Assalamu'alaikum.
Hari Peneroka 2017.
Semalam, 23 Julai 2017, aku ikut rombongan pergi ke majlis Hari Peneroka untuk warga FELDA yang diadakan di Dataran Putrajaya. Ini merupakan rombongan yang pertama yang aku sertai dengan geng-geng kat sini.
Seawal pukul 3.30 pagi aku dah bangun dah. Kitorang diarahkan berkumpul depan masjid pada pukul 4.30 pagi. Jadinya, pukul 4.15 pagi tu aku dah keluar dari rumah dah dengan dua orang lagi jiran aku. Abang aku hantar sampai masjid. Sampai situ, tengok dah ada dah lima orang yang sudah menunggu. Bas dijangka bertolak pada pukul 5 pagi.
Tepat jam 5 pagi, rombongan kamipun mula bertolak. Konvoi dua bas. Sepatutnya konvoi 3 bas tapi sebuah bas tu lambat sikit namun kami berjumpa masa menunaikan solat subuh di masjid Bentong. Lepas tu, barulah bergerak konvoi tiga buah bas. Setiap bas mewakili setiap rancangan FELDA. Kat tempat aku ada tiga gugusan FELDA, tu yang jadi tiga buah bas tu. Bas yang aku naik tu tak penuhpun sebab hari minggu tu ramai yang ada urusan masing-masing.
Rombongan kami berhenti untuk sarapan di RnR Gombak ni. Aku makan nasi goreng dengan telur mata kerbau yang berharga RM4. Dalam pukul 9.30 pagi, kami dah sampai dah kat jalan bawah ni haa. Lenguh kaki dan semput nafas kena panjat tangga tu. Nampak sangat tak fit. Haha.
Sebelum bergerak balik, aku makan dulu sebab makanan disediakan. Lepas tu, aku beli pizza Zoul ni. Saja la nak bawa balik untuk abang aku kat rumah ni. Lagipun takde beli apa-apa, makanya, beli aje la pizza ni. Satu kotak ni yang ada enam keping, harga dia RM30. Sedap jugak pizza ni. Roti dia lembut je. Tapi yang ni takde cheese yang melekat-lekat tu. Elok jugak takde sebab aku bukannya suka makan benda alah tu. Heh.
Aku tak ambil banyak gambarpun. Takut bateri handphone aku kong. Maklum la, handphone rare, kan. Haha. Aku ambil gambar sekadar buat syarat je. Takdenya nak cari sudut yang cantik ke, apa ke. Lagi satu, aku ni kan memang jenis malas nak bergerak ke sana ke mari. Lebih selesa duduk kat kerusi je. Haha. Lagipun di pertengahan majlis, hujan turun. Hujan rahmat namanya tu. Alhamdulillah.
Kami bertolak balik tepat pukul tiga petang. Singgah rehat sekejap kat Genting Sempah. Aku beli mee goreng basah yang panas. Lepas makan tu, barulah perut rasa lega sebab dari pagi perut asyik isi dengan makanan sejuk je. Kami sampai semula depan masjid tempat berkumpul pagi tadi lebih kurang pukul 7 malam. Alhamdulillah, rombongan kami selamat pergi dan selamat balik tanpa ada sebarang masalah. Syukur.
p/s: Cerita secara ringkas je ni. Kalau nak cerita semua secara terperinci, dah macam travelog pulak jadinya. Heh. Cerita dan gambar selebihnya, boleh la jenguk kat sini.
0 Tukang Tembak:
Post a Comment