Assalamu'alaikum.
Perbezaan kulit karipap.
Selama buat karipap ni, biarpun hanya untuk makan sendiri, dah macam-macam cara dan jenis resepi yang aku cuba untuk buat kulit karipap tu. Ada perbezaan antara kulit karipap tu biarpun kita gunakan bahan yang sama.
Ini adalah karipap yang biasa aku gunakan resepinya. Aku panaskan minyak masak dan letak marjerin planta masa akhir menguli doh. Cuma kali ni, aku kelim guna jari je dan tidak menggunakan acuan.
Dan ini pula doh untuk kulit karipap yang aku panaskan minyak masak dan marjerin planta tu sekali harung, lepas tu baru curahkan ke dalam tepung gandum.
Doh yang sama tapi cara kelim yang berbeza. Sebelah kiri tu kelim dari atas ke bawah dan sebelah kanan tu kelim dari bawah ke atas. Nampak beza dia punya kelim tapi aku lagi suka kelim dari atas ke bawah (kiri).
Perbezaannya adalah pada doh itu sendiri. Doh yang hanya panaskan minyak masak dan letakkan planta last sekali tu agak berminyak sedikit dan agak susah nak kelim. Apabila digoreng, kulit karipap tu sangat rapuh. Kita goreng malam, pagi esok kulit karipap tu masih lagi rapuh.
Manakala doh yang kita panaskan minyak masak dan planta sekali harung, dohnya sangat lembut dan tidak berminyak. Senang nak kelim walaupun kelim guna jari. Apabila digoreng, kulit karipap tu agak rangup masa baru angkat dari kuali tetapi apabila sudah sejuk, ia jadi agak liat sedikit.
Jika diukur dari segi rasa, aku lagi suka dengan doh yang pertama sebab kulit dia rapuh biarpun dah sejuk. Dan jika diukur dari segi pembuatan iaitu senang dan mudah untuk handle, aku suka pada doh yang kedua sebab ia sangat mesra alam dan tidak berminyak.
p/s: Pilihan ada di tangan kita. Fikir baik-baik sebelum membuat pilihan.
0 Tukang Tembak:
Post a Comment