Assalamu'alaikum...
Menu berbuka puasa untuk hari ke-tujuh Ramadhan 2015...
As usual, menu yang sangat ringkas.. Aku tak berapa nak rajin untuk masak menu yang canggih manggih ni.. haha..
Cuba teka, apa benda la agaknya yang sembunyi bawah dulang tu.. ahaha...
Tadaaaa...!! Ni la dia yang main nyorok-nyorok tadi.. hehe.. Nama resepinya ialah ikan kembung bakar tanpa arang.. ahah... Sebelum bakar ikan kembung ni, aku dah siap perap dengan garam, kunyit, sos tiram dan sos lada hitam.. Ada la dalam sejam setengah aku perap.. Lepas tu aku letakkan satu sudu makan planta kat dalam kuali tu.. Api dapur tu aku guna api yang perlahan je..
Dah siap dah.. Sekejap je pun masa yang diambil untuk bakar ikan kembung ni..
By using the same pan, (tak payah basuh kuali tu), akupun goreng la sayur caca marba ni.. Kaedahnya sama je macam goreng sayur semalam tu.. Bezanya cuma kali ni takde carrot dan bunga kobis tapi aku gantikan dengan sawi dan daun kucai..
p/s: Okay, dah selesai masak dah.. Tak sampaipun 45 minit duduk kat dapur bila masak yang ringkas-ringkas macam ni.. Apa yang penting, selera tu janganlah terlalu besar sangat.. Makan sahaja seadanya.. Alhamdulillah..
1 Tukang Tembak:
wahhhh sangat terbaik ikan goreng tu! nampak sedap gila!
hai rara nak bgtau ni, dh join ke Mega Giveaway Raya dari EFG? boleh menang duit raya hingga RM3100 tau! kalau belum join, jom lah! mana tau ada rezeki.jom join sini, http://www.safurara.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html TIA, heee
Post a Comment