Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, September 15, 2017

Kenapa manusia hipokrit.

Assalamu'alaikum.

Kenapa manusia hipokrit?


Kenapa agaknya ya?




Sebab kadang-kadang kita sendiri tak boleh terima hakikat kerana kita merasakan yang diri kita sudah terlalu sempurna. Kita sendiri yang tak boleh ditegur. Kita sendiri yang menjunjung ego. Semuanya datang dari diri kita sendiri. Maka, lahirlah golongan hipokrit ini. Baik di depan, mengata di belakang.


Mungkin memang ada yang jenis hipokrit semula jadi dan mungkin juga ada yang 'terpaksa' menghipokritkan diri sendiri.


Makanya, cakap tu biarlah berterus terang walaupun pahit nak terima kenyataan.
 Kalau tak, baik diam je terus. Suka ke, tak suka ke, diam je. Jangan banyak cerita. 


p/s: Jangan jadi seperti duit syiling. Depan lain, belakang lain. Namun, duit syiling tu tetap berguna walaupun keadaannya seperti talam dua muka. Manusia yang hipokrit ni, agak-agaknya, berguna tak dalam kehidupan kita?

2 Tukang Tembak:

Normala Saad said...

Manusia hipokrit ada dimana-mana. Kadang2 kita pun terhipokrit mengikut masa dan keadaan.

Unknown said...

Sejak umur aku dah injak 30. Aku dah banyak belajar pasal perangai manusia yang hipokrit ni. Nak elak kena guna aku tak kan tunjuk kelebihan aku dekat orang lain. Kalau diorang tau dan nak gunakan aku aku akan kenakan dia balik macam tolong acuh tak acuh sampai niat orang tu tak kesampaian. Bila tak dapat apa yang dia nak mulalah nak sakitkan hati aku dan tunjuk perangai yang sebenar. Dan aku pun kenakan diorang lagi dengan tak balas call dengan whatsapp. Lepas tu tanya kenapa aku tak balas. Aku senyap jer sebab aku nak dia tertanya tanya kenapa aku buat macam tu. Sekali lagi dia diorang terkena lagi dengan aku haha

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)