Assalamu'alaikum.
Pokok kacang buncis.
Ini merupakan kali kedua aku tanam pokok kacang buncis ni. Kali pertama hari tu, pokoknya dah mati dah sebab kena serang dek bena/kuya dan juga siput babi. Dapat la merasa dalam lima urat (tangkai) kacang buncis tu. Jadi la. Haha.
Kali ini, aku tanam kat bahagian belakang rumah pulak. Tanam sekali dengan pokok cili besar. Kiranya ni tempat baru la. Harap takde la kena serang dengan bena/kuya tu lagi. Siput babi memang ada tapi setakat ni nampaknya dia belum lagi menyerang pokok kacang buncis tu. Tapi dia dah mula masuk dah dalam pasu yang ada anak pokok cili besar aku ni. Geram betul! Memang selamat la aku kerjakan.
Gigih tu aku pergi tajak rumput kat kawasan belakang jamban ni. Lepas tu, lapik pulak dengan plastik untuk elakkan rumput tumbuh. Lepas tu, susun pulak batu-bata dan tin susu Ensure yang dah kosong tu untuk buat lapik pasu dengan harapan siput babi susah la nak panjat tapi dia tetap jugak dapat panjat pasu tu. Hahaha.
Dalam botol kat gambar bawah ni, aku letakkan bancuhan cuka makan, air dan cecair pencuci pinggan. Sengaja aku sangkutkan kat pagar tu supaya senang aku nak sembur semut jika ada kat dalam pasu tu. Aku sembur semut dan serangga lain tu je. Jangan sembur kat daun atau mana-mana bahagian pokok. Takut nanti pokok tu lecur dan mati. Aku dah kena dah hari tu. Heh. sembur je kat pasu ataupun kat tanah dalam pasu tu. Masa sembur tu, hadang la sikit pangkal pokok tu dengan tapak tangan.
Persoalan aku sekarang ni adalah; masa bila kita nak letak baja buah tu ehh? Ke, tak perlu letak baja buah tu? Aku bab letak baja ni memang agak fail sikit la. Rasanya memang kena letak baja buah sebab pokok ni jenis berbuah, kan? Cuma masa untuk letak tu yang aku tak pasti.
Gambar terkini. Baru je sekejap tadi aku ambil. Heh.
p/s: Setiap kali menanam sayur, aku memang tak sabar nak dapatkan hasilnya. Teruja melihat perkembangan pokok tu dari sehari ke sehari.
0 Tukang Tembak:
Post a Comment