Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, October 11, 2021

Merentas ke pusara Omak dan Abah.

 Assalamu'alaikum.

Merentas ke pusara Omak dan Abah.


Dah lama tak pergi ziarah pusara kedua arwah Omak dan Abah. Hari ini, aku pergi ziarah dan bersihkan apa yang patut. Dah macam hutan belantara dah terutama sekali pusara Abah. Terkejut aku tengok. Terpaksa buang pokok yang besar yang mudah merebak termasuk rumput semalu.


Aku ada baca beberapa artikel yang mengatakan tak elok buang rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur kerana pokok itu turut berzikir. Tapi jika pokok tersebut mencacatkan penglihatan dan tidak berjaga, rasanya eloklah dibuang. Lainlah jika persekitaran kubur tu dijaga rapi seperti kubur di Putrajaya tu.


Aku bersihkan pusara ni dengan abang dan anak adik aku.






























Alhamdulillah. Selesai sudah satu perkara. Moga Allah tempatkan kedua arwah Omak dan Abah serta semua arwah yang telah pergi bersama dengan golongan mereka yang beriman. Aameen.


p/s: Omak aku meninggal dunia pada 6 September 2020 kerana sakit tua. Meninggal dalam usia 86 tahun.
.

1 Tukang Tembak:

Sidratul Muntaha said...

salam singgah
moga mak dan abah dalam rahmat Allah swt
amin

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)