Assalamu'alaikum.
Jubah polos.
Takde apa nak cerita, maka aku letak aje la gambar jubah dari kain kosong ni kat sini. Pertama kali jahit jubah kain kosong dan pertama kali juga letakkan renda yang ada gam. Mudah guna renda macam ni. Gosok je sampai gam tu melekat kuat. Tapi untuk keselamatan, aku jahit jugak sembat halus supaya renda tu tidak tertanggal apabila kerap dibasuh nanti.
p/s: Aku doakan sesiapa sahaja yang masuk dan baca entri dalam blog ni, Allah murahkan rezeki dia, diberikan kesihatan mental dan fizikal yang cukup baik serta ceria selalu. Aamiin. Doakan aku perkara yang sama juga ya. Terima kasih.
.
2 Tukang Tembak:
Cantik. Lembut je warna jubah tu, kak.
Aminnn. Pulangkan doa yang sama untuk akak. :)
Terima kasih doakan. Saya pun doa saudari dimurahkan rezeki, sihat mental dan fizikal, ceria dan rajin kemaskini blog. Saya suka baca blog ini. :)
Post a Comment