak buah aku, dorang terjumpa Waiti ni kat tengah jalan.. Lepas tu, Waiti tu terus je ikut dorang sementelah ada yang beranggapan bahawa Waiti ni kepunyaan aku padahal bukanpun..
Keadaan dalam sangkar sekarang ini...
Hari tu, abang ipar aku bagitau aku.. Dia kata; ni ha anak kucing indok.. Akupun terkejut la.. Hah..! Mana..? Terus je aku tengok anak kucing tu.. Sekali tengok terus jatuh kesian.. Muka comelpun kena buang jugak... huhuhu...
Sekarang, aku dah mula bela dah Waiti ni.. Aku dah siap bagi dia vitamin, ubat cacing dengan ubat cirit.. Mandi je belum lagi sebab nak bagi dia betul-betul sihat dulu sebab masa dia datang hari tu keadaan bulu dia macam tak sihat dan suara dia tak berapa nak keluar..
Doakan umur Waiti panjang ya.. Jika boleh, biarlah Waiti kekal sihat dan membesar dengan sempurna.. Sedih hilang lima ekor kucing sekaligus tak hilang lagi ni.. huhu.. Mak aku cakap; dah bela elok-elok, esok tuan dia datang tuntut.. Aku jawab; takde la nak pulangkan balik.. hahaha.. Kalau dia nak cari, sekarangpun dia dah cari dah tapi senyap je... Maknanya, anak kucing ni dibuang dan bukannya tersesat jalan..

p/s: Sekian kisah untuk kali ini.. Kisah anak kucing je... hehe..
3 Tukang Tembak:
waiti pn sedap da nama tu...islamic ckit..hehe..
weiiii akak azz ada anak baru...comel! kemain dia bergolek-golek dalam buaian ye...
http://justa-slave.blogspot.com/2015/02/sosial.html
comey kucing,..
tgh blogwalking ni sambil2 promote
Post a Comment