Assalamu'alaikum.
Cara cantum papan bahu dan cara buat serta jahit plaket untuk jubah, kemeja dan kurta.
Jenuh aku google untuk mencari cara nak buat dan cantumkan papan bahu untuk jubah ni. Sampai bergulung-gulung jubah ni aku kerjakan. Haha. Ni jubah untuk anak buah aku yang lelaki tu. Saiz keliling dada dia 50 inci. Mungkin saiz 4L ataupun 5L.
Untuk rujukan: Keliling leher tetap 18 inci. Labuh jubah yang ada papan bahu kena kurangkan 2 inci. Jadi, labuhnya 54 1/2 inci. Plaket dalam 9 1/2 inci dan plaket luar 11 inci.
^
Pola belakang aku buat separuh je. Nanti masa nak potong kain, cantumkan dengan bahagian pola hadapan yang dah dilipat bahagian atasnya.
v
Cara nak cantumkan papan bahu. Gigih aku screen shot untuk memudahkan aku buat rujukan.
Syukurlah ada video di Youtube yang dikongsikan oleh Nisa Abas. Dapat la aku belajar balik semula. Masa belajar menjahit dulu, aku dah belajar dah cara buat dan jahit papan bahu serta plaket ni tapi tak pernah dipraktikkan selepas habis belajar. Mana la nak ingat.
Ukuran dari kiri: 1/2, 1 1/4, 1, 1/2, 1/2, 3/4, 1/2.
Bahagi dua bahagian 1/2 inci yang pertama iaitu yang bersebelahan dengan ukuran 1 inci tu.
Bahagian dalam baju berada di atas. Letakkan plaket di atas badan baju tadi dan jelujur kasar ikut garisan tengah pada bahagian 1/2 inci tadi. Samakan garisan tu dengan garisan pada tengah badan baju.
Jahit keliling bahagian 1/2 inci tadi sampai paras sama dengan plaket dalam dan potong ikut garisan tengah. Bahagian bucu kena potong jugak. Rujuk pada gambar.
Gosok bagi kemas. Terbalikkan plaket dan bawa ke hadapan badan baju.
Siapkan plaket luar dulu. Penitikan dan jahit pada bahagian tepi plaket. Jahit sampai paras akhir belahan tu dan lepas tu, terus sambung jahit sampai atas.
Lipat dua bahagian hadapan badan baju dan samakan kedudukannya. Lepas tu, gosok untuk dapatkan garisan tengah.
Bahagian dalam baju berada di atas. Maksudnya, kita jahit plaket tu bermula dari bahagian dalam baju.
Bahagi dua bahagian 1/2 inci yang pertama dari plaket luar tu dan penitikan atau jelujur sama dengan garisan tengah pada badan baju tadi supaya kedudukan garisan tengah tu tidak lari.
Kemudian, jahit bermula dari garisan 1/2 inci tadi.
Maka, di sini, aku kongsikan video yang berkaitan supaya senang untuk aku rujuk di masa akan datang.
Terima kasih banyak-banyak pada Nisa Abas yang sudi berkongsi ilmu. Moga Allah murahkan lagi rezeki untuk anda dan keluarga. Aamiin.
Mula-mula, aku rasa cukuplah dengan tiga video di atas tapi lepas tu, aku tambah lagi video yang ada. Senang aku nak rujuk kat satu post je nanti. Heh.
Mula-mula, aku rasa cukuplah dengan tiga video di atas tapi lepas tu, aku tambah lagi video yang ada. Senang aku nak rujuk kat satu post je nanti. Heh.
Aku tambah lagi video. Haha. Kali ni video dari Jamblang Studio pulak. Terima kasih ya pak atas perkongsian video tersebut. Moga Allah murahkan rezeki buat bapak dan keluarga. Aamiin.
p/s: Untungnya zaman sekarang sebab banyak ilmu yang boleh ditimba hanya melalui pencarian google. Zaman aku dulu, habis beribu ringgit hanya untuk belajar menjahit. Jadi, di zaman serba canggih ini, korang takde alasan untuk tidak tahu menjahit sebab semuanya hanya di hujung jari sahaja. Pilih sahaja samada nak yang percuma ataupun yang berbayar.
.
.
3 Tukang Tembak:
Cantik dan kemas. Saya memang bukan jenis penyabar nak tunggu siap.. Jadi memilih untuk tidak pandai menjahit.. hehe
Orchid Puteh:
Terima kasih.
Sayang kalau tak belajar menjahit. Dapat jahit baju family pun dah okay dah. Upah jahit baju sekarang makin mahal.
salam...mohon share puan..tq..
Post a Comment