Assalamu'alaikum.
Guna white vanilla untuk ais krim Malaysia.
Ini adalah white vanilla yang aku gunakan dalam pembuatan ais krim aku. Aku buat ais krim Malaysia je. 😋😋😋
Biasanya, aku hanya gunakan esen vanilla brand Star yang dalam botol kecil tu. Tapi selepas kakak aku belikan white vanilla ni, akupun mula la gunakan yang ini pula. Simple je botolnya. Mungkin ini jenis isian semula.
White vanilla ni bau dia wangi sangat dan rasanya macam ais krim branded yang kita beli tu. Tapi, harga dia agak mahal. Untuk 500 ml, harga dia dalam RM18. Yang aku punya ni, kakak aku belikan yang satu liter. Sudah tentulah harganya menjadi mahal sekali ganda. Takpe la. Nak cuba kelainan, kenalah berkorban apa sahaja, kan?
.
1 Tukang Tembak:
Wah rupanya esen vanilla pun ada gred tersendiri ye...ish mesti sedap berganda bau aiskrim malaysia kak azz ni...dan lagi sekali kalau lah dekat borong dah juju kak azz hahaha
Post a Comment