Assalamu'alaikum.
Laksam: Impian terlaksana. 😁😁😁
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Jadinya, pada 11/2 hari Selasa hari tu, lepas je balik dari pasar, lepas je balik dari pos opis, aku terus memerap kat dapur. Dari pukul 9.30 pagi sampai la ke pukul 12.20 tengah hari, baru siap sepenuhnya laksam aku. Naik gigil dah sebab tak makan apa-apa lagi sejak pagi tu. Sekali hadap laksam ni, licin semangkuk. 🤭🤭🤭 Lepas tu, ulang lagi makan. Licin lagi semangkuk. Patut la perut makin maju ke depan. 😁😁😁.
Untuk buat kuah laksam ni, aku gunakan tujuh ekor ikan sardin saiz yang agak besar. Rebus dengan 4 keping asam keping. Dah rebus, kisar isi ikan tu dengan dua biji bawang besar, dua sudu makan lada hitam biji dan seinci halia. Kisar gunakan air rebusan ikan tadi. Tuang semua bahan ke dalam periuk. Lepas tu, masukkan santan dalam tiga cawan. Tengok pada kepekatan isi ikan tu jugak la. Aku tak suka kuah yang terlalu pekat sebab aku ni jenis yang suka menghirup kuah laksam tu. Tu yang kuah laksam aku tak pekat sangat.
Masak sampai kuah laksam mendidih. Masa masak tu, masukkan balik asam keping yang masa rebus tadi. Perisakan dengan garam. Dah mendidih lama sikit, baru tutup api. Aku tak letak gula sebab aku tak suka kuah yang letak gula.
Mee laksam aku ni, lepas gulung, aku kukus balik semula sebab nampak macam tak masak dan melekit padahal dah masak dah. Untuk puaskan hati sendiri, tu yang aku kukus lagi sekali. Dah kukus untuk kali kedua, barulah okay sikit mee laksam tu.
Selepas dikukus lagi sekali.
Masa untuk makan...! Jemput makan semua. 😀😀😀
Sedapnya la haiihhh...! Kalau tak sedap, takde la sampai licin macam ni. Haha.
Selalunya aku beli je sebungkus kat pekan sehari tapi hari tu mood rajin nak cuba buat sendiri. Lagipun, dah niat nak makan ulang-ulang sampai malam. 😝😝😝
Resepi dan cara nak buat laksam ni, aku google je. Up status kat facebook pun bukannya ada yang nak share cara dorang buat. Mujurlah ramai yang share dan aku tinggal search je kat facebook tu.
p/s: Omak aku kato, sapo ghajin masak, konyang la poghut kau. Sapo maleh masak, lapar la poghut kau. Haha.
.
1 Tukang Tembak:
Samalah bila teringin buat sendiri. Eh saya bukan buat laksam tapi teringin sotong sambal petai. Puas makan masak banyak.
Post a Comment